Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Pengumuman: Diskusi Perdana Negara Islam -Teori & Realiti

Bagi pihak penganjur program -Pejabat YB Khalid Samad-

Video: BN Takut

Shah Alam MP Khalid Samad today rubbished talk of a rift between DAP and its Pakatan Rakyat allies over the possible disqualification of Batu MP Tian Chua for his 'cop biting' conviction. The speculations stemmed from DAP top guns Lim Kit Siang and Karpal Singh's statements that Tian Chua can be disqualified as MP due to the RM2,000 fine slapped on him by the Kuala Lumpur High Court on Thursday for biting a police personnel three years ago. Speaking at a fund-raising dinner for Batu PKR in Kuala Lumpur, the PAS elected representative joked that some quarters had even alleged that Lim and Karpal “don't like Tian Chua". Khalid revealed further that he had put Selangor Speaker and DAP leader Teng Chang Kim, who was also at the dinner, on the spot over the matter. “I asked him, why is the DAP saying that Tian Chua is no longer an MP?” Article and Video courtesy of Malaysiakini -Pejabat YB Khalid Samad-

Kisah 2 Jurujual

Dikisahkan pada suatu masa dahulu, terdapat seorang jurujual yang heboh menceritakan bagaimana orang ramai yang membeli produk jualannya semakin berkurangan. Ke mana sahaja perginya maka akan dikhabarkan bahawa produknya semakin hilang sokongan dan sambutan orang ramai. Ramai yang agak hairan mendengar 'sales pitch' nya. Kerana, adakah dengan pendekatan sebegini dia mengharapkan orang membeli produknya di atas dasar kasihan dan simpati kerana jualannya semakin menurun? Dalam pada itu, 'Sales pitch' atau kaedah jurujual ini memberi kesempatan jurujual produk saingan memburuk-burukkan produknya. “Produknya tidak mendapat sambutan malahan pelanggannya semakin berkurangan”, kata mereka. “Bukan kami yang kata, tetapi dia sendiri yang mengaku”, tambah mereka lagi kepada orang ramai yang turut mengangguk mendengar hujjah mereka. Tetapi, dalam masa yang sama, terdapat pula seorang lagi jurujual produk sama yang menggunakan kaedah dan pendekatan yang agak berbeza. Beliau

Terima Kasih: Muktamar ke-56

Bagi pihak YB Khalid Samad, dengan penuh perasaan rendah diri, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menerima kunjungan beliau semasa berlangsungnya Muktamar PAS yang ke 56 di Kota Bharu, Kelantan minggu lalu. Terutamanya kepada pihak pengurusan dan jemaah Masjid al-Karamah, Baung, Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Masjid Mukim Panchor, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Tidak lupa juga kepada pihak penganjur ceramah Isu-Isu semasa di Kg. Bendang, UPU Alor Geliong Selising, Pasir Puteh. Kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi. Kalau ada umur yang panjang insyaAllah kita berjumpa lagi. -Pejabat YB Khalid Samad-

Pemergian Ust. Hassan Shukri

Pada hari Isnin 14 Jun jam 2.30 petang, semasa saya di Parlimen, saya telah dimaklumkan akan berita mengenai Ust. Hassan Shukri yang telah kembali ke rahmatullah. Saya bersama Dato' KJ terus ke rumah Allahyarham dan tiba beberapa minit sebelum tibanya jenazah. Berkesempatan bertahlil bersama dengan orang ramai yang telah mula berkumpul dan kemudiannya bersolat Asar. Pagi ini sekali lagi saya ke sana dan sempat untuk solat jenazah. Ramai yang telah berkumpul semasa saya tiba. Walaubagaimanapun, saya tidak sempat mengiringi jenazah ke tanah perkuburan kerana Parlimen bersidang hari ini. Almarhum Ust. Hassan sering digelar 'kamus' PAS. Segala perincian berhubung perlembagaan PAS, ramai yang merujuk kepadanya dan begitu jugalah berhubung sejarah penubuhan PAS. Semasa saya digantung jawatan pada awal tahun ini, terdapat PAS Kawasan yang ingin menjemput saya merasmikan Mesyuarat Agung Kawasan, oleh itu pimpinan kawasan merujuk kepadanya. Bolehkah saya hadir atau sebaliknya? U

Siapa Kata Orang Melayu Lari dari PAS?

Oleh Hamba Allah ( HarakahDaily ) Aku cukup setuju dengan perwakilan Shah Alam, Khalid Samad. Siapa kata orang melayu beralih dari sokong PAS. Memang sebenarnya orang melayu tak pernah sokong PAS. Pasainya selama ini yang sokong PAS adalah orang Islam yang nakkan kepada Islam. Realitinya, kata YB Khaild Samad, sokongan orang melayu kepada PAS meningkat hampir 300% dari orang melayu. Memang sebenarnya pun sokongan orang melayu kepada PAS sebelum ni pun tak banyak mana. Yang pernah dapat banyak pun mungkin lebih sikit masa PRU tahun 99, tapi tu pun diragui sebagai sokongan padu kepada PAS. Realitinya, PRU sebelum-sebellum ni, PAS biasa sangat kalau hilang wang pertaruhan terutama sekali di sebelah negeri Johor. Ramai yang kata orang melayu lari dari PAS sebenarnya cuma persepsi yang timbul bila sokongan orang bukan Islam kepada PAS tiba-tiba meningkat dengan cukup mendadak sampai PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong Pas yang dinaik taraf dari Kelab Penyokong PAS.

