Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

Selangor: Rambut Tidak Putus dan Tepung Tidak Berselerak

Ramai yang membicarakan persoalan hubungan PAS dan Kerajaan Negeri Selangor setelah PAS memutuskan hubungan dengan Keadilan. Sebelum ini hubungan dengan DAP telah diputuskan dan tiada pula hubungan dengan PPBM ataupun AMANAH. Dengan itu ramai tertanya-tanya, apa rasionalnya PAS dikekalkan sebagai sebahagian dari kerajaan Selangor? Ada juga yang meminta supaya PAS dipecat dan dikeluarkan dari kerajaan Selangor. Ianya kerajaan PH dan PAS tiada apa-apa hubungan dengan PH. Atas sebab itu, ramai juga yang membidas MB Selangor atas ketidak-sanggupan beliau untuk memecat PAS. Bagi saya, sepatutnya yang dibidas adalah PAS kerana tidak sanggup meletakkan jawatan selepas memutuskan hubungan dengan setiap parti dalam PH. Dalam soal memecat PAS atau sebaliknya, itu persoalan strategi yang MB perlu fikirkan dari sudut untung rugi politik PH. Tiada salahnya MB mengekalkan PAS kerana bukan Keadilan yang mencaci dan menggelar PAS sebagai pengkhianat serta memutuskan hubungan dengan PAS. Tetapi PAS

Diantara Ijazah, CGPA dan Kebijaksanaan

Biasanya kebijaksanaan seseorang dapat dilihat dari kata-kata atau tulisannya. Mendengar kata-kata seseorang atau membaca tulisannya memadai untuk dinilai bahawa seseorang itu mempunyai akal yang sihat dan daya pemikiran yang baik. Jarang sekali perlu ditunjukkan sijil ataupun ijazah. Kebiasanya juga, ijazah terpaksa digunapakai apabila kebijaksanaan dipertikai disebabkan ucapan dan tulisan menzahirkan seakan-akan ada ‘kekurangan’.

Sambil Melayu Islam Bergelut Dengan Perkauman dan Ekstrimis Agama

Saya tertarik dengan berita laporan Malaysiakini berhubung peristiwa di Portland Oregon yang berlaku pada Jumaat lalu . Tiga orang bukan Islam telah berusaha meredakan keadaan dalam sebuah tren komuter apabila dua wanita Islam diganggu seorang lelaki bukan Islam. Hasil dari keadaan itu, dua dari tiga lelaki tersebut telah mati ditikam sambil yang ketiga cedera parah.

Train Guns at Islam’s Real Enemy

The uproar over The Star’s front page blunder on Saturday has left Amanah Communications Director Khalid Samad dumbfounded. He told FMT he couldn’t understand why some Muslims were angered more by a newspaper’s layout than by the hijacking of Ramadan by terrorists. “I’m more angry with those who desecrated the good month of Ramadan and the good name of Islam by their acts of terrorism on the eve of Ramadan,” he said. “I think we should be more concerned about that and how terrorism has continuously given Islam a bad image.