Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Forum: Malaysia Is There Hope Yet? (Wednesday, 29 March 2016, KLSCAH)

On behalf of the organizer.
-The Office of MP for Shah Alam-

BN Merampas Kembali Selangor?

Pasca PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar, semua mulai sedar bahawa sekiranya berlaku pertandingan 3 penjuru di Selangor, maka BN akan mendapat peluang keemasan untuk merampas kembali Selangor. Ini adalah antara pengajaran terpenting dari apa yang telah berlaku. Oleh itu ramai yang menyeru supaya semua parti pembangkang bersatu untuk menghadapi BN. Malangnya seruan ini seolah tidak diendahkan sebelum PRK dan akan terus tidak diendahkan PAS selepas PRK.

Di Antara Pemulangan Kerusi dan Pemulangan Semangat Setia Kawan

Antara pengajaran utama yang tidak dapat dinafikan dari pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah bahawa kerusi yang dimenangi mana-mana parti komponen PR pada pilihan raya 2013 telah dimenangi atas sebab sokongan rakyat terhadap PR. Ianya TIDAK dimenangi atas sokongan terhadap parti tersebut semata-mata dan oleh itu, setelah dimenangi, semua pihak seharusnya bertindak berdasarkan semangat PR dan bukan atas semangat parti masing-masing. Ini merupakan satu perkara yang jelas dan nyata tetapi ada juga yang sengaja cuba buat tidak faham atau seolah tidak penting.

Pilihan Raya Kecil Sg. Besar dan Kuala Kangsar

MUQADDIMAH

Pilihan Raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah berakhir dengan kemenangan BN dengan majoriti yang lebih dari yang diperolehi mereka pada 2013. Ianya merupakan pilihan raya yang bersejarah kerana ianya merupakan pilihan raya pertama yang melibatkan Pakatan Harapan secara rasmi. Pada masa sama ianya juga merupakan pilihan raya kecil pertama berlakunya tiga penjuru antara PH, PAS dan BN.

Sekiranya Berlaku 3 Penjuru

Berikut merupakan suntingan dari artikel saya yang bertajuk: Jawapan Kepada Soalan Yang Ditanya Berhubung Harapan Baru yang telah diterbitkan pada 30 Julai 2015.

Sekiranya berlaku 3 penjuru, maka rakyat kena bijak apabila memilih antara calon parti yang ingin menang dan membentuk kerajaan menggantikan BN dan calon yang bertanding “hanya demi keredhaan Allah, kalah pun tidak mengapa”. Maka yang bertanding demi keredhaan Allah, kalah pun tidak mengapa; insyaAllah tercapai matlamat mereka dengan hanya sekadar bertanding. Oleh itu, tidak perlu undi mereka dan undi pihak yang ingin menang dan menggantikan kerajaan BN. Maka dengan itu kedua-dua pihak, iaitu PAS dan HB (AMANAH) mencapai matlamat mereka masing-masing. Satu sekadar ingin bertanding demi keredhaan Allah dan satu lagi pihak bertanding untuk menang demi keredhaan Allah.

Siapa akan menang? Bergantung pada kefahman rakyat dan betapa kuatnya keinginan rakyat untuk menggantikan BN. Kalau keinginannya kuat, mengatasi segala yang lain, …

Siapa Menghina Institusi Raja-Raja Melayu Sekarang?

1. Amat jelas kelulusan RUU MKN tanpa restu Majlis Raja-Raja Melayu merupakan satu tindakan menemplak institusi tersebut.

2. Selama ini UMNO/BN menjaja dakwaan bahawa parti-parti pembangkang tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu dan sekiranya memerintah Negara akan mengancam kedudukan institusi tersebut.

3. Hari ini amat jelas, apabila cadangan dan teguran Majlis Raja-Raja dibakul-sampahkan dengan sewenang-wenangnya oleh pentadbiran UMNO/BN di bawah kepimpinan DS Najib, siapa yang sebenarnya tidak hormat Majlis Raja-Raja.

4. Secara praktiknya, UMNO/BN telah merampas hak dan kuasa YDP Agung untuk mengisytihar darurat dan memindahkan kuasa itu kepada Perdana Menteri.

