Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Bahagian Kedua: Persoalan Apa Itu Khianat?

Persoalan ini mungkin kelihatan agak bodoh untuk diperjelaskan bagi sesetengah pihak, lebih-lebih lagi apabila ianya ditanya oleh seorang yang kononnya ‘berilmu’. Namun oleh kerana ianya ditanya berkali-kali, maka saya yakin ianya bukan ‘bodoh yang dibuat-buat’ tetapi memang tidak terfaham oleh yang bertanya. Oleh yang demikian, memandangkan ada kesukaran untuk memahami perkara ini, saya perlu mengupasnya secara terperinci agar semua faham. Bagi memudahkan lagi, biarlah saya persembahkannya dalam bentuk cerita kanak-kanak atau fairy tale supaya yang masih budak-budak lagi pun akan turut faham.

Poster Fitnah

Di sini saya muatkan 4 keping poster fitnah yang saya maksudkan di dalam posting saya yang bertajuk Menjelang Muktamar PAS dan Pemilihan Tahun Ini tempohari. InsyaAllah saya akan sambung bahagian selanjutnya bagi menjelaskan maksud 'khianat' esok. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Menjelang Muktamar Pas Dan Pemilihan Tahun Ini

Sudah lama saya tidak menulis. Sepanjang Ramadhan saya hanya meletakkan tulisan orang lain serta beberapa video ucapan saya untuk tatapan pengunjung. Saya sedar ada banyak yang diperkatakan tentang saya, oleh mereka yang ingin ‘menyelamatkan PAS’ dan ‘menyelamatkan Presiden’ (kononnya) tetapi saya memilih untuk mendiamkan diri, buat seketika. Biarlah bulan Ramadhan diisi oleh usaha mentarbiyyahkan jiwa dan menundukkan nafsu. Bagi mereka yang merasakan diri mereka dijamin syurga, biarlah mereka teruskan dengan kerja memfitnah dan menabur dusta. Itu ‘hak’ mereka untuk menempah kemurkaan Allah sambil manusia lain berusaha mencari keredhaanNya. Ada yang kata, “mereka tidak pun menyebut nama kamu...”. Adakah mereka anggap Allah tidak tahu siapa yang mereka maksudkan apabila mereka menaburkan fitnah dan tuduhan tersebut kepada hadirin dan hadirat yang tidak tahu hujung pangkal? Juga budaya baru dari yang ingin ‘menyelamatkan PAS’ dan ‘menyelamatkan Presiden’ (kononnya).

Reaksi Keras Terhadap Konflik Terkini Di Mesir

8 Syawal 1434 H | 15 ogos 2013 Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim tentera di Mesir yang bertindak kejam dan melakukan jenayah terhadap rakyatnya sendiri sehingga menyebabkan ratusan terkorban dan ribuan cedera parah.