Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Jais Asked To State Stand On Legalised Football Betting

With video update...29/05/2010 The Selangor Islamic Religious Department (Jais) is asked to state its stand on the government's decision to allow betting on the upcoming FIFA World Cup matches. Shah Alam MP Khalid Samad from PAS said Jais should make known its stand if it was really an independent body and that it had no vested interest and no political allegiance to the Barisan Nasional government's decision. "I am surprised why Jais has kept mum although this is a clear-cut, non-negotiable issue," he told a press conference at his office, here, Wednesday. Deputy Finance Minister Datuk Chor Chee Heung had recently said that the ministry had given the licence to a local conglomerate (Berjaya Group) to conduct betting on the World Cup 2010 football matches. However, several quarters including non-governmental organisations have objected to the decision as it could it create more gambling addicts and social problems in the long-run, while betting is a form of

Kerajaan Pakatan Tidak Lulus Premis Judi Baru

Oleh: Abdul Rahim Sabri & Puteri Aida Haryani ( Malaysiakini ) Kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhasrat untuk mengurang dan menghapuskan perjudian dengan tidak meluluskan premis judi baru sepertimana yang dilakukan di Kedah, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Atas keprihatinan rakyat, semua kerajaan Pakatan mengambil tindakan bersungguh-sungguh dan serius (untuk mengharamkan judi)," kata Mahfuz yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah. Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena menegaskan demikian ketika diminta mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dan pemimpin Umno kepada kerajaan Pakatan Rakyat supaya mengharamkan judi di negeri yang ditadbir mereka. Sebelum itu, Mahfuz (kanan sekali) dan beberapa pemimpin PAS yang lain menghantar memorandum kepada Raja-Raja Melayu agar mereka campurtangan bagi membatalkan pemberian lesen judi sukan untuk pertaruhan Piala Dunia bulan depan. Selain PERKASA, Jumaat lalu, bekas menteri besar Selangor, Da

Kemenangan di Sibu dan Halatuju PR

Kemenangan di Sibu merupakan bukti kukuh bahawa pendekatan melalui PR mampu menghasilkan kemenangan bagi ketiga-tiga parti. Melalui kerjasama yang utuh, sokongan dari semua kaum dan peringkat masyarakat dapat diperolehi untuk kemenangan calon PR. Segala usaha untuk menafikan kemenangan PR yang dilakukan oleh BN dapat dipatahkan bersama. Saya tidak berhajat untuk mengulas panjang di atas kemenagan yang telah diperolehi, tetapi dalam soal komitmen bertugas semasa PrK Sibu, di sini saya harus ucapkan tahniah kepada Dr Mariah yang semasa saya meninggalkan Sibu, beliau memaklumkan bahawa beliau akan berada di sana sehingga selesai pengundian pada 16 Mei. Kegigihan beliau perlu dihargai dan di sini saya ingin menyebut nama beliau, mungkin sebagai salah seorang ‘unsung heroes’ atau heroine PrK Sibu. Semasa semua balik untuk digantikan dengan yang lain, bertugas secara shif atau ‘gelombang’, beliau memainkan watak utama bagi menentukan adanya kesinambungan dalam gerak kerja yang berterusan.

Pilihan Raya Kecil Sibu

*Artikel ini telah ditulis sebelum kemenangan di Sibu Pungundian untuk PrK Sibu akan berlangsung esok. Pada jam 10 malam hari Ahad malam Isnin, akan diketahui keputusannya. Kemenangan bagi calon PR dari DAP akan mencatit sejarah baru bagi politik Sarawak dan akan menjadi petanda bahawa benteng kukuh BN telah mula retak. Malahan, prestasi yang meningkat pun sudah memadai untuk membuktikan bahawa ‘fixed deposit’ BN telah mula susut nilainya. Saya sendiri tidak berpeluang untuk bersama sepanjang tempoh kempen. Saya dapat bersama hanya dari hari Jumaat iaitu hari sebelum hari penamaan calon hingga ke hari Isnin. Itu pun saya hanya berpeluang berceramah di beberapa tempat, kebanyakkannya di tempat masyarakat Tiong Hua yang tidak pernah mendengar penceramah PAS. Pagi Ahad saya turun berdakwah di gereja Sacred Heart di Sibu. Satu kejutan budaya bagi sebahagian. Mungkin ada yang mengatakan saya diperkuda oleh DAP. Mungkin itulah sebabnya ada khabar angin kononnya saya di boo di Masjid S

TGHH: Pemimpin Bukan Islam Pakatan Sokong Haram Judi

Langkah kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan merupakan tindakan yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima masyarakat Malaysia, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sedangkan, tambahnya, dalam Pakatan Rakyat, pemimpin bukan Islam daripada DAP dan PKR sendiri menyokong pengharaman judi. "Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam," kata Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang. Semalam, kerajaan dilaporkan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan walaupun dibantah banyak pihak. Dalam kenyataannya petang semalam, Kumpulan Berjaya mengesahkan mendapat lesen tersebut, sekaligus membolehkan pertaruhan secara sah dilakukan sebelum kejohanan berprestij itu bermula pada 11 Jun ini. Abdul Hadi, dalam satu kenyataan hari ini

