Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

Kisah Umar Abdul Aziz: Adakah Masih Relevan?

Beberapa bulan yang lalu saya telah memetik Kisah Umar Abdul Aziz dan Anaknya untuk dikongsi bersama dan menjemput komen serta pandangan dari pengunjung sekalian. Saya berjanji akan mengemukakan pandangan saya berhubung kisah ini tetapi tidak sempat untuk melakukannya, sehinggalah sekarang. Sememangnya apa yang perlu kita fahami ialah bahawa Allah bukan sahaja menurunkan kepada kita wahyu berhubung cara hidup yang wajib kita ikuti supaya selamat di dunia dan di akhirat, tetapi telah juga menunjukkan kepada kita cara bagaimana ianya perlu diperjuangkan sehingga masyarakat yang jahilliyah bertukar menjadi masyarakat yang berdiri tegak atas dasar Islam. Cara bagaimana ianya perlu diperjuangkan telah dizahirkan secara praktiknya oleh Rasulullah (SAW) selama 23 tahun bermula dari turunnya wahyu yang pertama sehingga wahyu yang terakhir. Oleh itu, sirah Rasulullah (SAW) akan sentiasa menjadi panduan dan pedoman setiap pejuang Islam. Penurunan ayat-ayat Al-Quran secara berperingkat, mengikut

Menghadapi Kemenangan PRK Kuala Terengganu

Pilihanraya Kecil KT telah selesai dan AlhamduliLlah, calon PAS/PR telah muncul sebagai pemenang. Maka bertambahlah kerusi Parlimen PAS dan PR dan agenda perubahan di peringkat pusat terus hidup! Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada calon, PAS, DAP dan PKR. Usaha-usaha para pemimpin, serta ahli dan penyokong yang seolah-olah tidak kenal penat-lelah telah mencapai hasil yang diinginkan. Tidak dilupai juga peranan ahli Kelab Penyokong PAS yang telah turun beramai-ramai membantu calon PAS di KT. Saya ingin juga menyatakan tahniah kepada pengundi kerana membuat pilihan yang tepat. Semoga Allah memberi kami kemampuan untuk menunaikan tanggung jawab kami terhadap pengundi dengan sebaik yang mungkin. Dalam pada keghairahan kita menyambut kemenangan ini, perlu juga kita akui bahawa PR kecil ini telah mendedahkan beberapa kelemahan yang perlu diatasi sebelum datangnya PRU ke 13. Ini adalah kerana pada PRU ke 13 kelak, PAS tidak akan lagi dapat dibantu oleh DAP da

“Demam” Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

Ada yang bertanya, “ke mana pergi Khalid Samad semenjak selepas PR kecil KT? Langsung tak muncul dan blog dia pun tidak di update”. Saya kena minta maaf. Sebenarnya sepanjang tempoh beberapa hari sebelum tarikh pengundian PR kecil KT, saya tidak begitu sihat. Berbekalkan Panadol Soluble, Strepsils, Fisherman’s Friend dan berbagai ubat-ubatan lain saya gagahkan diri dan terus ke KT. Ini baru betul demam pilihanraya namanya:) Mereka yang hadir di tempat saya berceramah mungkin menyedari betapa suara saya begitu serak dan penyampaian saya tidak seperti biasa. Namun saya amat berbangga kerana telah menyumbang walaupun tidak sebanyak mana, ke arah kemenangan YB Wahid Endut. Selepas selesai dan kemenangan tercapai, saya ‘menyerah kalah’ kepada sakit dan demam yang ‘dipinggirkan’ oleh saya sepanjang tempoh tersebut. Saya membenarkan diri saya untuk demam dan tidak lagi memaksa diri atau berlagak sihat. Namun, bukan di Malaysia, tetapi di UK! Ini adalah kerana saya terpaksa menguruskan bebera

Finding the Kingdom of Heaven

By U-En Ng surat@khalidsamad.com If you keep watching after the end of Ridley Scott's 2005 film The Kingdom of Heaven you'll hear a curious song by Harry Gregson-Williams, a British composer, sung by Natacha Atlas—a Belgian Muslim of Sephardic Jewish ancestry: *"We 'anaa bu' min be-mamlakt il-jannaa, we 'anaa bu' min be-mamlakt il-h'ub. We in-noor il-h'ayaat il-duniaa, La 'ilaha 'illa 'llah" *: And I believe in the kingdom of heaven, and I believe in the kingdom of love. And in the light of life is the world, there is no God but God. The three Abrahamic religions—Judaism, Christianity and Islam—stem from The same source: There is no God but God, and these non-Muslims are Collectively *Ahl al-Kitab*, or the People of the Book . "And dispute ye not with the People of the Book, except with means better (than mere disputation) unless it be with those of them who inflict wrong (and injury): but say, 'We believe in the revelatio

