Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Allah Suka Apabila Dilakukan Sesuatu Secara Cekap Dan Tepat (Itqan)

FOOD FLOTILLA UNTUK MYANMAR

Sudah pasti ramai yang bangga apabila diwar-warkan bahawa rakyat Malaysia melalui beberapa NGOnya akan menghantar bantuan ke rakyat Rohingiya di Myanmar. Semua tahu bagaimana kaum Rohingiya ditindas dan dizalimi. Dengan itu berita mengenai ‘Food Flotilla untuk Myanmar’ disambut dengan baik. Tiada yang membantah atau merasakan ianya sesuatu yang tidak wajar dilakukan.

Ramai yang mengandaikan bahawa operasi yang sebegini sudah pasti telah disusun dan dirancang dengan baik. Sudah pasti, segala kemungkinan telah difikirkan dan segala keperluan diambil kira. Semestinya matlamat yang ingin dicapai, ke mana hala-tujunya dan bagaimana ingin ke destinasi tersebut telah difikirkan dan dirancang. Bagaimana segala bantuan dan makanan hendak disampaikan ke kaum Rohingiya semestinya telah dikaji dan dipersetujui terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi apabila operasinya disertai bukan sahaja anggota dan pimpinan NGO tetapi juga PAS dan UMNO, iaitu dua organisasi yang didakwa p…

Gerakan Islam: Pemikiran Bercelaru Mengenepikan Tertib Dan Susunan Kerja

Antara yang terpenting dalam menentukan kejayaan sesuatu usaha besar adalah mengenali dan mengikut tertib atau susunan gerak kerja. Dalam erti-kata lain, perlu didahulukan yang dahulu dan dikemudiankan yang kemudian. Persoalan tertib ini diajar Islam kepada penganutnya tetapi malangnya ianya diikuti dengan begitu taat sekali tetapi hanya dalam amal ibadah khususiah. Dalam melaksanakan amal ibadah khususiah, seperti solat, takbiratul ihram mesti didahulukan sebelum membaca Al-faatihah sepertimana juga rukuk sebelum iqtidal dan begitulah kisahnya dalam setiap amalan. Sekiranya amalan tidak mengikut tertib yang ditetapkan, maka amalan itu dianggap tidak sah. Namun, pada hakikatnya, tertib juga penting dalam kerja ibadah keduniaan.

Sebagai contoh, dalam membina sebuah bangunan, amat perlu dibina dahulu asasnya dan diikuti pula dengan tiang-tiangnya. Kemudian barulah dibina bumbungnya. Amatlah pelik kalau dibina dahulu bumbungnya dan selepas itu berusaha untuk membina asas serta tiangnya d…