5. Kami ingin pihak UMNO/BN melalui pimpinannya mengakui bahawa dengan tindakan meluluskan RUU MKN tanpa restu Majlis Raja-Raja, merekalah sebenarnya pihak yang telah melemahkan dan mencabar institusi Raja-Raja.

Khalid Abd Samad,
Pengarah Komunikasi AMANAH.

Nurul Izzah DS Anwar,
Naib Presiden dan Pengarah Pilihanraya K…

Tolak Undang-Undang Zalim Dengan Memilih AMANAH

1. Genap tiga hari yang lepas, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 telahpun diwartakan sebagai undang-undang. Kali pertama diluluskan di Parlimen pada 3 Disember 2015, rang undang-undang MKN kemudiannya juga diluluskan di Dewan Negara pada 22 Disember - walaupun menerima tentangan keras daripada Ahli Parlimen pembangkang , masyarakat sivil dan pihak berkepentingan lain kerana hal ini berkait langsung dengan kedaulatan undang-undang di bawah bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan.

2. Semasa sesi belah bahagi,107 Ahli Parlimen mengundi menyokong rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara, manakala 74 orang mengundi menentangnya.

3. Kelulusan RUU MKN ini memberikan kuasa berleluasa yang boleh disalahgunakan untuk kepentingan politik pihak penguasa sepertimana yang berlaku kepada akta-akta draconian yang lain.

4. Kesungguhan yang ditunjukkan pimpinan UMNO/BN meluluskannya dengan begitu segera menggambarkan niat mereka untuk menggunakannya. Adakah pimpinan UMNO/BN sudah merasakan me…

Video: Kenapa Pakatan Harapan Bertanding Di SB & KK

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini menjawab beberapa persoalan yang berkisar mengenai persoalan mengapa Pakatan Harapan (PH) bertanding di kedua-dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Beliau menyatakan segala kerosakan yang berlaku dan membebankan rakyat hanya boleh dihentikan jika kita tukar kerajaan persekutuan, barulah kita boleh hapuskan GST, kita boleh bawa reformasi pendidikan supaya pendidikan itu bermutu dan kosnya tidak membebankan rakyat, barulah kita boleh mewujudkan pelbagai undang-undang supaya ahli politik dan penjawat awam tidak hidup bermewah dengan menggunakan harta rakyat.

Beliau berkata demikian di dalam sebuah klip video berdurasi lebih kurang 10 minit yang dihasilkannya untuk sebaran kepada umum hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung dan Naib Presiden Keadilan menyatakan pilihanraya kecil kali ini (Sungai Besar dan Kuala Kangsar) sebenarnya adalah pertembungan diantara Barsian Nasional (BN) sebagai kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) s…

PRK 093 Sungai Besar & PRK 067 Kuala Kangsar: #Bebaskan Rakyat, Selamatkan Malaysia

1. Berdepan dengan pelbagai kebejatan tadbir-urus kepimpinan yang kini;

a. negara semakin sarat dengan amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengsolapan wang rakyat (embezzlement) yang kini dilambangkan dengan 'mercu-tanda' urusniaga 1-MDB dan 'derma' RM4.2bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

b. rakyatnya bergelut dengan derita dan hempitan kos sara hidup yang terus meningkat akibat tekanan GST dan penarikan pelbagai subsidi asas

c. rakyatnya hampir terjerumus dalam konflik perkauman yang semakin tajam dan perbalahan agama yang amat bahaya

d. institusi-institusi kritikal negara hilang wibawa akibat terus-terusan dicekik oleh penguasa politik negara sehingga hilang peranan semak-imbangnya dan rakyat juga terus dibelenggui undang-undang drakonian yang meragut kebebasan rakyat..

2. Justeru, atas keinsafan dan kesedaran yang mendalam akan hakikat ini, maka Pakatan Harapan yang diwakili oleh Parti Amanah Negara (Amanah) dalam kedua-dua PRK, dengan ini merakamkan …

Salam Ramadhan 1437H/2016

Sisipan Malam Minggu: Ucapan Nik Abduh Di Muktamar Dewan Pemuda PAS

“DAP beri arak pada bekas pimpinan PAS dan mereka keluar PAS dan tubuhkan parti baharu”. Atau lebih kurang begitulah bunyinya.

Saya faham kata-kata Abduh adalah sekadar qiasan dan tidak perlu diambil secara literal. Hanya qiasannya tidak kena kerana tiada di antara kami yang menubuh AMANAH kelihatan dalam keadaan seakan-akan mabuk. Itu sebabnya saya anggap qiasan beliau tidak kena. Malahan bila saya fikirkan, mencari sebab dia qiaskan begitu, saya dapati qiasannya seolah-olah terkena batang hidungnya sendiri.

Yang dapat arak, meminumnya dan menjadi mabuk biasanya tidak ketentuan, tidak tentu hala, tidak tentu arah serta berubah perwatakan. Itu bukan kami. Kami tidak pernah membuat U-turn.

Mungkin Nik Abduh sendiri tidak faham apabila saya sebut ianya terkena pada batang hidungnya sendiri. Biar saya jelaskan. Antara tindakan dan keadaan seseorang yang dipengaruhi arak adalah:

Calon AMANAH Untuk PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar

AMANAH mengumumkan dua calon kami agak lewat kerana menghargai usaha pimpinan PKR untuk mendapatkan persetujuan PAS supaya tercapainya keadaan 1 lawan 1. Kami tunggu sehingga saat terakhir tetapi PAS terus tidak mahu berbincang apa tah lagi berunding. Maka akhirnya AMANAH mengistiharkan calon pada 1 Jun bagi Kawasan Parlimen Sungai Besar dan pada 2 Jun bagi Parlimen Kuala Kangsar. Sebenarnya sudah lama disediakan calon ini kerana amat masak serta tahu sikap keras dan tidak bertolak-ansur parti PAS. Oleh itu semua perlu jelas, tiga penjuru adalah natijah dari sikap PAS terhadap perbincangan yang dianjurkan.

Sebab kedua mengapa lewat diumumkan ialah kerana AMANAH ingin meletakkan calon sebagai mewakili Pakatan Harapan (PH). Semua pembangkang utama telah bersatu dalam PH. Persaingan antara PH dan BN adalah tema yang ingin ditonjolkan dalam PRK ini dan juga untuk Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. AMANAH akhirnya direstui sebagai mewakili PH walaupun pada dasarnya termasuk yang telah bersusah…

Surat Tuntutan Berita Harian (Letter of Demand)

Saya telah mengarahkan peguam saya untuk menghantar surat ‘Letter of Demand’ atau Surat Tuntutan kepada pihak Berita Harian (BH) berkaitan laporan muka hadapan BH pada 27 Mei 2016 yang lepas. Laporan itu menyatakan bahawa saya telah membantah pembentangan Usul Persendirian YB Marang berhubung RUU Mahkamah Syariah sedangkan ianya jelas bahawa saya telah tidak membantahnya dan pendirian saya berbeza sama sekali dengan DAP tentang perkara ini.

Lebih "Mabuk" Dari yang Disangka?

Ulasan saya berhubung pimpinan PAS yang bagaikan orang mabuk yang menganggap diri mereka berada di abad ke-14 dijawab dengan meletakkan gambar DYMM YDP Agong di sebelahnya. Saya tidak faham maksud sebenarnya. Adakah dimaksudkan bahawa mereka sebenarnya menganggap diri mereka sebagai DYMM YDP Agong atau Sultan atau anak Raja? Itu lebih "mabuk" dari apa yang disangka sebelum ini. Tiada yang waras mempersoalkan kewajaran sekiranya DYMM YDP Agong berpakaian seperti itu kerana sememangnya Baginda adalah Agong di negara kita ini; tetapi mereka ini siapa atau mereka ingat mereka siapa?

Saya tidak perlekehkan pakaian mereka. Saya sekadar menyatakan bahawa antara sifat 'mabuk' adalah menganggap diri berada di zaman lain. Hari ini saya perlu sebut dengan lebih jelas bahawa sifat 'mabuk' termasuk juga menganggap diri sendiri sebagai Sultan atau DYMM YDP Agong. Mungkin juga boleh ditambah, "belum pun berkuasa sudah berlagak mengalahkan Raja!".

WaLlahu 'Alam