Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Pengurusan Perbezaan Pandangan: ‘Pro-Ulama’ & ‘Anti-Ulama’?

Perbezaan pandangan adalah perkara biasa dalam mana-mana organisasi. Lebih ramai ahlinya, lebih banyak pandangan dan pendapat. Di dalam PAS perbezaan pendapat tetap merupakan persoalan yang perlu ditangani dan diuruskan. Tetapi sekurang-kurangnya perbezaan itu dikawal oleh batas-batas syariat dan hukum. Maka pandangan yang tertolak dari sudut syariat akan terus ditolak dan dengan itu menentukan perbezaan pandangan kekal di dalam kerangka syariat. Namun, sepertimana kita semua fahami, ruang harus atau halal tetap luas dan ini memungkinkan berlakunya perbezaan pandangan dalam persoalan yang harus ini. Lebih-lebih lagi apabila persoalannya adalah tindakan politik yang perlu diambil dalam seusatu keadaan dan suasana. Perbezaan pendapat akan timbul berhubung ketepatan dan kebijaksanaan sesuatu tindakan, walaupun beberapa pilihan adalah harus dan dibenarkan.

Di Antara Prinsip dan Pandangan

Pendirian DS Presiden PAS berhubung DS Wan Azizah sebagai seorang yang tidak layak menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, yang turut disokong Majlis Syura Ulama, sepertimana yang telah dikemukakan tempohari, telah memeranjatkan ramai, samada yang di luar atau di dalam PAS. Ianya mengejutkan kerana ia dikeluarkan hanya selepas beberapa hari setelah selesai mesyuarat PAS Pusat di mana nama DS Wan Azizah turut dicalonkan oleh PAS bersama nama Azmin Ali untuk jawatan berkenaan.

Awas Dengan Kemunculan 'Golongan Baru' Dalam PAS

Bagi saya, sebagai seorang yang telah berada dalam PAS selama 30 tahun lebih, saya melihat PAS sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang agak kronik sepertimana tidak pernah di hadapi sebelum ini. Saya sebenarnya lebih selesa berhujjah dari melabel mana-mana kumpulan sekalipun. Walaubagaimanapun saya terpaksa berbuat demikian setelah melihat munculnya golongan baru, yang tidak diketahui secara tepat kefahaman mereka berhubung kaedah dan pendekatan perjuangan PAS dalam membawa mesej Islam. Mereka merupakan muka baru yang muncul kebelakangan ini, iaitu pada tahun-tahun akhir 90an dan awal 2000. Tindakan mereka dilihat tersusun dan mengikuti strategi tertentu ke arah mencapai matlamat tertentu.

Matlamat disebalik strategi yang sedang dilaksanakan adalah supaya pendekatan inklusif yang diguna-pakai sekian lama oleh PAS sejak terlaksananya konsep kepimpinan ulama' akan ditukar dengan pendekatan yang lebih syadid dan tertutup. Ke arah tercapainya matlamat ini maka beberapa langkah …

UMNO/BN Mula Mengganas?

Tempoh seminggu dua kebelakangan ini melihat UMNO/BN mula mengganas dengan penggunaan undang-undang untuk bertindak ke atas pihak PR. Setelah beberapa pimpinan PR dikenakan dakwaan atas kesalahan ‘menghasut’ di bawah Akta Hasutan, muncul pula tindakan baru yang turut mengejutkan semua pihak. Tindakan baru yang dimaksudkan adalah menahan anggota PPS di Penang atas kesalahan pertubuhan haram kerana tidak berdaftar di bawah ROS. Dengan itu dengan spontan anggota PPS dianggap oleh polis sebagai anggota kongsi gelap dan pertubuhan bawah tanah!

SANG PENDEKAR LUDAH

WAHAI SANG PENDEKAR LUDAH,
KAU TAK MAMPU BERHUJJAH,
TAPI HANYA PANDAI MELUDAH!
SATU DUNIA TAHU SUDAH,
WAHAI SANG PENDEKAR LUDAH,
YANG PENGECUT, TAK BERMARUAH!

SERANG HENDAP JADI PILIHAN,
BALING BATU, SOROK TANGAN.
BILA RAMAI, ‘GAGAH BERANI’,
BILA SEORANG, LARI SEMBUNYI.
BILA RAMAI, RIUH BERBUNYI,
BILA SEORANG, SUNYI SEPI.

PENDEKAR LUDAH, DI MANA KAMU?
KE DEPAN! ZAHIRKAN DIRIMU.
WAJAH ‘KEBANGGAAN’ BANGSA MELAYU?
KONONNYA MEMBELA NAMA TUANKU,
TAPI HANYA MEMBAWA MALU.
PENDEKAR LUDAH, DI MANA KAMU?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Tidak Setuju PAS Bersama PR, Sila Tinggalkan PAS

Saya telah membuat saranan supaya sekiranya terdapat ahli atau pimpinan PAS yang tidak bersetuju PAS kekal bersama PR dan berusaha untuk menggagalkan usaha memperkukuhkan PR agar samada meninggalkan PAS atau duduk diam sebagai ahli biasa. Saya agak hairan apabila saranan saya itu dibantah, diperlekehkan dan dianggap tidak releven. Ini menggambarkan bahawa mungkin ada ahli dan pimpinan yang bersikap sedemikian. Jika tidak maka sudah pasti tidak akan ada yang bermasalah dengan saranan saya itu. Adakah bagi mereka ini keputusan muktamar dan ucapan dasar Presiden tidak bernilai sama sekali?

Sebelum saya mengemukakan respon kepada ‘hujjah’ mereka, perlu terlebih awal, semua memahami asas saranan saya itu.

MUKTAMAR DAN UCAPAN DASAR PRESIDEN
Tentangan yang saya dapat apabila mengemukakan saranan tersebut mungkin disebabkan kurangnya kefahaman setengah golongan terhadap akhlak berorganisasi. Mungkin ada yang menganggap bahawa keputusan Muktamar dan isi kandungan Ucapan Dasar adalah sesuatu yan…