Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

PR Tidak Bermakna Sekiranya Islam Tak Untung

Terdapat teguran yang disampaikan baru-baru ini bahawa “PR tidak bermakna sekiranya Islam tidak untung”. Ini merupakan satu kenyataan yang tepat pada dasarnya tetapi perlu diperjelaskan. Ini adalah kerana maksud ‘tidak untung’ itu boleh menimbulkan kekeliruan lebih-lebih lagi semenjak tersebarnya ‘screen-shot’ Dr. Zuhdi dan kecenderunggan untuk ‘menjentik’ yang bukan Islam. Sudah pasti yang dimaksudkan dengan untung atau ruginya Islam bukan berhubung konsep ‘ketuanan’ sesuatu bangsa atau agama Islam ke atas bangsa atau agama lain tetapi sebaliknya kemampuan menzahirkan keadilan dan kebaikan Islam untuk semua melihatnya. Atas kesedaran dan kefahaman itulah maka pendekatan tahaluf siyaasi diamalkan, khususnya selepas pilihan raya 2008. KEKURANGAN KITA ATAU PR? Melalui pembentukan kerajaan bersama di antara PAS, PKR dan DAP; PAS berpeluang untuk memmbuktikan bahawa politik yang berdasarkan prinsip Islam adalah jauh lebih baik dari politik perkauman dan kebangsaan sempit yang dibawa

Hikayat Pendekar Ludah

Saya telah mengadakan sebuah sidang media pada 27 Ogos 2014 bagi menjelaskan beberapa isu yang berlaku. Berikut merupakan intipati sidang media tersebut.

Video: Sidang Media Nama MB dan Kuasa Sultan

Kita dapat indicator from the palace, not necessaraly fromt he Sultan himself personally . Tapi indicator saying that they want more than one name. So PAS kepada konsep itu dan letak nama Wan Azizah dan Presiden dan Timbalan Presiden. Soalan: Did the source from the palace say siapa..? Dia tak specify siapa, dia kata mintak lebih dari satu namalah supaya Sultan boleh pilih. So ada yang bertanggapan bahawa that is not a good precedence pasal kita punya sistem ini ialah sistem constitutional monarchy so we should not give the sultan the power to decide who becomes the MB, solely . That is an opinion. So bagi PAS kita kata takpa kita bagi dua nama. Soalan: So when you said that opion tu, that opion tu express by whom? In the Internet out there out there, alamaya, everywhere. Alamaya, daripada akademik, Tun Mahathir. -Pejabat YB Khalid Samad-

Pertemuan Dengan Peguam TSKI

Hasil dari surat saya kepada TSKI, satu pertemuan dengan 2 peguam TSKI telah diadakan pada 4 ptg 16 Ogos 2014 di sebuah hotel di Shah Alam. Peguam TSKI adalah Sdr Derek Fernandez dan Sdr Mathew Thomas Philip. Saya hadir ke pertemuan tersebut bersama Sdr Asmuni Awi, Bendahari PAS Pusat, yang juga merupakan seorang peguam. Turut hadir ialah En Yasid, pegawai TSKI. Pertemuan ini adalah untuk menjawab soalan yang telah saya tujukan kepada TSKI termasuk ‘penyelesaian luar mahkamah’ TSKI dengan BIMB yang keseluruhannya berjumlah lebih kurang RM 70 Juta.

Semoga Doa Untuk Selamatkan PR Selangor Dimakbul Allah

Sepanjang minggu lepas ramai telah mendoakan semoga Allah selamatkan Kerajaan PR Selangor. Dengan berbagai andaian, senario yang menakutkan telah dinukil oleh beberapa pimpinan dan penganalisis politik. Namun akhirnya, segala ketakutan dan kerisauan dilenyapkan dengan diambil beberapa tindakan oleh watak tertentu yang semestinya diilhamkan oleh Allah SWT.

