Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Himpunan Guling Kerajaan Hanya Fitnah

Dakwaan kononnya perhimpunan pada 31 Disember nanti adalah usaha sesetengah pihak untuk mengguling kerajaan adalah fitnah golongan yang tidak bertanggungjawab.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad pada satu sidang media pagi ini menjelaskan, himpunan tersebut hanya untuk menyatakan rasa tidak puas hati rakyat berhubung dengan keputusan kerajaan menaikkan kadar harga beberapa perkhidmatan dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Katanya lagi, tuduhan 'menggulingkan kerajaan' adalah satu tindakan kotor pihak tertentu untuk menggagalkan perhimpunan tersebut serta memastikan suasana yang tidak aman dan mendatangkan kekecohan.

Ahli Parlimen PAS Gesa Selangor Jangan Tiru Kerajaan Pusat Naik Harga

Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad hari ini menggesa kerajaan negeri Selangor supaya tidak meniru kerajaan pusat yang sejak kebelakangan ini mengumumkan beberapa siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang membebankan rakyat.

"Kita menyarankan kerajaan negeri supaya tidak mengikut kegilaan kerajaan pusat yang hanya tahu mengambil duit daripada rakyat tanpa mengira kesannya," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam.

Perbahasan Twitter: Kenaikan Gaji serta Elaun Untuk MB, Speaker & Timbalan, Exco dan ADUN Selangor

Ini merupakan artikel terakhir berkenaan siri perbahasa Twitter yang meliputi isu Hudud, COMANGO dan Saman Hassan Ali.

Isu ini bukan sahaja hebat dibahas oleh di laman sosial seperti Twitter dan FB tetapi juga di kalangan anggota masyarakat. Kadar kenaikan yang diberikan dilihat mendadak dan ekstrim bagi kebanyakkan orang. Ramai bersetuju bahawa perlu ada kenaikan, tetapi yang dipertikaikan adalah kadar dan jumlahnya.

Perbahasan Twitter: Saman Hassan Ali

Posting kali ini adalah sambungan dari 2 artikel saya berhubung perbahasan di laman Twitter yang bertajuk: Hudud dan COMANGO.

Ada yang menelefon saya baru-baru ini dan mencadangkan supaya dilancarkan tabung kutipan sumbangan untuk membayar saman Hassan Ali ke atas saya! Mahkamah memutuskan saya bersalah dan keseluruhannya saya diperintah untuk membayar RM 320,000 termasuk kos mahkamah yang merupakan di antara jumlah tertinggi yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah mutakhir ini. Saya ucapkan terima kasih kepadanya dan beritahu dia “sabar dahulu”. Belum perlu bayar lagi. Saya akan buat rayuan dan memohon ‘stay of execution’ atau penangguhan atas perlaksanaan hukuman tersebut.

Perbahasan Twitter: Hudud

Kebelakangan ini terlalu ramai yang ingin berhujjah dengan saya di twitter @khalidsamad. Walaupun saya sanggup dan minat untuk berhujjah, tetapi saya tidak boleh mengadap twitter seperti mereka sepanjang hari, bertanya dan berhujjah dengan mengharapkan respon dari saya sebaik sahaja mereka habis tweet. Ini menjadi bertambah rumit apabila jawapan yang saya berikan terpaksa ringkas disebabkan keterbatasan twitter itu sendiri.

Oleh itu saya akan mengamalkan pendekatan baru di mana soalan yang ingin dihujjahkan itu boleh dikemukakan melalui twitter tetapi saya akan jawab secara lebih menyeluruh melalui blog saya di sini.
Di antara isu yang dibawa ke alam tweeter yang akan saya kupas di dalam beberapa bahagian adalah: