Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidil Fitri, Maaf zahir dan Batin. Semoga kita meninggalkan Ramadhan dalam keadaan telah berjaya memperolehi keampunan Allah dan bertemu Syawal bebas dari segala dosa. Pada masa yang sama, ketaqwaan kita bersama telah ditingkatkan Allah agar dapat meneruskan perjuangan ke arah mengabdikan diri kita kepada Allah dengan lebih gigih lagi. Selepas berhari raya, semestinya kebanyakkan kita memilih untuk berpuasa 6, iaitu puasa enam hari di Syawal agar mendapat balasan berpuasa sepanjang tahun. Supaya kegembiraan berhari raya tetap dikawal oleh kesedaran ingin mencari Redha illahi. Disamping itu, semangat mengabdikan diri yang ditanam sepanjang Ramadhan perlu dipanjangkan ke dalam setiap aspek kehidupan kita. Bukan sekadar ibadah khususiyyah tetapi juga dalam alam sosial, ekonomi serta politik dan pemerintahan. Masyarakat perlu ditawarkan kerahmatan yang terkandung dalam ajaran Islam oleh yang menghayati dan menjiwa...