Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, Gesa Dato Adzib Memahami Kenyataannya

Saya pada mulanya mengucapkan terima kasih kepada Dato Adzib, Pengerusi MAIS, kerana sudi menjawab teguran saya tempoh hari berhubung persoalan MAIS ingin digunakan sebagai alat politik golongan tertentu dalam usaha mereka menimbulkan ketegangan kaum dan agama. Saya rasa ianya jelas sebagai teguran dan peringatan, bukan tuduhan.

Respon Ringkas Debat Yang Dibatalkan

Saya dimaklumkan lewat malam tadi oleh pihak penganjur iaitu Sinar Harian bahawa debat saya dengan Noh Omar telah dibatalkan atas sebab tertentu. Saya sampaikan berita pembatalan ini kepada sahabat-sahabat saya dan ramai yang berkata "seperti dijangka". Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa pihak di sebelah sana tidak yakin dengan kebolehan Noh berhujjah secara ilmiah.

Pengumuman: Diskusi Demokrasi di Malaysia [1/2/14, KB Kelantan]

Bagi pihak penganjur program -Pejabat YB Khalid Samad-

Debat Kalimah Allah Noh Omar-Khalid Samad Batal

Debat Sinar Harian mengenai isu kalimah Allah antara Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Khalid Samad yang dijadualkan hari ini dibatalkan.

PAS Lawmaker Warns Catholic Priests Against Being Used by Umno in Allah Row

Umno leaders are pushing the Allah issue to make Catholic priests come across as unreasonable parties and to use them as pawns to drum up support from urban Malays, a PAS lawmaker has warned. Shah Alam MP Khalid Samad told The Malaysian Insider he met the priests this week after being invited by the Roman Catholic Archdiocese of Kuala Lumpur to speak on the current religious situation at their monthly meeting at the Archdiocesan Pastoral Centre in Jalan Robertson, off Jalan Pudu, in the federal capital. "I told them (the priests) that whether they like it or not, they are being used as political pawns by Umno-Barisan Nasional in this issue.

Rampas Bible: Khalid Persoal Motif Pengerusi Mais

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad mempersoalkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang merampas Bible bahasa Melayu dari pejabat Persatuan Bible Malaysia (BSM) atas alasan menyekat agama Kristian daripada disebarkan kepada orang Islam. Ini kerana katanya, Bible dengan cop Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu dirampas ketika dalam simpanan BSM di pejabat persatuan itu dan bukannya dirampas ketika cuba diedarkan kepada orang Melayu Islam.

Trio DAP Jangan Campur Urusan Islam

Oleh: Abdul Rahim Sabri ( Malaysiakini ) Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata tidak wajar tiga ADUN DAP Selangor "campur tangan" apabila mencadangkan supaya Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 negeri itu dipinda. Menyifatkan pindaan enakmen itu sebagai "urusan orang Islam", Khalid - yang mencetuskan kontroversi hampir sama pada 2010 – berkata, tindakan wakil rakyat DAP itu bercanggah dengan prinsip perjuangan parti, sekali gus memburukkan lagi suasana.

Lelongan Dua Buah ‘Kereta Kempen’ PRU Ke-13

Sepanjang tempoh PRU ke 13, saya telah mengguna beberapa buah kereta untuk tujuan kempen. Di antaranya adalah sebuah Toyota Celica Sport (1995) dan Land Rover Discovery TD5 (2003). Saya ingin menjual kedua-dua buah kereta ini secara lelong kerana walaupun masih dalam keadaan baik, saya mempunyai jumlah kereta yang cukup untuk kegunaan luar musim PRU. Oleh kerana PRU ke 14 adalah masih lama lagi, maka saya membuat keputusan untuk melelong dua kereta tersebut walaupun mereka mempunyai nilai sentimental yang tinggi bagi diri saya. Sebahagian dari pendapatan dari lelongan ini akan saya serahkan kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Shah Alam untuk kegunaan Pusat Khidmat dalam membantu warga Shah Alam yang memerlukan.