Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Kisah Anak Pembesar Negara dan si Panglima Tua

Pada suatu hari, di sebuah Negara yang telah lama ditelan zaman, seorang Panglima tua telah diarahkan untuk menemani anak seorang pembesar Negara dalam perjalanan bersiar-siar di waktu petang. Kedua-dua mereka menunggang kuda. Panglima tua menunggang kuda yang telah berkali-kali dipacunya di medan perang. Anak pembesar Negara pula dengan kuda putihnya, cantik dengan pelana bertaburan baru permata.

Cow-head Punishment Will Not Deter Others

By Lee Wei Lian ( The Malaysian Insider ) Khalid Samad has expressed dismay over the sentences imposed by the Shah Alam court on protestors involved in the religiously provocative cow-head protest in his constituency last year. “No way is it going to be a deterrent,” the Shah Alam MP told The Malaysian Insider when contacted. “It sends a bad message and falls short of what people were expecting. The actions of the cow-head protestors were extreme and provocative.”

Harussani Berbohong?

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Dato’ Dr. Hassan Ali, yang merupakan Pesuruh Jaya PAS Selangor, beliau menyatakan bahawa perjumpaan yang diadakan dengan Tan Sri Harussani bertujuan untuk membincang persoalan tugasan beliau sebagai Exco Agama. Dato’ Dr. Hassan Ali menganggap Tan Sri Harussani sebagai seorang tokoh Mufti yang berilmu tinggi dengan pengalaman yang lama, 30 tahun sebagai Mufti. Maka di atas dasar ini, pertemuan terbuka telah diadakan demi menceduk ilmu dan pengalaman Tan Sri Harussani demi memungkinkan beliau menjalankan tugas beliau dengan lebih cemerlang lagi.

Video: Beza di antara UMNO dan PAS

“Dasar perjuangan PAS ialah Islam, yang menekankan persoalan keadilan. Ianya menghasilkan perpaduan di atas dasar keadilan. Ianya tidak menanam bibit-bibit perpecahan ataupun bibit-bibit kebencian di antara agama ataupun kaum. Dasar perjuangan UMNO adalah Melayu, ianya perjuangan yang sempit, ia kononnyalah mementingkan kedudukan hanya satu bangsa. Ianya menanamkan bibit-bibit perpecahan, kebencian dan perbalahan di antara kaum. Di atas dasar perjuangan Melayu yang tidak ada dasar dan peraturan yang jelas, ianya mengharuskan rasuah, mengharuskan penyelewengan, mengharuskan kezaliman dan penindasan”

PWD Should Takeover Shah Alam Hospital Project

By Nurul Huda Jamaluddin ( The Malay Mail ) The Public Works Department (PWD) should takeover the controversy-riddled Shah Alam Hospital project, Shah Alam MP Khalid Samad said today. "Currently, the construction is slow due to the dispute between the main contractor Sunshine Fleet Sdn Bhd and subcontractor GM Healthcare Sdn Bhd. During my visit two days ago, the manpower working at the site seemed to have reduced tremendously.

Makan Malam Mega Sempena Pelancaran Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM)

Program ramah mesra bersama Pimpinan Parti, Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat bertempat di Stadium Malawati, Seksyen 13 Shah Alam pada 7 Ogos 2010 (Sabtu), bermula jam 8.00 mlm - 11.00 mlm.

Persoalan Perpaduan Melayu

Sekali lagi isu perpaduan Melayu ditonjolkan oleh UMNO. Kononnya mereka sahajalah yang mengambil berat akan isu ini. Hakikatnya, PAS selama penubuhannya, telah sekian lama memperjuangkan perpaduan Melayu. Hanya bezanya ialah perpaduan yang diusahakan oleh PAS adalah berasaskan Islam sedangkan perpaduan yang diusahakan oleh UMNO adalah berasaskan ‘Melayu’. Yang bersetuju dengan Islam sebagai dasar yang kukuh, bersatu dibawah PAS. Semua yang setuju dengan Melayu sebagai asas, bersatu di bawah UMNO!

Umno Ajar Perpecahan, Benci Antara Kaum

Dzulfikar Mashoor ( HarakahDaily ) KUALA LUMPUR, 21 Julai: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Umno mengajak kepada pepecahan dengan menanamkan perasaan membenci kaum lain sehingga orang Melayu jauh daripada Islam. "Tak ada orang yang tak nak pada perpaduan, semuanya nak perpaduan cuma perpaduan itu nak dibuat atas asas apa," soal beliau petang tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Cadangan Terminal Bas Baru di Shah Alam

Saya telah dimaklumkan bahawa sebuah Terminal Bas baru akan dibina di Shah Alam untuk menggantikan terminal sediada di Seksyen 17. Sememangnya sebuah Terminal baru amat diperlukan kerana yang sediada amatlah daif dan serba kekurangan. Lokasi yang telah dipilih oleh pentadbiran lama adalah tanah yang berada di antara Jalan Subang, Jalan Batu Tiga lama dan Lebuhraya Persekutuan. Tapak yang agak kecil ini dipilih kerana ianya memberi akses yang mudah ke Lebuhraya ke Selatan dan ke Utara/Timur dan dalam masa yang sama ianya berhampiran dengan stesen komuter Batu Tiga.

Menggigit, tergigit dan digigit

Pada minggu ini semasa di Parlimen terdapat seorang Ahli Parlimen ‘bebas’ menimbulkan isu yang kononnya YB Batu, pakar strategi PKR, telah menggigit seorang anggota Polis. Ditertawakan Saudara Tian Chua sambil memperlekehkan ‘strategi’ sebegini dan mempersenda ‘kepakaran’ beliau sebagai seorang ahli strategi. Hakikatnya kenyataan samada Saudara Tian Chua benar-benar telah menggigit anggota polis tersebut atau tidak masih lagi dipertikaikan. Tian Chua menafikannya dan telahpun membuat tindakan undang-undang untuk menolak keputusan mahkamah tersebut.

Islamic Governance by Word and Deed

PAS must prove by its word and deeds that Islamic governance is just, said Khalid Samad, the party's Shah Alam head. The Shah Alam member of parliament was responding to remarks by DAP chairman Karpal Singh recently that he still believed Malaysia was a secular state with Islam as the official religion, and ruled out any compromise to based on federal constitution.