Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008

Istilah Bumiputera Di Salah Guna

Petikan ucapan YB Khalid Samad semasa sessi Parlimen pada 30 Oktober 2008. Ihsan dari MPPAS . Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya, terima kasih. Saya ingat tak ada orang di sini yang nak bakar kelambu. Hanya masalahnya nyamuk yang menyamar sebagai kelambu. Itu yang masalah dia. Saya rasa seperti mana yang disebut oleh Ketua Pembangkang tadi, tiada siapa yang mempertikaikan atau ingin membawa perubahan kepada Perlembagaan. Ini merupakan satu perkara yang jelas walhal Yang Berhormat Ipoh Timur pun tidak menyebut persoalan itu. [Dewan riuh] Akan tetapi persoalan yang telah dikemukakan ialah bagaimana istilah bumiputera ini telah digunakan untuk melaga-lagakan di kalangan rakyat. Ini seperti mana yang telah disebut tadi persoalan HINDRAF, ini pun di antara isu yang ditimbulkan sedangkan apa yang telah dikemukakan oleh HINDRAF dan masyarakat India merupakan masalah yang genuine, dengan izin, yang dihadapi oleh masyarakat India. Tak ada sebab kenapa pihak kerajaan walaupun ingin

10 Hindraf Supporters Released

Putrajaya (Oct 26, 2008): Ten Hindu Rights Action Force (Hindraf) supporters who were remanded for assembling in front of the Prime Minister's office on Thursday were released on police bail today. They were seen leaving the Putrajaya district police headquarters at 1.30pm, accompanied by their lawyers led by Gobind Singh Deo and Shah Alam MP Khalid Abdul Samad and Kuala Selangor MP Dr Dzulkifli Ahmad. Kuala Lumpur police chief Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman confirmed that the eight men and two women were released on police bail and had to report here on Nov 25. About 50 supporters and family members had gathered outside the police headquarters as early as this morning. More from The SUN From Bebas Penyokong HINDRAF Gambar Ihsan dari: Pusat Khidmat Masyarakat U10 Shah Alam -Pejabat Khalid Samad-

PKNS New GM

(Dalam Dwibahasa) PAS opposed the appointment of Mdm Low as the new GM of PKNS on the grounds that she was part of the management team which caused PKNS to lose Billions of Ringgit. In order to ensure an effective change, a new management made up of new people needs to be appointed. PAS’s opposition is NOT based on race. Secondly, given the political scenario and how UMNO will exploit the issue for their political ends, the appointment of a Malay as the new GM is wiser. This is so as not to give UMNO the excuse and opportunity to attack us. We all are aware that the main strategy of UMNO in their dealing with PR is to accuse PR of abandoning the Malays. The appointment, at this time, must take into consideration the risks involved by inviting these UMNO attacks when PR being new has yet to successfully dispel the fears of the Malays who are influenced by UMNO’s propaganda. In the final analysis, whosoever is appointed must fulfill the requirements of the appointment. If a Malay is appo

PAS dan DEB

MCA telah menyarankan supaya syarat 30% equiti Bumiputera digugurkan memandangkan suasana ekonomi yang mencabar. Ketua Dewan Pemuda PAS, YB Sallehuddin Ayub telah membantah. PAS konsisten dalam pendiriannya inginkan keadilan sosial dan ekonomi untuk semua. DEB telah selama ini diperalatkan untuk mengkayakan pemimpin2 UMNO. Semangat DEB pada dasarnya adalah diterima pakai kerana ingin menyaksikan agihan kekayaan negara secara adil di kalangan semua kaum dan bangsa. Namun ianya diperalatkan atas dasar chauvanisma kaum dan akhirnya yang untung adalah hanya segelintir orang Melayu yang pada masa yang sama orang Melayu di kampung tidak mendapat manfaat sepertimana yang sepatutnya. Sambil itu, tuntutan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum yang merupakan aspek kedua DEB diabaikan. Hasil dari itu, pembelaan terhadap orang bukan Melayu yang miskin tidak dilakukan secara efektif. PAS mahu lihat persoalan agihan adil secara inter dan intra kaum dan ini memerlukan ' affirmative action '

