Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

Cucu dan Atok

Sudah lama saya tidak update blog ini. Walaubagaimanapun, ini bukanlah kerana telah hilang minat atau tiada modal untuk dikongsi bersama. Tetapi hanya kerana terlalu sibuk dengan program di serata tempat dan juga urusan keluarga. Pada 18 Mac yang telah lalu, anak dan menantu saya telah selamat kembali dari UK setelah berada di sana selama lebih 4 tahun. Dua orang cucu saya kembali bersama dan mereka sekarang tinggal bersama saya sambil menguruskan urusan penyewaan rumah. Maka sudah pasti hari-hari saya tidak seperti dulu lagi dengan melayan kerenah 2 orang cucu di rumah. Beberapa hari sebelum tibanya mereka, saya turut sibuk mengendali penerimaan barang-barang mereka, termasuklah sebuah kereta hitam yang menjadi buah mulut segelintir orang. Kereta itu bukan saya yang punya dan saya jelaskan di sini untuk menyelamatkan golongan pencacai ini dari dosa kering.

Keseronokan bersama cucu juga telah menghalang saya dari hadir di beberapa program sepanjang tempoh rehat saya di alam siber. Sem…

Ketua Puteri Dapat Kontrak Anggerik Mall, Apa Penjelasan Umno?

Oleh: Yusmawati Mhd Yusof (TVSelangor)

SHAH ALAM, 12 MAC - Pimpinan Umno dan Majlis Amanah Rakyat harus tampil memberi penjelasan berhubung kemelut yang melanda peniaga-peniaga di Anggerik Mall, Shah Alam.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, peniaga-peniaga berkenaan menjadi mangsa salahguna kuasa Umno yang menggunakan MARA untuk kepentingan politik parti.

Kontrak pengurusan bangunan itu diberikan kepada syarikat Inno Elegan Sdn Bhd (IESB) dengan seorang Ketua Putri Umno sebagai pemegang saham terbesarnya.

IESB diberi kontrak panjang mengendalikan Anggerik Mall tetapi gagal menjalankan aktiviti promosi secukupnya.

Akibatnya pusat membeli belah ini ketandusan pengunjung dan peniaga terpaksa menanggung kerugian sekian lama.

"Diserahkan kepada satu syarikat IESB dan tempoh perjanjian di mana bangunan itu diserahkan pada Inno Elegan Sdn Bhd adalah selama 3 tahun + 3 tahun + 3 tahun, dengan adanya tempoh bernafas selama 12 bulan, bermakna 10 tahun.

"Syarikat Inno …

Isu Natrah Tidak Satukan Rakyat Melayu

Dzulfikar Mashoor (HarakahDaily)

SHAH ALAM, 12 Mac: Merujuk pada sejarah Natrah yang meletus pada 1950 lalu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan bahawa umat Melayu tidak pernah bersatu seperti yang didakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

"Dalam isu Natrah sekalipun, orang Melayu tidak pernah bersatu," kata beliau petang tadi di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen, di sini.

Menurut beliau, orang-orang Melayu dari Umno didapati tidak bersama rakyat berbangsa Melayu dalam mempertahankan akidah gadis juvana terbabit, walaupun parti perkauman Melayu itu ditubuhkan sejak 1946.

Sebaliknya, sejarah Natrah menurut beliau menyaksikan rakyat Melayu bersatu atas beberapa pertubuhan berhaluan kiri seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

"Waktu isu Natrah berlaku pada tahun 1950, Umno diam membisu, yang ke depan adalah API, KMM (dan) AWAS," jelasnya.

Tidak cukup dengan i…

Islam Should Not be Imposed on People

*With video update (13/03/2010)*

Member of Parliament (MP) for Shah Alam Khalid Samad said today that one of the main challenges of PAS is in the convincing of the way Islam without imposing it on societies.

In his talk on PAS: Rising to New Challenges organised by Malaysian Digest, Khalid also stressed on the importance of PAS to be more sensitive to other races and religions.



