Skip to main content

Hudud and Democracy

[Dalam Dwibahasa]

SOME claim PAS faces an internal dilemma with the "outdated" hudud issue. I, of course, disagree with this assessment, as I believe PAS is and has always been clear on this issue. I believe it is democracy that faces a dilemma when confronted with the hudud issue. I have always wondered how a democracy would react if, in a particular state, the vast majority agrees to the implementation of the Islamic legal system, including hudud.

This was my very question to an officer of the American embassy a few years ago. As any officer of the American embassy in any part of the world would do, he scoffed at the idea. In fact, he even went so far as to question why the US should allow any Islamist government to exist, as these Islamists use democracy to destroy democracy. Islamists, according to him, would participate in the democratic process and stand for election, and when they win the election, replace the democratic system with a "tyrannical Islamic state".

He was being presumptuous and biased when he made those statements. It is quite clear that he has no idea what an Islamic state is, and what he thinks it is is more reminiscent of a Communist dictatorship. How ironic that the very antithesis of the Islamic state — the Communist state with its disbelief in God and its total subservience to "matter and those laws governing its existence" — is seen as being its equivalent.

It seemed more like an excuse for him to side-step the question at hand, which went unanswered that evening. I believe he saw it as being exactly the dilemma faced by the US in its foreign policy towards Iran and Hamas in Palestine. These are popularly elected governments, which the US does not wish to recognise.

I had a similar experience with a non-Muslim friend who referred to Terengganu residents during PAS's administration paying taxi drivers, plying their trade into Pahang, to buy Magnum four-digit numbers for them while in Barisan Nasional-controlled Pahang.

When I asked how many people he thought these taxi drivers serviced each day, he agreed it would be far short of a thousand. When I asked how many citizens there were in Terengganu, he replied, "Lots more than that." So when I finally asked if he felt the majority of Terengganu residents should be allowed to have their kampungs and towns free of gambling if that was what they wished, he had no choice but to acquiesce.

Therefore, questions of democracy, individual freedom and the right of the majority are stacked one against the other in scenarios such as these. I personally feel that should the majority of people within a particular state willingly and freely wish to have the Islamic legal system implemented, they should be given the right. The other states can then watch and appraise, and can then decide if they want a similar system for themselves. That is what democracy is all about.

WalLahu ‘Alam
*this article was originally published in The Nut Graph

******************************************************************************************************
Hudud dan Demokrasi

Terdapat pihak yang mengatakan bahawa PAS sedang menghadapi dilema dalaman tetang isu hudud yang mereka anggap isu yang telah “lapuk”. Saya bagaimanapun tidak bersetuju dengan penilaian ini, kerana saya percaya PAS selama ini amat jelas berkenaan isu tersebut. Saya percaya bahawa sebenarnya demokrasi yang menghadapi dilema apabila berdepan dengan isu hudud ini. Saya sebenarnya telah lama ingin melihat bagaimanakah reaksi sesebuah demokrasi apabila di dalam sebuah negeri, majoriti besar penduduknya bersetuju untuk melaksanakan sistem perundangan Islam, termasuk hudud.

Inilah sebenarnya soalan yang saya ajukan kepada seorang pegawai kedutaan Amerika Syarikat beberapa tahun yang lalu. Seperti mana-mana pegawai kedutaan Amerika di serata tempat di dunia akan lakukan, dia mentertawakan ide sebegini. Malah, dia pula mempersoalkan mengapa AS patut mengizinkan mana-mana kerajaan Islamik untuk wujud, kerana golongan Islamik ini akan mempergunakan demokrasi untuk menghancurkan demokrasi itu sendiri. Menurutnya lagi, aktivis Islam mengikutserta dalam proses demokrasi dan bertanding dalam pilihanraya, dan apabila mereka menang, akan menggantikan sistem demokrasi dengan “sistem negara Islam yang berkuku besi”.

Dia sebenarnya telah membuat andaian dan berprasangka buruk apabila mengeluarkan kenyataan sebegitu. Adalah jelas yang dia sendiri tidak faham tentang apa yang dikatakan sebagai Negara Islam. Apa yang dibayangkan olehnya sebenarnya lebih menjurus kepada sistem komunis berdiktator. Amat ironik apabila sistem seteru dan musuh ketat Negara Islam – iaitu Negara Komunis, yang menolak kewujudan Tuhan dan berpegang kepada kepercayaan pengabdian hanya kepada ‘benda’ dan undang-undang yang menguasai kewujudannya – dianggap serupa.

Kata-kata beliau lebih merupakan alasan untuk mengelak dari menjawab soalan sebenar dan ianya telah tidak terjawab pada malam itu. Saya percaya dia menyedari bahawa ini merupakan dilema sama yang dihadapi oleh AS dengan polisi luarnya terhadap Iran dan Hamas di Palestin. Mereka berdua adalah kerajaan sokongan rakyat yang telah dipilih secara sah, namun AS tidak mahu mengiktiraf mereka.