Dancing to The UMNO’s Tune

Abu Salman Said bertanya; “Kenapa YB kata ahli Parlimen Kulim YB Zul “dancing to the UMNO’s tune”? Di mana salahnya YB Zul? Takkan YB tak sedar serangan demi serangan serta kebencian ke atas Islam dan ummat Islam di Negara kita ini oleh ahli2 parti politik serta NGO-NGO ataupun badan-badan seperti bar council? Lihatlah sendiri apa yang berlaku kepada Tun Salleh Abas. Ataupun semata-mata nak jaga karier politik YB sanggup buat tak tahu? Saya minta maaf kalau terkasar bahasa”. Saya ucapkan terima kasih kepada Abu Salman Said. Untuk menjawab soalan Tuan saya kena kembali kepada beberapa perkara asas seperti berikut:- 1. Adakah mereka yang memusuhi Islam seperti Tuan dakwa, kerana memahami Islam yang sebenar? Saya rasa tak mungkin, kerana orang Islam pun ramai yang tak faham Islam. Islam yang mereka lihat adalah Islam UMNO yang bersifat chauvanistic dan tidak adil. 2. Sekiranya kita bersetuju bahawa mereka tak faham Islam dan hanya menentang apa yang mereka anggap adalah Islam, maka

Dakwah Bil Lisan dan Bil Hal

Ada yang meletakkan komen dlm posting saya DSAI Khianat? yang berbunyi begini: “Dakwah bil lisan dan Bil Hal....bil Lisan dah 50 tahun lebih... Bil Hal dah 18 tahun di Kelantan...apa yang tak berkenan dengan PAS nak tengok tentang PAS... adakah 18 tahun bil hal tu tak cukup lagi...atau mereka betul-betul lembab...atau kita yang tergila-gila nak jadi menteri lalu buat lah berbagai alasan tanpa fikir betul atau tidak kita cakap tu” Saya sebenarnya tak begitu jelas apa yang dimaksudkan dengan komen di atas. Tetapi, saya teringat ada yang meletak komen yang seakan sama berhubung usaha kita untuk mendapat sokongan dari orang bukan Islam. Mereka mempertikaikan keberkesanan dan mungkin juga keikhlasan orang bukan Islam yang merupakan di antara sasaran usaha-usaha kita. PAS telah memerintah Kelantan 18 tahun, tidak cukupkah lagi bukti kebenaran dan keadilan Islam bagi orang bukan Islam katanya? Komen sebegini sebenarnya amat meleset. Ini kerana orang bukan Islam di Kelantan sememangnya menyoko

Ucapan Perbahasan Bajet 2009

1. Sepanjang pembentangan bajet oleh YAB Perdana Menteri dan perbahasannya oleh wakil2 BN selama beberapa hari yang lepas, saya telah mengikutinya dengan begitu teliti. Saya mengharapkan kedengaran pengakuan serta keinsafan keatas kegagalan pentadbiran BN dalam mengurus kewangan Negara Malaysia ini dengan baik. Kegagalan yang semakin ketara tahun demi tahun apabila melihat Negara kita ini ditinggalkan oleh negara2 lain yang pada satu ketika dahulu setaraf dengannya seperti Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura. Namun, pengakuan dan keinsafan ini tidak langsung kedengaran dan sebaliknya diulangi lagu dan retorik lama bahawa kerajaan BN berjaya dan terus berjaya. Sikap sebegini hanya menjanjikan, dengan izin, “ More of the same ” atau yang mendatang sama sahaja dengan yang telah lalu. Kerajaan BN seakan-akan dengan izin, “ oblivious ” atau tidak sedar sama sekali akan kegagalan mereka dan bagaimana disebabkan kepimpinan mereka yang lemah, korup dan penuh ketirisan dan keboc

DSAI Khianat?

Saya telah menerima satu soalan daripada Anak Bulan sedikit masa dahulu yang berbunyi begini: “Salam tuan haji, Jika ditakdirkan DSAI berpaling tadah dan bersekongkol dengan Najib selepas Mac 2009, bagaimana keadaan PAS pada ketika itu? Apakah perancangan masa depan PAS? ada perancangan ker sekiranya PKR atau DAP khianat? Pernahkah perkara sebegini dibincangkan secara tertutup atau terbuka? Minta pendapat tuan haji!” Wa Alaikum Salaam. Soalan macam ini yang saya suka. Terus terang dan tidak berdolak dalih. Jawapan saya begini; Kita bergerak melalui sistem Demokrasi Berparlimen. Dalam sistem ini, sokongan rakyat adalah yang terpenting. Kita kena faham bahawa penglibatan kita dengan PR adalah satu cara untuk kita lebih dikenali rakyat dan dengan itu mendapat sokongan mereka. Kita bersama PR bukan kerana ta’sub Anwar atau sebagainya. Ianya adalah untuk berpeluang mendampingi rakyat dan mereka mendampingi kita. Kita berinteraksi dengan rakyat secara direct, bukan melalui DAP atau PKR. Mel

Al-Fatihah

Pihak kami mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah Datin Zainab Bt Salleh, ibu kepada YB Dr. Lo’lo’ Ahli Parlimen Titiwangsa yang telah selamat kembali ke rahmatullah malam kelmarin. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w. : kematian itu menakutkan, maka apabila seseorang kamu mendapat berita kematian saudaranya, hendaklah dia mengucapkan: Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kita akan menghadap. Ya Allah, ya Tuhanku! Catitkanlah dia di sisi Engkau antara orang-orang yang baik, dan jadikanlah catitan amalannya dalam golongan orang-orang yang di tingkat tinggi, dan gantikanlah apa yang baik bagi kaum keluarganya yang ditinggalkan, dan janganlah Engkau haramkan kami dari pahalanya dan jangan Engkau memfitnahi kami sesudah kepergiannya! -Pejabat YB Khalid Samad-

Aktiviti pada 19hb Oktober 2008

Pada 19hb Oktober, YB Khalid memulakan program beliau dengan menghadiri Majlis Penutup Kursus Haji Perdana yang telah di rasmikan oleh DYMM Sultan Selangor di Masjid Negeri pada jam 9 pagi. Majlis itu turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Selangor dan seramai 3,800 orang peserta kursus bakal jemaah Haji. Seterusnya YB Khalid telah ke Majlis Hari Raya Surau Seksyen 2 Shah Alam. Beliau di sana sehingga jam 11 pagi sebelum bertolak ke Majlis Sambutan Aidilfitri & Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Shah Alam. Majlis PR ini telah dianjurkan dengan jayanya bertempat di dewan bola tampar Sek. 19 Shah Alam. Di sini YB Khalid Samad ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada segenap lapisan masyarakat yang telah hadir dan juga kepada mereka yg telah bertungkus lumus memberikan komitmen mereka bagi memastikan kelancaran majlis tersebut. Terima kasih dan Syabas! From Majlis Hari Raya Pakatan Rakyat Shah Alam -Pejabat YB Khalid Samad-

Pengumuman: Assassinating a YB vs Press Freedom

YB Khalid Samad telah dijemput utk menjadi salah seorang ahli panel bagi satu forum umum bertajuk: “Assassinating a YB” vs Press Freedom yang akan diadakan pada minggu ini. Butiran lanjut adalah seperti berikut. Tarikh: 23.10.08 (Khamis) Masa: 8.00pm Tempat: KL & Selangor Chinese Assembly Hall, Jalan Maharajalela, KL Ahli-ahli panel: 1. Lim Kit Siang 2. Khalid Samad 3. Harris Ibrahim 4. Azmi Sharom 5. Wan Hamidi Hamid 6. Teresa Kok SEMUA DIJEMPUT HADIR! -Pejabat YB Khalid Samad-