“To convince people of Islam is an ongoing process. Islam cannot be imposed on societies,” Khalid said during the event held at Killiney Sooka Sentral here.

“PAS should not force the society to do what we want. Instead, we have to convince the people first,” he added.

He also talked about the challenges in overcoming the overwhelming control UMNO / BN has over the mainstream media.

“We have outperformed UMNO in Selangor but all our achievements in Selangor have been completely blacked out by the mainstream media. We just need to get the message across in other ways,” he said.

Khalid added that PAS / Pakatan R…

Bukti Kejujuran dan Keikhlasan Terhadap Pakatan Rakyat

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada PKR yang mempunyai keberanian dan ketegasan untuk mengambil tindakan terhadap Zul Nordin. Walaupun berhadapan dengan kemelut peristiwa MP yang melompat, PKR masih tetap sanggup melakukan apa yang diperlukan untuk menjamin kestabilan PR. Walaupun mereka sedar bahawa pemecatan Zul akan menyebabkan PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen dan DAP akan mempunyai satu kerusi lebih dari PKR, namun mereka terus bertindak tegas. Syabas!

Tindakan tegas ini memberi mesej yang jelas berhubung komitmen PKR terhadap PR. Sekiranya mereka mementingkan diri mereka semata-mata dan meletakkan PR sebagai perkara yang tidak begitu penting di mana PR di letak di bahu dan bukan di kepala, sudah pasti mereka akan mempertahankan Zul Nordin. Mungkin dengan amaran keras secara bertulis akan dianggap sudah memadai. Mengapa mereka perlu kehilangan satu kerusi demi menjaga PR? Seperti yang selalu disebut, “politics is as numbers game, the more seats you have, the stronger you…

Pengumuman: Solat Sunat Istisqa' (Mohon Hujan) di Kota Bharu (12/3/2010)

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir beramai-ramai. Bagi pihak penganjur program.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Pengumuman: Hi-Tea Perdana PAS Kawasan Kelana Jaya

Sempena pelancaran tabung bangunan PAS Kawasan Kelana Jaya
Hari: Ahad
Tarikh: 14 Mac 2010
Masa: 2.30 - 5.30 petang

Bagi pihak penganjur program.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Perutusan Sempena Dua Tahun Pakatan Rakyat [TGNA]

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya,

1) Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

2) Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan…

Tuntutan Menegur Pemimpin

Telah berkata Saidina Abu Bakar setelah dilantik sebagai Khalifah Islam yang pertama:

“Wahai manusia, telah kamu memilih saya sebagai pemimpin di atas kamu dan bukan lah aku terbaik dari kalangan kamu, sekiranya aku baik, maka bersamalah dengan ku. Sekiranya aku melakukan kejahatan, maka perbetulkan lah aku. Menyata yang benar itu adalah amanah, dan pembohongan itu adalah khianat…”

(Dipetik dari m/s 27, buku itmamul wafa fi sirah al-khulafa, syeikh Muhammad bin afifi albajuri)

Seringkali kita mendengar petikan ucapan Saidina Abu Bakar semasa beliau dipilih untuk menjadi khalifah yang pertama bagi ummat Islam selepas wafatnya Rasulullah (SAW) dan bahagian permulaan ucapan beliau saya sertakan di atas sebagai rujukan sekiranya ada yang kurang jelas. Bagi saya ianya jelas merupakan ucapan yang memohon teguran dan pembetulan dari ummat supaya memantau beliau sebagai seorang khalifah. Ini dipohon secara ikhlas kerana Saidina Abu Bakar amat menyedari betapa besarnya tanggung-jawab sebagai pe…

Syarahan Perdana Sempena Ulang Tahun Ke 2 Kemenangan PR di Stadium Malawati, Shah Alam (8 Mac)

Syarahan Perdana Sempena Ulang Tahun Ke 2 Kemenangan Pakatan Rakyat Negeri Selangor

8 Mac 2010 (Isnin)

8.00 – 12.00 Malam

Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor

Syarahan Oleh:

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
3) YB Dato Dr Hassan Ali
4) YB Teresa Kok Suh Shim
5) YB Mohamad Azmin Mohamad Ali

Semua dijemput hadir. Bagi pihak penganjur program.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Teh Tarik Session Featuring Khalid Samad

Khalid Abdul Samad is a politician and a Member of Parliament of Shah Alam. A PAS representative since 1983, he became a central committee member from 1987 to 1993. Khalid was also detained under the Internal Security Act (ISA) during Ops Lalang.

During the 2008 General Election Khalid was elected to the Dewan Rakyat. Join YB Khalid in the inaugural Teh Tarik Session where he will give a talk on The New PAS: Rising to New Challenges.

Date: Thursday, 11 March, 2010

Time: 5pm onwards

Venue: Killiney Kopitiam, G-03 Sooka Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur

Please respond to the invitation on malaysiandigest.com if you are interested.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Konsep Kebebasan Kehakiman

Telah berkata Syuraih (Hakim Zaman Saidina Ali di Kufah):

Apabila bergerak tentera Saidina Ali ke peperangan dengan Muawiyah di Siffin, terjatuh baju perisainya. Apabila beliau pulang dari peperangan tersebut ke Kufah, didapati bahawa baju besi tersebut berada di tangan seorang Yahudi yang menjual baju besi tersebut di pasar Kufah.

Maka berkata Saidina Ali kepada Yahudi tersebut : “Wahai orang yahudi, ini baju perisai saya, tidak pernah saya menjualnya atau menghadiahkannya”.

Berkata Yahudi itu: “Ini baju perisai ku dan ia berada di tangan ku”.

Berkata Saidina Ali: “Kita bawa perkara ini kepada hakim”.

Maka perkara ini dibawa kepada hakim Syuraih, maka duduklah Saidina Ali sebelah hakim dan duduklah orang yahudi tersebut di depan hakim tersebut.

Berkata Syuraih: “Katakanlah wahai Amirul Mukminin”.

Berkata Saidina Ali: “Ya. Bahawa baju besi yang ada di tangan Yahudi ini adalah baju besi ku dan tidak pernah ku menjual atau menghadiahkannya kepada sesiapa”.

Syuraih: “Ada buktikah waha…

Snapshot Aktiviti Bulan Februari

Wawancara di Pejabat MB Selangor (23 Februari)


Pengurusan Jenazah di Seksyen 4, Shah Alam (24 Februari)


Flag-off 4x4 Memancing (26 Februari)


Perasmian Program Maulidur Rasul di Masjid an-Nahdhoh Sek 18 Shah Alam (26 Februari)


Program Mesra Kariah Masjid As Solihin Padang Jawa (26 Februari)


Majlis Akikah di Seksyen 11, Shah Alam (26 Februari)


Program Maulidur Rasul Batu 3, Shah Alam (27 Februari)


Sambutan Tahun Baru Cina Batu 3, Shah Alam (27 Februari)


Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah sudi mengundang.
-Pejabat YB Khalid Samad-

MP PAS Sepakat Melaksanakan Amanah Rakyat

Kenyataan Media 3 Mac 2010

Kami Ahli-Ahli Parlimen PAS dengan tegasnya ingin menyatakan yang kami sepakat untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Kami sedar bahawa rakyat mengundi kami kerana mahu kepada perubahan dari suasana ketidakadilan, kezaliman, kemiskinan dan ketidaksamarataan hak-hak asasi kepada satu kerajaan berkebajikan dan bersih yang berasaskan prinsip-prinsip agama dan moral.

Oleh itu kami kesal dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah memilih untuk meninggalkan prinsip-prinsip murni perjuangan ini.

Kami kekal yakin dengan perjuangan dan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat (PR) dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha kami dikalangan masyarakat dan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 15 Mac ini.

Kami menyeru kepada masyarakat dan rakyat untuk bersama kami dan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang setia dengan perjuangan menentang cadangan-cadangan baru kerajaan BN menaikkan harga pet…