Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Dana AMANAH: Berjuanglah Bersama Kami

BERJUANGLAH BERSAMA KAMI
Menentang penzalimi
Menentang pengkorupsi
Menentang pengkleptokrasi

BERGANDINGANLAH BERSAMA KAMI

Bina semula negara harmoni
Membela rakyat tertindas kini
Menyelesaikan masalah ekonomi

JANGAN KETINGGALAN BERSAMA KAMI
Dengan idea dan kerja
Dengan masa dan tenaga
Dengan wang dan harta

MARILAH BERSAMA KAMI
Menyumbang dengan apa yang ada
Asal negara pulih sejahtera
Dengan rakyat berbilang bangsa

Sumbanglah dengan cara KLIK link di bawah
DANA.AMANAH.ORG.MY/SUMBANGAN

APAKAH CARA BERDAKWAH YANG BENAR? ISLAM RAHMAT SELURUH ALAM
https://youtu.be/wny5232B6RI

Video terbitan MediaOren & OrenTV

#Crowdfunding
#BinaSemulaNegara
#BangkitaDanUbah

WaLlahu 'Alam
KHALID ABDSAMAD

FB LIVE: Wawancara Soal Jawab Bersama YB [11 Jan 10PM]

FB Live: Pembahagian Kerusi Parlimen PH: Satu Penjelasan [10 Januari, 9.15PM]

Sila layari FB Parti Amanah Negara pada 10 Januari 2018 jam 9.15 Malam untuk mengikuti program ini.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Dilema ADUN PAS Selangor

Kebelakangan ini kita membaca ide yang agak kontroversi dikemukakan berhubung kedudukan para ADUN PAS di negeri Selangor. Ide kontroversi ini mencadangkan supaya mereka melompat keluar PAS dan menyertai Keadilan dan seterusnya bertanding kembali kerusi mereka sebagai incumbent atau penyandang tetapi atas tiket Keadilan. Saya yakin ADUN PAS ini sedang dalam sedikit dilema mengenai cadangan ini.

Selamat Tahun Baru 2018

Tahun baru tahun ini telah saya sambut di hadapan rumah tol Sg. Rasau dan kemudiannya di rumah tol Batu 3. Ianya permulaan yang baik bagi tahun 2018. Dengan termansuhnya kedua-dua tol ini ianya melambangi tahun 2018 sebagai tahun bebas dari BN.

Kelegaan dan keseronokan rakyat semasa melalui 2 rumah tol tersebut tanpa tol adalah apa rakyat akan menikmati apabila BN ditumpaskan rakyat pada PRU 14 insyaAllah! Rakyat akan bebas dari tekanan dan bahagia tanpa BN!

Jadikan tahun 2018 sebagai tahun kemenangan rakyat!

WaLlahu 'Alam
KHALID ABD SAMAD