Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Apabila Melayu Bodohkan Melayu

Saya telah menerima beberapa mesej whatsapp melalui berbagai group whatsapp mengenai isi kandungan buku YB Hanna Yeoh, “Becoming Hanna”. Petikan yang dikemukakan bertujuan untuk membuktikan bahawa YB Hanna dan parti DAP itu sendiri ingin mengkristiankan Malaysia. Professor Melayu yang bernama Kamaruzaman Yusof mendakwa tulisan YB Hanna adalah satu pendedahan agenda DAP sebenar!

“Pilih Antara PAS Atau UMNO”: Pemikiran Politik Ketinggalan Zaman

Saya tersenyum lebar apabila membaca kenyataan Hj Hadi yang meminta rakyat memilih samada untuk bersama UMNO atau PAS demi untuk mengekalkan penguasaan politik Melayu Islam di Malaysia. Saya faham kenyataan beliau bukan bertujuan untuk menyeru rakyat untuk mengundi samada UMNO atau PAS pada pilihan raya akan datang. Sebaliknya ianya merupakan anggapan meleset terhadap realiti politik negara, di mana mengikut anggapan ini, iaitu hanya PAS dan UMNO sahaja mewakili rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam. Oleh itu maka demi mengekalkan penguasaan politik Melayu Islam di Malysia maka rakyat mesti memilih antara gabungan yang dipimpin PAS atau gabungan yang dipimpin UMNO. Dalam erti-kata lain, kerajaan yang dibentuk semestinya samada di bawah pimpinan PAS atau UMNO. Konsep sistem dwi-parti yang sesuai bagi Malaysia, mengikut Hj. Hadi, adalah gabungan parti yang dipimpin UMNO berhadapan dengan gabungan parti yang dipimpin PAS. Kata-kata beliau menggambarkan keadaan pemikiran yang terk

Salam Ramadan