Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Video: ISA Reform - Government Knows Best

By Zedeck Siew ...Hishammuddin denied that he had a "government knows best" mindset when it came to issues such as reform of the ISA, as alleged by the opposition. During his presentation about ISA reform in Parliament, Hishammuddin was heckled by several opposition Members of Parliament (MPs), including former ISA detainee Khalid Samad (Shah Alam-PAS). Another MP, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (Titiwangsa-PAS) pointed out that, if there was sufficient evidence to prove wrongdoing, there was no reason why ISA detainees could not be charged in court. Rebutting, Hishammuddin said that detainees could not be charged in court to "protect the safety of witnesses in these cases". More from The Nut Graph Video Ihsan TVPAS -Pejabat YB Khalid Samad-

Teaching of Maths and Science in English a Flop

By Syed Jaymal Zahiid and Neville Spykerman *with video update (24/6/2009) ... Shah Alam MP Khalid Samad from PAS said it was obvious in the minister's response that the government is not fully prepared for the implementation of the policy and students are being victimised as a result. "It is apparent that they are not fully prepared for this and have not taken into account the implication and the repercussion," he told a press conference in Parliament. He added that it was absurd that the government realised the programme's failure only after six years it has been implemented. "Don't make our children guinea pigs," said Khalid, adding that teaching maths and science in English won't upgrade students' English quality, suggesting that it would be better for the government to focus on getting the best teachers to teach the international language instead. More from The Malaysian Insider Video courtesy of MPPAS . -Pejabat YB Khalid Samad-

Penolakan Gagasan UG oleh PAS dan PR

Saya secara peribadi ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada TGNA atas ketegasan beliau menangani persoalan ini sehingga tertolak gagasan UG secara rasminya. Semoga tidak akan timbul lagi, dalam apa-apa bentuk sekalipun, samada ucapan atau tulisan (lebih-lebih lagi dalam Harakah), secara terus terang atau sindiran, cadangan berbau UG atau apa-apa gagasan yang ‘sebauan’ dengannya. Saya yakin, sekiranya timbul lagi isu yang seperti ini, maka ketegasan yang sama akan terus ditunjukkan oleh TGNA dan saya, sekali lagi, atas terus bersama TGNA dalam hal ini. Sepuluh (sekarang dah 17) budak hitam ke, budak nakal ke, pendirian saya tetap dan tegas, semenjak 10 Mac hinggalah sekarang, UMNO perlu ditumbangkan dan PAS harus bersedia menggantikannya! Bukan bersamanya! Walaupun melalui gagasan UG. Setelah Ust Nasha meminta maaf , maka dimaafkan TGNA dan TGNA menarik balik kenyataan awal meminta Ust Nasha meletak jawatan. Media UMNO memberi gambaran TGNA yang meminta maaf ! Begitula

Video: TGNA Tarik Balik Kenyataan Terhadap Nasha

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno. Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara. Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz: "Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno. "Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaul

Video: Majlis Pimpinan PR Tolak Penubuhan Kerajaan Perpaduan

Sidang Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang, Tingkat 14, Blok Menara Parlimen Malaysia pada 22 Jun 2009. Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut: 1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang. 2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat. 3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kual

Respon Pengunjung Jun (Part II)

Ini merupakan lanjutan dari Respon Pengunjung Jun (Part I) yang saya berikan semalam. PERSOALAN USUL SISTERS IN ISLAM Penjelasan yang saya beri adalah seperti apa yang berlaku. Bukan kerana tekanan dari mana-mana pihak dan tidak sebagai ‘ after thought’ . Bagi yang berminat, boleh check Malaysian Insider kerana saya membuat penjelasan yang sama pada petang Ahad 7 Jun itu s endiri sebelum mendapat apa-apa respon dari mana-mana pihak. Penjelasan itu dibuat semasa masih di Stadium Melawati sebaik sahaja saya sedar bahawa usul itu disampaikan ke PAS Pusat dalam bentuk asalnya. Penjelasan saya adalah untuk menjelaskan apa yang berlaku demi menolak salah tafsir terhadap sifat perjuangan PAS itu sendiri dan uslub dakwah yang ingin dilaksanakan. Pendirian kita terhadap SIS tidak berubah dan kita masih meminta supaya pendekatannya disiasat. Itu jelas. KENYATAAN MEDIA KERAJAAN PERPADUAN Akhirnya, ada yang bertanya kenapa keluarkan kenyataan media ini? Saya jawab untuk menegaskan keputusan mukt

Respon Pengunjung Jun (Part I)

Saya minta maaf kerana terlalu sibuk dan tidak berkesempatan memberi respon kepada komen-komen yang tuan-tuan semua berikan sejak kebelakangan ini. Saya akan cuba memberikannya di sini, tetapi malangnya hanya dapat sentuh beberapa isu secara ringkas. PERANG SIFFIN DAN PERPADUAN BN Pertamanya, artikel saya mengenai peristiwa ini TIDAK bertujuan menyatakan siapa salah di antara Saidina Ali (KW) dan Muawiyyah, atau mencerca Muawaiyyah serta memuji Saidina Ali. Ini yang dilarang ulama’. Yang cuba diketengahkan adalah pengajaran yang patut diambil. Saya cuma mendedahkan bagaimana melalui isu perdamaian/gencatan senjata, kontroversi timbul, tentera yang sedang menang boleh hilang kelebihan kedudukannya dan akhirnya pihak yang sedang kalah menyelamatkan diri dari kekalahan yang muktamad. Dalam keadaan itu persoalan perdamaian/gencatan senjata demi tahkim dicadangkan oleh yang diasak sebagai helah perang. Dalam soal PAS, dicadangkan oleh pihak yang sedang mengasak demi menimbulkan perbalahan

Video: Kenyataan Media Kerajaan Perpaduan

Kami Ahli Parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN, termasuklah konsep ‘Unity Government (UG)’. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, kami ingin menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah merupakan agenda PAS seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008. Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini. Kenyataan media ini diedarkan kepada media cetak dan elektronik pada jam 4.30 petang 18 Jun 2009. -Pejabat YB Khalid Samad-

Video Parlimen: Majlis Syura Tidak Pernah Bincang Kerajaan Perpaduan [MP PAS Pengkalan Chepa]

Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini menegaskan persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini. BAHAGIAN I BAHAGIAN II BAHAGIAN III BAHAGIAN IV Ketika menjawab soalan dari ahli Parlimen BN Putatan, Marcus Mojinggoh di Dewan Rakyat, Ustaz Halim (PAS Pengkalan Chepa) menyatakan, adapun kenyataan balas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili parti. Semasa menyambung perbahasan hari ini, Ustaz Dato’ Halim dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pindaan 2008. Isu kerajaan perpaduan dijawab selepas memberi respon kepada Marcus yang bertanyakan isu tersebut dalam perbahasan semalam. Beliau merujuk pertanyaan beberapa ahli Parlimen BN yang mahu penjelasan mengenai kenyataan Ustaz Nasharudin yang dilaporkan berkata beliau positif ke atas kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengenai isu kerajaan perpaduan. Kenyata

Video Parlimen: Rang Undang-Undang LHDN (2) - Dato Ibrahim Ali

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mencelah ucapan Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali semasa membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008 pada 16 Jun 2009. Ibrahim Ali terus belasah kiri kanan pada sesi akhir sidang dewan TEMPOH ‘bertenang’ yang dijangka berterusan sehingga akhir sesi Dewan Rakyat semalam, tidak menjadi kenyataan apabila seorang Ahli Parlimen Bebas lantang membelasah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) sehingga ‘memedihkan telinga’ seorang Ahli Parlimen PR, semalam. Sebelum itu, Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang diberikan peluang membahaskan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan), menggunakan ‘title’ yang dimiliki untuk meluahkan rasa tidak senang terhadap peranan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PR. Selepas menyentuh status muflis ahli perniagaan yang tidak boleh ke luar negara dan ahli perniagaan yang memiliki AP (Approval Permit) yang menjualkan AP berkenaan untuk meraih keuntungan mudah, Ibrahim yang

Video Parlimen: Rang Undang-Undang LHDN

Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008 pada 16 Jun 2009. Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad mencelah Ucapan Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Chong Eng. Video adalah ihsan MPPAS . -Pejabat YB Khalid Samad-

