Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

GST, Gaji Minumum dan Kenaikan Elaun Ahli Parlimen

Isu kenaikan elaun Ahli Parlimen turut menjadi bahan perbualan di kalangan anggota masyarakat. Ada yang menyebut, “setelah meluluskan perlaksanaan GST beberapa bulan sebelumnya, elaun Ahli Parlimen pula dinaikkan!” Ada yang mendakwa Ahli Parlimen bersetuju untuk membebankan rakyat dan selepas bersetuju pula untuk mengambil manfaat dari kedudukan mereka demi keuntungan diri mereka sendiri. Yang malangnya, semua Ahli Parlimen dimasukkan dalam satu bakul yang sama. Dalam soal ini perlu diteliti tiga fakta utama seperti berikut:

POTA: Di Antara Hak Dituduh Pengganas dan Hak Rakyat

Ada yang masih keliru mengapa Ahli Parlimen PR membantah POTA (Prevention of Terrorism Act) dengan begitu gigih sekali sehingga melakukan belah-bahagi di setiap peringkat sehingga jam 2.30 pagi. Ini dilakukan walaupun kami tahu bahawa kami akan kalah apabila dilakukan belah-bahagi. Sebenarnya, kami melakukannya demi membantah undang-undang zalim sampai ke tahap maksimum, sehingga tiada lagi yang mampu kami lakukan untuk menzahirkan bantahan. Saya telah menjelaskan proses belah-bagi yang telah dijalankan di dalam artikel saya sebelum ini yang bertajuk: Perbahasan dan Bantahan Terhadap POTA di Parlimen Pada 6 April 2015 .

Pengumuman: Ceramah Perdana [28 April @ Kota Bharu]

Semua dijemput hadir. Bagi pihak penganjur program. -Pejabat YB Khalid Samad-

Tahniah PAS Permatang Pauh!

Sebaik sahaja menerima berita, saya segera mengucapkan tahniah kepada PAS Permatang Pauh melalui Twitter . PAS bersama PR menentang kezaliman. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Permatang Pauh dan Kemunculan ‘PAS Ekstrim’

Saya menyambut baik teguran Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini melalui FBnya terhadap tulisan saya; tanpa disebut nama. Beliau mempersoalkan sebab mengapa saya “ membuat dakwaan rambang terhadap masa depan PAS berdasarkan apa yang berlaku di PRK Permatang Pauh ” yang bersifat negatif pada pandangan beliau. Pada masa yang sama, beliau menegur sikap yang melukakan imej parti oleh mereka yang “melanggar keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat secara terbuka”.

Mengapa Golongan ‘Parasit’ Wajib Dijatuhkan

Dato Dr. Hassan Ali menjelaskan sejelas-jelasnya sebab mengapa golongan ‘Parasit’ perlu dijatuhkan dari kedudukan mereka sebagai AJK PAS Pusat dan pimpinan PAS. Walaupun ucapan beliau disampaikan pada tahun 2013, sebelum Muktamar PAS pada tahun itu, mesejnya tetap releven untuk pemilihan pimpinan PAS tahun ini. Jatuhkan ‘Parasit’ kerana mereka merupakan penghalang kepada penyatuan PAS dan UMNO demi kepentingan Melayu dan Islam! Sila dengar dengan teliti kata-kata Dato Dr. Hassan Ali ini:

Condemning Cross Protest, PAS Reps Says Islam Doesn’t Condone Disrespect

KUALA LUMPUR, April 20 — The Malay-Muslims who demanded yesterday that a church in Petaling Jaya tear down the cross on its facade because it supposedly challenges Islam were not behaving in accordance with the precepts of Islam, several PAS leaders said. Shah Alam MP Khalid Samad pointed out that Islam demands that its followers respect the rights of non-Muslims to practice their faith without fear but the group, he added, had behaved like Islamic “fascists”. He said the Taman Medan church should not be forced to operate in a clandestine manner just because it was located in a Malay-majority area. “Such acts are based on a fascist kind of Islam because Islam as far as I and the world understands does not have a problem with the display of crosses on churches, even if its in Muslim majority area,” he told Malay Mail Online. Khalid said he believes the move was clearly political, claiming a majority of the protesters were later revealed to be Umno members. He said the party, w

Laporan Berita Harian dan Utusan Malaysia

Sehari dua ni ‘naik’ betul nama saya di Berita Harian dan Utusan Malaysia. Walaupun saya tidak berhubung dengan mereka sejak berakhirnya sidang Parlimen pada 9 April. Turut dimuatkan pula kisah saya dan TGHH dimuka hadapan Berita Harian dua hari berturut-turut. Juga rajin betul Utusan membaca dan memetik dari Blog saya dan menyiarkan artikel saya dalam akhbar mereka, walaupun tidak sepenuhnya.

Selepas Jebon, Parasit Pula?

Baru-baru ini satu gambar pamplet yang bertajuk “Siapakah perosak sebenar PAS?” tersebar melalui media sosial WhatsApp. Di bawah tajuk itu tercatit pula takrif perkataan ‘parasit’. Di dalam pamplet tersebut disenaraikan pula 8 pimpinan PAS yang digelarkan sebagai ‘parasit’ dengan urutan ranking tertentu.

Kisah Mesyuarat Agung PAS Kawasan Shah Alam

Semenjak berita berhubung mesyuarat agung tahunan PAS Kawasan Shah Alam tersebar di alam maya, ramai telah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan mengenai proses pemilihan pimpinan pusat yang telah berlaku. Mereka hairan dengan keputusan pencalonan Presiden di mana TGHH telah dipilih tetapi dengan majoriti hanya 6 undi. Mereka yang berhubung dan bertanya boleh dikatakan berakhlak berbanding dengan yang tidak berhubung untuk bertanya tetapi tetap menyerang saya mengenainya! Bermacam macam andaian telah dikemukakan dalam alam maya mengenainya dan hampir kesemuanya adalah tidak benar. Kadang-kadang saya rasakan mereka yang berani membuat andaian dan menyebar luas andaian-andaian ini, tanpa mengetahui hujung pangkal, bagaikan manusia yang tidak takut pada dosa. Walaupun nama mereka disangkutkan gelaran ‘ustaz’ di depannya. Itulah bezanya di antara orang berilmu dan orang yang menghayati ilmunya. Sekadar tahu dosa memfitnah, tidak bererti tidak menaburkan fitnah. Kerana mereka seka

Perbahasan dan Bantahan Terhadap POTA di Parlimen Pada 6 April 2015

Banyak yang telah ditulis berhubung perbahasan dan peristiwa belah-bahagi yang telah berlaku semasa membahas Rang Undang-Undang Pencegahan Kegansan 2015 (POTA) pada 6 April yang berlarutan sehingga 2.20 pagi 7 April lepas. Isu yang ditimbulkan oleh sebahagian penganalis politik adalah mengapa hanya 64 Ahli Parlimen PR yang hadir semasa belah-bagi tersebut dan bukan 89 seperti sepatutnya? Ini dilihat sebagai isu terbesar oleh mereka kerana Ahli Parlimen BN yang mengundi adalah hanya 81 orang sahaja. Oleh itu, sekiranya kesemua Ahli Parlimen PR hadir, maka secara mudah dianggap usul RUU POTA boleh dihalang.