Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

Makeover of the decade: PAS and the non-Muslims

By Joan Lau ( The Malaysian Insider ) If somebody had predicted back in 1999 that Parti Islam SeMalaysia (PAS) would one day enjoy the support of non-Muslims in the country, he or she would have been laughed out of the room. After all, the fear of the green tide (PAS is closely associated with the Islamic colour) was what kept diehard opposition supporters from voting for the DAP in the 1999 general election. That year, DAP had joined forces with PAS, Keadilan and Parti Rakyat Malaysia to challenge Barisan Nasional under the Barisan Alternatif banner. DAP turned out to be the biggest loser in the election that saw Lim Kit Siang and Karpal Singh vanquished. PAS was the biggest winner that year as it took Terengganu as well as Kelantan which it first took control of in 1990. Malaysians then — not just non-Muslims but any Malaysian fearing the curtailing of his/her civil liberties should PAS take over — simply could not accept PAS. And the fact that it now had two states made the

Isu Tanah Perkuburan Batu 3, Shah Alam

Masalah berhubung Tanah Perkuburan Islam di Batu 3 Shah Alam merupakan satu lagi isu yang diwarisi oleh kerajaan PR apabila mengambil alih Negeri Selangor pada Mac 2008. Masalah disedari apabila Persatuan Perkuburan Cina Batu 3 memohon untuk menambah lot parking untuk dewan yang telah mereka bina di kawasan tersebut pada sekitar tahun 2006. Apabila memproses permohonan berkenaan pihak MPSJ telah mendapati bahawa dewan dan lebih kurang 68 jirat Cina telah termasuk di dalam kawasan perkuburan Islam. Masalah ini telah berulang kali dilaporkan di dalam akhbar tempatan tetapi sehingga 2008 tiada penyelesaian dilakukan. Pada tahun 2007 kerajaan BN telah beberapa kali menyatakan masalah tersebut ‘telah selesai’ dan dewan itu akan diroboh. Kenyataan sebegini dikeluarkan oleh mantan MB sendiri, Datok Seri Khir Toyo. Namun ia hanya merupakan kenyataan politik tanpa apa-apa yang berlaku di tapak berkenaan sehinggalah berlakunya pilihan raya umum pada Mac 2008. Setelah PR mengambil alih pemerint

Kenyataan Akhbar Ahli Parlimen Shah Alam Berhubung Siasatan Kes Kematian Teoh Beng Hock

Ketua Polis Selangor, Dato Khalid Abu Bakar, kelihatan begitu ghairah untuk mengambil tindakan terhadap pimpinan PR khususnya dari DAP berhubung kes kematian Teoh Beng Hock. Kenyataan YAB Lim Guan Eng bahawa mendiang Teoh Beng Hock dibunuh dianggap olehnya sebagai satu kenyataan menghasut dan Dato Khalid segera mengancam untuk menahan YAB Lim Guan Eng atas kesalahan mengikut akta hasutan. Kenyataan YB Ean Yong Hian Wah yang mempertikaikan kenyataan Dato Khalid ini dijawab olehnya bahawa YB Ean juga akan ditahan untuk disoal siasat. Dalam suasana di mana kredibiliti Polis sebagai badan bebas dan berintegriti sering dipersoalkan oleh ramai di kalangan rakyat, kenyataan Dato Khalid seperti di atas tidak membantu. Ianya semakin mengukuhkan persepsi rakyat bahawa institusi Polis telah dinodai BN dan bertindak mengikut kehendak dan demi mempertahankan kepentingan BN. Sebagai Ketua Polis Negeri Selangor, Dato Khalid sepatutnya mengambil berat keadaan jenayah yang semakin menjadi-jadi dan

Pakatan MPs Slam Over Racial Formula

By Shazwan Mustafa Kamal ( The Malaysian Insider ) KUALA LUMPUR, Dec 27 — Pakatan Rakyat (PR) leaders lashed out today at prominent Utusan Malaysia columnist Dr Ridhuan Tee Abdullah for suggesting that Malay-Muslims have more rights because they form the majority in Malaysia. PR leaders from PAS, PKR and DAP also took issue with the National Defence University lecturer, who is a prominent Muslim convert, for accusing non-Muslims of putting their own interests above that of the country’s. They accused him of acting in the interests of Umno and for living in a world that no longer exists. In his regular column in Mingguan Malaysia today, Ridhuan also put forward a formula based on the racial and religious breakdown of the country’s 27 million population, to apportion the share of what is due to each community in terms of rights, festivities and celebrations, adding that no one should question the “social contract.” “What he is doing is not right. As a Muslim, we want to empha

First PR Convention: Crucial Point in Pakatan’s Learning Curve

By Beh Kay Hieng ( Free Malaysia Today ) KUALA LUMPUR: One of the main objectives of this Saturday’s Pakatan Rakyat National Convention is for the opposition alliance to “get its act together,” according to Pas’s Khalid Samad. In an interview with FMT, he acknowledged that there had been too many skirmishes among the three parties of the alliance since the last general election, but he described the clashes as points in the learning curve. However, he added, the public “may stop being forgiving if we continue doing this.” Khalid is the MP for Shah Alam and a member of his party’s powerful Political Bureau. He said the convention would be an important stepping stone towards ensuring a proper mechanism for decision making. He said that although Pas had its Islamic ideology, DAP its social democracy and PKR its liberal democracy, the three parties have a common goal: a better government that benefits all Malaysians. The three parties, he added, must understand and support o

Interview: Kotaraya Shah Alam sebagai Kota Islam Kontemporari

Sinar Harian (SH) : Sebagai Ahli Parlimen, apa tindakan YB (Yang Berhormat) untuk mengurangkan masalah rakyat di sekitar Bandar raya Shah Alam? Khalid Samad: Yang pertama sekali, kita perlu memperkasakan kembali peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya peranan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) yang dipilih sebagai wakil penduduk supaya rakyat di kawasan mereka dapat menyuarakan masalah dan aduan agar tindakan segera dapat diambil. Sebelum ini ramai yang tidak tahu mengenai peranan MPP dan masyarakat lebih gemar melontarkan masalah mereka kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen. Namun pada masa ini, masyarakat telah mula sedar tentang peranan MPP dan ini memberi peluang kepada ADUN untuk menumpukan kepada dasar-dasar yang diperkenalkan Kerajaan Negeri manakala Ahli Parlimen dapat menumpukan perkara yang perlu dibangkitkan di peringkat Kerajaan Pusat. SH : Jika dilihat, terdapat pelbagai masalah infrastruktur khususnya masalah berkaitan projek pembinaan jal

Facebook 5000 Friends Limit

Baru sebentar tadi pihak kami menyedari bahawa akaun Facebook YB Khalid Samad telah mencecah jumlah maksimum sebanyak 5000 orang. Sehubungan dengan itu, beliau ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah sudi menjadi sahabat FB beliau selama ini. Pada masa yang sama, beliau juga ingin memohon maaf kepada mana-mana “Friend Requests” yang tidak dapat dipenuhi mulai hari ini. Oleh yang demikian, pihak kami telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan Facebook Page untuk YB Khalid yang boleh dilayari di http://www.facebook.com/pages/Khalid-Samad/38348181435, atau klik badge di bawah. Dengan adanya Page ini, YB Khalid berharap akan dapat berhubung dan berkenal dengan lebih ramai lagi pada masa akan datang. Jumpa di sana!! We have just realised that YB Khalid’s Facebook account has reached the 5000 friends limit. Therefore, he wishes to thank all his FB friends. At the same time, he would to apologise to all the “Friend Requests” that can’t be approved

MD Interview: From Curduroy Pants to Three-piece Suits

by Al Jafree Md Yusop and Aidil Syukri ( Malaysian Digest ) This article is the second part of Khalid Abdul Samad's interview. To see the Part 1: BTN Courses Bordering On Malay Fascism, click here . MD: I noticed that some MPs and Ministers have bodyguards surrounding them. Some have two, some have four and its quite difficult to approach them with all these bodyguards protecting them. Being an outspoken MP yourself, how do you feel about this trend of hiring bodyguards? Khalid Samad: I suppose when you are in that position you must have some form of security that you have to ensure for yourself and maybe it’s based from previous experiences. Being in politics you will always have people disagreeing with you. In my case when the ‘cow head’ demonstration was highly debated, there were threats on my own personal security when they say that if I come to section 23 in Shah Alam I will regret it. I suppose there are some reasons for them to practice it. Maybe they have politica

Dari Enjin Jet ke Kereta: Semua (Malaysia) Boleh Hilang!

Kereta saya telah dicuri di hadapan pejabat pada siang hari tadi di Shah Alam. Di bumi di mana enjin jet pun boleh hilang, apalah sangat sebuah Toyota 4x4? My car was stolen today in broad daylight in front of the office in Shah Alam. However, in a land where jet engines go missing, what is a mere Toyota 4x4? WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

MD Interview: BTN Courses Bordering On Malay Fascism

by Al Jafree Md Yusop & Aidil Syukri ( Malaysian Digest ) Khalid Abdul Samad is a politician and a Member of Parliament for Shah Alam. Born in Kota Bahru, Kelantan in 1957 by Johorian parents from Muar. He obtained his undergraduate degree in energy engineering from Leeds University in 1979. Upon graduation, he joined Petronas but quit to become active in politics in 1986 and later founded his own company. Khalid joined PAS in 1983 and became a central committee member from 1987 to 1993. In the 1986 Malaysian General Election he unsuccessfully contested for Kuala Krai parliamentary seat under PAS. He went on to contest but lost in Arau, Sri Gading and Shah Alam parliamentary seats. It was only in the 2008 Malaysian General Election that he was finally elected to the Dewan Rakyat. In 1987, he was detained under the Internal Security Act during Ops Lalang. In this exclusive interview with Malaysian Digest, Khalid talks about his personal views on the current political eve

Umno Amal Politik Feudalisme [Hanipa Maidin]

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN Apabila PAS mula memerintah semula Kelantan pada tahun 1990, Kerajan pimpinan Y.A.B Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mewarisi dua perkara. Perkara pertama Kerajaan PAS mewarisi hutang yang dibuat oleh mantan Kerajaan BN yang dahulu kepada Kerajaan Pusat. Perkara kedua Kerajaan PAS mewarisi aset iaitu dalam bentuk gas dan petroleum. Mengenai warisan hutang tersebut , ianya adalah beban yang Kerajaan PAS Kelantan harus tanggung meskipun hutang itu tidak ada kena mengena dengan Kerajaan PAS. Hutang dibuat oleh Kerajaan BN kepada Kerajaan Pusat . Namun atas semangat Federalisme, meskipun hutang itu diwarisi oleh Kerajaan lama iaitu Kerajaan BN, Kerajaan PAS tetap membayar hutang tersebut tanpa mengira bahawa bukan Kerajaan PAS yang berhutang. Mengenai warisan aset petroleum, ianya adalah hakmilik rakyat Kelantan. Dengan lain perkataan tidak kira parti mana pun yang memerintah aset petroleum itu adalah milik rakyat Kelantan dan Kerajaan Kelantan hanya bertindak

Institusi Pentadbiran Negara Tidak Wajar Disalahguna

Institusi pentadbiran negara seperti institusi kehakiman, keagamaan dan Kesultanan Melayu di Negara ini tidak seharusnya disalahgunakan untuk kepentingan politik hingga menggugat kebenaran dan keyakinan rakyat. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad berkata, tindakan itu dilakukan Umno apabila mereka gagal mengalahkan Pakatan Rakyat (PR) sekali gus menggunakan segala pendekatan yang ada untuk mencapai matlamat tersebut. Menurutnya, akibat tindakan itu kebanyakan institusi pentadbiran Negara rosak dan menyimpang daripada matlamat sebenar. “Insititusi kehakiman rosak kerana Umno, institusi keagamaan, Jais rosak kerana Umno. Nak buat baik kena ada tauliah. Tak boleh mengajar agama, tak boleh cakap pasal agama kalau tak ada tauliah,” katanya. Sehubungan itu, Khalid berkata beliau berhasrat menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah untuk menyuarakan beberapa isu supaya Institusi Kesultanan Melayu di negeri Selangor dapat dipertahankan dan tidak dilibatkan dalam p