PAS Keluar Arahan Tutup Mulut

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata parti itu telah mengeluarkan arahan "tutup mulut" kepada semua pemimpin tingginya daripada bercakap tentang kerajaan perpaduan. "Arahan tersebut dibuat kerana perkara itu telah diputarbelitkan oleh orang seperti (Datuk Seri) Najib (Tun Razak). "Malah, ia tidak dibangkit pun dalam ucapan dasar atau usul... ia timbul dalam sidang akhbar dan telah diperbesar-besarkan," katanya yang juga bekas ahli jawatankuasa pusat PAS. "Kita mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan menolak Umno. Umno sedar perkara itu, tetapi mereka mahu mencetuskan kekeliruan bagi menimbulkan keraguan mengenai halatuju PAS," kata Khalid. Khalid menegaskan demikian diminta mengulas kenyataan Najib hari ini yang menyatakan beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Oleh itu, kata perdana menteri, beliau tidak menolak sebarang kerjasama

Kebebasan Suara Dunia Maya?

Di antara objektif utama YB Khalid menulis di ruang maya ini ialah untuk menggalakkan pengusulan hujah dan pertukaran pendapat di kalangan pengunjung agar kebenaran dapat ditemui. Oleh yang demikian kebanyakkan besar dari komen-komen yang diberikan di sini tetap disiarkan, samaada selari ataupun bertentangan dengan pendapat beliau sendiri. Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini mula timbul para anonymous atau mereka yang menggunakan nama samaran mula bertindak menggunakan kata-kata kesat yang amat kurang sopan serta melemparkan tuduhan yang tidak berasas sama sekali apabila meninggalkan komen di sini. Oleh yang demikian, timbul cadangan dari beberapa pihak untuk menghadkan komen kepada mereka yang mempunyai Google Account ataupun yang mempunyai Open ID sahaja. Namun cadangan ini, tidak berapa disenangi oleh YB Khalid sendiri kerana ia seolah menafikan hak mereka yang tidak mempuyai ID dan juga kepada mereka yang mahu kekal sebagai anonymous di atas sebab-sebab tertentu, yang sudah

Persoalan Usul Sisters in Islam

Kebelakangan ini banyak yang disebut berhubung persoalan usul Sisters in Islam. Oleh kerana ianya merupakan usul yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam yang bersidang pada 12 April 2009, saya kira adalah wajar penjelasan lanjut diberikan bagi menghuraikan isu ini. Setelah mesyuarat Dewan Muslimat tersebut, usul ini seterusnya telah di bawa ke Mesyuarat Tahunan PAS Kawasan Shah Alam yang bersidang pada 19 April. Oleh kerana tahun ini tahun pemilihan dan perjalanan mesyuarat kurang mengizinkan, maka akhirnya semua usul-usul yang dibawa untuk perbahasan di Mesyuarat Tahunan tersebut di serahkan kepada AJK Kawasan untuk membincang dan memutuskan kedudukannya. Tindakan ini dicadang oleh salah seorang perwakilan dan diterima didalam Mesyuarat. Seterusnya pada 23 April 2009 jam 9.00 malam mesyuarat AJK kawasan diadakan dan usul-usul dibincang. Pada masa itu saya telah membaca usul Dewan Muslimat Kawasan dan saya menyatakan usul ini perlu diubah ayat

Ulasan Muktamar PAS ke-55

Beberapa pengamatan setelah seminggu tamatnya muktamar PAS yang ke-55 di Shah Alam. 1. SUASANA PERBAHASAN • Isu PR & Isu Terpinggir Ramai yang menumpukan perhatian mereka sepanjang Muktamar yang ke 55 ini kepada hanya persoalan pemilihan dan ‘kerajaan perpaduan’. Sehingga mereka terlepas pandang satu perbezaan yang amat ketara sekali pada pandangan saya di antara Muktamar tahun lepas di Ipoh dan Muktamar yang berjalan seminggu yang lalu. Perbezaan ini bukanlah berhubung tempat, sistem PA, pentas atau sebagainya. Perbezaan ini adalah berhubung isi kandungan perbahasan ucapan dasar. Tahun lalu, wakil Pemuda, Selangor, Terengganu dan beberapa Negeri yang lain begitu kritikal terhadap kerajaan PR dan juga Anwar. Ada yang menyatakan ‘terpinggir’, ada yang mendakwa di anak tirikan, melukut di tepi gantang dan sebagainya. Tahun ini senyap. Pada pendapat saya sekiranya masih ada golongan yang tidak berpuas-hati dengan PR, mereka terpaksa mendiamkan diri. Mereka melihat bahawa di sisi perwa

