Skip to main content

Respon Kepada Pengunjung

Alhamdulillah. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua responden berhubung isu kali ini. Saya dapati kualiti respon pun cukup baik di mana, kecuali 3-4 orang, para responden bertanya dan berhujjah dengan baik sekali. Inilah sepertimana yang sepatutnya.

Lembaran Baru
Sebenarnya selepas keluaran Harakah yang terbaru, saya tidak mahu memanjangkan lagi isu ini kerana saya rasa matlamat telah tercapai. Berita muka depan Harakah tidak berbunyi sesumbang keluaran2 sebelum ini. Isyarat yang jelas telah diberi bahawa kita bersama PR dan jawatan-kuasa khas yang terdiri dari 5 pimpinan tertinggi untuk membentuk kerajaan baru ditubuhkan akhirnya! JK ini akan, selain dari memutuskan cara bagaimana nak ambil-alih kuasa secara yang paling berkesan, akan juga membincangkan bentuk kerajaan dan kabinet yang akan ditubuhkan dan dipersetujui bersama. Ini sebenarnya merupakan perkembangan yang ditunggu-tunggu dari sejak awal lagi. Mungkin ada pula yg bertanya, mengapa hanya sekarang? Tak perlu saya jelaskan di sini.

Saya ucapkan terima kasih kepada yang menyatakan persetujuan mereka dengan apa yang telah saya jelaskan. Ini termasuk tetapi tidak terhad (takut ada yang mengangap dilupai pula) kepada zorotua, kotakata, ian, abdrahim kassim (yg mengaji di Leeds dulu ke?), farrel, shah alam bulan, tokden, irzuhair, cerebrojuice, sinar dcl, shahirmarang, paracetamol dan para anonymous.

Saya secara ikhlas ucapkan terima kasih kepada anakanda Nik Abduh. Sebenarnya kalau dia tak setuju dengan tafsiran ayat yang sepertimana disampaikan oleh khatib tersebut, tak perlu dia jawab. Hanya yang setuju sahaja yang perlu jawab. Kan dalam ‘cabaran’ saya saya sebut;
“Baiklah, sekiranya masih ada yang hendak menegakkan benang yang basah, marilah kita berhujjah secara ilmiah sepuas-puasnya dan panggillah ‘anti-husam’ ke, ‘Roslan SMS dan Adindanya’ ke, ‘songkok putih’ ke atau sesiapa sahaja yang dikehendaki untuk respon pada tulisan saya dibawah ini”
Ini sebenarnya bermakna kalau ada yang ingin menegakkan benang yang basah (tak semestinya yang dinamakan tadi) dalam arti kata mempertahankan tafsiran yang dibawa oleh khatib berkenaan, panggillah ‘champion’ yang dia nak untuk membawa hujjahnya. Champion yang dipilih mungkin anti-husam, Roslan SMS dan adindanya, songkok putih atau sesiapa sahaja. Kalau mereka hubungi Nik Abduh untuk menjadi championnya dan Nik Abduh tak setuju dengan tafsiran khatib tersebut, beritahu sahaja pihak yang meminta itu, “Sorilah tapi ana pun tak setuju sebenarnya”. Habis cerita.

Tetapi dia respon dan perbahasan bertukar kepada isu lain dan bukan berhubung tafsiran ayat tersebut. Sekarang, kalau dia nak terus respon pun takpe, kalau ada yang perlu saya jelaskan, saya akan cuba ulas balik. Atau, kita jumpa je pada masa akan datang dan kita bincang bersama dengan lebih detail dan terbuka. Namun, berdasarkan artikelnya, jelas dia tahu adanya pertemuan dan rundingan di antara PAS dan UMNO.

Saya meminta maaf sekiranya ada yang terasa ‘penangan’ saya kerana bukan itu niat saya sebenarnya.

Saya ucapkan terima kasih juga kepada saudara Zahid Yusof yang telah menambahkan ilmu dan kefahaman pembaca dengan penjelasan2nya dari kitab Fi Zilal. Saya sebut Ibn Kathir beri contoh Hudaibiyyah, beliau sebut Syed Qutb beri contoh Mithaqul Madinah. Ia memperluaskan dan memantapkan lagi kefahaman kita terhadap maksud ayat berkenaan. Namun, boleh disimpulkan dari penjelasan beliau juga bahawa maksud ayat Al-Anfal 61 tidak mewajibkan bersatu dengan UMNO.

