Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Perak Pakatan Gov't Was the Prototype

Shah Alam MP Khalid Samad believes that the creation of a decision making mechanism within Pakatan Rakyat is the principal milestone in the quest for a two-coalition system in Malaysia.

In remarks made at a seminar organized by the Institute of Southeast Asian Studies in Singapore earlier this week, the PAS legislator said such a mechanism was created by the PR government that ruled Perak from March 2008 until it was ousted by the Barisan Nasional last February.

Khalid, one of the Malaysian Parliament's least partisan voices, credited the DAP, which held the overall majority in the Perak State Assembly, for the success of the concept of consensual government whereby no policy would be passed if coalition partners were not in agreement.

He claimed the PR governments of Selangor and Kedah have yet to emulate the mechanism successfully wrought by the Perak PR government led by Nizar Jamaluddin, the PAS assemblyman who became Menteri Besar.

Khalid, a resolute believer in persuasion throug…

Pelancaran Tabung Afghanistan

[JUMLAH TERKINI 1 SEPT 2009: RM 5,250]
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang.

Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad sering di kunjungi oleh wakil-wakil madrasah, rumah anak yatim dan kem penempatan sementara warga Afghanistan. Sehubungan dengan itu, pihak kami telah pun menyumbangkan generator set dan water pump kepada wakil-wakil ini.

Dengan ini, kami juga ingin mempelawa tuan-tuan yang budiman untuk menyumbang ke arah kejayaan usaha ini dengan menghulurkan wang sumbangan kedalam akaun yang telah dikhaskan untuk tujuan ini. Butir-butir akaun tersebut adalah seperti berikut:
Maybank 162021401754 di atas nama Khalid Abd SamadSebaliknya tuan-tuan juga boleh membeli sendiri generator set atau water pump dan menghantarkannya terus ke pejabat YB Khalid di Seksyen 13, Shah Alam. Untuk mengelakkan kesulitan, sila hubungi kami untuk mendapatkan spesifikasi teknikal peralatan-peralatan tersebut sebelum membelinya. InsyaAllah, pada hari penyerahan sumbangan itu nanti, kami akan…

The German Connection

MUQADDIMAH
The German Connection bukanlah misi terbaru agen perisik British 007 - James Bond untuk menyelamatkan dunia di dalam filem akan datang, tetapi sepertimana yang telah saya jelaskan tempohari, saya bersama beberapa ahli Parlimen PR telah ke Germany di atas satu misi yang tidak kurang pentingnya, iaitu bagi meneliti cara bagaimana kerajaan pakatan (coalition) telah berjaya dipertahankan sekian lama di negara tersebut.

Ziarah kami bermula pada malam 26 Jun apabila kami menaiki penerbangan dari KLIA ke Germany dan berakhir pada 5 Julai apabila kami tiba di tanahair pada jam 3 petang bagi membolehkan saya bertolak ke Manek Urai pada malam yang sama untuk bersama dengan penyokong PAS dan PR dalam penamaan calon DUN Manek Urai selama 3 hari. Perjalanan kami selama 9 hari itu telah mendedahkan kami kepada banyak perkara yang akan saya jelaskan di bawah ini.

LATAR BELAKANG
Menganjurkan program lawatan sambil belajar ke Germany merupakan perkara biasa bagi persatuan dan NGO di negara itu…

Pengumuman: Forum Najib’s 100 Days, What Went Wrong?

FORUM:
“NAJIB’S 100 DAYS, WHAT WENT WRONG?”

