Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Penjelasan Siasatan Mahkamah Perancis Terhadap Isu Scorpene

Saya telah ke Singapura pada hari Selasa yang lepas untuk menghadiri sesi penerangan berhubung siasatan oleh mahkamah Perancis berhubung pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia. Penerangan ini yang dibuat oleh seorang peguam Perancis sepatutnya dilakukan di Malaysia dan di Parlimen. Malangnya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin, tidak sanggup memberi jaminan bahawa peguam tersebut akan dibenarkan masuk dan TS Speaker Parlimen pula tidak membenarkan penjelasan itu diadakan di Parlimen. Akhirnya, untuk mengelak berulangnya peristiwa yang memalukan Malaysia seperti yang pernah berlaku terhadap peguam William Bourdon pada tahun lepas, di mana beliau dihalang masuk dan dihantar pulang, maka sesi penerangan ini diadakan di Singapura.

Muktamar PAS

Sepertimana yang diketahui umum, muktamar PAS ke-58 telah selamat berjalan dengan lancarnya dari 16 hingga 18 November di PUTIK Kelantan. Tulisan ini bercadang untuk mengemukakan pandangan saya mengenai apa yang telah berlaku di Muktamar tersebut. Saya akan menulis mengenainya dalam dua bahagian. Bahagian pertama pada pagi Jumaat ini akan membincangkan persoalan ‘apa yang ingin dicapai oleh pimpinan melalui muktamar ini’ dan ‘apa yang sebenarnya telah tercapai’ mengikut padangan saya. Dalam Bahagian kedua pula saya akan mengupas beberapa isu yang timbul yang sedikit sebanyak menunjukkan adanya kekeliruan di kalangan ahli berhubung isu tersebut. Muktamar PAS tahun ini amat dinanti-nantikan kerana ianya merupakan Muktamar terakhir sebelum berlakunya PRU ke 13. Ramai yang berharap ianya akan menzahirkan kepada semua ahli PAS satu hala tuju dan cogan-kata khusus bagi memenangkan calon PAS di kawasan-kawasan yang ditandingi mereka. Dan sememangnya inilah yang telah diusahakan oleh pim

Mesej Dari Sahabat di Gaza

Mungkin bagi sebahagian rakyat Malaysia, serangan Israel ke atas Gaza tidak menimbulkan sebarang perasaan kemarahan mahupun kesedihan. Gaza merupakan sebuah tempat yang jauh, tidak pernah dilawati dan tiada siapa pun yang dikenali di sana. Oleh itu sebarang bantahan terhadap kezaliman Israel akan turut sama dibantah tetapi tanpa timbulnya perasaan yang lebih mendalam dan secara peribadi (personal) .

Kisah Benar Penglibatan Nurul Izzah Sebagai Ahli Panel Forum ‘NEGARA ISLAM: VERSI MANA? TANGGUNG JAWAB SIAPA?’

Kesanggupan media UMNO dan para pencacainya memfitnah Nurul Izzah berhubung dengan ucapannya di sebuah forum di Subang Jaya adalah bukti muktamad bahawa UMNO tetap UMNO. Keputusan PRU ke-12 pada 2008 di mana UMNO mengalami prestasi terburuknya tidak mampu mendatangkan perubahan kepada kejelekan keperibadian UMNO sebagai sebuah wadah politik, walaupun sedikit. Fitnah adalah ‘second nature’ kepada UMNO.

Selamat Bermuktamar

Selamat Bermuktamar saya ucapkan kepada seluruh Perwakilan Muktamar PAS ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Putik, Kelantan. Semoga perjuangan dan pengorbanan kita semua diterima Allah sebagai usaha fii sabilillah. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Perbahasan Twitter Dengan Fathul Bari: Kenyataan Karpal Berbanding CSL

Sebelum saya meneruskan ulasan Perbahasan Twitter Dengan Fathul Bari berhubung isu kedua, supaya adil dan tidak bias (pinjam ungkapan Fathul Bari), perlu saya jelaskan bahawa Fathul menafikan beliau membela CSL. Namun penafiannya, bagi saya, tidak menyakinkan sepertimana yang telah saya hujjahkan dalam perbahasan isu pertama. Kedua, ada juga respon yang saya terima menolak dakwaan saya bahawa Fathul akan menyokong siapa sahaja yang menjadi pemerintah asalkan pemimpinnya Melayu. Mereka mengemukakan kes Kelantan dan Kedah sebagai bukti. Walaupun di Kelantan dan Kedah Menteri Besarnya orang Islam, ulama’ pula tu, Fathul tetap menentangnya. Maka dijelaskan mereka bahawa fiqah politiknya tidak semudah itu. Dalam bab ini saya tiada komen. Kita tunggu sahaja penjelasan dari Fathul sendiri.

Perbahasan Twitter Dengan Fathul Bari

Beberapa hari sebelum ini saya telah terlibat dalam satu perbahasan melalui Twitter yang panjang lebar dengan Fathul Bari. Ia pada mulanya berkisar mengenai kenyataan Chua Soi Lek (CSL), Presiden parti MCA berhubung perlaksanaan hudud. Kemudiannya ia telah meleret sehingga melibatkan persoalan PAS dan perjuangannya.

Transkrip Sesi Soal Jawab Nurul Izzah di Forum “Negara Islam: Versi Mana? Tanggung Jawab Siapa?”

TRANSCRIPT Question: "When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the Malays as well? Thanks." Answer: When you ask me, there is no compulsion in religion. Even Dr Farouk quoted that verse in the Quran. How can you ask me, or anyone… How can anyone really say, "Sorry, this only applies to non-Malays". It has to apply equally. [clap] That is the basis. In the Quran, there is no specific term for the Malays. This is how it should be. So I'm tied, of course, you know, to the prevailing views , but I will say that what you want is, of course, is in terms of quality. You believe so strongly in your faith that even me, being schooled in Assunta, with a large cross in the hall, and an active singing Catholic nuns, Catholic society will not deter you. Thank you. ============================================================================

Murtad: Islam Pilihan atau Paksaan [Video]

"Saya yakin bahawa orang Melayu beragama Islam atas dasar pilihan yang dibuat dan inilah mesej yang kita hendak sampaikan bahawa soal agama ini ia tidak ada kena mengena dengan soal keturunan, tidak ada kena mengena dengan soal paksaan. Soal agama ialah soal keyakinan dan kepercayaan dan apa yang harus diusahakan oleh ummat Islam ialah untuk mewujudkan kembali ummat yang berpengang kepada Islam atas dasar keyakinan dan kepercayaan; memilih untuk bersama Islam atas dasar pilihan yang bebas bukan atas dasar paksaan ataupun atas dasar keturunan." Ihsan Malaysiakini -Pejabat YB Khalid Samad-