Kalau saudara Zahid masih ingat, konteks perbahasan ini adalah khutbah raya yang saya sebutkan. Di mana dan siapa khatibnya, saudara Zahid boleh cari sendiri. Atau jumpa saya dan saya beritahu tetapi bukan di Blog ini. Saya menunggu juga penjelasan beliau berhubung Ayat 94 Surah An-Nahl. Bukan untuk nak tegakkan tali kapal yang basah, tetapi untuk menambahkan fahamanan semua pihak terhadap kewajipan setia kepada perjanjian, walaupun berhadapan dengan tawaran yang lebih menarik selepas perjanjian dimeterikan. Kecuali dikhianati oleh pihak sana. Ini lebih penting bagi ahli kita memandangkan kita dah ada perjanjian yang sedia ada. Sebelum terlintas pakatan baru, biar kita faham tanggung jawab kita terhadap yang sedia ada.

Sepatutnya respon Zahid diletakkan bawah tajuk ‘Surah Al-Anfal (Ayat 61-62) diputar belit?’ dan bukan respon kepada ‘Wahai Anakanda..’. Saya tidak tafsirkan ayat mengikut akal saya tetapi sepertimana disebut, rujukan saya Ibn Kathir. Saya bukan mufassir dan tak pernah anggap diri saya begitu. Saya juga rujuk Tafheemul Quran oleh Maududi dan tafsir2 kecil yang lain. Mereka tak sebut sahifah madinah sebagai contoh maka saya tak sebut. Saya tidak berpeluang pada masa itu untuk rujuk pada Fi Zilal. Sambil itu, saya hanya ingin membentangkan penjelasan ringkas seperti yang saya sebutkan dan bukan tafsir penuh ayat berkenaan dalam artikel saya. Kefahaman yang saya perolehi dari tafsir2 tersebut membawa kepada kesimpulan ayat ini tidak mewajibkan kerjasama dengan UMNO.

Saudara Zahid tak perlu ghairah sangat nak serang saya je. Dia perlu juga menegur khatib berkenaan yang beriya-iya ingin mewajibkan kerjasama ini sehingga mencabar, golongan yang tidak ingin bersatu sebagai berani melawan Quran. Membetulkan salah tafsir ini penting kerana telah didengari oleh beratus ahli jemaah pada pagi itu.

Kepada saudara abu amirah al salimbari, terima kasih atas soalan2 anta. Saya respon begini; Ya benar, ayat 61 Al-Anfal menjustifikasikan muzakarah dan muqabalah sahaja. Dan betul juga bahawa muzakarah dan muqabalah tidak merupakan pengkhianatan. Tiada pemimpin yang setakat ini menyatakan secara terbuka bahawa mereka mengusahakan pergabungan/kerjasama PAS-UMNO serta keluar dari PR. Dan benar juga bahawa sekiranya ingin melakukan itu, Dato Seri Presiden telah menyebut perlunya satu muktamar khas.

Semuanya kelihatan cantik dan indah sepertimana yang sepatutnya dan saya sendiri menganggap bahawa setelah pertemuan 10hb Mac, dan penolakan tawaran BN pada petang itu, (ya memang ada tawaran-sila rujuk artikel saya satu hari di hari raya) semuanya selesai. Zahid meminta saya menjelaskan apa yang berlaku sebelum, tengah dan selepas perbincangan itu. Tak perlu saya jelaskan, takut2 luka lama berdarah kembali. Kalau Zahid nak tahu juga, datang berjumpa, kita pi duduk di kedai mamak, kita cerita.