PAS Plots Capture of Umno States in Next Polls

By Shazwan Mustafa Kamal ( The Malaysian Insider ) PAS will launch a vigorous campaign to win 60 federal seats in the next general election to again deny the ruling Umno-Barisan Nasional the two-thirds Parliamentary majority. The bold plan, which was unanimously passed during the PAS annual general assembly yesterday, will be executed to “ensure that PAS attains as many Parliamentary seats as possible to replace Umno as the core of national politics based on leadership by Islamic values.” The proposal titled “PAS action plan for the 13th general elections” sees PAS eyeing 37 Parliamentary seats currently dominated by mainly Umno MPs in addition to retaining the Islamist party’s own 23 seats. The proposal outlines a breakdown of potential seats to be won by PAS: 1. Seats where PAS lost by less than 13,000 votes (in 2008) = 13 seats 2. Seats where PAS lost by less than 10,000 votes= 8 seats 3. Seats where PAS lost by less than 5,000 votes= 16 seats “We are planni

Respon Kepada Maklumbalas JAIS

Pada mulanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JAIS kerana di dalam kesibukan mereka memikul beban amanah ummat Islam negeri Selangor, mereka berkesempatan dan sudi menjawab teguran saya. Saya sempat membaca respon rasmi yang disediakan oleh pegawai perhubungan awam JAIS dan juga respon ringkas dari Dato’ Khusrin sendiri. Saya akan menjawabnya serentak kerana saya yakin bahawa pada hakikatnya kedua-duanya adalah pada dasarnya dari Pengarah JAIS sendiri. Pada awalnya saya ingin menyentuh persoalan mengapa saya ‘menyerang JAIS’. Sebab utama adalah kerana saya melihat JAIS, dalam banyak perkara, mengambil kesempatan untuk menyerang Pakatan Rakyat. Dalam isu kalimah Allah dan tazkirah TGNA di sebuah Masjid di Hulu Selangor sebagai contoh, Pengarah JAIS mengambil kesempatan untuk menyuarakan pendirian yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej PR di kaca mata ummat Islam di negeri Selangor. Walaupun tidak menyebut PR atau mana-mana parti komponennya, ianya adalah jelas ba

Pengumuman: Forum Palestine Malaysian Are With You

Malam ini 9 Jun 2010 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, bermula jam 8. Kemaskini terkini jadual Ceramah dan Kuliyah Maghrib YB Khalid Samad di Kelantan sepanjang Muktamar PAS 2010. Semua dijemput hadir. Bagi pihak penganjur program. -Pejabat YB Khalid Samad-

Pengumuman: Ceramah Isu-Isu Semasa & Muktamar PAS 2010

Semua dijemput hadir. Bagi pihak peganjur program. -Pejabat YB Khalid Samad-

Sports Betting Licence is BN ‘Payback’

By Yow Hong Chieh ( The Malaysian Insider ) Pakatan Rakyat (PR) today launched its anti-sports betting movement with a leader alleging that tycoon Tan Sri Vincent Tan was awarded the licence in return for financing Barisan Nasional’s recent by-election campaigns. Shah Alam MP Khalid Samad made the allegation hours before Tan himself called a press conference over the licence issued for football pools. “I am confident that this was done by the prime minister because he owed a favour to Berjaya Group for supporting Barisan Nasional in the past 11 by-elections,” Khalid told PR supporters today. “Much money was spent [in the by-elections], a portion of which most likely came from Berjaya Group, and this licence was awarded as payback,” he added. Khalid was speaking at the launch of the People’s Anti-Gambling Movement by Pakatan Rakyat component parties’ Youth wings and NGOs in front of Sogo here. He criticised the government’s decision to legalise sports betting without parli

Halang Bantahan Anti-Israel

Oleh: Faizal Ezzany ( Suara Keadilan ) SHAH ALAM 4 Jun - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kesal dengan sikap Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman yang melarang rakyat Malaysia menyertai demostrasi anti Israel di Kuala Lumpur hari ini pada saat rakyat bangkit membantah tindakan ganas rejim Zionis yang menyerang kapal MV Marmara yang membawa misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza Isnin lalu. Khalid meluahkan rasa kecewa kerana masih ada pihak yang hendak menghalang umat Islam menyatakan kemarahan mereka terhadap perbuatan kejam rejim Zionis Israel. "Saya amat kecewa sekali dengan sikap dan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur yang menghalang orang ramai menyertai demostrasi menentang kezaliman Israel. Ini merupakan satu peristiwa yang tidak boleh diterima oleh seluruh masyarakat dunia bukan sahaja orang Islam malah orang bukan Islam juga. "Kita dapat melihat seluruh masyarakat di dunia ini mengadakan demostrasi dalam menyatakan bantahan mereka, te