Pengumuman: Bloggers Universe Malaysia (BUM) 2010

BUM stands for Bloggers Universe Malaysia (BUM). BUM2010 is the fourth in a series of annual gatherings of Malaysian bloggers and bloggers-to-be, and is being organized by a group of mainly Socio-political (SoPo) Bloggers in their individual capacities in association with the Protem Committee of the National Alliance of Bloggers (All-Blogs), and the Centre for Policy Initiatives (cpiasia.net). More from Bloggers Universe Malaysia -Pejabat YB Khalid Samad-

Facebook Friend Requests

Pada ketika ini terdapat lebih 1000 Facebook Friend Request untuk YB Khalid Samad. Walaubagaimanapun, sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, akaun Facebook YB Khalid telah mencecah jumlah maksimum sebanyak 5000 orang . Sehubungan dengan itu, beliau ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah sudi menjadi sahabat FB beliau selama ini. Pada masa yang sama, beliau juga ingin memohon maaf kepada semua “Friend Requests” yang tidak dapat lagi dipenuhi. Oleh yang demikian, pihak kami telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan Facebook Page untuk YB Khalid yang boleh dilayari di http://www.facebook.com/pages/Khalid-Samad/38348181435 , atau klik badge di bawah. Dengan adanya Page ini, YB Khalid berharap akan dapat berhubung dan berkenal dengan lebih ramai lagi pada masa akan datang. Jumpa di sana!! Currently there are more than 1000 Facebook Friend Requests for YB Khalid Samad. However, as we mentioned earlier, YB Khalid’s Facebook account has

BN Salah Guna Masjid

Oleh: Jimadie Shah Othman ( Malaysiakini ) Ketika PAS berdepan dengan dakwaan menyalahgunakan masjid bagi tujuan politik, seorang pemimpin parti Islam itu 'memulangkan paku buah keras' kepada lawan politik mereka, BN. Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa, semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu, BN telah menganjurkan satu majlis bacaan Yassin dan solat hajat di sebuah masjid, untuk kemenangan calon BN. Menurutnya, majlis tersebut diadakan pada 23 April - dua hari sebelum tarikh pengundian - di masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu. Sebagai bukti, Khalid menunjukkan gambar kain rentang (kanan) yang mengiklankan program tersebut - yang didakwa dirakam oleh seorang penulis blog propembangkang di kawasan parlimen tersebut. Sehubungan itu, beliau menyifatkan tindakan BN itu sebenarnya menyalahi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya institusi agama itu tidak dipolitikkan. “Perkara seperti tidak boleh dibuat

Tahniah Kepada Polis Negeri Sembilan

Saya membaca dengan minatnya kisah penembakan seorang lagi remaja oleh pihak polis di Seremban . Minat itu timbul apabila saya diberitahu bahawa sebaik sahaja berlaku peristiwa tersebut, Ketua Polis Negeri Sembilan telah terus mengakui bahawa pihak polis telah tersalah dan menggantungkan anggota yang terlibat. Pada masa yang sama, Polis Negeri Sembilan meminta maaf kepada keluarga mangsa yang cedera parah dan sedang mendapat rawatan di hospital. Pengakuan ini merupakan sesuatu yang perlu dipuji dan akan menjamin anggota polis akan sentiasa berwaspada dalam persoalan senjata api terhadap anggota masyarakat yang tidak bersenjata pada masa-masa yang akan datang. Sebenarnya, tindakan telus yang sebeginilah yang diinginkan oleh warga Shah Alam, khususnya yang di Seksyen 11, berhubung kes Allahyarham Aminulrasyid. Ramai yang terpingga-pingga dengan pendekatan Polis Negeri Selangor dalam kes tersebut di mana pihak polis seolah-olah bersungguh-sungguh membela dan mempertahankan anggota polis

Peristiwa di Dataran Shah Alam, Polis Mengganas Lagi?

Pada 1 Mei 2010, Kerajaan Negeri Selangor di bawah porfolio Exco Pendidikan bersama MBSA melalui MPP Zon 1, telah menganjurkan program ‘Sebang Santai’ bersama beberapa artis iaitu Ringo dan Dakmie, di Dataran Shah Alam. Turut mengambil bahagian pada malam itu, beberapa pembaca puisi serta kumpulan pemuzik tradisional. Satu forum turut diselitkan yang mana ahli panelnya adalah Ustadz Reduan Mohd Nor, Ustadz Najmi dan salah seorang dari artis tersebut, iaitu Dakmie. Program ini bertujuan menarik perhatian dan minat golongan remaja dan pemuda supaya mereka, sambil bersantai mendengar lagu-lagu yang berunsur nasihat, dapat juga mendengar kata-kata nasihat dari ustadz-ustadz muda. Program bermula selepas Isya, pada jam 9.30 malam dan berlangsung dengan baik sehingga jam 12 malam pada mana ianya ditutup dengan pembacaan doa penutup. Program itu turut dibantu oleh ahli Dewan Pemuda PAS Shah Alam, melalui Department of Arts, Culture and Sports (DACS) yang merupakan jabatan baru di bawah Pem