Saya berdepan dengan pengalaman yang sama dengan seorang rakan bukan Islam yang pada satu hari memberitahu saya secara sinis bahawa rakyat Terengganu semasa di bawah pemerintahan PAS telah mengupah pemandu teksi yang ke Pahang, untuk membeli nombor Magnum empat-digit bagi pihak mereka di Pahang yang berada di bawah kerajaan BN.

Apabila saya bertanya kepadanya berapa ramaikah yang dia rasa melakukan perkara seperti ini setiap hari, dia bersetuju bahawa ianya jauh kurang dari seribu. Dan apabila saya bertanya lagi, berapa ramaikah rakyat di Terengganu itu sendiri, dia menjawab, “jauh lebih ramai dari itu.” Akhirnya saya bertanya kepadanya, tidakkah dia bersetuju bahawa sekiranya majoriti rakyat Terengganu inginkan kampung dan bandar mereka bebas dari perjudian, maka mereka berhak dan patut dibenarkan? Dia tidak mempunyai pilihan lain selain dari bersetuju.

Maka jelas terdapat perselisihan dalam persoalan demokrasi, kebebasan individu dan hak majoriti di dalam senario seperti ini. Bagi saya, jika majoriti rakyat di sesebuah negeri itu dengan rela hati tanpa apa-apa paksaan mahukan sistem perundangan Islam dilaksanakan, mereka sepatutnya diberikan hak mereka. Negeri-negeri lain boleh melihat dan menilai dan seterusnya menentukan samada mereka mahukan sebuah sistem yang sama untuk mereka. Inilah demokrasi yang sebenarnya.

WalLahu 'Alam

Comments

u-en said…
Good question.

Is it not the duty of a democratic government to ensure that the civic practices (ways of life, rights, or whatever we want to call it) of minorities are not overwhelmed?

The majority may, by popular referendum, demand (say) the criminalisation of left-handed people--this would be a clear exercise of good democratic practice, but it might not translate as easily into good government.

Freedom from gambling is a fine positive example, but the same logic can also be applied to instances where the dictatorship of the majority, to modify an old communist phrase, can easily lead to an undermining of freedom.

Maybe it's not the logic (or paradox) of democracy that is at fault but rather the motives to which we put our democratic arguments in service.
Ibnu Ali said…
Salam.

Bagus artikel ini. Ana juga sudah perhatikan hal ini sejak sekian lama. Petikan-petikan ucapan dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga jelas mempertikai demokarasi.

Hakikat Demokrasi yang ada sekarang amat celaru. Bak kata Dr Mujahid Yuusf Rawa, Amerika tidak boleh samakan gambaran atau perjalanan demokrasi di negaranya dan di negara orang lain.

Dalam hal ni, nampak dan jelas, bahawa demokrasi hanya alat dari amerika untuk mengamalkan dasar "kuku besi" mereka ke negara lain. Mereka sendiri yang merencatkan demokrasi.

Sebab itu Hizbut Tahrir tidak menggunakan jalan Demokrasi ni sebagai wasilah mereka. Namun itu pendapat mereka.

Tugas kita teruskan memperkatakan dan memperbetulkan wajah demokrasi yang ada yang sejajar dengan titik persamaan yang tidak bercanggah dengan Islam.

Sebab dalam sesetengah hal, Islam tidak perlukan kuasa mejoriti.

Teringat kisah Nabi Nuh, dan ashabul kahfi. Mereka golongan benar walaupun bukan di kalangan mejoriti.
Mr. Smith said…
Going for Hudud at this point of time, is akin "to catching a falling star".
Hudud implementation has nothing to do with democracy but with the reality of Malaysian politics, the Federal Constitution, the country's demographics and the readiness of the Muslims themselves to embrace it.
A referendum on the issue among Muslims will prove that the majority of them might not be ready for it.
Perhaps, in 20 or 30 years time.
NOTE: Personally I have no problems with Hudud but I am against making Malaysia an Islamic state, which would be a prerequisite for Hudud enforcement.
Anonymous said…
Ketika Lord Macaulay menderaf undang keseksaan India, adakah sebenua India bersetuju dengan perlaksanaan undang jenayah bermodelkan acuan Lord Macaulay?

Saya percaya jawapannya tidak.

Sudah ada undang-undang tempatan (lex loci) iaitu undang-undang Islam di India.

Begitu juga Kanun Keseksaan yang digubal berdasarkan undang-undang jenayah dari India ini di Tanah Melayu.

Orang Melayu sudah ada undang-undang jenayah mereka sendiri.

Tetapi mengapa undang-undang jenayah acuan Lord Macaulay ini berjaya dilaksanakan di Tanah Melayu?

BOM & PELURU!

Mana ada demokrasi dalam perlaksanaan undang-undang jenayah, pada waktu itu.

Orang British bukanlah puak majoriti dalam Tanah Melayu.

UNDANG-UNDANG BERKAIT RAPAT DENGAN KETENTERAAN.

Lihat lambang Majlis Peguam. Sebilah keris yang menjadi dacing dalam menimbang buku2!

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.