Thursday, June 7, 2012

PAS Bercakaran Dengan DAP?

Satu lagi usaha terdesak memainkan lagu lapuk oleh media arus perdana yang dikuasai UMNO sedang didendangkan bagi menandakan bahawa pilihan raya sudah semakin hampir. Tidak habis-habis BN memfitnah PR dengan bermacam-macam tohmahan termasuklah persoalan pergaduhan PAS dan DAP. Hakikatnya, dalam PR, perbezaan pendapat bukan bererti bergaduh. Pelik juga. Media yang sama menuduh PAS ‘tunduk’ pada DAP, ikut sahaja telunjuk. Tetapi pada masa yang sama PAS ‘gaduh’ dengan DAP, maknanya tidak ikut telunjuklah! Ini yang membuatkan kita tergelak seorang diri bila memikirkan penipuan yang diusahakan oleh UMNO yang turut mengambarkan cara pentadbiran negara yang dijalankan. Tidak konsisten sama sekali!

Sampai bilakah agaknya lagu lama ini akan terus dimainkan oleh media BN?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

No comments: