Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Video Parlimen: PH Optimis Seruan Agong

Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong yang menyeru agar beban kehidupan rakyat dapat dikurangkan dan memelihara serta memperkukuhkan keharmonian di kalangan rakyat negara ini. Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad yakin kerajaan baru mampu menggalas amanah besar itu meskipun berdepan beberapa cabaran. Video ihsan TV Selangor -Pejabat YB Khalid Samad-

Video: Ucapan Parlimen Terakhir Sebelum PRU14

Video ihsan KiniTV -Pejabat YB Khalid Samad-

Tegur Saya Jika Buat Silap

Menteri Wilayah yang baharu, Khalid Abdul Samad meminta penduduk Putrajaya agar menegur beliau jika membuat apa-apa kesilapan ketika beliau mengemudikan kementeriannya. Ketika memberikan ucapan sulung kepada warga Wilayah di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya sebelum solat Jumaat tadi, Khalid berharap sangat agar beliau ditegur jika membuat kesilapan nanti. “Amanah yang saya terima ini sangat berat. Harap-harap bantulah saya dengan menegur dan memberikan nasihat. “Tegurlah saya jika berbuat silap, nasihatlah saya. Insya Allah saya akan menerimanya dengan baik,” kata Khalid pada hari ke empat beliau mula bertugas sebagai Menteri Wilayah. Khalid berucap kira-kira 15 minit sebelum azan dilaungkan sebagai tanda masuknya waktu zohor di Putrajaya sebelum khutbah dan solat Jumaat ditunaikan. Seorang jamaah masjid mengambil peluang untuk bergambar dengan Khalid selepas solat Jumaat. Dalam ucapan itu juga, ahli parlimen Shah Alam itu berkata, akhlak umat Islam sekarang banyak yang rosa

Video: Menteri Wilayah Persekutuan Baharu

Video ihsan MalaysiaGazette -Pejabat YB Khalid Samad-