Justice For All

I wish to respond to a remark posted by anaklangkawi in relation to my article ‘ Tuan Guru Haji Hadi’s comments on HINDRAF’s Raya visit ’. The remark is as follows:- “Its funny to see how PAS people react nowadays compared to how they act in the old days. Sorry YB. As for Hindraf. Its a pertubuhan haram. I dont agree with such movement who 'fitnah the government'. Fitnah all the malays & people. Etnic clansing etc2. P/s: Still remember what the petition says..” First and foremost, I wish to refer to the petition. The petition causes me to reflect on what the Indian community has been told all this while by the MIC. In the BN set-up, the MIC acts as the bridge between the Indians and the other communities, including the Malays. UMNO on the other hand acts as the bridge between the Malays and the other communities. What thus happens is that there is limited inter-action, in respect to political issues, between the races and the aspiration of the other races is not known firs

PAS Sudah Cadang Portfolio

Oleh: Sinar "...Mengulas lanjut penubuhan jawatankuasa pembentukan kerajaan baru dengan PKR dan DAP, Khalid berkata apabila ia ditubuhkan maka frasa penubuhan kerajaan baru memasuki peringkat terakhir sebelum kerajaan baru Pusat dibentuk. “Sebelum ini kita tidak tubuh jawatankuasa ini kerana ia nampak (terjadi) atau tidak, sekarang kita membincangkan perkara lebih serius yang melibatkan Kabinet, komposisi dan dasar. “Oleh yang demikian kita telah bersedia untuk mengambil alih kerajaan apabila menghantar lima pemimpin iaitu Presiden, Timbalan Presiden, dua Naib Presiden dan Setiausaha Agung dalam jawatankuasa tersebut,” katanya. Jelasnya perkara yang telah dipersetujui di peringkat pertama ialah melibatkan Kabinet yang akan mengandungi majoriti Islam dan menentukan kerajaan yang bebas daripada rasuah. Perbincangan tersebut juga tidak berlaku dalam sebarang kontroversi kerana Pas mahukan proses perubahan berlaku dalam keadaan berperingkat..." Selanjutnya di pas.org.my -Pejabat

Majlis Aidilfitri Padang Jawa & Batu 3

YB Khalid Samad ingin mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri penduduk Padang Jawa yg beliau hadiri sekitar jam 8.45pm 18 Oktober 2008. Pada malam yg sama YB juga telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri penduduk Taman Batu Tiga, Shah Alam pada jam 11.00pm, terima kasih kerana masih sabar menunggu walaupun tiba agak lewat kerana menghadiri satu lagi program di Klang. -Pejabat YB Khalid Samad-

Seminar Penglibatan PAS Dalam Urustadbir Negeri PR

Seminar Penglibatan PAS Dalam Urustadbir Negeri-Negeri PR yg telah dianjurkan di Dewan Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam diantara pukul 0800 pagi - 0600 ptg pada hari sabtu 18 Oktober 2008. Ucaptama Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Presiden PAS. Sebanyak 3 kertas telah turut dibentangkan didalam seminar tersebut. -Pejabat Khalid Samad-