Dari Hati ke Hati
Pokoknya gini je lah. Saya tahu ada perundingan dan saya juga tahu strategi yang dipersetujui mereka iaitu :-
  1. Berikan gambaran PR bermasalah. PAS dipinggirkan oleh yang lain. DAP extremist, nak haramkan azan. Ahli2 majlis PBT di Selangor, Melayu hanya 30% kononnya. Melayu/Islam tercabar(Bunyi macam kritikan UMNO je?). Rintihan ini bermula dari awal2 lagi selepas tawaran 10hb Mac ditolak.
  2. Gagalkan pembentukkan kerajaan Pusat oleh Anwar. Bagaimana? Perlekehkan Anwar dan tuduh dia menipu, janji kosong dsbgnya. Timbulkan keraguan terhadap kebersamaan PAS supaya MP UMNO/BN tak jadi lompat. Mereka takut sekiranya mereka lompat ke PR, PAS tak bersama. Teruk mereka selepas itu. Kalau cukup orang pun, bukan Islam majoriti. 3M tak tercapai. Anwar gagal!
  3. Setelah gagal, atas dasar Siyasah Syariyyah, cadangkan kerajaan gabungan PAS-BN di peringkat pusat dan negeri2. Kesatuan Melayu/Islam. Sepertimana yang disebut, panggil Muktamar khas. Majlis Syura dijangka setuju. Perwakilan wala’ dan thiqah. Tekankan soal wala’ dan thiqah dari sekarang. (Ini perancangan, tak tentu berjalan begitu, lebih2 lagi dengan ketegasan TGNA).
  4. Sebagai ganjaran atas usaha2 kita maka tawarannya adalah - Jawatan2 MB sekarang semua kekal, termasuk Perak. Selangor kita juga dapat, maka tambah satu. Di Terengganu peranan kita diupgrade hingga melibatkan jawatan exco dan sebagainya.
  5. Jawatan beberapa Menteri Pusat ditawarkan, begitu juga Timbalan Menteri.
Apa yang PAS nak lagi? Tidakkah tawaran2 ini begitu menggiurkan? (meminjam istilah Nik Abduh) Best!!! Saya pun tidak tahu siapa ‘master-mind’ sebenar. Mungkin orang luar yang menjadi jambatan di antara kita dengan UMNO. Merekalah yang menyusun pertemuan 10hb Mac yang lalu. Ada yang mencadangkan orang yang terlibat mengaku sahaja dan minta maaf dengan jemaah - Saya setuju.

Soalan. Apa akan berlaku setelah kita gagalkan PR, tiba2 BN khianat? Di mana PAS nak letak muka? Apa telah terjadi kepada kredibiliti dan integriti kita? Bagaimana kita nak bertemu rakyat kembali? Semestinya bila kita gagalkan PR, parti PKR dan DAP tidak duduk diam. Mereka diberitahu oleh UMNO secara diam2 peranan yang kita mainkan. Memang kerja UMNO, pecah dan perintah. PKR dan DAP serang kita, dedahkan pengkhianatan kita. Mana kita nak letak muka? UMNO dah khianat kita dan kita terkontang-kanting seorang diri!

Setelah selesai mesyuarat Lujnah Politik PAS Pusat dan semua dah balik ke tempat yang ditujui masing2, saya menalifon pihak yang tertentu. Saya beritahunya dengan baik “salah kamu, melakukan perundingan ini tanpa pengetahuan dan persetujuan kami. Patut bawa bincang bersama, kalau semua setuju baru jalan. Lepas tu maklumkan kepada kami, jangan buat secara rahsia sebegini.” Yang berkenaan pun lalu menjawab, “sudahlah Khalid. Yang sudah berlalu, biarlah berlalu.”

Saya bersetuju dengan jawapan ringkas ini – yg sudah tu sudahlah. Tetapi saya mengawasi dan akan sentiasa awasi. Biar apa yang dikatakan oleh mana2 pihak sekalipun, saya tidak mahu PAS menjadi sebab gagalnya penubuhan kerajaan PR di peringkat pusat dan akhirnya dikambing-hitamkan oleh rakyat jelata.

Dari hati ke hati, sebenarnya saya faham isi hati yang terlibat. Semua inginkan yang terbaik untuk PAS dan kemenangan untuk Islam. Ada yang benar2 takut dengan tertubuhnya PR, DAP akan menguasai suasana dan PR kononnya merugikan Islam dan Melayu. Ini kekuathiran mereka secara ikhlas. DAP pun sedar dan berusaha menghilangkan kekuathiran mereka ini. (Tidakkah pengajaran dari Ayat 61 Al-Anfal patut ditujukan kepada DAP juga? Kenapa hanya dengan UMNO?)

Sahabat2 kita yang terlibat melakukannya bukan kerana jawatan atau habuan dunia, insyaAllah. Tetapi bukan ini caranya utk kita bertindak dan sesungguhnya keikhlasan hati tidak mengharuskan keputusan jemaah melalui muktamar dibelakangkan.