Date : 31-07-09 (Friday)

Time : 8:00pm

Venue: MBPJ civic hall

Promo Video


PANELIST : YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

DATUK ZAID IBRAHIM

YB TIAN CHUA

YB KHALID SAMAD

YB WILLIAM LEONG

YB TENG CHANG KHIM

YB ELIZABETH WONG

MODERATOR : MISS LATHEEFA KOYA

Member Parliament of PJ Selatan Service Center and Pasukan KEADILAN KL & Selangor cordially invite you to attend our forum. We would like to express our gratitude for your support. Any further information, please contact Loh Boon Keat 014-3130208 or Chan Foo Chuen 016-2476182

On behalf of the organizer
-Pejabat YB Khalid Samad-

Respon Pengunjung : Isu Lilin & Candle Light Vigil

Saya membaca komen-komen yang telah dikemukakan di dalam artikel Majlis ‘Candle Light Vigil’ & Amalan Memegang Lilin dengan penuh minat. Yang penting bagi saya semua faham, memegang lilin tidak menjadi satu kesalahan semata-mata atas sebab lilin digunakan dalam upacara keagamaan orang Kristian atau Buddha atau Hindu atau mana-mana agama selain Islam. Penggunaan sesuatu objek oleh agama lain dalam upacara keagamaannya tidak dengan sendirinya menjadikan perkara itu haram untuk digunakan oleh orang Islam. Sebagai contoh, loceng.

Jelas juga bahawa pertikaian berhubung pemegangan lilin hanya wajar ditimbulkan sekiranya ianya dipegang dalam majlis keagamaan selain Islam dan sebagai sebahagian dari upacara peribadatan agama tersebut. Pemahaman berhubung perkara ini amat penting supaya kita dapat menentukan sikap kita secara tepat dan jelas.

Sesuatu perkara menjadi haram atas dua sebab, iaitu ‘lizattihi’ yang bermakna atas sebab zat perkara itu sendiri yang haram seperti arak, daging khinzi…

Respon Pengunjung : Is PAS Really for All

Email SL Chan: Is PAS Really for All telah dikirimkan di sini pada 17 Julai untuk memahamkan ahli dan pimpinan PAS betapa sesuatu isu yang boleh dieksploitasi pihak lawan seperti isu UG dan sebagainya boleh merugikan PAS. Sekiranya timbul isu yang merugikan, jangan kita rasa ianya mudah diselesaikan dengan mengeluarkan ‘gag order’ atau ‘arahan tutup mulut’ sahaja. Untuk ahli dan penyokong tegar ianya mungkin boleh dilihat selesai diperingkat itu. Tetapi bagi masyarakat umum, termasuk mereka yang baru mula mengenali dan berjinak dengan perjuangan kita, ianya memberi satu persepsi yang menyebabkan mereka kembali sangsi terhadap sikap dan pendirian kita selama ini. Berdasarkan komen-komen lain, amat jelas ramai dikelirukan oleh kita dan bukan sahaja saudara SL Chan.

Dengan itu usaha yang bertahun-tahun lamanya, semenjak zaman CCC lagi, untuk menyakinkan masyarakat bukan Islam bahawa Islam bukan Melayu dan Melayu tidak semestinya Islam, terjejas seketika.

Kalau kita hanya mementingkan ahli…

Pakatan Claims BN Plots Selangor Government Ouster

By Neville Spykerman

Khalid Samad accused Umno of wanting a repeat of what happened to the Perak PR administration in Selangor, except “this time they were targeting DAP instead of PKR.

The PAS MP said accusations against Yong and Liu over the misuse of state funds were lies and he believed the public would not be fooled.

He accused the MACC of double standards and claimed that the federal government had channelled up to RM1 million to the Shah Alam Umno Division to disperse without any checks.

“Nobody knows how the money is spent yet the MACC chooses to target PR state lawmakers,” he said.

More fromThe Malaysian Insider
Related news from Sun2Surf:DAP reps lodge report on blog
Imej ihsan Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-

Ahli Parlimen PR Melawat Pelantar Minyak & Gas 4 Ogos Ini

Beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan disamping para wartawan dan Blogger serta pemimpn masyarakat setempat akan di bawa ke Pelantar minyak dan gas yang dikatakan berada di perairan Kelantan pada 4 Ogos ini.

Turut dipelawa menyertai rombongan tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Rombongan yang turut disertai Ahli Parlimen Pembangkang ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Exconya, Dato’ Husam Musa.

Dato’ Husam ketika dihubungi Siasah berkata, tujuan lawatan ini adalah untuk membuktikan bahawa ada pengeluaran minyak dan gas di kawasan pertindihan antara Kelantan dan Thailand.

“Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri apa yang didakwa sebelum ini bahawa Petronas mengeluarkan minyak dan gas dari perairan Kelantan,’ katanya.

Mereka dijangka akan berlepas dari Jeti Pengkalan Kubor dengan Kapal Laut Dalam yang akan mengambil masa hampir 12 jam…

Video: Suruhajaya Diraja Perlu Bertindak Telus

Lapan individu termasuk rakan karib setiausaha politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock, memberi keterangan mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini pagi ini, bagi membantu siasatan kes kematian mengejut mangsa Khamis lalu.



Lima ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan dua ahli DAP adalah antara lapan individu yang dipangil polis untuk memberi kenyataan di temani dua peguam iaitu Ganapatirau dan Lim Lip Eng, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Ahil Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, kelapan mereka dipanggil berikutan siasatan terhadap telifon bimbit Teoh yang ditemui oleh pihak polis di tempat kejadian.

"Saksi-saksi hari ini dipanggil untuk beri keterangan adalah sebab sebelum 24 jam sebelum kematian mereka ada sms atau terima sms atau telifon atau terima talifon dari Teoh Beng Hock, ini semua dicari dari senarai rekod telifon Teo Beng Hock, hari ini kita hantar dua peguam mewakili mereka iaitu Encik Ganapatirau dan saya Lim Lip Eng” katanya.

Rakan karib Teoh, Woo…

Warkah Takziah Daripada TGNA Kepada Keluarga Mendiang Teoh Beng Hock

27 Rejab 1430 / 20 Julai 2009

Ibu bapa kepada
Mendiang Teoh Beng Hock
D/a Pejabat YAB Menteri Besar Selangor
Tingkat 21, Bangunan SSAAS
40502 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Warkah Takziah

Saya cukup tergamam apabila menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang Teoh Beng Hock pada awal petang 16 Julai 2009. Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang menjadi tetamu kepada SPRM; ketika beliau sedang memberikan kerjasama ke atas sebuah kes dalam siasatan.

Dalam Islam, tidak syak lagi tetamu wajib dihormati, bahkan dilindungi. Tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak akan status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan kerana sebaik-baik tetamu diterima sebagai tetamu maka Islam secara otomatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi oleh tuan rumah. Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya.

Bagaimanapun, apa yang berlaku di Plaza Masa…

Majlis ‘Candle Light Vigil’ & Amalan Memegang Lilin

Saya membaca dengan penuh minatnya pandangan yang mengatakan bahawa amalan DS Nizar Jamaluddin hadir di Candle Light Vigil di Perak adalah satu amalan bertentangan dengan aqeedah Islam. Hujjah ini adalah berdasarkan dakwaan bahawa memegang lilin yang dinyalakan adalah amalan keagamaan Kristian kerana mengikut fahaman pihak yang mendakwa, lilin dinyalakan semasa upacara peribadatan orang Kristian. Oleh itu memegang lilin yang dinyalakan dalam satu majlis adalah amalan peribadatan Kristian.

Saya ingin bertanya kepada mereka yang terlalu ghairah mengharamkan dan mengistiharkan semua amalan yang tidak difahami mereka sebagai luar dari Islam, apakah mereka faham implikasi kenyataan dan dakwaan mereka ini? Sekiranya menyalakan lilin adalah upacara ibadat Kristian dan orang Islam haram melakukannya, berapa ramai telah sesat apabila menyalakan lilin semasa ‘black out’ atau terputusnya bekalan elektrik di rumah pada waktu malam? Silap-silap yang menuduh sendiri pun pernah melakukannya. Berapa r…

Pengumuman: ISEAS Seminar Series - The Long March towards a Two-Coalition System in Malaysia

ISEAS
Click "Toggle Full Screen" for better viewing

Date: Tuesday, 28 July 2009
Time: 3.00 pm - 4.30 pm
Venue: Seminar Room II
Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS)
30 Heng Mui Keng Terrace, Pasir Panjang, SINGAPORE 119614

For further information, please contact:
Ms. Betty
Tel: (65) 6870 2472
Fax: (65) 6775 6264
E-mail: betty@iseas.edu.sg
or visit The Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS) Website