Ucapan Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Apabila Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hendak memulakan ucapan beliau, kelihatan MP2 yang berada diluar dewan semasa wakil BN berucap bergegas masuk ke dewan. Kawan dan lawan saling ingin mendengar apa yang mahu disebutkan oleh TGHH. TGHH memulakan ucapan beliau dengan mengatakan bahawa dia akan menumpu kepada persoalan dasar dan prinsip. Dalam ucapan beliau yg hampir sejam, banyak yang disebutkan oleh beliau dan tak mungkin saya dapat ulas keseluruhan ucapan TGHH di sini. Transkrip penuh ucapan Dato Seri TG di Parlimen pada 15 Oktober 2008 boleh didapati di laman web MPPAS . Namun, saya cuma ingin menonjolkan 4 isu utama yang begitu menggamit dewan pada hari tersebut:- 1. Keruntuhan Sistem Kapitalisma TGHH menyebut krisis ekonomi yang sedang dihadapi dunia sekarang ini merupakan tanda2 keruntuhan sistem Kapitalisma barat. Sepertimana sistem Kommunisma telah runtuh, begitu juga sistem Kapitalisma yang berlandaskan riba sedang menuju keruntuhan. Point ini amat saya setujui dan

Banjir Kilat Padang Jawa Petaling

Padang Jawa Petaling, Shah Alam - Pejabat YB Khalid Samad telah dikejutkan dgn berita banjir kilat yg berlaku pada hari rabu bermula sekitar jam 6 pagi. Berdasarkan maklumat yg kami terima dari penduduk terbabit, lebih 300 unit rumah telah dinaiki air yg turut melibatkan sejumlah (anggaran) 800 penduduk. Antara pihak yg turut hadir membantu semasa kejadian ialah Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad dan ADUN kota Anggerik YB Rodziah Ismail. Pihak kami juga difahamkan bahawa pihak MBSA, telah menghulurkan bantuan makanan melalui majlis perwakilan penduduk Zon 6 - Encik Zulkefli bin Nani. Disini YB Khalid Samad juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak MBSA yg telah tangkas bertindak membantu penduduk, serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yg terlibat menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk dan berharap agar bencana yg melanda ini tidak melemahkan semangat penduduk2 padang jawa petaling ini. -Pejabat YB Khalid Samad-

Parlimen: Pemandu dan Penumpang

Sessi soal jawab hari kedua 14 Oktober diteruskan seperti biasa. Tiada yang menarik kecuali Kalabakan (BN) yang mempersoalkan duit berbillion-billion yang dijanjikan untuk pembangunan koridor di Sabah dan Sarawak, bila nak diterima. Menteri tidak mahu menjawab kerana soalan asal berhubung Koridor Pantai Timur. Fuad Zakarshi (YB Batu Pahat – BN) memulakan pembahasan Bajet bagi pihak Back Benchers Club (BBC). Dia menyatakan Bajet mesra rakyat., hebat, bertanggung jawab dan sebagainya. Tidak menunjukkan apa-apa kekesalan terhadap prstasi pemerintahan selama ini dan hanya menjanjikan ‘more of the same’ (pendekatan sama sahaja seperti yang dahulu) walaupun hakikat tsunami politik telah berlaku dan prestasi buruk ekonomi Negara selama ini diketahui umum. Sah masih dalam keadaan ‘sindrom denial’. Begitulah UMNO/BN dan itulah sebabnya merka akan tumbang. Dia terus menpertahankan penarikkan balik subsidi minyak oleh kerajaan. Dia menimbulkan isu Kronisme pada zaman DSAI semasa DSAI TPM. Bezany

Cerpen YB

Ada yang bertanya saya (Jed Yong, Joe, dll) berhubung cerpen Mingguan Malaysia yang menceritakan kisah ‘YB Josephine’. Komen awal saya, dari sudut literari dan kesasteraannya, tiada mutu! Kalau SPM pun hanya mendapat kredit lemah. Plotnya cetek dan kesudahannya sudah diramal dari awal lagi. Tetapi saya bukan ahli bahasa atau sastera, hanya berkelulusan kejuruteraan. Tetapi, kalau jurutera pun menganggap tidak bermutu, hai… apa lagi ahli satera? Jauh berbeza dengan tulisan Sri Aurobindo yang sering si Anonymous poskan ke blog saya ini. Bahasanya hebat, isinya juga sama hebat. Isi cerpen berkenaan tiada benda yg boleh kita ulas secara ilmiah. Kosong seperti kosongnya imaginasi orang yang menulisnya. Ianya merupakan ‘wishful thinking’ kumpulan yang dinamakan POM dalam cerpen itu. Harapan mereka, masalah yang dihadapi mereka dapat diselesaikan oleh orang lain untuk mereka. Mereka kaku dan tidak tahu macam mana hendak menghadapi suasana baru yang sedang mereka hadapi. Rakyat menolak mereka

