Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Video Forum "Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU14?"

Forum "Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU14?"
Tempat : Pusat Gerak Budaya, Petaling Jaya, Selangor
Tarikh : 13/01/2016

Khalid Samad : Adakah Orang Melayu Akan Hilang Kuasa Politik?


Khalid Samad : Yang Dilakukan Oleh Kepimpinan Dikuasai UMNOBN Merosakan Negara, Rakyat Akan Rugi


Khalid Samad : Tok Guru Nik Aziz Kata - Bebaskan Melayu Daripada Mitos Hanya UMNO Boleh Memerintah


Untuk Mengikuti Rakaman Penuh Forum Tersebut:
Bahagian I
Bahagian II
Bahagian III
Bahagian IV

Video ehsan TV Selangor dan MediaRakyat
-Pejabat YB Khalid Samad-

Cenderamata AMANAH

Sila hubungi biro Ekonomi AWAN Nasional untuk tempahan.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Fitnah Semakin Menggila Terhadap AMANAH

1. Baru-baru ini diviralkan berita kononnya Presiden AMANAH menyokong perlantikan Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri Malaysia.

2. Hanya yang gila akan percaya fitnah gila sebegitu rupa. Tetapi inilah bukti akan keadaan semakin terdesaknya mereka yang bencikan AMANAH.

3. Sedangkan dunia maklum bahawa calon Perdana Menteri Malaysia yang telah diputuskan sebulat suara oleh Pakatan Harapan, sejak penubuhannya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

4. Oleh itu usaha cuba menggambarkan AMANAH sebagai budak suruhan DAP dengan menyatakan AMANAH menyokong Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri adalah jelas terlalu terdesak.

5. Ini adalah hasil perasaan cemburu pihak tertentu betapa AMANAH dalam masa hanya beberapa bulan telah berjaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan Pakatan Harapan.

6. Saya sebagai Pengarah Komunikasi AMANAH ingin memesan kepada semua supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang dilemparkan. Ianya hanyalah bukti keberkesanan …

AMANAH Dipimpin Golongan Syiah?

Semenjak penubuhan AMANAH, bermacam fitnah dilempar terhadap pimpinan kami. Seolah-olah mereka ini bukan dari PAS sebelum penubuhan AMANAH. Bukan sekadar akhlak tetapi aqeedah dan iqtiqad mereka turut dipersoalkan. Nampak sangat pihak yang melempar fitnah ini tidak kisah samada ianya benar atau sebaliknya. Yang penting AMANAH mesti dimusnahkan!

Antara fitnah dan tuduhan ialah AMANAH dipimpin oleh golongan Syiah! Harap dapat tonton video yang menjelaskan isu ini.

Bahagian I


Bahagian II


WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU 14?

Pakatan Harapan memerlukan sokongan masyarakat Melayu untuk menang dalam PRU 14 yang bakal tiba. Datang dan dengar sendiri bagaimana bangsa Melayu akan dibantu dan dimartabatkan melalui perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Harapan. Apa visi kami? Apa misi kami? Sila hadir sekiranya berkesempatan.

Bagi pihak penganjur program
-Pejabat YB Khalid Samad-

Tahniah DAP Atas Penarikan Balik Kenyataan Peribadi Ahli

1. AMANAH ingin mengucapkan tahniah kepada DAP atas penarikan balik kenyataan peribadi yang dikeluarkan oleh seorang pimpinan DAP Perak berhubung penyekatan kemasukan atlet Israel ke Malaysia. Kesanggupan pimpinan DAP Perak untuk menarik balik kenyataan tersebut memperlihatkan sensitiviti mereka terhadap perasaan ummat Islam di negara ini. Sikap DAP ini jauh berbeza dengan sikap Umno BN yang pernah menjemput pasukan kriket Israel ke Malaysia pada tahun 1997 dan membenarkan kemasukan atlet Muay Thai Israel pada tahun 2011.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2016