Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Video Parlimen: RM600 Juta Untuk Kesilapan Yang Sama?

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Maknanya kita ambil alih tanah itu dan kita keluar belanja sebanyak itu dan kita tidak dapat apa-apa balik langsung. Melainkan pembinaan jalan yang dilakukan oleh pihak swasta dan pendapatan daripada pembinaan itu dapat pada syarikat swasta. Akan tetapi kita sendiri sudah keluar RM600 juta. That is no return for us, dengan izin. Adakah itu satu kaedah yang dianggap munasabah.



Saya tahu bahawa Barisan Nasional sudah banyak kali melakukan kesilapan yang sama. Tidak perlu ianya diulangi balik. Yang Berhormat Bintulu ini tidak faham, pasal dia lebuh raya tidak ada. Dia hendak cakap sahaja banyak, tetapi dia tidak tahu apa.

Lalu saya rasa dengan izin, we learn from our mistakes. Kita sudah mengulangi masalah ini dan kesilapan ini sudah banyak kali. Kita keluarkan belanja lepas itu yang dapat keuntungan adalah syarikat swasta. Adakah kaedah yang seperti ini ingin diteruskan oleh Kerajaan Barisan Nasional? Terima kasih.

Video dan hansard parlimen ada…

Video Balik Mengundi

This video is suitable for all three by-elections. The purpose is to spread it as widely as possible to make it something talk-about among the on-line community, if possible to the extend that even those not online are made aware of it - polinpip

-Pejabat YB Khalid Samad-

Pengumuman: NISA Indoor Games Shah Alam

NISA Indoor Games (NIG) peringkat Shah Alam
Tempat: Dewan Bunga Kertas TTDI Jaya
Tarikh: 29 mac 2009

Kepada semua warga wanita Shah Alam khususnya yg berminat dengan permainan traditional seperti congkak, batu seremban, ceper, dan juga indoor games lain seperti Dart, Carrom, Dam Aji serta catur. Acara permaianan yg akan menarik perhatian ramai adalah 'snake & ladder Giant" . Jomm berentap..!

Pihak Nisa Shah Alam dengan kerjasama penganjur dari MPP Zon 1, 16 & 20 mengalu-alukan kehadiran adik/kakak/puan untuk bersama memeriahkan Indoor games ini. Hadiah disediakan bagi yg menang berupa hamper dan medal. Bagi pemenang juga akan ditawarkan untuk ke peringkat NISA Indoor Games Malaysia pada bulan hadapan, InsyaAllah..

Pihak NISA Shah Alam, mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur yg banyak memberi sokongan kepada NISA Shah Alam dalam menjayakan Indoor Games ini. NIG ini juga akan dirasmikan oleh isteri Ahli Parlimen Shah Alam, Prof Madya Dr. Zaitun Abu Bakar dan majlis…

The New Role of the SPR

Heard about the new role being played by the SPR in Selangor?

They have now become part of a committee formed under the PM's Department responsible for the implementation of a program called 'people centric'.

This programme has, as its objective, the upliftment of BN's image in the eyes of the public and the battering of the image of the PR.

This is then to lead to the defeat of the PR government in Selangor in the next General Election. The activities which are being planned in relation to this program is to be financed by Federal funds!

If this does not constitute misuse of public funds, I do not know what does!

When the Minister in charge of the ICU (Implementation Coordination Unit) under the PMs department, being the unit responsible for the implementation of this programme, was queried about the matter in the Parliament, he refused to respond. He neither denied nor acknowledged the allegation nor was he the least embarrassed about its disclosure.

In fact, there were t…

Umno, Money Politics and Corruption

The newspaper headlines for the last few days have been busy exposing to the world how rampant "money politics" is in Umno.

Ali Rastam has been banned from contesting the number two seat and Khairy has been let off with a warning letter.

To everybody's surprise, Khir Toyo has been declared "clean". Such were the findings of the Disciplinary Committee of Umno. From the perspective of Selangor politics, Khir Toyo had to be found "clean" because without him, who is left to play the role of opposition leader in Selangor?

Bearing in mind that the charges presently leveled by Khir Toyo against TS Abdul Khalid are ones pertaining to corruption, it would be ridiculous if Khir was then himself found guilty of corruption!

And by his own party to boot! So they released him with a clean sheeet so that he may "respectably" portray himself, in the eyes of the uninformed, as a champion against corruption in Selangor!

Ignore please, the many years of corrupt gov…

Pengumuman: Sambutan 1 Tahun Pentadbiran Kerajaan Baharu Selangor

Semua dijemput hadir. Bagi pihak penganjur program, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.
-Pejabat YB Khalid Samad-

The Question of ‘Unity Government’ (Dwibahasa)

We were recently surprised by the proposal of Pas’ president published by The Malaysian Insider. Our president mooted the idea of a “Unity Government”. As the concept of “Unity Government” is a new concept, many are still confused by what it is. Many look upon it as a proposal for the coalition between Pas and Umno or Pas with BN.

What I understand by the proposal is a ‘unity government’ formed by a coalition between BN and PR. This coalition makes both parties have an equal footing in government while doing away with an ‘official’ opposition for the time being.

With this, escalated political conflict can be avoided and everyone can settle down to focus on the question of handling and overcoming the impending economic crisis.

This proposal was put forward due to the escalating political conflict and the impending economic crisis. Our president worries that the present political turmoil escalation involving PR and BN will increase tensions to dangerous levels and risk going completely ou…

Usaha Menghalau Hantu

Parlimen pada 16 Mac telah melihat usaha sia-sia pihak BN untuk menghalau hantu Altantuya yang terus menghantui TPM. YB Geobind Singh Deo telah digantung selama dua belas bulan tanpa gaji, tetapi tindakan ini sebenarnya tidak akan menyelesaikan apa-apa kerana bukan dia punca masalahnya. Malahan, dengan memberikan penonjolan kepada isu ini dengan mengambil tindakan sebegitu rupa terhadap beliau, isu Altantuya akan terus ada ‘hantu’nya.

BN, melalui majoriti mereka di Parlimen, boleh mengusir YB Geobind dan menghalang dia kembali ke Parlimen selama setahun. Namun kekuatan majoriti yang sama tidak akan mungkin mampu mengubah persepsi rakyat terhadap isu pembunuhan Altantuya ini. Persepsi ini kekal wujud kerana beberapa persoalan yang masih tidak dijawab-jawab semenjak dari awal lagi.

Semua yang mengikuti kes pembunuhan Altantuya menyedari bahawa Sirul dan Azilah hanya ‘khadam’ yang menjalankan tugas semata-mata. Mereka tidak mengenali Altantuya dan tidak mempunyai apa-apa motif untuk membun…

Sistem Demokrasi Liberal dan Tamadun Barat

*Update (19/03/09) - Video Perbahasan*
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita gunakan hujah yang seperti mana yang disebutkan tadi, maka saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Menteri bahawa sistem demokrasi liberal ini berpunca daripada tamadun barat yang menganggap bahawa manusia ini adalah the centre of the universe dan kebenaran itu akan ditentukan berdasarkan kepada suara majoriti.

Kalau kita hendak menggunakan hujah seperti mana yang dikemukakan tadi, maka saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Menteri bahawa sistem kapitalisme adalah berasal daripada satu kepercayaan bahawa manusia ini adalah haiwan ekonomi yang mana keperluannya adalah food, shelter dan sex.

Kalau kita hendak gunakan falsafah atau pendekatan yang sebegitu, maka saya rasa kita akan dapati bahawa banyak daripada amalan-amalan yang sedang kita lakukan sekarang ini mempunyai asas-asas yang pada dasarnya datang daripada kefahaman yan…

Video Parlimen: Dasar Amalan Perdagangan Adil

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya ucapkan terima kasih atas jawapan yang telah diberi dan kita bernasib baiklah kerana kita ini dapat bersidang dalam di dalam Dewan... Dewan Undangan Negeri Perak bersidang di bawah pokok. [Tepuk][Dewan riuh] Di hadapan beberapa wartawan antarabangsa. Soalan susulan saya…



Video adalah ihsan pihak MPPAS, terima kasih diucapkan.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Ismu Allah

Ini adalah merupakan rentetan dari isu yoga yang saya ketengahkan di dalam posting saya semalam. Isu kedua membawa kepada persoalan penggunaan nama Allah oleh yang bukan Islam. Isu ini sebenarnya telah banyak dikupas oleh beberapa pihak. Namun begitu, saya ingin menyentuhnya secara ringkas supaya umum memahami pendirian saya berhubung isu ini.

1. Al-Quran sendiri mempunyai banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam, samada golongan musyrikin, Yahudi mahupun Nasrani menggunakan perkataan ‘Allah’ apabila mereka memaksudkan Tuhan semesta alam. Maka, sekiranya kita ingin menentukan hukum berhubung persoalan ini, Al-Quran adalah rujukan pertama. Sekiranya Al-Quran sendiri mengiyakannya, bagaimana kita hendak menafikannya? Di mana hendak kita simpan ayat-ayat yang mengatakan orang bukan Islam juga menggunakan perkataan Allah untuk memaksudkan Tuhan semesta alam seperti “Wa Kaalatil Yahudu Uzair ibnu Llah” yang bermaksud “Dan berkata orang-orang Yahudi Uzair adalah anak Allah…

YOGA – Upacara Agama atau Riadah?

Bagi yang mengikuti perbahasan yang berlangsung di Parlimen pada 5hb Mac, mereka akan melihat sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini Iaitu ‘berentapnya’ ahli Parlimen PAS satu sama lain. Memang, kalau dilihat dari apa yang berlaku, ianya kelihatan agak merugikan. Namun bagi saya ianya membuktikan adanya ‘adabul ikhtilaf’ yang diamalkan oleh PAS. Dalam perbahasan itu, masing-masing mengemukakan hujjah, tanpa menuduh satu sama lain sebagai mu’tazilah atau sebagainya. Itu adab UMNO yang tiada sama sekali adabul ikhtilaf.

Di antara yang dibahaskan adalah isu Yoga dan penggunaan nama Allah oleh yang bukan Islam. Saya ingin pada mulanya menyentuh Isu Yoga.

Mungkin ada akan bertanya, “Apalah YB Shah Alam ini sibuk sangat ingin mempertahankan Yoga itu?”. Ya, bagi ramai, ianya tiada kena mengena dengan mereka. Mungkin perkataan Yoga itu pun tidak pernah didengari mereka. Walaupun begitu, bagi saya secara peribadi, ianya merupakan satu isu yang penting untuk diperjelaskan.

Tidak, bukan ker…

Outdoing Abu Gharib

The second autopsy report carried out on the body of A. Kugan was released on Thursday. It confirms without a shadow of a doubt that he was tortured and died as a result of this torture. The torture sustained by him was mind-boggling and only a sick mind can even begin to understand the reasons why it was done. How anyone can do something as terrible as this to another human being is beyond comprehension.

He was tortured continuously for six days, starved, beaten and branded like a cow. We do not treat even animals this way where pain is inflicted purely for the pleasure of it. How could this be carried out in the premises of the police itself? How could it happen without the knowledge of the other police personnel, especially the officers and the OCPD themselves? Are prisoners or detainees handed over to the interrogators and no supervision is undertaken whatsoever?

I was really upset on reading the report. We can only imagine the pain which Kugan suffered. The way the incident was han…

Pengumuman: Wacana Perdana III (Lundang, KB)

Semua dijemput hadir, bagi pihak penganjur program: Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah [Dr. MAZA]

Pihak kami ingin berkongsi pendapat Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin (MAZA) tentang Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah. Semoga kita semua dapat memahami dan menerima manafaat dari apa yang cuba beliau sampaikan.

"...Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.

Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah k…

Sinking From the Gutter to the Ghetto (Dwibahasa)

Selangorians were shocked by the gutter politics used by Umno/BN in relation to the case of the ADUN for Bukit Lanjan. Everyone thought that they could go no lower.

Last Thursday, however, we were treated to another level of politics, which can only be termed as “Ghetto politics”. Hooliganism and gangsterism are the main ingredients of this form of politics.