Pidato Khas 13 Disember: Antara Royalti dan Ihsan

ANTARA ROYALTI DAN IHSAN, SIAPA PENGKHIANAT BANGSA Tarikh: 13 Disember 2009 Masa: 9 Malam Tempat: Dewan serbaguna MPAJ AU5, Lembah Keramat Hulu Kelang 1 YB Dato' Husam Musa (Exco Kerajaan Kelantan) 2 YB Mohamed Azmin Ali (Naib Presiden keADILan & AP Gombak) 3 YB Dr Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari Agong PAS Pusat) 4 YB Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang) 5 YB Khalid Samad (MP Shah Alam) ****************************** Oleh: Nazri Abdullah ( HarakahDaily ) Satu majlis pidato khas berkaitan tuntutan royalti minyak Kelantan akan diadakan sebagai usaha berterusan mendesak kerajaan persekutuan mengembalikan hak rakyat negeri serambi Mekah itu. Pidato rakyat bertajuk 'Antara Royalti dan Ihsan, Siapa Pengkhianat Bangsa' itu akan diadakan pada tarikh 13 Disember ini jam 9 malam bertempat di Dewan serbaguna MPAJ AU5, Lembah Keramat Hulu Kelang. Ianya adalah inisiatif Pakatan Rakayat Gombak bagi menyemarakkan lagi kempen dan sebagai sokongan kepada kerajaan Kelantan u

JAIS Bertindak Lagi

Isu penafian tauliah di Selangor terus dipertingkatkan. Baru-baru ini JAIS yang merasakan diri mereka memegang ' franchise' Islam Negeri Selangor telah baru-baru ini memperlekehkan pula Saudara Akhil Hayy dengan kenyataan dari Pengarahnya bahawa Akhil Hayy “ cetek ilmu agama ”. Dengan kenyataan itu maka sekali gus menyatakan beliau tidak pernah dan tidak akan diberi tauliah untuk mengajar agama di Selangor. Saya tidak berhajat untuk menyentuh perihal peribadi Akhil Hayy yang kebanyakkan dari kita sendiri pun tidak tahu hujung pangkal dan perkara itu juga bukan merupakan alasan mengapa tauliah tidak diberikan. Maka apakah mungkin, Pengarah JAIS melihat seolah-olahnya beliau sedang berada di satu kedudukan yang begitu kukuh dan merasakan beliau boleh melakukan apa sahaja dengaan sesuka hatinya tanpa adanya apa-apa implikasi terhadap dirinya. Kuasa yang diperolehinya dirasakannya mutlak tetapi hakikatnya masyarakat sedang menilainya. Melihat tindakan Pengarah JAIS yang seolah

Isu Memijak Poster Gambar Pengkhianat

Banyak yang telah diperhebohkan baru-baru ini berhubung persoalan tindakan DAP Perak yang meletakkan gambar 3 ‘katak’ diatas lantai laluan masuk ke dewan di mana mereka bersidang. Maka setiap perwakilan yang masuk akan memijak gambar-gambar berkenaan. Tindakan DAP Perak ini telah dikutuk dengan begitu hebat sekali oleh media arus perdana yang telah mengambarkan seolah-olah tindakan tersebut merupakan satu masalah nasional yang perlu di beri tumpuan dan kecaman oleh seluruh rakyat di negara ini. Mana-mana berita yang diberikan status muka depan sepatutnya hanya kerana ianya melibatkan kebanyakkan besar rakyat di sesebuah negara. Namun, begitulah ‘hebatnya’ kedudukan dan keadaan media perdana negara Malaysia, apa sahaja yang boleh memburukkan imej PR akan diberi penonjolan, seperti juga isu doa TGNA. Sehubungan dengan dengan itu, ada yang telah mengambil pendekatan mengupas isu ini dari sudut 'peradaban'. Ada pula yang mengupasnya dari sudut perkauman. Walau apa jua pun kaedah

Pengumuman: Majlis Makan Malam Sempena Perasmian Kelab Tarian Singa PAS Shah Alam oleh DS Nizar

Pusat Khidmat Rakyat: PAS Kawasan Shah Alam menerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) akan mengadakan majlis makan malam bersempena Perasmian Kelab Tarian Singa oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin pada 05-12-2009 (Sabtu), 8.00 malam di Dewan Orang Ramai, Taman Berkeley, Klang. Tiket berharga RM50.00 boleh diperolehi di setiap PAS cawangan dan dewan-dewan. Bagi Taman Bukit Subang @ Seksyen U16 dan kawasan sekitarnya bolehlah menghubungi; Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim (ketua PAS cawangan) di talian 019-2138308 ataupun Encik Faisal b. Abdul Raman (setiausaha) @ 019-3407216. Bagi pihak penganjur program -Pejabat YB Khalid Samad-

Doa Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Media memainkan isu doa Tok Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) seolah-olah beliau telah melakukan satu kesalahan besar kerana membaca doa memohon Allah memusnahkan masa depan politik Perdana Menteri dan parti yang dipimpin beliau, iaitu UMNO. Sepertimana biasa, mereka memberikan gambaran seolah-olah TGNA telah menyeleweng dari prinsip Islam kerana mendoakan kehancuran seorang saudara seagama. “Bukankah Islam mengajar kita bahawa kita bersaudara? Tidak mungkin kita boleh mendoakan kemusnahan saudara seagama! TGNA sah sudah sesat dan tersasau!” kata mereka dengan megah dan bangga, yakin dengan kebenaran hujjah mereka. Bagi yang tidak memahami, mereka akan terus melenting dan menempelak TGNA. Tetapi, apa yang dilakukan TGNA adalah satu usaha menetang kezaliman dalam bentuk yang paling minima. Doa beliau bukan tidak berasas. Ianya bukan timbul tanpa sebab, secara tiba-tiba mengikut 'mood' , bangun pagi dan seterusnya menyatakan bahawa hari ini hendak doakan kemusnahan Najib! Hakikatnya

Video: Sidang Media Isu Tauliah JAIS

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid samad mempersoal tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang bertindak menarik balik tauliahnya berdasarkan pandangan sebelah pihak sahaja. Khalid dalam satu siang media di lobi parlimen tengahari tadi berkata, meskipun terdapat segelintir pihak yang menyokong tindakan penarikan tauliah itu, namun lebih ramai lagi yang tidak bersetuju dengan tindakan Jais itu. "Mengapa dia (Pengarah Jais) hanya mendengar pandangan sebahagian dan tidak sebahagian yang lain. "Hanya mendengar dan bertindak atas desakan orang-orang yang menyokong tindakannya ataupun tidak bersetuju saya memberi khutbah, tazkirah dan kuliah agama sedangkan lebih ramai lagi yang bersetuju saya diberikan kebenaran ataupun tauliah tuk memberikan khutbah," katanya. Khalid yang juga Yang Dipertua Shah Alam merujuk kepada tindakan sekumpulan penduduk kawasan itu yang menghantar memorandum mengandungi kira-kira seribu tandatangan menyokong tindakan Jais itu. Isnin lal

Pengumuman: Perarakan Menyokong Kepimpinan Tok Guru (4/12) & Wacana Perdana (12/12) [Kota Bharu]

Bagi pihak urusetia program -Pejabat YB Khalid Samad-

Video: Kota Siputeh By-election

In a landmark judgment, the Kuala Lumpur High Court has declared that the Kedah state seat of Kota Siputeh is vacant and that Datuk Abu Hassan Sarif is no longer a state assemblyman. Justice Alizatul Khair Osman has also issued an order for the Election Commission to call for a by-election for the state seat. However, two parties, namely the Election Commission (EC) and UMNO have filed an appeal to contest the High Courts ruling. To follow up with the High Courts decision on the Kota Siputeh state seat, the Klik4Malaysia team interviewed Datuk Hafarizam Harun, UMNO Legal Adviser and YB Khalid Samad, Shah Alam MP, to share their thoughts on the possible by-election in Kota Siputeh. The video is courtesy of Klik4Malaysia -Pejabat YB Khalid Samad-

Gesaan Muhyiddin Berbaur Ugutan

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membidas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Tengku Razaleigh Hamzah mempertimbangkan semula jemputan mengetuai kokus royalti minyak dan gas. Video merupakan ihsan TVSelangor -Pejabat YB Khalid Samad