Skip to main content

Sekiranya Berlaku 3 Penjuru

Berikut merupakan suntingan dari artikel saya yang bertajuk: Jawapan Kepada Soalan Yang Ditanya Berhubung Harapan Baru yang telah diterbitkan pada 30 Julai 2015.

Sekiranya berlaku 3 penjuru, maka rakyat kena bijak apabila memilih antara calon parti yang ingin menang dan membentuk kerajaan menggantikan BN dan calon yang bertanding “hanya demi keredhaan Allah, kalah pun tidak mengapa”. Maka yang bertanding demi keredhaan Allah, kalah pun tidak mengapa; insyaAllah tercapai matlamat mereka dengan hanya sekadar bertanding. Oleh itu, tidak perlu undi mereka dan undi pihak yang ingin menang dan menggantikan kerajaan BN. Maka dengan itu kedua-dua pihak, iaitu PAS dan HB (AMANAH) mencapai matlamat mereka masing-masing. Satu sekadar ingin bertanding demi keredhaan Allah dan satu lagi pihak bertanding untuk menang demi keredhaan Allah.

Siapa akan menang? Bergantung pada kefahman rakyat dan betapa kuatnya keinginan rakyat untuk menggantikan BN. Kalau keinginannya kuat, mengatasi segala yang lain, maka PR 2.0 (Pakatan Harapan) akan dimenangkan. Lebih-lebih lagi apabila disedari bahawa jika dimenangkan PAS sekalipun, terdapat kemungkinan PAS akan bersama BN untuk tubuh kerajaan seperti pernah dicadangkan pada 2008 dan semasa krisis MB Selangor.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

AKU BUDAK PAPAR said…
Cuba yb kosongkan kursi shah alam. Ada brani?
Khalifah said…
Bagus tok Khalid Samad dah keluar dari PAS...perangai, mulut tak macam ahli PAS...beragama Islam, tapi mengutuk menghina orang mengalahkan orang bukan islam
AKU BUDAK PAPAR said…
HEBOHLAH mereka dalam PAN bahawa sepatutnya ‘amanah’ singkatan terbaik untuk parti diketuai bekas timbalan Presiden Pas itu, Mohamad Sabu.
Lantas, kisahnya merajuk pula, tidak dibenarkan pihak media hadir ke sidang akhbar calon parti itu selagi tidak ditukarkan singkatan (akronim) PAN ke ‘amanah’.
Bagaikan tidak dapat dibendung kemarahan di hati, laungan desakan ‘dikembalikan’ singkatan itu sebaliknya telah terpalit ke muka sendiri.
Mana yang ‘amanahnya’ kalau diri sendiri telah terbukti melakukan ‘komplot’ besar, begitukan?
Bukankah pemimpin-pemimpin sedia ada dalam PAN telah melakukan pembelotan terhadap Pas?
Bukankah kalangan wakil rakyat dalam PAN sedia ada telah menang atas tiket Pas dalam pilihan raya umum ke-13.
Tetapi setelah memegang jawatan ‘Yang Berhormat’ dan bergan­ding rapat dengan DAP, seperti ‘kacang lupakan kulit’ menubuhkan pula parti baharu berpaling tadah melawan ‘parti’ sendiri?
Bukankah itu tidak jujur? Takkan mahu PAN digelar ‘amanah’ pula?
‘Amanah’kah apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah memilih kamu sebagai calon pilihan raya, kemudian menang, menderhaka pula dengan menikam belakang Pas.
Khalid Abdul Samad (Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin (Parlimen Sepang), Mujahid Yusof Rawa (Parlimen Parit Buntar), Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (ADUN Morib), kamu kena jawab ini semua?
Kalau sungguh hendakkan sing­katan ‘amanah’ dikembali­kan, ambil tindakan ini dengan segera.
Mohon maaflah secara terbuka kepada kepimpinan Pas Pusat dan bubarkan PAN sebagai tanda diri sudah insaf.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pan-belot-wajar-digelar-amanah-1.341013#sthash.UlWpZeWt.dpuf
paslala said…
Salam.mohon fikirkan. Tukar sedikit nama parti amanah negara (PAN) kepada parti amanah sejahtera (PAS) tapi kita kekalkan dgn panggilan Amanah. Sebagai pengajaran pd org yg pangil kita PAN. Apa pula yg depa nak pangil. Sekian. Terima kasih. Harap beri perhatian. Dan laksanakan secara senyap sehingga di lulus oleh ROS baru lah kita war-warkan. Tq.
Mat Safian said…
Salam YB,

3 berlaku pasti berlaku kerana BN-PAS dah buat research melalui Damansara dan Sg. Acheh. Seterusnya yg terbesar ialah PRK Sg. Besar dan K.Kangsar.

AMANAH perlu terus berstrategi menghadapi 3 penjuru. Jgn buang masa lagi, teruskan mengaut semua penyokong PAS beralih kpd AMANAH. Masih ramai penyokong PAS khususnya grass-root yg tak tahu maklumat hubungan sulit BN-PAS. Mereka jg tak tahu ada wujud kumpulan UG.

Lakukan debat terbuka di depan penyokong PAS, tawarkan penerangan dan cabar ketua-ketua cawangan bermuzakarah. Sudah tiada masa lagi.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-