-Pejabat YB Khalid Samad-

Kejayaan Mempertahankan Manek Urai

Saya telah membaca beberapa analisa berhubung keputusan Pilihan Raya kecil Manek Urai, namun tiada kesempatan untuk menulis hingga petang ini. Ada yang menzahirkan kehairanan atas kemenangan yang tipis. Ada yang memberi bermacam-macam alasan dan penjelasan. Bagi pihak BN dan pro-BN, ianya merupakan keputusan yang kononnya menunjukkan kemerosotan sokongan terhadap PAS, khususnya PAS Kelantan. Timbalan Perdana Menteri dengan bangganya mengistiharkan bahawa ianya merupakan bukti kemaraan PAS telah berjaya dibendung BN hasil kepimpinan dinamik DS Najib! Hebatnya mengampu! Bagi saya, kenyataan beliau merupakan bukti bahawa manusia hanya nampak apa yang dia ingin melihat!

Yang pasti Kelantan bukan seperti negeri-negeri yang lain. Ianya telah berada di bawah PAS sejak 19 tahun yang lalu. Dalam istilah pemasaran, ianya boleh digelar pasaran yang telah tepu dengan produk ‘PAS’. Dalam keadaan sebegini, pertambahan undi secara melonjak tidak mungkin diperolehi mana-mana parti politik. Seperti pro…

Dari Manek Urai ke London dan Jordan: Berhadapan Isu Teoh Beng Hock

Pada 10 Julai saya dan isteri telah bertolak ke UK untuk menziarah anak dan cucu yang kini sedang berada di sana setelah berkesempatan berkempen untuk beberapa hari di Manek Urai. Satu program dialog bersama rakyat Malaysia telah di susun oleh saudara Wan Saiful di London pada keesokkan harinya. Dari UK saya telah sempat ke Jordan pada 13 hingga hingga 15 Julai untuk menziarah anak lelaki saya yang berada di sana dan untuk bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di bandar Irbid.

Sekembali ke UK pada 15 Julai saya mengambil peluang bertemu sahabat-sahabat di Manchester dan seterusnya ke Coventry sebelum pulang ke tanah air pada 17 Julai dari Stansted. Semasa dalam tempoh saya di UK itu juga saya telah berkesempatan bertemu beberapa orang sahabat lama bagi bertukar-tukar buah fikiran. Setiba di Malaysia, pada 18 Julai saya ke Pulau Pinang memenuhi janji untuk bersama sahabat-sahabat dalam program yang telah di atur untuk selama 2 hari. Saya kembali ke Shah Alam pada hari Isnin 20 Julai d…

SPRM Mahukan Jawapan Rakyat Mahukan Penjelasan

Kesedihan menyelubungi mereka yang menanti kenderaan yang membawa jenazah Teo Beng Hock di Taman Peringatan Nirvana , Semenyih. Jenazah mendiang sebelum itu dibawa balik ke Melaka bagi membolehkan acara sembahyang dan memberi penghormatan terakhir di kampong halamannya. Pakatan Rakyat dan DAP khasnya kehilangan seorang anak muda yang sungguh berdedikasi terhadap perjuangan membela rakyat

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama pemimpin Pakatan Rakyat dilihat hadir memberi penghormatan kepada mendiang dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Turut hadir Tn. Hj. Mohd Sabu, YB Dr. Shafie Abu Bakar, YB Dr. Abd. Rani, YB Khalid Samad, YB Lee kim Sin.

En. Chan seorang ahli DAP dari Pulau Pinang yang turut hadir menyatakan kekesalannya terhadap cara SPRM bertindak.

Tambah beliau dengan penuh semangat,"Sebagaimana SPRM mahukan jawapan dari ADUN Pakatan Rakyat begitulah juga rakyat mahukan penjelasan dari SPRM bagaimana mereka yang masih dibawah siasatan SPRM menemui …

Pengumuman: Seminar Pemikiran Dr. Burhanuddin Al-Hilmi

Assalamualaikum wrt & Selamat Sejahtera,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan Pusat Kecemerlangan Ummah (Ummah Centre) akan mengadakan "SEMINAR PEMIKIRAN DR. BURHANUDDIN AL-HILMI" yang bertemakan "Membentuk Jiwa Merdeka".

[Kemaskini]
Tarikh: 2 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 8 pagi - 5:15 petang
Tempat: Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor

Dalam seminar tersebut akan jalankan Pelancaran Ummah Centre bersama Perasmian seminar yang akan dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ( Menteri Besar Kelantan). Majlis perasmian tersebut juga akan dimeriahkan dengan tayangan multimedia yang dicipta khas buat Sekilas Biograafi Tokoh Dr, Burhanuddin Al Hilmi. Biografi tokoh ini akan diulas oleh Sdr. Mohd. Fadli Ghani.

Seminar kajian ilmiah ini dibawa dalam bentuk wacana politik dengan pembentangan kertas kerja dan forum pemikiran Dr. Burhanuddin Al-Hilmi. Panel-panel yang terlibat adalah dari kalangan pengkaji tokoh dan termasuk j…

NEW TAXI FARES: Pakatan calls it bad timing

New fares a burden to consumers, says Shah Alam MP
Masami Mustaza
Friday, July 17th, 2009 05:19:00

NOW is not the time. That was the opinion of Shah Alam Member of Parliament Khalid Samad, who is also Pakatan Rakyat's shadow Cabinet member for the Transport Ministry.

Khalid, who is currently in the United Kingdom, said "it would have been acceptable had the hike been imposed at any other time".

"Under the current recession, the government should have been more responsible in controlling fares instead of pushing the costs to consumers.

The government must be innovative in handling rising operational costs for public transportation operators by finding ways to reduce them. I am against the fare hike," he said.

Yesterday, Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Abd Aziz announced that passengers would have to fork out about 30 per cent more in public transport fares beginning Aug 1.

This has raised the ire of many consumers, who said this "ca…

Is Pas Really for All?

We received the following through email and thought some of you maybe interested. What do you think?
-Pejabat YB Khalid Samad-


Dear YB Khalid,

I think by now there are a host of comment on the unity govt issue, PAS call for a ban on SIS, your President condemning the 30% bumi requirement abolition and also selling of alcohol in S. Alam. For you info i am a non Muslim and had been a life long supporter of the opposition and obviously supported Pakatan last March. A combination of disgust for UMNO's arrogance, the impotence of their side kicks such as the MCA, MIC and Gerakan and aslo finally we (the non racial moderate voters) though that PKR, DAP and PAS speaking AND thinking as one ensure they lost the 2 third in Parliament and also 5 states. PAS slogan of "PAS for All" and your visit to a church soon after your win gave us hope that Pakatan is the original representative of One Malaysia, not them.

Boy, how things could have been so different after only 1 year. First we ha…

Pengumuman: Ceramah Umum (Irbid, JORDAN)

Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ) dengan segala hormatnya menjemput saudara/saudari untuk menghadiri sesi ceramah umum oleh YB Khalid Samad pada malam ini. Butiran lanjut adalah seperti berikut:
Tarikh : 14 Julai 2009Hari : SelasaTempat : Dewan Abu 'Ain, IrbidMasa : 8.30 malamAnjuran : BKASJ dengan kerjasama PERMAI dan MPKJBagi pihak penganjur program BKASJ
-Pejabat YB Khalid Samad-

Thousands in Manek Urai for Nomination Day

...They performed a short prayer before marching to the nomination centre at about 8.50am.

At the PAS end, about 2,000 of the supporters started gathering at the Kuala Krai junction by about 7am.

And by the time the party held a special prayer session at the Al-Jauhar mosque, the number had swelled to almost 10,000.

These supporters, led by their spiritual leader and Kelantan Menteri Besar Nik Aziz Nik Mat, then started marching towards the nomination centre at about 8.10am.

The SMK Sultan Yahya Petra 1 nomination centre is located about 1.4 kilometres away.