Tahniah TS Muhyiddin Yassin

Di dalam sidang media saya semalam mengucapkan tahniah kepada TS Muhyiddin dengan ‘ikhlas dan tanpa syarat’, atas kenyataannya yang jelas memberi sokongan tanpa syarat kepada TSKI. Ini adalah kerana selama ini ramai yang meramalkan bahawa sokongan BN terhadap TSKI adalah hanya sebagai pengacau dan bertujuan memecah-belahkan PR semata-mata. Akhirnya apabila PR berpecah, maka BN akan mencapai kehendak mereka yang sebenar iaitu pembubaran DUN dan Pilihan Raya peringkat Negeri Selangor. Dalam keadaan PR bertelagah satu sama lain, maka pada ketika itu, BN akan berpeluang untuk merampas kembali Negeri Selangor dan membentuk kerajaan BN peringkat Negeri Selangor.

Soalan Yang Perlu Dijawab MB Selangor Untuk Menyelesaikan Kemelut

Semalam iaitu pada 9 Ogos 2014, TSKI telah dipecat dari PKR secara tiba-tiba. Namun beliau mempunyai 14 hari untuk membuat rayuan. Secara umum ianya urusan PKR dan saya tidak mahu memberi apa-apa komen. Walaupun begitu, saya cadangkan supaya TSKI membuat rayuan dalam tempoh yang diberikan dan pada masa yang sama menjawab soalan yang telah dikemukakan melalui sidang media pada 8 Ogos yang lalu. Ianya merupakan soalan yang hampir sama yang ditujukan kepada beliau oleh PKR dan ramai lagi penyokong PR. Saya yakin sekiranya semua isu ini dijelaskan dengan baik dan menyakinkan, kemelut ini akan selesai. Bersama ini saya sertakan isi kandungan sidang media saya dan soalan yang perlu dijawab TSKI untuk rujukan bersama.

Kembali ke Bukit Uhud

Saya kerap dikritik dengan tuduhan bahawa saya ‘beriman kepada PR’. Ini adalah kerana saya sering kelihatan pertahankan pendekatan melaui PR sebagai cara yang paling berpotensi untuk mencapai kemenangan dalam PRU ke-14 akan datang. Oleh yang demikian, terdapat golongan yang menyarankan agar saya “lebih beriman kepada pertolongan dari Allah dan bahawa kemenangan itu akan hanya tercapai melalui pertolongan Allah!”. Saya ingin kita semua kembali sebentar kepada peristiwa perang Uhud. Ketika Rasulullah (SAW) telah mengarahkan 50 orang pemanah ditempatkan di atas Bukit Uhud. Mereka diarah supaya tidak turun walau apa sekalipun yang berlaku. Malangnya kebanyakkan mereka ingkar dan turun kecuali seorang sahabat yang bernama Abdullah Bin Jubair (RA) dan sembilan sahabat lain. Sambil kumpulan sahabat yang lain turun, Abdullah menyeru supaya mereka kembali dan tidak meninggalkan Bukit Uhud!

Kenapa UMNO Bersungguh Sangat Sokong TSKI?

Saya bertanya soalan di atas kepada salah seorang penyokong tegar TSKI. Dia menjawab: “Sayang ajk pas pusatku sendiri tak faham sepak terajang politik umno…mereka penuh strategi jahat kita pula tertipu. Mereka mahu TSKI ditukar tapi revers psyco... macam kes Hassan Ali dulu juga…malang lah pas selagi ada mcm ni jadi pemimpin.” Walaubagaimanapun, sekiranya UMNO benar-benar ingin TSKI jatuh, jalannya amat mudah. Tidak perlu:

Isu Printscreen WhatsApp AJK Pas Pusat

Saya menunggu dengan penuh sabar untuk Dr. Zuhdi atau mana-mana pihak dari AJK PAS Pusat yang terlibat dengan WhatsApp berkenaan untuk memberi penjelasan yang tepat berhubung isu printscreen WhatsApp AJK PAS Pusat yang telah dibocorkan baru-baru ini. Malangnya penjelasan tepat seperti yang saya inginkan tidak muncul. Oleh itu, pada petang tadi saya terpaksa mengadakan satu sidang media demi mengisi apa yang saya lihat sebagai lompang yang wujud.