Sudahlah, cukuplah tu. Kata tadi tak nak memanjangkan isu ini lagi, tapi itu pun dah masuk 4 muka surat! Kalau nak dipanjangkan gwano……. 19 kot? Semuanya Alhamdulillah, dah selesai. Semoga ini adalah tulisan terakhir dari saya berhubung persoalan ini. Let’s move forward!

WaLlahu ‘Alam

Comments

Anonymous said…
Salam buat YB,

saya amat bersetuju isu atau polemik ini diakhirkan. soal keraguan, sikap teragak-agak, prejudis, dan seumpamanya kita buang jauh-jauh.

Kukuhkan jamaah dan Pakatan Rakyat. Sesungguhnya terlalu tanggungjawab yang perlu dilunasi.

Sama seperti Datuk Husam, saya memahami secara jelas mesej YB. Yang terkilan ialah apabila ada "rahsia". Apabila rahsia, tentulah wujud prasangka dan pengkhianatan.

Saya sendiri pun, atas kesedaran, cuba memperjelas kaitan PAS dalam PR, melalui posting-posting saya dalam TKO, dan DetikDaily, dan blog saya sendiri.

Akhirnya, semuanya telah selesai. Masing-masing, termasuk yang ragu-ragu itu, terimalah hakikat dan realiti aspirasi majoriti rakyat. Perubahan kerajaan harus dan mesti dilakukan walau dengan apa cara sekali pun.

Hikmah akan polemik ini ialah masing-masing dapat dengan jelas apakah sebenarnya PR itu, apakah misi dan visinya, di manakah letaknya Islam dalam dalam PR.

Lihatlah ke depan, berjuang dan berjihadlah.
Shazlan said…
Alhamdulillah. I can now rest my worries :)
shahirMarang said…
"Berita muka depan Harakah tidak berbunyi sesumbang keluaran2 sebelum ini."

a simple word implied thousand meanings.Yes..hopefully harakah wil not be used for a personal view or attacking PR partner.Let move forward for better PR.
Anonymous said…
kalau dah sudah tu sudahla kalid woi!
hang suruh org sudah tapi hang yg tak sudah2....pekak badak tol..
kalu stakat suruh anak hang yg baru balik jordan tu buka kitab tafsir takyah la nak memandai lebih drp ulama kita plak...
Amin Ahmad said…
Saya puas membaca tulisan kali ini.

Ya, ketika awal mula saya mempertahankan agar PAS kekal bersama PR.

Saya melihat mutu ucapan dari orang2 kuat PAS meningkat mendadak sejak bersama PR dan keyakinan orang ramai juga begitu. Tapi sayang, dek kerana isu ini, skeptikal orang ramai kepada PAS balik ke takuk lama..

Betul kata YB, kita percaya niat semua dari kita baik, tapi kadangkala diterjemah dalam bentuk yang kurang baik, Wallahu'alam.
Anonymous said…
sdr khalid samad,
sdr nampaknya suka bermain polemik secara terbuka.
sdr suka bermujadalah dengan ahli dan pimpinan PAS sendiri.
sdr tidak sedar bahawa tulisan sdr lah akan menjadi punca perpechan didalam PAS.
sdr rasa hanya sdr sahaja yng betul dan orang lain mesti ikut pandangan sdr.
kesimpulannay saya sudah hilang hormat dan rasa mahabbah terhadap sdr.
Anonymous said…
This is what we call a KO punch, when as if it seems that its going to end... then BAM! A big-one hit you right in the face - just in case there is any lingering contemplation to fight back. Good one Pak Khalid. Now, as the man says "lets move on"...
Anonymous said…
Encik Propass, setahu saya anak YB masih di Jordan. Tahun dpn kot baru balik. Kalau nk buat fitnah pun, kasi2 la best sket. Baru syok makan daging mentah sedara sendrik ye tak?
Assalamualaikum wrt wbt

Alhamdulillah, saya merasa amat gembira dengan jawapan Tuan Khalid dalam tulisan kali ini...

Saya bersetuju dengan perlunya kita memperkukuhkan PR. Semoga semua Ahli Parlimen PAS, ADUN PAS, Ahli Majlis Daerah dan ahli yang dilantik dengan pelbagai tugasan dan jawatan di dalam kerajaan PR memainkan peranan secara berkualiti dan bersungguh-sungguh membawa Islam bersama-sama mereka..

Saya bersetuju bahawa pemimpin juga boleh dan perlu ditegur dan di kritik. tetapi bertemulah 4 mata dengannya, peganglah tngannya dan berbisiklah menegur kesilapannya... yang kita inginkan dari teguran dan kritikan tersebut ialah perubahan, bukan memalukan sesiapa sesama jamaah..

terima kasih YB Khalid Samad dengan tulisan dan penjelasan ini.. moga bunga-bunga ukhuwwah sesama kita terus berkembang mekar...

sekian terima kasih..
Anonymous said…
Salam YB,
saya mengikuti 'polemik' yang dibangkitkan oleh YB sejak awal lagi.

Pada saya,ini adalah jawapan/ulasan YB yang terbaik dan diharapkan mampu menghentikan segala kekusutan di kalangan ahli.

PAS berdiri kerana aqidah perjuangannya yang mantap serta jalinan ukhuwwah yg erat di kalangan ahli dan pimpinan.

Semoga segala apa yang dilakukan punyai hikmah yang membawa keuntungan yg lebih besar.

salam perjuangan
http://hasbiemuda.wordpress.com
shahirMarang said…
To "propass" ..if u said u propsass, pls be more polite n rational, if disagree pls write down ur point. This is how we debate...

"abu muhammad said... sdr tidak sedar bahawa tulisan sdr lah akan menjadi punca perpechan didalam PAS."
...when we have diffrent view doesnt mean we 'berpecah'. we must have big heart and fresh mindset when we talk about diffrent view.

"abu muhamad said sdr rasa hanya sdr sahaja yng betul dan orang lain mesti ikut pandangan sdr"
.....YB khalid just throw his point of view. He never forced us to blindly accept. Again, if u disagree, just write down ur point.

wa ila liqaq
Anonymous said…
Saya banyak melihat YB Khalid melaporkan aktiviti mesyuarat PAS. Hatta mesyuarat Lajnah Politik yang terbaru pun ditulis dalam blog. Penubuhan J/Kuasa tertinggi yang terdiri dari TGHH (Presiden), UNMI - Timbalan Presiden, HHM & MS (Naib Presiden) KJ (SUA) pun hang tulis dalam blog. Mentang-mentanglah hang Ahli Lajnah.

Tapi yang orang-orang hang dalam Lajnah paksa TGHH tandatangai dokumen persetujuan tu macam mana pulak???. Ada cerita lain pulak ko??

RAJA LAUT
Anonymous said…
Alhamdulillah.

Sy sangat gembira dengan perkembangan terbaru. Dari mesyuarat Lujnah politik PAS 6 Oktober, sehinggalah perancangan untuk mengadakan sesi "permukiman" khusus bagi membincangkan dan merancang peralihan kuasa daripada Be End kepada PAKATAN.

AKhirnya, kepentingan rakyat Malaysia yang telah lama menderita, tersiksa, ditipu buta-buta diambil pertimbangan nombor wahid!.

Syabas Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz atas peranan YB TG. Syabas juga buat TGHH atas komitmen YB TG.

Buat YB Khalid, teruskan usaha saudara bersama-sama PAKATAN membela rakyat.

Menuju Agenda Malaysia Baru!

Allahuakbar! Re-for-ma-si!
Anonymous said…
Terima kasih YB Khalid atas penjelasan walaupun ramai orang PAS yang tidak open minded terhadap kes ini. Tapi bagi saya ianya sangat baik untuk memahamkan orang 'layman' macam saya. kalau tidak dijelaskan seperti ini saya pun ingat PAS ni dah hanyut juga dengan UMNO/BN.

Mantapkan iman, teruskan jihad...
p.s. orang PAS harap dapat belajar menjadi 'open-minded'
Anonymous said…
Salam YB Khalid,

Tulisan dan penutup isu yang baik. Saya cuma berharap, SEBELUM tertubuhnya kerajaan PR nanti, kita telah pun ada strategi yang baik. Matlamatnya ISLAM!

Jadi saya cadangkan agar pimpinan PAS memberikan penekanan lebih serta mereformasikan agenda tarbiyyah dan dakwah.

Tarbiyyah perlu diperkukuh dan direformasi. barangkali cara tarbiyyah yang ada kini tidak sesuai untuk masyarakat berbilang bangsa dan agama di malaysia ini. Tarbiyyah juga perlu menyediakan mereka yang mampu menerangkan Islam kepada nonmuslim, agar mereka menerima kesyumulan, keindahan dan keadilan Islam. Tak perlu terlalu ikut pada silibus Ikhwanul Muslimin jika ia tidak sesuai diimplement di Malaysia.