Strong police presence

The other PAS leaders in the crowd include PAS president Abdul Hadi Awang, Husam Musa, Khalid Samad and Hatta Ramli. Pakatan Rakyat leaders like Azmin Ali, Zaid Ibrahim, Khalid Ibrahim and Tan Seng Giaw were also in the crowd. However PAS deputy president Nasharuddin Mat Isa was not in the crowd.

On the way, these PAS supporters shouted slogans like ‘Hidup Islam’ and recited verses from the Quran. Many waved PAS fl…

Invitation: Open Dialogue with YB Khalid Samad in London

We would like to invite you to an open dialogue, details as follows:

Main speaker: Khalid Samad MP

Date: Saturday 11 July 2009

Time: 2pm, for 2.30pm start to 4.30pm.

Venue: Hyde Park Suite, Holiday Villa Hotel, 37 Leinster Gardens, London W2 3AN (click here for map)

Chair: Wan Saiful Wan Jan, Director General, Malaysia Think Tank

In this moderated dialogue, Khalid Samad MP will elaborate his ideas and thoughts on PAS, Pakatan Rakyat, and the future of Malaysian politics.

Khalid Samad is PAS Member of Parliament for Shah Alam. He was recently appointed as a member of the Opposition's Cabinet Committee monitoring the Prime Minister's Department and the Ministry of Transport. Khalid created controversy recently when PAS Shah Alam, of which he is head, proposed that the group Sisters in Islam should be banned, which he later clarified as a mistake. Khalid was also one of the 10 PAS MPs who signed the open letter rejecting 'unity government' proposition.

On 27 March 2008, Khalid be…

Pertemuan Bersama Mahasiswa & Graduan Universiti Tempatan

Sehari selepas pertemuan PAS Shah Alam bersama Ust. Ahmad Awang, saya telah dijemput menghadiri program usrah mahasiswa dan graduan Universiti tempatan. Dalam usrah ini mereka telah bertanya isu berhubung UG dan September 16. Ini merupakan hasil dari tohmahan yang telah mereka baca di dalam blog-blog yang menyerang saya berhubung perkara ini. Sebelum itu, ingin saya ucapkan syabas kepada mereka ini di atas semangat dan keprihatinan yang telah ditunjukkan.

Maka saya pun memberi jawapan seperti berikut:-

ISU SEPTEMBER 16
Projek 16 September atau 916 merupakan satu usaha yang tertakluk kepada rangka kerja yang dipersetujui bersama; iaitu menjatuhkan BN dan menegakkan kerajaan PR. Ianya tidak terkeluar dari rangka kerja ini. Oleh yang demikian ianya telah dipersetujui oleh pimpinan PR. PAS telah meletak syarat bahawa yang lompat mesti akhirnya majoritinya orang Islam. Hakikat bahawa syarat ini dinyatakan adalah bukti bahawa usaha ini telah dibincang dan diterima.

September 16 bagi saya merupa…

Pertemuan Ust. Ahmad Awang Bersama PAS Shah Alam

Pertamanya saya ingin memohon maaf kerana telah lama tidak update. Saya ketika ini sedang berada di Germany bersama 5 Ahli Parlimen PR yang lain, 2 dari DAP, 2 dari PKR dan 1 lagi dari PAS bagi mengkaji sistem kerajaan campuran yang terlaksana di sini serta kaedah dalam menjayakan kerajaan campuran di semua peringkat. Inisiatif ini dilakukan dengan tujuan menimba pengajaran dan pengalaman bagi memperkukuhkan PR di negara kita. Telah hampir seminggu kami di sini semenjak hari Jumaat yang lalu dan insyaAllah akan kembali ke tanah air pada hujung minggu ini.

Sebenarnya terdapat dua pertemuan sebelum saya berangkat ke Germany yang ingin dikongsi bersama, tetapi tidak berkesempatan higgalah kesaat ini kerana jadual yang agak padat. Yang pertama pertemuan Ust. Ahmad Awang bersama PAS Shah Alam dan yang kedua pertemuan saya bersama para graduan Universiti tempatan. Untuk posting malam ini, saya akan mulakan dengan pertemuan yang pertama terlebih dahulu.

Pada malam 24 Jun yang lalu, satu perte…