Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Hijrah ke Arah Merealisasikan Perubahan.
KHALID ABD SAMAD

Video: Helo Roket - Selangor Ada HARAPAN?

Eksklusif pada episod Helo Roket kali ini: Eksklusif pada episod Helo Roket kali ini, kami buat julung-julung kalinya menjemput tetamu khas daripada parti seperjuangan, Parti Amanah Negara, iaitu Sdr Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam!

Bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, kedua-dua tetamu khas kali ini akan memberi tumpuan kepada tajuk "Selangor Ada Harapan?"

Sertai kami di program Helo Roket malam ini bermula jam 9.30pm bersama dua orang Ahli Parlimen yang sangat popular ini. Rancangan Helo Roket ini akan disiarkan secara langsung di FB Live dan Ubah.TV!

Kami amat mengalu-alukan soalan daripada para penonton. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mengenali Sdr Tony Pua dan Sdr Khalid Samad dengan lebih dekat!



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Video: Uji YB Khalid Samad

Rancangan Uji YB ini berteraskan komunikasi 2 arah di antara ahli-ahli parlimen pembangkang dan pengundi-pengundi di mana penonton Facebook Live boleh melontarkan soalan-soalan dan berkomunikasi secara langsung bersama ahli-ahli politik mereka.

Sediakan soalan-soalan anda untuk YB Khalid Samad malam ini, YB Khalid Samad akan cuba sebaiknya untuk menjawab semua persoalan yang ditanya jika masa mengalukan.

Saksikanlah video INVOKE Malaysia Uji YB Khalid Samad.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Dana Amanah

Marilah bersama kami

Menentang penzalim yang korupsi yang kleptokrasi.



Mari kita bina semula negara harmoni.
Supaya tiada lagi rakyat tertindas oleh masalah ekonomi.
Tiada lagi tekanan GST.
Tiada lagi harga barang melambung tinggi.

Marilah menyumbang dengan apa yang ada.
Asal negara pulih sejahtera.
Supaya rakyat bahagia dan gembira
Tak kira masa, tenaga, wang dan harta.

Sila KLIK http://sumbangan.amanah.org.my

SUMBANGAN ANDA ADALAH SUMBANGAN DARI RAKYAT KEPADA RAKYAT

KHALID ABD SAMAD

Majlis Korban Parti Amanah Negara Shah Alam

Majlis Korban anjuran Parti Amanah Negara Cawangan Seksyen 18 Shah Alam dan ARiF Shah Alam dengan kerjasama Parti Amanah Negara kawasan Shah Alam tahun 1438H, 2017 Masihi. Sebanyak 21 ekor lembu & 1 ekor kerbau telah selamat dikorbankan. Semoga ibadah korban ini diterima oleh Allah SWT.


Ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat.
KHALID ABD SAMAD

PRU14: Menunggu Kucing Bertanduk atau Harimau Vegetarian?

Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk tidak berunding dengan PAS telah memeranjatkan ramai. Sambil ada yang menyambutnya dengan baik dan menganggapnya satu keputusan yang tepat dan wajar, ada juga yang mempertikaikannya.

Mereka mempertikaikan kebijaksanaan keputusan berkenaan dan hairan ada yang “memilih pertandingan tiga penjuru”. Kehairanan mereka adalah disebabkan hampir semua pengalaman lepas berhubung pertandingan tiga penjuru, kecuali yang melibatkan calon bebas yang bertanding secara bersendirian, telah menghasilkan kemenangan bagi Barisan Nasional (BN).

Memang diakui, pertandingan satu lawan satu hasil dari kesatuan pembangkang, adalah keadaan yang terbaik dan paling ideal yang diinginkan semua. Ini akan menjamin semua undi pro-pembangkang akan diraih oleh calon pembangkang yang bertanding menentang parti pemerintah secara satu lawan satu. Dengan itu kemenangan berada dalam genggaman.

Akan tetapi, kadangkala keadaan sebenar tidak selari dengan kehendak yang idea…