Skip to main content

Undi PAS masuk Syurga!?

Ini pun satu lagi kepelikan Mufti Perak. Beliau sanggup memfitnah TGNA dengan menuduh TGNA berkata bahawa “undi PAS masuk Syurga”. Sedangkan apa yang selalu disebut TGNA ialah “undi PAS boleh pahala”.

Ini adalah kerana, semua yang dilakukan seseorang Muslim akan dihakimi Allah dan dalam semua aspek, termasuklah politik. Maka sebagai seorang Muslim yang percaya kepada hari pembalasan, persoalan dosa dan pahala adalah amat releven. Oleh itu, dalam soal politik, seseorang Muslim yang menyokong politik Islam dan ingin melihat masyarakat dan Negara dicorakkan mengikut Islam dan dia memilih untuk mengundi PAS di atas sebab itu, sudah pasti dia akan beroleh pahala. Soal masuk syurga atau tidak sudah pasti tidak bergantung kepada undi semata-mata kerana banyak lagi perkara yang akan diambil kira oleh Allah pada hari perhitungan segala amalan.

Semua orang Islam tahu dan faham, lebih-lebih lagi TGNA, bahawa tiada sesiapa yang boleh menjanjikan syurga kepada manusia lain kerana dirinya sendiri pun tidak tentu lagi akan ke mana! Tetapi, apa yang tetap pelik ialah tuduhan Mufti Perak yang tidak berasas sama sekali dan inilah yang merosakkan imej Islam dan institusi Mufti di negara kita ini. Beliau mengeluarkan kenyataan secara tidak cermat. Dengar hasutan budak-budak UMNO maka terus menyerang PAS dan TGNA tanpa soal selidik.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Rakyat Pakatan said…
Assalam, bolehkah pihak tuan ambil tindakan segera untuk membuang beberapa kain rentang yang di gantung di Tapah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung-jawab yang tertera 'UNDI PAS MASUK SURGA'kerana boleh memberi presepsi buruk kepada PAS. Terima kasih.
kadiak said…
Undi pas dpt pahala, kat shah alam mesin judi banyak lg beb, yb suruh double chek pbt di kawasan bandar pingiran subang byk mesin judi. Nasihat skit dap tu suruh dorang khutbah masjid plak ni tp luar masjid la hehe

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.