Blog Updates

(Dalam Dwibahasa) With the Parliament in session I may not be able to update my blog as frequently as I did during Ramadhan. However I promise, insyaAllah to update and reply to comments atleast twice a week. Many thanks. ******************************************************************************************************* Dengan bermulanya sessi persidangan Parlimen, saya mungkin tidak dapat untuk update blog ini sekerap mana yang dilakukan semasa Ramadhan. Walaubagaimanapun saya berjanji, insyaAllah akan update dan menjawab komen sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Sekian terima kasih.

Al-Bakistani

Pihak kami ingin berkongsi penulisan Blog seorang ustadz muda, Wan Ji Al-Bakistani dengan para pengunjung yang berminat. Penulisan beliau berkisar tentang isu Siyasah Syariiyah dan dia telah juga menulis sebuah buku betajuk "Kerajaan Pakatan Rakyat dari kacamata Siyasah Syariiyah". Kita mungkin tidak bersetuju dengan semua pendapat yang beliau utarakan, walaubagaimanapun semangat yang positif serta usaha baik ini patut menerima galakan dari semua pihak. Beliau berusaha menjelaskan satu tajuk yang amat penting dan amat releven pada masa ini. Harapan kami, usaha2 kearah mengupas persoalan Siyasah Syariiyah akan turut diusahakan oleh ustadz2 yang lain. Selamat membaca. -Pejabat YB Khalid Samad-

Majlis Lebaran Bersama Wanita Kelantan 2008

Satu Majlis Lebaran Bersama Wanita Kelantan 2008 telah dianjurkan di Dataran MBSA Shah Alam pada 12 Oktober 2008. YB Khalid Samad ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak pengajur: Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor, Anak-anak Kelantan di perantauan (PERAKAN) dan BBC Kelantan diatas kejayaan menganjurkan majlis yang telah mendapat sambutan di luar jangkaan ini. Menurut Harakahdaily "Majlis yang bermula seawal jam 9 pagi itu turut disertai pimpinan kerajaan negeri Kelantan, beberapa wakil kerajaan negeri Selangor serta barisan kepimpinan PAS Kelantan. Hampir 5,000 anak Kelantan yang berada di sekitar Lembah Klang hadir memeriahkan program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor, Kelab BBC Kelantan serta Persatuan Anak-anak Kelantan di Perantauan atau Perakan". Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan dikir barat Halim Yazid dan Suara Proton serta diceriakan lagi dengan cabutan

Soalan Yang Keliru dan Mengelirukan

Soalan saya sebenarnya soalan nombor empat pada hari pertama sessi Parlimen kali ini, iaitu 13 Oktober. Namun soalan itu telah terubah semasa pejabat ahli parlimen PAS menghantarnya ke Pejabat SU Parlimen sehingga saya sendiri tidak memahaminya. Kesilapan berlaku disebabkan amalan ‘ cut and paste’ di pejabat kami. Bahagian awal soalan saya dicantumkan dengan penghujung soalan lain! Walaupun diberitahu kepada pejabat SU Parlimen semasa bulan Ramadhan lagi, ianya tidak boleh dibetulkan, mengikut SU, oleh kerana telah dimasukkan ke dalam sistem. Memandangkan keadaan ini, dan kebetulan pula saya memang mempunyai temu-janji di Hospital, maka saya telah maklumkan kepada pimpinan semasa mesyuarat Lujnah Politik dan ahli2 Parlimen PAS, bahawa saya tidak akan hadir. Saya sebut kekhuatiran saya soalan yang begitu keliru itu akan diperlekehkan oleh Menteri (iaitu abang sendiri) dan pihak ‘back-benchers’. Kita nak jelaskan kesilapan teknikal berlaku boleh, tetapi hakikatnya ianya kesilapan oleh p

Hari Pertama di Parlimen: Sessi Ketiga 13 Oktober 2008

Dilihat ramainya waratawan dan ramai juga pemerhati. Semua datang mengharapkan sesuatu akan berlaku dan mereka ingin menjadi penyaksi kepada peristiwa bersejarah. Ada merasa hampa apabila tiada apa2 berlaku. Mereka meminta kita maklumkan bila kita ingin melakukannya. Di pihak kerajaan pula, banyak pula kerusi yang kosong. Mereka tahu beberapa MP2 di luar Negara, dari BN dan juga dari PR, menghadiri program peringkat antarabangsa. Oleh itu tiada apa2 yang akan berlaku. Mereka pilih tidak ke Parlimen. Sebaliknya mungkin sibuk dengan politik dalaman BN, khususnya UMNO. Ini bergolak dengan begitu hebatnya. Kembalinya dinasti Mahathir. Tumbangnya dinasti Badawi. Di pihak PR, lebih ramai yang hadir. Yang pergi keluar Negara dari PAS hanya YB Mahfuz. Dia ke Geneva, program IPU (International Parliamentary Union), mewakili PAS. Saya sepatutnya ke China tetapi oleh kerana ingin tumpu kepada isu politik Negera, pada saat terakhir saya batalkan. Maka saya hadir. Itu pun sampai lewat kerana ke Hos

Respon Kepada Pengunjung

Alhamdulillah . Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua responden berhubung isu kali ini. Saya dapati kualiti respon pun cukup baik di mana, kecuali 3-4 orang, para responden bertanya dan berhujjah dengan baik sekali. Inilah sepertimana yang sepatutnya. Lembaran Baru Sebenarnya selepas keluaran Harakah yang terbaru, saya tidak mahu memanjangkan lagi isu ini kerana saya rasa matlamat telah tercapai. Berita muka depan Harakah tidak berbunyi sesumbang keluaran2 sebelum ini. Isyarat yang jelas telah diberi bahawa kita bersama PR dan jawatan-kuasa khas yang terdiri dari 5 pimpinan tertinggi untuk membentuk kerajaan baru ditubuhkan akhirnya! JK ini akan, selain dari memutuskan cara bagaimana nak ambil-alih kuasa secara yang paling berkesan, akan juga membincangkan bentuk kerajaan dan kabinet yang akan ditubuhkan dan dipersetujui bersama. Ini sebenarnya merupakan perkembangan yang ditunggu-tunggu dari sejak awal lagi. Mungkin ada pula yg bertanya, mengapa hanya sekarang? Tak perlu saya

Sambutan Aidilfitri & Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Shah Alam

Sambutan Aidilfitri & Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Shah Alam Hari: Ahad Tarikh: 19 Oktober / 19 Syawal Masa: 12.30 - 5.30 ptg Tempat: Dewan Bola Tampar, Sek 19, Shah Alam, Selangor YB Khalid Samad ingin mengundang semua Rakyat Shah Alam ke Sambutan Aidilfitri & Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Shah Alam. Dikesempatan ini juga YB ingin menjemput semua petugas-petugas PAS kawsasan Shah Alam, Kelab Penyokong PAS kawasan Shah Alam, rakan-rakan Pakatan Rakyat Shah Alam dan juga segenap lapisan masyarakat yg telah bertungkus lumus merealisasikan kemenagan kita di bandaraya angerik ini. Semoga dengan kehadiran Tuan Puan sekalian akan dapat memeriahkan lagi majlis tersebut. Sekian terima kasih. - Pejabat YB Khalid Abd Samad-