Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Menjawab Tulisan Grand Marquis

Saya membaca tulisan Grand Marquis dan saya tersenyum lebar atas sebab peliknya segala hujjahnya. Asalnya saya rasa saya tidak perlu jawab. Tetapi oleh kerana dia telah bersusah payah menulisnya dan mungkin ada juga yang berfikiran sepertinya, maka saya membuat keputusan untuk menjawabnya juga. Tulisannya dan respon saya disertakan di sini sebagai rujukan. Saya jawab hanya apa yang saya rasa perlu.

Konsensus Nasional (KN)

Saya melihat ada penulisan berhubung isu Konsensus Nasional (KN) oleh mereka yang malangnya tidak begitu memahami apa itu KN. Mereka membuat andaian bahawa KN adalah sama dengan Unity Government (UG) atau kerajaan perpaduan. Setelah membuat andaian itu, mereka terus membidas sebahagian pimpinan PAS, termasuk diri saya, kerana semasa konsep UG dikemukakan dulu, kita kononnya gigih menolaknya. Tetapi apabila ide KN dicanangkan, kita kononnya tidak sabar-sabar menyokong pula! Sedangkan mengikut mereka, ianya sama. Dengan itu mereka terus membuat andaian bahawa KN diterima oleh kerana ianya datang dari Anwar sedangkan UG ditolak atas sebab ianya datang dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHH). Dengan itu mereka timbulkan persoalan, di mana kesetiaan kami sebenarnya!

PAS Leaders Condemn Utusan’s Attack on Non-Malays

BY MUZLIZA MUSTAFA February 16, 2014 The attack by Utusan Malaysia today against non-Malays smacks of an Umno agenda, said PAS leaders who criticised the article written by Mingguan Malaysia's deputy editor Azman Anuar. PAS central committee member Khalid Samad said Utusan was representing Umno and not the general Malay population when they launched an attack against non-Malays in the article.

Muzakarah Bersama Noh Omar: Pengalihan Tumpuan Dari Isu

Dalam sesi muzakarah yang telah diadakan pada 10 Januari di studio MobTV, Noh Omar ada melakukan sedikit 'diversion' atau usaha mengalihkan tumpuan seperti mengaitkan Anwar Ibrahim serta Nurul Izzah dan termasuk jugalah isu pentauliah saya. Beliau mendakwa bahawa tauliah saya tidak dilanjutkan kerana apa yang saya sampaikan melalui kuliah dan tazkirah di Masjid dan surau di sekitar Shah Alam adalah tidak betul dan ini menyebabkan JAIS bertindak menafikan tauliah saya.

Kecewa Noh Omar Tidak Mampu Sekolahkan Saya

Saya telah hadir ke ‘Muzakarah Kalimah Allah’ di studio MobTV malam kelmarin. Rakaman video berkenaan boleh ditonton melalui laman web MobTV: Muzakarah - Kalimah Allah : Dari Sudut Perundangan . Saya telah hadir tanpa sebarang syarat atau udang di sebalik batu, dengan penuh kesediaan untuk disekolahkan oleh Noh Omar. Malangnya beliau mengaku bahawa beliau tidak merupakan pakar dalam soal hukum Islam mahupun soal perlembagaan Negara. Dalam soal hukum Islam beliau mengesyorkan kita terima sama keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri dan dalam soal perlembagaan, beliau syorkan kita serahkan sahaja kepada pihak mahkamah. Saya hairan dengan sikap beliau ini. Kalau Noh menganggap kita tidak layak membincang isu ini, mengapa dia cabar saya untuk berdebat? Kalau Noh anggap beliau tidak cukup pakar, mengapa beliau berkata beliau ingin sekolahkan saya? Maka kecewa teramatlah diri saya dalam soal ini kerana tidak bertambah ilmu saya walau sedikit pun setelah bermuzakarah lebih sejam bersam