Pengumuman: Himpunan Membantah Keganasan Israel

Semua dijemput hadir, bagi pihak penganjur program. -Pejabat YB Khalid Samad-

Undang-Undang DS atau BN

Undang-undang Double Standard atau Barisan Nasional - Candle Light Vigil di Kuala Lumpur vs 'Silat' Pewaris di Shah Alam. Kita sebenarnya sudah naik jemu dengan telatah/perangai BN yang mengamalkan dasar double standard. Rakyat pun begitu. Ini adalah di antara sebab BN mengalami prestasi yang teruk pada PRU ke 12 Mac lalu. Namun, BN masih tidak (mahu) faham. Semalam, sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan ‘candle-light vigil’ di dataran Merdeka Kuala Lumpur telah disuraikan oleh pihak polis. Dari jumlah lebih kurang 200 orang 21 dari mereka telah ditahan , walaupun hanya untuk beberapa jam, oleh pihak polis. Yang ditahan termasuklah beberapa YB, iaitu Charles Santiago (Klang), Abdullah Sani (Kuala langat), Dr. Nasir (Kota Damansara) dan beberapa aktivis dari GMI, SUARAM dan sebagainya. Candle-light vigil ini tiada benda sebenarnya, bukan mereka nak bakar bandar KL dengan lilin-lilin mereka! Mereka hanya memegang lilin yang bernyala secara beramai-ramai dengan tujuan memb

Persoalan Kuil di Sek 19 dan Tindakan Pewaris

[update 11/1/09] the English translation and review by AirKosong : An incident of how UMNO goons intend to destabilise society Kerajaan BN telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan PR selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan ‘signiature’ BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan ‘lain-lain’. Di antara yang ‘lain-lain’ itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN. Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal.

Sesi Khas Parlimen: Isu Palestin

Pada hari Isnin, 5 Januari 2009; rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat telah sekali lagi bersatu hati dan berganding bahu bagi menyerahkan memorandum meminta PM memanggil satu persidangan khas Dewan Rakyat bagi membincangkan isu Palestin. Beberapa hari kemudian kabinet telah pun bersetuju untuk mengadakan satu Sidang Khas di Dewan Rakyat, pagi hari Isnin 12 Januari - khusus bagi membincangkan konflik dan kekejaman Israel di Semenanjung Gaza. Petikan berita dari HarakahDaily "Malaysia perlu menunjukkan contoh pertama dengan memanggil segera wakil rakyat untuk satu sidang khas di Parlimen untuk menyatakan sokongan terhadap Palestin. Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum meminta Perdana Menteri memanggil satu persidangan khas Dewan Rakyat bagi membincangkan keganasan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu bersama 12 Ahli Parlimen PR yang lain menyerahkan memorandum itu kepada Setiausaha Sulit

Hudud and Democracy

[Dalam Dwibahasa] SOME claim PAS faces an internal dilemma with the " outdated " hudud issue. I, of course, disagree with this assessment, as I believe PAS is and has always been clear on this issue. I believe it is democracy that faces a dilemma when confronted with the hudud issue. I have always wondered how a democracy would react if, in a particular state, the vast majority agrees to the implementation of the Islamic legal system, including hudud. This was my very question to an officer of the American embassy a few years ago. As any officer of the American embassy in any part of the world would do, he scoffed at the idea. In fact, he even went so far as to question why the US should allow any Islamist government to exist, as these Islamists use democracy to destroy democracy. Islamists, according to him, would participate in the democratic process and stand for election, and when they win the election, replace the democratic system with a "tyrannical Islamic state&

Pengumuman: Program Intifadah & Ambang PRK-KT

Dengan izin Allah SWT, YB Khalid Samad akan menjadi salah seorang penceramah bagi program-program berikut pada hujung minggu ini. Sila hubungi terus dengan pihak markas berkenaan untuk maklumat lanjut. 1- Program Bersama Pimpinan: "Intifadhah Palestin & Ambang Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu" Tarikh : 8-jan-2009 (Khamis) Masa : Jam 9:30 malam Tempat : Markas PAS Bukit Naga, Kota Raja. Penceramah: YB Dr Mariah Mahmood & YB Hj Khalid Samad 2- Program Intifadhah Palestin & Pelepasan Petugas PR Kecil ke Kuala Terengganu Tarikh :9-Jan-2009 (Jumaat) Masa : 9:30 malam Tempat: Markas PAS Taman Permata, Gombak. Penceramah: YB Ir. Iskandar Samad, YB Hj Khalid Samad & YB Dr Hatta Ramli Saudara semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis. -Pejabat YB Khalid Samad-

Nomination Day – KT (Photos Update)

Went for the ‘penamaan calon’ at KT today (6th January) and was very happy to see that both the DAP and PKR were very well represented. Their flags were flying as high and as distinctly as ours; and nobody in their right mind would doubt the unity and commitment of these three parties to the concept of the PR. But then, when we are talking about the BN and their media, ‘right minds’ might not be the best of words to use. Tuan Guru Hj. Hadi was of course there with YB Wahid Endut the candidate. So were Dato’ Harun Din, Mustapha Ali, Syed Azman and a host of other PAS leaders. For the PKR, I met Tan Sri Khalid, Tian Chua, Azmin Ali, Dr. Syed Hussein to name a few. Anwar was overseas and will be arriving tonight for a ceramah together with Tok Guru Nik Aziz and Kit Siang. For the DAP there was Kit Siang, Teresa, Ronnie, Loke and many others. I have always ‘enjoyed’ bye-elections (according to Wikepedia , it can be spelt as by- or bye-) as they always bring out the best in PAS and its memb

Publication Permit for Herald the Catholic Weekly

EVEN though the Home Ministry recently approved the publication permit for the Herald – the Catholic Weekly, only publication in English, Tamil, and Chinese is allowed. Publication of the weekly's Malay language version has been held back, pending a court decision on the use of the word "Allah". While my Christian friends applaud the decision to renew the permit, they are understandably upset over the prohibition to publish the weekly in Malay. This, they say, is due to the fact that the majority of Christian Malaysians are in Sabah and Sarawak, and Malay is their first language. The prohibition to publish the weekly in Malay is thus seen as a serious affront on their freedom of religion. I personally find the position taken by the Home Ministry untenable and see no reason why the Malay language version of the Herald should be put on hold. I believe all these problems are the result of the ignorance and confusion of Muslims in Malaysia about their own religion. Having liv

Hijrah Kearah Kegemilangan

Berikut merupakan teks ucapan khutbah yang telah disampaikan di Masjid Batu 3, Shah Alam pada 2 Januari 2008. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar. Sidang jumaat yang dirahmati Allah (SWT), Marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar Taqwa, iaitu bertakwa dalam ertikata melakukan ketaatan, kepatuhan, dalam melaksanakan segala perintah Allah (SWT) dan meninggalkan segala yang dilarangNya. Sesungguhnya orang yang bertakwa itu ialah semulia-mulia hamba Allah yang akan memperolehi segala kebaikkan, pertolongan ketika kesukaran, perlindungan, keberkatan, kemudahan dan kejayaan hidup yang telah dijanjikan oleh Allah (SWT) sebagaimana firmanNya dalam surah At-Thalaq ayat 2 hingga ayat 3:- Yang bermaksud :- "Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlint

Pakatan sedia hadapi gerakan khas BN Selangor

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, beliau tidak kisah dengan penubuhan badan (Suara Rakyat Selangor - SUARAS) tersebut dalam usaha BN untuk mengadakan satu gerakan khas bagi menggesa kerajaan negeri dikuasai Pakatan yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP kerana ia akan membolehkan pihaknya bekerja dengan lebih baik. "Jika mereka nak buat, buatlah. Jika ada tekanan seperti itu, kita akan bekerja dengan lebih baik lagi," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini. Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamed Khir Toyo hari ini memberitahu mStar Online, BN di Selangor akan menubuhkan Suaras bagi menggesa kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat melaksanakan janji mereka. Beliau berkata, langkah itu adalah usaha pihaknya untuk membuat satu gerakan khusus termasuk kempen kesedaran bagi menyedarkan rakyat bahawa Pakatan di Selangor masih belum melunaskan janji-janji mereka yang dibuat sebelum pilihan raya umum lalu. Mengulas lanj