Perang Siffin dan ‘Perpaduan’ BN

Pada hari terakhir Muktamar, saya telah ke depan, menyokong usul yang dibawa oleh PAS Tambun berhubung pembentukan Suruhnjaya Di Raja untuk mengkaji ‘rampasan kuasa’ di Perak. Dalam penghujahan saya pada hari itu, saya telah menyebut peristiwa perang Siffin dan bagaimana ianya mempunyai kaitan dengan keadaan politik kita pada ketika ini. Oleh kerana masalah masa yang diberikan amat singkat, saya tidak sempat untuk menjelaskan persoalan ini dengan lebih terperinci. Saya akan cuba lakukannya di sini. Untuk mereka yang tidak tahu mengenai peristiwa Perang Siffin, ianya merupakan peperangan di antara tentera Saidina Ali (KW) dan Muawiyyah. Ianya berlaku pada penghujung pemerintahan Saidina Ali. Dalam peringkat-peringkat awal peperangan ini, tentera Saidina Ali memang jelas menguasai pertempuran. Mereka mengasak kedudukan Muawiyyah hingga kelihatan seolah-olah mereka akan mencapai kemenangan. Dalam saat-saat yang genting sebegini, Amr Al-As, yang bersama Muawiyyah telah mencadangkan supaya

Pengumuman: Forum Perdana Gempur Manek Urai

Semua dijemput hadir. Bagi pihak penganjur program, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. -Pejabat YB Khalid Samad-

Video Perbahasan Muktamar ke-55

Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad ketika menyokong usul tergempar ini berkata, penubuhan badan tersebut penting untuk mendedahkan "kejahatan dan keburukan" BN yang mengambilalih kuasa secara tidak berprinsip dan tidak menghormati undang-undang, termasuk undang-undang tubuh Perak sendiri. Bahagian 1 Bahagian 2 Dalam ucapannya, Khalid juga menggesa agar kepemimpinan PAS dan perwakilan untuk mengenali pihak lawan termasuk Umno yang menghulurkan tangan untuk berdamai dengan PAS. "Kita kena kenal lawan kita ... tetapi hakikat mereka jahat membawa kerosakan dan perpecahan kepada PAS, PKR dan Pakatan Rakyat. "Jangan kita sebut tentang perpaduan, perundingan walaupun ada banyak persamaan kecil antara kita," katanya dengan nada marah, tegas dan bersemangat, kemudian disambut dengan laungan takbir kira-kira 2,000 hadirin, termasuk pemerhati. "Kamu sayang kepada mereka, tetapi mereka tidak sayang kepada kamu," kata Khalid, sinis. Beliau cuba membawa per

Delegates Slam Unity Gov’t Idea

By Rahmah Ghazali (Malaysiakini) Shah Alam lawmaker and Selangor delegate Khalid Samad told the delegates that “it is very important for us to know our enemies or foes so that we would not be cheated by these people claiming they want to be peaceful with us”. “Do not even mention about forming a unity government or holding talks with Umno as both of the parties have very little in common.” Khalid said this when debating a motion on the setting up of an independent Royal Commission of Inquiry to investigate the Perak political crisis which they believed Umno played an important role. “Such a commission is vital to unmask all the Umno and BN wrongdoings in Perak. They had seized the state government which was lawfully elected by the people,” he said, adding that he gave his full support to the motion. Khalid also stressed that even though Umno embraces the same religion and race with PAS, they “did not care about us when they seized the lawful state government in Perak”. “So, don’t you

Selamat Bermuktamar

Selamat bermuktamar diucapkan kepada semua para perwakilan, pilihlah yang terbaik dari yang baik. Bersama kita robohkan UMNO/BN, tegakkan Pakatan Rakyat demi kemenangan Islam dan kesejahteraan rakyat Malaysia. KHALID SAMAD

Konvensyen Kelab Penyokong PAS Peringkat Nasional 2009

Konvensyen Kelab Penyokong PAS Peringkat Nasional yang julung kali diadakan ini telah dianjurkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang, Selangor pada hari Sabtu 30 Mei 2009. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kaum lain terutamanya Cina dan India sebelum ini disogokkan dengan gambaran yang salah mengenai konsep perjuangan Pas oleh pihak tertentu. Menurut beliau, namun sejajar dengan perubahan zaman, pandangan itu sudah berbeza kini apabila kaum lain sudah mula memahami konsep perjuangan parti itu kerana selain memperjuangkan Islam, ia juga memperjuangkan hak kaum lain yang berlainan agama. “Orang Melayu, Cina dan India adalah adik-beradik kerana mereka berasal dari ibu dan bapa yang sama iaitu Adam dan Hawa. “Walaupun mempunyai fahaman agama berbeza, tidak bermakna Pas akan menidakkan hak kaum lain sekiranya diberi peluang memerintah negara,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong Pas Peringkat Nasio

Temuramah Ust. Nasharuddin bersama the Sunday Star

Akhbar the Sunday Star telah menyiarkan satu temuramah dengan Ust. Nasharuddin pada 31 Mei yang bertajuk: Cool in the face of challenge . Saya terjemahkan dua petikan dari soalan nombor 10 dan 11 yang saya fikirkan releven di sini dan memberi pendapat saya selepas setiap jawapan untuk tatapan tuan-tuan sekalian. ************************************************************* Paul Gabriel: “Perasaan tidak puas hati yang utama terhadap diri anda nampaknya kerana sokongan kukuh anda terhadap keghairahan Presiden untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO. Adakah anda masih berpegang teguh kepada usaha yang sensitif ini?” Ust. Nasharuddin: “Saya tetap berpegang dengannya. Kerana (berbincang dengan UMNO) selepas selesai sahaja Pilihanraya umum tahun lepas adalah keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura. Selepas Pilihan Raya, isu ini memang isu hangat dalam parti, namun ianya disahkan sekali lagi di Muktamar Ogos lalu. Apa yang ramai tak faham ialah bahawa keputusan yang diterima oleh Muktamar adal

Notis Permohonan Maaf YB Dato Nozula Mat Diah Kepada YB Dato Paduka Husam Musa

Permohonan maaf ini adalah berikutan dari laporan BPR terhadap Dato Paduka Husam. Di antara kandungan laporan tersebut adalah: Salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri Datuk Hussam Musa. Penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd. Kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd. Isu Kedai Majlis Daerah Machang. Isu Jamnapari membabitkan dana KPK. Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pas mengutip dana. Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah. Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan. Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT dari segala bentuk fitnah sesama ummat di akhir zaman. Laporan berkaitan di Malaysiakini . -Pejabat YB Khalid Samad-

Beberapa Persoalan Buat Perwakilan

Lanjutan dari asas pemilihan pimpinan yang saya nyatakan tempohari, bersama ini dikemukakan pula beberapa persoalan agar dapat difikirkan bersama oleh para perwakilan Muktamar Tahunan PAS yang ke 55. 1. ISU MAKLUMAT JUMLAH PENCALONAN Jumlah pencalonan bagi calon-calon dimaklumkan kepada calon tetapi tidak kepada media. Namun media mendapat tahu jumlah pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden. Secara terbuka ianya dimaklumkan bahawa Ust. Nasharuddin telah mendapat 60% dari keseluruhan jumlah pencalonan. Maklumat ini sepatutnya hanya diketahui oleh calon sendiri dan jawatankuasa pemilihan. Cikgu Pa telah menafikan bahawa maklumat ini didedahkan oleh pihak beliau. Oleh itu, adakah ini bermakna ianya dibocorkan oleh Ust Nasharuddin atau orang-orang yang hampir dengannya? Lebih penting lagi, adakah maklumat ini benar atau sekadar propaganda? Apakah tujuan disebalik dakwaan ini? Adakah ianya bertujuan sebagai kempen untuk mempengaruhi cara pemilihan perwakilan kelak? Dato’ Dr. Harun Din m