Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Dua Keajaiban

Saya telah melihat dua keajaiban semasa menghadiri sidang Parlimen pada hari Khamis 26 Mei 2016 yang lalu. Besar kemungkinan dua keajaiban ini mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain. Samada wujudnya hubungan rapat di antara dua keajaiban ini, atau sebaliknya, saya serahkan kepada semua untuk menilai sendiri.

Video Perbahasan Berhubung Usul Peribadi YB Marang Berhubung Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah

Saya telah menerima beberapa teguran dan kritikan berhubung ucapan saya di Parlimen pada hari Khamis 26 Mei yang lepas. Ada yang menuduh saya menolak dan membantah usul tersebut dibentangkan untuk dibahas.

Ujian Litmus: Dari Sungai Besar ke Kuala Kangsar

EXCO SELANGOR

Ada yang tanya saya berhubung berita kononnya Menteri Besar mengarahkan Exco PAS meletak jawatan sekiranya terus berdegil ingin bertanding di Parlimen Sungai Besar. Saya menjawab bahawa persoalan Pilihan Raya Kecil dan jawatan Exco kerajaan Negeri Selangor perlu dipisahkan dan dilihat secara berasingan. Ianya tiada kena-mengena di antara satu sama lain.

Menggunakan jawatan Exco sebagai bahan ugutan, samada oleh Menteri Besar, untuk memaksa PAS menarik diri dari bertanding di PRK Sungei Besar, atau oleh PAS, untuk memaksa persetujuan supaya PAS bertanding, adalah tidak wajar dan tidak patut dilakukan. Jawatan Exco bukan bahan untuk digunapakai membuat ugutan tetapi ianya adalah tanggung-jawab dan amanah yang penting. Perlantikan atau perlucutan jawatan tersebut seharusnya atas dasar prestasi yang ditunjukkan dan bukan atas percaturan politik mana-mana pihak. Walaupun persoalan kesetian dan kepatuhan adalah penting, ianya tidak boleh dilihat dari sudut kesetian dan kepatuh…

Kenyataan Media AMANAH: Rundingan Gagal, AMANAH Sedia Tanding Prk Sg. Besar dan Kuala Kangsar

1. AMANAH menghargai usaha yang dijalankan oleh beberapa pimpinan PKR untuk berunding dengan Pas demi menentukan hanya satu lawan satu di kedua-dua kerusi PRK yang akan diadakan tidak lama lagi.

2. Namun demikian adalah semakin nyata bahawa usaha rundingan ini telah gagal atas sebab pendirian tegas Pas mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan sebagai milik tradisi mereka.

3. AMANAH sudah menjangka bahawa Pas akan menolak apa-apa usaha untuk meminta mereka menarik diri dari bertanding sama ada di Sg. Besar ataupun Kuala Kangsar. Ini adalah kerana Pas yakin mereka cukup kuat untuk memenangi dua kerusi tersebut atas kekuatan diri mereka sendiri tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Oleh itu penarikan diri akan dilihat sebagai pengakuan bahawa Pas tidak sekuat yang didakwa selama ini.

4. Pas juga menyedari bahawa AMANAH sudah bersedia untuk bersaing dengan mereka di dua kerusi berkenaan. Pilihan raya kecil ini dilihat sebagai peluang keemasan untuk membuktikan bahawa AMANAH tidak mempunya…

Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar: Perlunya Diutamakan Pakatan Harapan

MUQADDIMAH

Pilihan Raya Sarawak telah berlalu. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi. Namun bagi saya pengajaran yang terpenting adalah ‘ketiadaan’ Pakatan Harapan secara sebenar-benarnya dalam pilihan raya tersebut. Yang bertanding adalah hanya sekadar 3 parti yang bertindak secara bersendirian, masing-masing dengan agenda dan perkiraan masing-masing.

Maka dengan itu berlakulah pertembungan antara anggota Pakatan Harapan, khususnya DAP dan PKR di beberapa kerusi. Ramai kecewa dengan keadaan ini. Di mana, tanya mereka, kesatuan pakatan parti pembangkang yang akan menandingi BN?

Pada masa yang sama, berlaku juga pertindihan antara PAS dengan setiap anggota PH, iaitu PKR, DAP dan juga AMANAH; tetapi ianya tidak begitu menimbulkan kemarahan atau kehairanan di kalanagan masyarakat dan pemerhati politik negara. PAS sudah di luar orbit politik rasional. Sibuk dengan dirinya sendiri dan blok ketiganya sambil semua parti pembangkang lain mengusahakan kesatuan dan kerjasama.

Ramai tidak hair…

Debat Perdana Deklarasi: Mana Pergi Rakyat? (Isnin 16 Mei @ KLSCAH)

Bagi pihak penganjur program.
-Pejabat YB Khalid Samad-

PH, Zaid and the Oysters Diner

This is my response in full to Malaysiakini journalist, Alyaa with regards to PH, Zaid and his oysters dinner.

I respect his opinion but I think that Dato Zaid is jumping the gun so to say. It is a little extreme to draw conclusions from the Sarawak state elections that a coalition between PKR, DAP and AMANAH, ie Pakatan Harapan is no longer worth the effort. We must understand the circumstances and conditions behind its formation and the intricacies involved. Suffice to say that PH is less than a year old and faced opposition to its formation even within the leadership of the opposition and the civil society. Nonetheless it came into being and took to the Sarawak polls as best it could, given the circumstances.

Terima Kasih Dan Selamat Bejuang Mejar Zaidi

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) mengambil maklum bahawa Mejar Zaidi telah menyertai DAP. Dengan itu kedudukan beliau sebagai ahli AMANAH telah dengan sendirinya terbatal.


2. AMANAH ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas segala sumbangan dan pengorbanan semasa beliau bersama AMANAH. Semoga segala sumbangan dan pengorbanannya akan diterima Allah sebagai satu amalan soleh dan diberikan ganjaran yang setimpalnya.

3. Pendirian dan sikap tegas beliau dikenali semua dan ianya terbukti dengan kesanggupan beliau berhadapan dengan tindakan disiplin TUDM berhubung isu dakwat kekal sebelum ini. Sikap ini amat dihargai AMANAH dan kami doakan beliau akan terus berpendirian tegas tanpa kompromi dalam membela kebenaran.

4. Dari apa yang dijelaskan, penyertaan beliau bersama DAP adalah untuk menangani fitnah yang terus dilemparkan terhadap DAP khususnya oleh UMNO dan pihak-pihak tertentu bahawa DAP adalah parti anti-Melayu Islam. AMANAH menganggap cita-cita tersebut sebagai cita-cita yan…