Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

Perginya Seorang Pejuang

Pada pagi Ahad 21 Februari 2010 saya telah menerima SMS dari beberapa orang sahabat membawa berita sedih mengenai kembalinya seorang sahabat ke Rahmatullah, Ustaz Hambari. Almarhum merupakan seorang aktivis PAS yang penuh dedikasi dan begitu bermurah hati. Markas PAS Bukit Naga dibina atas tanahnya yang telah beliau wakafkan kepada PAS Kawasan Kota Raja. Sebahagian besar dari sumbangan untuk pembinaan Markas itu pun datang dari almarhum sendiri. Tidak cukup dengan sumbangan wang, beberapa kali saya telah melihat beliau bersama sahabat setia beliau, Hj. Maskuri, bertukang, membina Markas tersebut dengan tangan mereka sendiri.

Hasil dari pengorbanan dan dedikasi almarhum selama ini, maka telah terdiri Markas Bukit Naga, tempat di mana berpuluh ceramah telah dianjurkan semenjak 2001 lagi. Di situ juga terdapat PASTI Saidatina Aisyah yang turut berjalan dengan jayanya.

Saya mengenali almarhum semenjak menjadi YDP PAS Kawasan Shah Alam pada tahun 1997. Pada waktu itu, persempadanan baru b…

Khalid Forms Committee to Assess Selangor Islamic Bans

By Wong Choon Mei (HarakahDaily)

SHAH ALAM, Feb 23: PAS MP for Shah Alam Khalid Samad will spearhead a working committee to look into updating certain aspects of the Selangor Non-Islamic Religion Enactment 1988 (Control of Propagation Amongst Muslims), in particular, the existing bans against non-Muslims from using certain words such as Allah.

“I have met with Mentri Besar Khalid Ibrahim and we have agreed that I will establish the committee to do the groundwork and research before submitting a proposal to the state government,” Khalid told Harakahdaily.

“The Mentri Besar is very supportive and has asked to be kept updated at every stage so that when the Sultan asks for clarification, they will be able to address his queries. To make sure everything is transparent, I will also submit copies to the Sultan, the MB and the state religious authority.”

Khalid plans to rope in the best Islamic minds for his committee, including the renowned Dr Asri Zainul Abdin, the former mufti of Perli…

Rayuan Saya

Sejak saya kembali ke tanah air, ada ramai pihak yang meminta saya untuk membuat rayuan berhubung hukuman jawatankuasa dislipin yang telah dijatuhkan terhadap diri saya, yang telah mengakibatkan jawatan-jawatan saya di dalam parti digantung selama 6 bulan.

Sama ada sedar atau tidak, sebulan telah hampir berlalu dan hanya 5 bulan sahaja lagi yang tinggal. Kalau saya mahu merayu pun, apa yang dapat dirayu? Supaya dikembalikan jawatan berkenaan? Saya fikir itu tidak perlu, kerana jawatan bukanlah sesuatu yang begitu penting bagi saya. Dengan izin Allah, tiada jawatan pun saya akan terus berusaha dan berjuang, kerana kita berjuang bukanlah kerana jawatan. Kita berjuang kerana yang Maha Berkuasa dan sesungguhnya Dia tetap wujud walaupun jawatan saya tidak wujud buat masa ini.

Namun demi memenuhi permintaan sahabat handai, yang jauh dan yang dekat, yang menelefon dan yang datang berhajat, saya dengan ini mengemukakan rayuan saya di sini kepada JKD dan PAS Pusat. Walaubagaimanapun, rayuan s…

Kembali ke Tanah Air

Pada hari Selasa 16 Februari saya telah menerima Iqama (resident permit) dari pihak Jamiiah ataupun Universiti Jazan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, sambil menarik nafas panjang. Saya terus mengaturkan perjalanan untuk kembali ke tanah air, bermula dengan membeli tiket penerbangan dari Jazan ke Jeddah dan dari Jeddah ke KLIA yang bermula pada hari Khamis 18 Februari dan sampai ke KLIA pada keesokkan harinya pada jam 11 pagi.