A gang of 26 Pemuda Umno members came to the Parliament with the sole objective of coercing an apology from YB Karpal Singh. They waited from morning and when he appeared in the afternoon, they went to him, surrounding him and threatening him with bodily harm.

I was informed that they intended to throw him into one of the fountain pools next to the Tower block. Fortunately, this plan was thwarted by the timely intervention of some PR MPs returning from lunch who were alerted of the developing incident by Parliament security guards.

Most shocking was the unabashed manner in which they went about their gangster act. Their business cards…

Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda

26 Feb. 2009 - Perbahasan Usul-Usul (Membahaskan Titah DiRaja)
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]. Allah. Apa jadi ini? [Ketawa]. Aduh. Saya ini. Kuala Krau ganggu. Saya mengucapkan terima kasih atas kesempatan yang diberikan untuk saya menjunjung kasih melalui perbahasan Titah Seri Paduka Baginda.

Saya melihat bahawa Seri Paduka Baginda memulakan titahnya dengan membincangkan masalah ekonomi dunia yang akan turut menjejaskan ekonomi negara kita. Ini sememangnya adalah seperti yang sepatutnya memandangkan persoalan ekonomi ini adalah persoalan penting yang akan menjejaskan kesejahteraan rakyat. Kesejahteraan rakyat tegas baginda melalui titahnya perlu dipelihara. Adalah harapan saya bahawa Mini Bajet yang bakal dibentangkan memenuhi harapan Seri Paduka Baginda dan tidak lagi merupakan belanjawan yang mengutamakan projek-projek mega demi mengayakan kroni-kroni tertentu.

Sekiranya kesejahteraan rakyat diutamakan maka perjanjian-perjanjia…

Kerajaan Perpaduan

Kita baru-baru ini dikejutkan oleh cadangan DS Presiden PAS supaya difikirkan penyelesaian melalui ‘Unity Government’ atau Kerajaan Perpaduan. Oleh kerana konsep Kerajaan Perpaduan ini adalah satu konsep yang baru, maka ramai yang tidak begitu jelas dengan apa yang dimaksudkan. Ada yang menganggap ianya sebagai pergabungan di antara PAS dan UMNO atau PAS dan BN.

Walaubagaimanapun, apa yang saya faham sebagai maksud DS Presiden ialah kerajaan gabungan di antara BN dan PR. Gabungan ini akan menjadikan semua pihak sebahagian dari kerajaan yang memerintah dan tiada pembangkang buat seketika. Dengan itu persengketaan dapat dielak dan semua boleh tumpu kepada persoalan menghadapi dan mengatasi kegawatan ekonomi yang sedang menimpa.

Cadangan ini dikemukakan hasil dari suasana politik yang semakin tegang dan kegawatan ekonomi yang sedang menimpa. DS Presiden khuatir persengketaan politik yang sedang dialami sekarang ini, disebabkan persaingan yang begitu sengit di antara PR dan BN akan menyebab…

Umat Islam Tidak Diberikan Kefahaman Yang Kukuh

Perbahasan Usul-Usul (membahaskan Titah Diraja). Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kulim. Saya cukup berpuas hati dengan kesimpulan yang terakhirlah yang dibuat yang mana saya rasa menyelesaikan ataupun mengenal pasti punca dan masalah sebenar iaitu bukan soal kita nak salahkan orang Kristian. Ini kerana mereka menghayati agama Kristian mereka ataupun kita nak marah orang Buddha kerana menghayati agama dan falsafah Buddha mereka.

Akan tetapi masalah yang utama ialah bahawa umat Islam tidak diberikan kefahaman yang benar-benar kukuh berhubung dengan Islam itu sendiri. Dalam soal ini, ianya bukan hanya persoalan fahaman secara teori tetapi pelaksanaan daripada segi penghayatan, wujudnya kerajaan yang bersih, yang telus.

Jenis kerajaan yang seperti mana pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyiddin, jenis kerajaan yang seperti mana pada zaman Umar Abdul Aziz yang mana dengan itu akan meyakinkan umat Islam itu sendiri akan kebe…