Disamping itu, dakwah semua pihak dalam PAS, dari ahli sehingga ke pimpinan perlu diperkasa. Saya mengharapkan 'retreat' yang akan dibuat PAS bulan depan akan membincangkan kaedah dakwah yang praktikal dan berkesan di Malaysia. Tak perlu tiru negara lain, PAS perlu ada manhaj dakwah dan penerangan tersendiri. Hasil dari perbincangan dalam 'retreat' itu juga diharapkan dapat di sampaikan kepada umum agar dapat difahami tanpa ada keraguan lagi (yg sirr tu, rahsiakan lah). By the way, unsure whether you will involve in the retreat.

Saya sertakan beberapa link untuk difikir-fikirkan:

http://one-g.blogspot.com/2008/10/aku-bukan-ahli-politik-tetapi.html

http://waubebas.org/ms/node/21

WaLlahu a'lam.
Anonymous said…
Assalamualaikum wbt YB yang dihormati,

Selepas penjelasana YB ini maka saya faham kedudukan perkara, sebelumnya saya tidak percaya semua ini boleh berlaku sebab AMT PAS ni bukanlah mereka yang cintakan dunia. Namun dalam saya tidak mahu mempercayai semua ini tiupan angin makin kencang membawa khabar yang tidak dapat pasti. Sedikit demi sedikit terbongkar juga memaksa ahli tertentu memohon maaf, namun bagaimana mereka yang lain?.....tidakkah mereka juga patut memohon maaf secara terbuka kepada rakyat?...

Yang dah lepas memang dah lepas, namun sebagai YB yang dimandatkan rakyat mereka yang terlibat
( termasuk suku sakatnya )patut memohon maaf, bagi menjernihkan lagi suasana, janganlah takut mengaku kesilapan dan memohon maaf, mujur perbuatan tidak terlanjur, jika telah terlanjur buruklah padahnya.

Usaha selama ini hanya sia-sia,....berapa lama lagi rakyat nak diperintah oleh kaum yang menganjurkan maksiat, salah guna segala macam, putar belit dan sama waktu dengannya, sampainya masanya mereka menuai hasil kerja yang mereka usahakan selama ini.

Hidup Sejahtera impian Rakyat
Anonymous said…
"When a movement for independence begins with diplomacy and Machiavellianism, it is doomed to failure as the Carbonari movement failed in Italy. God is not with it. It does not rely on the eternal principles of truth and virtue, but on the finite strength of human intellect and human means and to that finite strength God leaves it. When that strength comes to its limits, there is nothing left, and failure is final. But when a movement takes its stand on truth and justice, then it appeals to God Himself and He will see to it that the trust reposed in Him is not falsified. Failures may come but they will be only fresh incentives to purer and nobler effort. An immortal power will stand behind the movement and death will be afraid to come near it. Its leaders may be snatched away by the hand of death, hurried into exile or imprisonment, given to the hand of the executioner, but fresh leaders will arise. Its means may change from time to time, it may pass through ever-new phases and sometimes men may fail to recognise it as the same old movement, but God is within it always as its eternal and undying Self and it lasts till it receives its consummation."
(Sri Aurobindo)
Anonymous said…
salam..apa pkra pn klu di selesai dgn cara baik dh lama benda ni slesai..apa pn nk bahas mesyuarat kan ada..guna la ruang tu sebaik2 yg mngkin....tp ble ada pihak yg nk jd jaguh nk tnjuk dia sorng je yg sayangkan PAS ni la jd nye..nk wat cner dh lantik diri jd jurucakap lajnah itu yg suka2 je kuarkn knyataan...cite apa yg perlu je yg x perlu x yah la...btui ke ni tulisan YB yg akhir psai isu ni???? leh caya ke??? tunggu dan lihat je.....
abdrahim kassim said…
YB,

Saya nak bertanya sedikit,

1. Sebagai daie atau jamaah Islam, apakah hukumnya dalam Islam kalau kita membuat keputusan yang tidak tepat (pakatan dengan PR)mengenai sesuatu perkara yang melibatkan perkembangan Islam.

