Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Video Sesi Soal Jawab Wacana KYT @ Melaka dan Isu Fitnah

Isu fitnah terhadap YB Khalid Samad Saya kesal ucapan YB Khalid Samad di Melaka dua minggu lepas diputar-belit sehingga ramai orang yang tidak tahu cerita sebenar mula membenci dan menghina beliau dengan kata-kata yang kesat. Saya lebih kesal kerana dalang yang memutar-belit itu adalah ahli parti sendiri. Mereka ini kononnya mendokong kepemimpinan ulama' tetapi perangai mereka tidak sebagaimana yang diajar oleh para ulama'. Mereka memecah-belahkan perpaduan dalam parti dan membiakkan kebencian ahli parti kepada pimpinan. Curiga dan prejudis kini berleluasa sesama-sendiri.

Usaha Merujuk YB Simpang Renggam Kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

Setelah Ahli Parlimen Simpang Renggam membuat dakwaan bahawa Wikileaks telah mendedahkan simpanan wang beratus juta oleh Ketua Pembangkang di beberapa bank luar Negara termasuk di Israel, maka ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bertindak untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa hak dan kebebasan selari dengan peraturan mesyuarat 36(12). Usul untuk itu telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jelutong.

Duta Vatican

Adalah jelas video Antara Pos mengenai komen saya berhubung kes Duta Vatican mengandungi terlampau banyak babak 'cut' dan 'edit' . Ia bertujuan memutar-belit komen saya sepertimana yang terpampang jelas dari tajuk video itu sendiri. Saya tidak membela Duta Vatican dan tidak juga menyatakan bahawa ianya merupakan pendirian PAS Selangor. Di dalam temuramah tersebut, saya sekadar menjelaskan bahawa pendirian Duta tersebut adalah pendirian serta pendapat peribadi beliau yang tidak mungkin kita ubah.

Persoalan Angkat Sumpah

Persoalan angkat sumpah sebagai ahli Parlimen telah banyak menimbulkan perbahasan di kalangan semua pihak. Ada di kalangan penyokong PR sendiri yang beranggapan bahawa Ahli Parlimen PR tidak seharusnya mengangkat sumpah. Mengikut pandangan mereka, mengangkat sumpah akan memberikan ‘legitimasi’ kepada proses pilihan raya yang jelas tercemar dengan beberapa isu tidak ketelusan. Walaupun tidak ramai yang berpandangan begini, namun usaha mereka untuk meyakinkan semua Ahli Parlimen supaya tidak mengangkat sumpah dilakukan secara bersungguh-sungguh. Komitmen mereka terhadap usaha ini dan kesanggupan mereka untuk memperjuangkan pandangan mereka, sehingga berhadapan dengan pihak FRU di hadapan Parlimen untuk menghantar memorandum , amat saya kagumi.