Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Persoalan PTPTN dan Kedangkalan UMNO

Saya terkejut mendengar keputusan yang diumumkan pimpinan UMNO bahawa bantuan PTPTN tidak lagi wujud untuk para pelajar UNISEL. Walaupun isu ini telah hampir sebulan berlalu, tetapi kerana tindakan kolot sebegini telah pun menjadi sebahagian dari modus operandi mereka sejak dari dahulu lagi; maka adalah wajar bagi saya memberikan sedikit ulasan agar menjadi terang lagi bersuluh tentang dasar politik sebuah parti yang dikenali sebagai UMNO ini.

Perhimpunan Hijau

Himpunan Hijau ke Putrajaya telah pun selamat diadakan dengan jayanya pada 1 Jun 2012 di Alor Setar Kedah. Perhimpunan tersebut merupakan bukti bahawa PAS tetap merupakan sebuah parti yang mendapat sambutan yang kukuh dari rakyat jelata, khususnya masyarakat Melayu Islam.

Tabung Haji Juga Tangguh Jamaah Haji Ke Makkah

SHAH ALAM, 15 JUN: Isu menangguhkan ibadat haji tidak seharusnya dijadikan isu besar kerana selama ini pun Lembaga Tabung Haji dan kerajaan Arab Saudi juga turut menangguhkan pemergian jamaah haji ke Makkah berikutan koata yang diberikan amat terhad. MP Shah Alam, Khalid Samad berkata ilmuan agama disaran supaya mendengar dan meneliti semua hujah yang dikeluarkan sebelum membuat tafsiran atau sebarang hukum berhubung isu pengguhan ibadah Haji sekiranya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ketika musim Haji.

Sketsa Jumaat: Ketua Kampung, Perompak dan UMNO

Baru-baru ini ada seorang hamba Allah sempat bersembang dengan saya dan menyuruh saya supaya bersyukur kepada UMNO/BN. Bila saya tanya mengapa, dia menjawab kerana BN telah membangunkan Negara ini dengan pelbagai jenis pembangunan dan seterusnya mula menyenaraikan segala jenis pembangunan yang mampu difikirkannya satu persatu. Selesai dia bercakap, maka saya menjawab balik, “adakah patut saya bersyukur kepada BN yang membina sesuatu dengan harga RM 500 Juta sedangkan benda yang sama boleh dibina dengan harga RM 300 Juta? Kalau tuan merupakan Pengarah Syarikat dan salah seorang kakitangan tuan membayar RM500 untuk barang yang bernilai RM300 adakah tuan akan berterima kasih dengan dia?” Dia kemudianya diam tidak berkata apa-apa. Bagi memudahkan seseorang memahami apa yang ingin kita sampaikan, perumpamaan adalah amat berkesan. Dalam soal apa yang berlaku di bawah kerajaan UMNO/BN ini, saya selalu berikan beberapa perumpamaan supaya ianya bertambah mudah untuk difahami. Dua perumpamaan ...

Politik Ganas: Apa Sepatutnya Peranan DS Najib

Dengan munculnya trend ganas yang merosakkan suasana politik Negara pada satu malam di Kerinchi dan beberapa tempat lain baru-baru ini, DS Najib sepatutnya menenangkan suasana dengan menyeru semua pihak, termasuk Pemuda UMNO, untuk menghayati konsep demokrasi. DS Najib sepatutnya menyeru semua pihak, khususnya pihak UMNO dan BN, supaya menyerahkan pilihan kepada rakyat dan apabila rakyat sudah memilih maka pilihan rakyat harus dihormati. DS Najib sepatutnya menjelaskan bahawa dalam sistem demokrasi, mesti akan ada parti yang ditolak rakyat dan tidak mungkin sesebuah parti terus berkuasa buat selama-lamanya.

Pakatan Namakan Ejen BN Untuk 'Beli MP'

Oleh Hazlan Zakaria (Malaysiakini) Pakatan Rakyat hari ini mendakwa ketua parti KITA Kedah, Zamil Ibrahim telah membuat rundingan supaya MP pembangkang berpaling tadah, seperti didakwa dalam satu video yang dirakam setahun lalu. Bercakap dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini, MP Shah Alam, Khalid Samad berkata, Pakatan Rakyat mahu individu didakwa ejen BN itu supaya menjelaskan perkara itu.

Berceramah Bersama TS Kadir dan Dato Tamrin Ghaffar

Saya berkesempatan berceramah bersama TS Kadir beberapa kali pada bulan Mei. Dalam satu ceramah, apa yang telah disebutkan oleh TS Kadir saya sebarkan melalui laman twitter saya secara ringkas point demi point . Sejurus selepas itu, saya menerima berbagai respon dari budak-budak UMNO. Sebagai rumusan, ramai dari mereka yang menulis seperti ini, “TS Kadir duduk dalam UMNO dulu, sekarang dah kaya dah. Apa lagi yang dia nak? Patut duduk di rumah main dengan cucu”.

Undi PAS masuk Syurga!?

Ini pun satu lagi kepelikan Mufti Perak. Beliau sanggup memfitnah TGNA dengan menuduh TGNA berkata bahawa “undi PAS masuk Syurga”. Sedangkan apa yang selalu disebut TGNA ialah “undi PAS boleh pahala”.

Video: Beku PTPTN Unisel - BN Politikkan Pendidikan

Video ihsan TVSelangor -Pejabat YB Khalid Samad-

Video: Lompat si Katak Lompat

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan rakaman audio dan gambar didakwa cubaan membeli wakil rakyat PKR dengan harga RM2 juta oleh BN, melalui sebuah NGO. Bagaimanapun, Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor enggan mendedahkan secara terperinci mengenai video perbualan yang melibatkan lima orang individu itu. "Kita akan dedahkan keseluruhan video ini pada Selasa depan. "Sama ada di Parlimen atau di pejabat saya. Kita tunggulah," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.

PAS Bercakaran Dengan DAP?

Satu lagi usaha terdesak memainkan lagu lapuk oleh media arus perdana yang dikuasai UMNO sedang didendangkan bagi menandakan bahawa pilihan raya sudah semakin hampir. Tidak habis-habis BN memfitnah PR dengan bermacam-macam tohmahan termasuklah persoalan pergaduhan PAS dan DAP. Hakikatnya, dalam PR, perbezaan pendapat bukan bererti bergaduh. Pelik juga. Media yang sama menuduh PAS ‘tunduk’ pada DAP, ikut sahaja telunjuk. Tetapi pada masa yang sama PAS ‘gaduh’ dengan DAP, maknanya tidak ikut telunjuklah! Ini yang membuatkan kita tergelak seorang diri bila memikirkan penipuan yang diusahakan oleh UMNO yang turut mengambarkan cara pentadbiran negara yang dijalankan. Tidak konsisten sama sekali! Sampai bilakah agaknya lagu lama ini akan terus dimainkan oleh media BN? WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Muzakarah PAS dan UMNO

Bilamana musim pilihan raya menjelang tiba, sejak dari dulu hingga sekarang, isu Muzakarah PAS dan UMNO akan ditimbulkan media perdana. Ianya bertujuan untuk menunjukkan ‘keikhlasan’ UMNO yang inginkan orang Melayu yang beragama Islam bersatu. Hakikat bahawa sepanjang tempoh UMNO memerintah, iaitu pada masa di luar musim pilihan raya, mereka menindas dan menzalimi PAS tidak pula diambil kira.