Setibanya saya di KLIA, saya didatangi beberapa orang pemuda yang bertugas di KLIA. Mereka adalah merupakan ahli PAS yang telah mendapat maklumat berhubung ketibaan saya. Ada yang dari Kelana Jaya, ada juga yang dari Gombak dan Pandan. Sambil menunggu kemunculan bagasi yang dibawa, sempat bergambar bersama mereka dihadapan conveyor belt. Kelihatan mereka begitu ceria dan bersemangat tinggi serta memberi kata-kata semangat kepada saya supaya jangan mudah berputus asa. Masyarakat melihat dan menilai, kata mereka lagi dan tidaklah sebodoh yang disangka.

Seterusn…

Ubah Masjid Untuk Orang Tua Sahaja

Oleh: Ismail Hashim (HarakahDaily)

SHAH ALAM, 20 Feb: Masjid bukan hanya untuk golongan tua sahaja sebaliknya untuk semua peringkat usia termasuk golongan remaja, tegas Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad.

Menurutnya, konsep yang menyatakan masjid hanya untuk kalangan mereka yang sedang ‘tunggu masa mati’ sahaja perlu diperbetulkan segera dengan menggerakkan kegiatan untuk memudahkan anggota masyarakat mendampingi masjid.


Khalid berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Kelab Seni Silat Gayung Malaysia anjuran Pemuda Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, dekat sini pagi tadi.

“Kita pernah mendengar sirah Rasulullah SAW di mana Saidatina Aisyah menyaksikan pemuda bertanding memanah di perkarangan masjid membuktikan bahawa Islam tidak pernah menghalang sukan yang berfaedah.

“Kegiatan mempertahan dan menyelamatkan diri adalah selari dengan matlamat diwujudkan institusi masjid yang berupaya menjaga kesempurnaan perjalanan seseorang Muslim di dalam semua bidang hidup,” tegasnya l…

Pengumuman: Ketika Cinta Bertasbih 2

Bagi pihak penganjur
-Pejabat YB Khalid Samad-

Kembara di Tanah Arab

Setelah lebih seminggu kami di sini, pada hari khamis 4 Februari, tiba sepasang suami isteri dari Malaysia yang juga bekerja sebagai pensyarah di Universiti Jazan. Mereka akan bertugas bersama-sama isteri saya di fakulti yang sama. Dr. Fauzan di bawah fakulti komputer untuk mahasiswa dan isterinya bersama isteri saya di fakulti komputer untuk mahasiswi.

Pada keesokan harinya saya bertemu beliau dan kemudiannya kami ke sebuah ladang penternakkan unta dan kambing di pinggiran bandar Jazan. Kami dibawa ke situ oleh seorang penduduk tempatan yang anaknya pernah menjadi mahasiswa di UIA. Maka pergilah kami untuk melihat unta dan kambing yang diusahakan secara ‘kampung’, kelihatan sungguh mudah, tanpa sebarang frasarana moden oleh keluarga Badwi.

Mengerjakan Umrah
Keesokkan harinya saya bersama isteri telah meninggalkan Jazan untuk ke Mekah. Ini adalah selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan yang diperlukan untuk urusan ‘iqama’ (resident permit) pada hari rabu. Sambil menunggu keput…

I Will Not Appeal Against My Suspension

By: Wong Choon Mei (HarakahDaily)

SHAH ALAM, Feb 13: PAS MP for Shah Alam Khalid Samad has decided not to appeal against his suspension by the party’s disciplinary board.

“I will not be appealing. All the information is already in the hands of the central leadership. If they feel that the disciplinary board is wrong, they can review my suspension even if I don’t make any official request,” Khalid said in a text message to Harakahdaily.

“If they don’t, it must be because they feel the disciplinary board’s decision is okay. So it is no point for me to appeal anyway.”

The 53-year old Khalid is well-respected for his principled stance in PAS and his commitment to the multiracial platform espoused by the Pakatan Rakyat.