2. Apakah hukumnya seseorang daie atau jamaah Islam yang "mengkhianati perjanjian" dalam sesuatu peperangan. (pertembungan antara PR dan BN adalah peperangan dalam konteks dunia moden kerana pertembungan itu melibatakan penentuan kuasa)

Terima kasih.
Anonymous said…
The New Faith

The centre of authority has been shifted during the recent popular upheaval. The nation has become self-conscious and knows its mission, and individuals, however gifted and influential, will not be allowed to pass off their own opinions for those of the people. The real issue at stake has been revealed. All compromise is now out of the question, and Freedom's battle once begun must be carried on to the bitter end. The tortures undergone by the people have been for them an initiation in the worship of liberty, and if their sufferings have been great, the energy of their rising will be equally so. They have now learnt a truth with every tear and every month of their suffering has been for them a preparation for complete redemption. Will they now tolerate men who have no faith in popular strength and who have never understood the genius of the country to trifle with their sorrows and act as their spokes men before the alien bureaucracy? These leaders have never had sufficient insight to perceive that it is not strength but the consciousness of strength that we lacked in the past; and now that the struggle with opposing forces has evoked the national consciousness, it is too late to talk of a compromise. Compromise here cannot be from the very nature of the case, for it is not a question of removing particular grievances and setting the machinery of government in order, but of changing our political status as a nation. Decentralisation Commissions and Advisory councils can help us no longer. Even in the midst of the din and bustle of the struggle, the people have caught a glimpse of the glorious future and they will not be easily accessible to discouragement
(Sri Aurobindo)
Anonymous said…
ir Khalid telah lama dalam pas...penglibatannya dalam pas tidak pernah pudar,perjuangannya tidak pernah lari.beliau membawa pas dikawasan yang satu ketika dulu kubu kuat umno,majoriti tahun 1995 40000 lebih.majoriti paling tinggi umno pada mase itu.beliau setahu saya tidak pernah perputus asa dan membelakangkan parti.beliau tewas dalam semua pertandingan pilihanraya.beliau juga diketepikan untuk bertanding parlimen pada tahun 1999.jasanya telah banyak dalam pas.namun ape yang dikesli selintir ahli pas baru yang kebanyakan bekas umno dan tidak banyak tahu the spiritual pas ini telah mula bertindak diluar prinsip pas yang sebenar...banyak tempat suara ahli lama pas diketepikan...lebih rela pas mempunyai ahli yang sikit tetapi faham perjuagan dan respect kepada otai - otai lama pas.....
Anonymous said…
muhafaza73 kata,

"apa pn nk bahas mesyuarat kan ada..guna la ruang tu sebaik2 yg mngkin..."

muhafaza73 macam tak faham situasi sebenar. Mungkin tak habis baca artikel YB kot?

Sikap nakkan UMNO dan tolak PR dirahsiakan. Tak di bincang dalam mesyuarat tapi sambil tu rancangan berjalan. YB nak gagalkan rancangan ini. Bukan boleh dilakukan melalui mesyuarat. Nak kena bagitau ahli supaya sedar dan waspada.

Contoh kenyataan di Harakah dan Khutbah raya yang disebut. Habis keliru semua orang. Bukan ahli mesyuarat tapi rakyat jelata. Macam mana nak dibetulkan kalau tidak melalui kenyataan umum akhbar dan media siber.

Harap muhafaz73 baca betul2 artkel YB sampai habis.

Kalau tak boleh terima jugak, tak apelah...
Anak Perelih said…
Sebenarnya YB, isu ni dah lama boleh selesai kalau dibincang dalam mesyuarat syura/lajnah lopitik dan J.K Pas Pusat...atau bersemuka/berhadapan dengan individu terbabit, bukan dihamburkan dalam penulisan blog... Bila menulis dalam blog, maka benda yang tak patut keluar pun keluar... alamatnya kecoh lah jadinya... terutama bila pihak yang tidak berkenaan masuk campur, copy paste artikel blog kedalam blog mereka dan memberikan komen yang tidak menyenangkan... saya tidak berpihak mana mana dalam kes ini, cuma kesal ianya menjadi isu yang hampir memecahbelahkan jemaah... padahal ianya sepatutnya ditangani secara baik/berhadapan dari mula... harap YB paham...
Anonymous said…
Tahniah YB ... penerangan YB adalah jelas by laymen PAS spt saya. Mmg x buleh nak puaskan hati semua org. Cuma saya org2 PAS lebih 'terbuka' dan 'matang' lah sket dlm berhujah. Kpd 'abu muhammad', 'propass', tunjukkanlah sket akhlak berjemaah yg baik. Hujjah lwnlah hujjah. Cara anda berhujjah lagi menghilangkan respek saya yg juga org PAS kpd org PAS spt saya(kalu anda org PAS)... jgn jadi kebudak2an, nanti memalukan jemaah sendiri, udah le ... no heart feeling bro! To, YB Khalid, bravo on your hard effort!
Zaki said…
Salam,
Dgn selesainya isu ni bermakna langkah pertama telah dpt dimulakan... ya baru peringkat permulaan. Bila berjaya tertubuhnya kerajaan baru PR itulah cabaran yg sebenarnya akan bermula... kita memerlukan org2 yg kuat semangat, azam & komitmen utk menjayakan aspirasi rakyat ini... pemimpin2 PAS perlu lebih erat bekerjasama, semangat musyawarah perlu dipertingkatkan.. jika ada bibit2 perpecahan perlu dibuang jauh2... to face the real world selepas tertubuhnya kerajaan PR dimana cabarannya menggunung utk menegakkan syariah Islam di bumi M'sia ini... peranan NGO2 Islam bersama kerajaan PR perlu utk proses check and balance...
Anonymous said…
Anonymous said...
Terima kasih YB Khalid atas penjelasan walaupun ramai orang PAS yang tidak open minded terhadap kes ini. Tapi bagi saya ianya sangat baik untuk memahamkan orang 'layman' macam saya. kalau tidak dijelaskan seperti ini saya pun ingat PAS ni dah hanyut juga dengan UMNO/BN.

Mantapkan iman, teruskan jihad...
p.s. orang PAS harap dapat belajar menjadi 'open-minded'

----------------------------------------------------------------------------
ya betul harap org pas dapat belajar menjadi open-minded. tp mcmmana, bila sebut muqabalah dgn umno je, kata kita nak joint mereka. open minded ke org pas begitu? sengih je la, nak open minded tp pendapat dia je yg betul.
Anonymous said…
a'ah.. yg sudah tu sudah. tp kenapa dlm tulisan ini, sebelum yg sudah tu sudah, tp 'tumbuk' bertubi2 dulu tanpa pihak lain membalasnya di sini. ini dah nama pengecut. pengecut satu hal, inikah cara yg diajar oleh rasul kita? ketuk kepala yb tu tanya la iman.
seronok ckp yg sudah tu sudah. especially bila dah puas memanjangkan isu. dpt jd hero. kononnya yb la yg memulakan berlapang dada, walhal sy pergi blog roslan sms, dia lebih dulu menyuarakan yg sudah tu sudah. bukan semua isi tulisan roslan sms tu sy setuju, begitu juga dgn tulisan yb tp dlm konsep berlapang dada kita hendaklah terima selagi tidak menyalahi syarak.

benda yg boleh menimbulkan keresahan jemaah, tulis dlm diari peribadi sudah la. buat apa nak mengadu domba, kumpul penyokong dan pengkeji?

org menuduh golongan ulama dlm pas ni tak mahu berdampingan dgn golongan profesional. tp sy rasa sesetengah golongan profesional pun sombong tak mahu mendekatkan diri dgn golongan ulama. malah ada yg memandang rendah.

sekali lagi, ketuk kepala tanya la iman.

assalamualaikum

rashidi
petaling jaya
Anonymous said…
salam yb

saya yg menggunakan nama ahmad, zakri dan rashidi ingin memohon maaf ke atas keterlanjuran bahasa yg saya gunakan sepanjang menegur yb. walau apa pun alasannya saya tetap bersalah di atas penggunaan ayat yg kadang2 kala boleh memprovok lebih dari menegur.

bagaimanapun, nasihat saya dlm setiap posting saya iaitu setiap khilaf hendaklah diselesaikan secara berhemah, tak perlulah cabar mencabar di medan maya ini. apa2 hal tegur direct dan tegurla secara berhemah. tiada orang suka dikatakan 'awak salah' jadi yb perlulah minta perspektif mereka juga, jgn hanya perspektif kita sahaja yg kita utamakan. elakkan cerita2 yg boleh menimbulkan kegusaran.

salam

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-