He had crossed swords with Selangor PAS commissioner Hasan Ali after the latter publicly attacked other Pakatan colleagues including Selangor Mentri Besar Khalid Ibrahim over several issues.

Seen as lopsided

Khalid was found guilty of breaching PAS rules by calling on Ha…

PERAK

Apa yang tidak mampu dicapai melalui peti undi, telah sekarang mampu dicapai melalui ‘kematian’ sistem kehakiman yang bebas. What cannot be achieved through the polls is now achieved through the ‘death’ of an independent judiciary.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Hatib bin Abi Balta'ah, Sahabat Yang Mendedahkan Rahsia Jamaah [Ustaz Ahmad Awang]

Oleh: Ustaz Ahmad Awang

Mengingat peristiwa perbuatan HAB mendedahkan rahsia penting mengenai perancangan Rasulullah membuka Makkah (fat-hu Makkah), terlintas di fikiran saya tidakkah Jawatankuasa Displin PAS yang dianggotai oleh dua orang ulama' terfikir peristiwa ini boleh dijadikan panduan atau iktibar dalam memutuskan penghakiman terhadap Khalid Samad (KS) atas pertuduhan yang dikatakan serius iaitu mendedahkan RAHSIA parti. Sebesar manakah rahsia yang didedahkan KS itu telah juga dijawab oleh beliau sendiri di hadapan majlis penghakiman Jawatankuasa Displin yang diketuai oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Rahsia yang didedahkan oleh HAB adalah satu rahsia yang sangat besar dan perbuatan yang dilakukan oleh HAB itu satu kesalahan yang sangat serius sehingga Allah memberitahu rasulNya atas perbuatan HAB itu. Kalau rahsia sebesar itu yang didedahkan HAB boleh diampuni oleh Rasulullah s.a.w. atas pertimbangan HAB adalah 'ahli badr', walaupun mendapat sanggahan dari Sa…

Hati-Hati Pas Jangan Sampai Rakyat Meluat Kepada Kita [Hanipa Maidin]

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin (Peguampas)

Tidak cukup dengan keputusan jawatankuasa disiplin yang memeningkan kita dan menjadi bahan ketawa abad ini, kini timbul semula isu muzakarah PAS dengan Umno.

Sekejap ada sekejap timbul. Sekejap ada sekejap timbul. Apa lagi kalau bukan muzakarah PAS dan Umno ? Sekejap UG, sekejap muzakarah. Sekejap muqabalah. lepas ini apa pula, kita pun tidak tahu. Saya yakin rakyat dah muak dengan isu ini. Jika saya tidak bersama PAS, sudah tentu saya orang pertama yang paling muak dan meluat dengan isu ini dan muak kepada kedua-dua parti politik yang membangkitkan isu ini.

Saya tidak boleh tegur Umno sebab dia bukan parti saya. Tapi saya ingin tegur pemimpin PAS. Kenapakah mereka tidak serik-serik membangkitkan isu ini sedangkan tiada angin tiada ribut. Bukankah lebih baik kalau kita gunakan pemikiran kita untuk perkuatkan Pakatan.

Saya rasa terpanggil ingin menegur pemimpin PAS tidak kira setinggi mana pun jawatan mereka dalam parti. Biarlah orang PAS marah…

Isu JK Disiplin : Sebenarnya Orang Masih Sayangkan PAS [Dr. Hamzah]

Oleh: Dr. Hamzah Jaafar (TPJ PAS Negeri Pahang)

Dunia PAS mutaakhir ini sering bergelora. Ombaknya beralun dek kemenangan yang tidak diduga pada PRU12 Mac 2008. Kira-kiranya dah agak tenang selepas gelora UG tapi ramai yang meramalkan akan bergelora kembali selepas keputusan JK Disiplin PAS diumumkan. Ternyata ramalan tersebut menjadi kenyataan.

Ramai juga yang bertanya saya mengenai keputusan JK Disiplin tapi saya berdiam diri. Cuma.. bertambah ramai yang bertanya pandangan apabila mereka membaca luahan Abdullah Karim dalam blog. Orang bertanya saya mungkin atas dasar Pengerusi JK Disiplin adalah PJ Pahang dan Abdullah Karim juga Ahli Badan Perhubungan PAS Pahang merangkap Penasihat/Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pahang(meletak jawatan pada 30.1.2010 kerana menemani isterinya di Scotland). Dan kebetulan saya pula diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Saya hanya mampu berkata "hormatilah dan akurlah dengan keputusan JK Disiplin pimpinan Dato' Tuan Ibrahim (…

TITM dan Saya

Saya meletakkan tulisan TITM di blog saya sebagai bukti bahawa saya tidak merasa marah atau dendam terhadap beliau. Sebenarnya saya turut bersimpati terhadap beliau dalam isu ini. Dia dikecam jauh lebih teruk dari saya, sedangkan dia hanya berusaha untuk menjalankan tugas yang tidak ingin dipikulnya sejak dari awal lagi.

TITM merupakan salah seorang pimpinan yang mudah didampingi dan di dalam sesi perbahasan atau perbincangan saya melihat beliau sanggup mendengar hujjah-hujjah dari semua pihak, termasuk yang tidak berlatar-belakang pendidikan agama. Hujjah dipertimbangkannya berdasarkan kekuatan hujjah, bukan atas dasar siapa yang bercakap. Dalam beberapa isu, termasuk berhubung isu kalimah Allah, semasa mesyuarat Lujnah Politik PAS Pusat atau yang di rumah DSAI, kami sealiran.

Namun, seperti biasa, tidak mungkin kita bersetuju di atas semua perkara. Dalam soal keputusan JK Disiplin, saya akur dan tidak membantah, namun itu tidak bererti saya setuju secara keseluruhan atau berpuas-hat…

Bilamana UMNO Tidak Menyerang PAS...[Tuan Ibrahim Tuan Man]

Oleh : Dato' Tuan Ibrahim b. Tuan Man

Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.

Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bilamana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga pe…

PAS Member is Open and Inclusive

By Cheong Suk-Wai (The Straits Times Singapore)

'Master race completely unacceptable'
A SELF-DEPRECATING man with gentle humour, Selangor parliamentarian Khalid Abdul Samad is a study in sanguinity. Here are his views on:

· Current police reports and disciplinary action against him
'I have quite a hectic lifestyle, lah!'

· Being detained again under the Internal Security Act
'Perhaps (Parti Islam SeMalaysia's) actions towards me may suffice; I may have been sufficiently 'discredited'. So that might be a blessing in disguise.'

· Umno
'It cannot talk about good governance, social justice, transparency and competency (because) it has failed in all these fields. It's left with only Malay nationalism.'

· Changing the Malay mindset
'It's difficult because (Umno) has complete control over the media and the people are being fed this racial understanding for breakfast, lunch and dinner.'

· The notion of Malay supremacy
'From an Isl…

JK Disiplin – Penjelasan Berhubung Pertuduhan

Saya telah dimaklumkan bahawa ramai yang tidak mengetahui pertuduhan yang telah dikenakan ke atas diri saya oleh Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang dimajukan kepada JK Disiplin. Oleh itu macam-macam andaian telah diutarakan melalui beberapa blog, e-mail dan SMS yang diterima. Oleh yang demikian, demi mengelak berlakunya kekeliruan dan fitnah yang lebih besar, maka saya ketengahkan tuduhan-tuduhan tersebut sepertimana ianya dikemukakan kepada saya. Saya sebutkan juga jawapan saya terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan, secara ringkas, bukan sebagai kritikan, bantahan atau mempersoalkan keputusan yang telah dibuat oleh JK Disiplin, tetapi demi menjelaskan keadaan sebenar. Ianya juga akan menjadikan proses ‘perbicaraan’ diri saya lebih telus, supaya semua yang mengikuti persoalan ini dapat menilai proses berkenaan dan keadilan keputusannya.

Sebagai parti arus perdana, PAS mesti mampu menzahirkan keadilan dalam setiap tindakannya dan juga mempertahankannya sekiranya dipe…