Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

Asas Pemilihan

Menjelang Muktamar PAS yang ke-55 ini, ramai yang tertanya-tanya, atas dasar apa hendak kita memilih? Sekiranya kita terpengaruh dengan mainan media lawan, kita akan menjawab, “atas dasar ulama’ atau profesional”. Media lawan memberi gambaran bahawa adanya persaingan dan persengketaan di antara ulama’ dan profesional dalam PAS. Ini tidak benar! PAS merupakan sebuah parti Islam dan Islam tidak menggalakkan pertembungan di antara kumpulan ilmuan sebegini rupa. Hakikatnya Islam menuntut SEMUA, ulama’, profesional dan seluruh ummatnya bersatu atas perjuangan menegakkan Islam. Yang ingin ulama’ dan profesional berlaga atau dilaga-lagakan telah membantu musuh-musuh Islam. Tidak kira, samada dia ulama’ ataupun professional, samada dia sedar atau pun tidak. Isu sebenarnya bukan isu profesional mencabar ulama’ atau ulama’ mencabar profesional. Isu sebenarnya ialah perbezaan pendapat dan pendekatan . Itulah hakikatnya. Ada yang ingin berdamai dengan UMNO kerana tidak selesa dengan kerjasama d

Video: Sikap Bercelaru SPR Terhadap PRK N12 Penanti

Kanta Media kali ini membincangkan perkembangan terkini situasi di Penanti. Ahli Panel yang dijemput kali ini adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shahrin. Ikuti Bahagian II di TVAntara. Video berkaitan: Benda logik [Tuan Guru Nik Aziz] Video adalah ihsan TVAntara . -Pejabat YB Khalid Samad-

Hari Informasi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 21

YB Khalid Samad telah dijemput untuk merasmikan Hari Informasi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 21, Klang pada 4 April 2009 di perkarangan Surau Bandar Baru Klang. Majlis dirasmikan dengan pelepasan belon dan diakhiri dengan lawatan ketapak pameran yang disertai oleh penduduk tempatan. Pihak kami mengucapkan terima kasih di atas jemputan dan kepada semua yang telah menjayakan majilis tersebut. -Pejabat YB Khalid Samad-

Saya Bertanding

Ada yang menegur saya baru-baru ini. Dia mengatakan soal bertanding ini adalah satu kewajipan apabila telah dicalonkan. Tak perlu nak beristikharah lagi kerana dalam soal ini yang baik adalah jelas. Apabila nama dicadangkan, kata beliau, kita kena tawarkan diri untuk berkhidmat dan relakan diri apabila perkhidmatan dituntut. “Adakah Khalid Al-Walid beristikharah dulu selepas gugurnya Abdullah Ar-Rawahah di Mu’tah dan namanya dicalonkan?”, tegas beliau lagi. Amboi... pandainya berhujjah apabila nak ‘ volunteerkan ’ nama orang lain, terfikir saya! Lagipun, sebenarnya nama aje yang sama, tetapi jauh sekalilah jika hendak dibandingkan diri ini dengan Panglima Islam yang agung itu. Namun saya pernah mendengar hujjah sebegitu pada tahun-tahun 80an dulu lagi dan saya juga bersetuju dengan ketepatannya. Tetapi, tidak pula salah beristikharah kerana kita pun ada masa dan peluang untuk melakukannya. Keadaan sedang bertempur seperti di Mu’tah itu amatlah berbeza sekali. Lagipun, bukankah kita ini

UiTM Sued for Failing to Prevent Attempted Rape

By Neville Spykerman Shah Alam Member of Parliament Khalid Samad said the victim and her family are angry at the ‘couldn’t care less” attitude of the university. He said much more is expected of UITM. “They should have provided her with counselling and support.” he said. The only help given to the victim, who is on leave, is the flexibility to rejoin her course at any time. However the second-year hotel and hospitality management student is unlikely to return. Khalid alleges both the university and police had indicated to the victim she should just drop the complaint. “More needs to be done to step up security because parents are trusting UITM with the safety of their daughters.” More from The Malaysian Insider Related news from The Star and Malaysiakini(BM) *gambar ihsan Malaysiakini -Pejabat YB Khalid Samad-

Di antara Pencalonan dan Calon

Saya, tahun ini, telah menerima 3 pencalonan untuk jawatan Pemeriksa kira-kira dan lebih sedikit pencalonan untuk AJK PAS Pusat. Saya tahu ada yang cukup berminat untuk saya menjadi pemeriksa kira-kira tetapi malangnya saya tak cukup ‘alim dalam bidang kira-kira ini. Saya rasa pencalonan untuk jawatan ini saya tolak dan saya serahkan kepada ulama’ kira-kira sahaja. Dalam soal AJK PAS Pusat, saya merasa agak berbelah bagi. Di antara sebabnya, sekiranya dipilih akan bererti bahawa saya tidak akan lagi berpeluang untuk bersuara semasa dalam Muktamar. Saya melihat AJK PAS Pusat semua duduk diam di atas pentas sambil perwakilan mengemukakan hujjah. Saya pernah menjadi AJK PAS Pusat selama 6 tahun berturut-turut satu ketika dulu dan pengalaman bermuktamar semasa itu bagi saya adalah kurang memberangsangkan. Namun, setelah berbincang dengan beberapa sahabat dan rakan taulan, mereka menasihati saya supaya bertanding. InsyaAllah akan dipertimbangkan dan akan saya lakukan istikharah sewajarnya.

Speaker Letak Jawatan

Speaker House of Commons di United Kingdom, Micheal Martin telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya berkuatkuasa 21 Jun 2009. Ini menjadikan beliau sebagai orang pertama sejak lebih dari 300 tahun Parlimen Britain yang didesak untuk meletakkan jawatan sebagai speker. Beliau juga akan mengosongkan kerusi parlimennya di Glasgow North East yang akan mengakibatkan satu lagi PRK (selepas Penanti). Tuan speaker tersebut telah menerima kritikan yang hangat oleh rakyat Britain dalam pengendalian skandal perbelanjaan ahli parlimen sejak beberapa minggu yang lalu. Langkah beliau ini seharusnya dipuji dan dicontohi (di negara lain ) dalam memelihara kewibawaan serta harga diri seorang pemimpin agar dihormati rakyat. Sumber: BBC -Pejabat YB Khalid Samad-

Keangkuhan Menjatuhkan Golongan Ilmuan

Saya masih ingat lagi satu kuliah yang saya hadiri di sebuah Masjid berhampiran rumah saya ketika saya masih belasan tahun. Ustadz menceritakan kisah Iblis yang dikatakan bernama Azazil . Iblis ini kata ustadz tersebut, bagaikan Tok Guru para malaikat di Syurga. Dialah yang paling berilmu dan paling alim. Namun akhirnya dia ‘jatuh’ kerana dia angkuh. Dia menganggap dirinya lebih mulia dari Nabi Adam (AS) dan enggan sujud kepadanya apabila diperintah Allah untuk bersujud. Allah berfirman “aba was takbara” atau dia “enggan dan takabbur” dan akhirnya jadilah Iblis sebagai kafir. Walaupun bertaraf ‘Tok Guru’, dia masih kecundang. Ilmu ini sememangnya penting. Keutamaan ilmu semua yang berada di dalam PAS menyedari dan mengakuinya. Itulah sebabnya mengapa kita sama-sama adakan Majlis Syura Ulama’. Namun ilmu bukan segala-galanya dan bukanlah juga monopoli golongan tertentu. Ilmu juga tidak menjamin keikhlasan. Berapa ramai yang telah pun menggadaikan ilmu mereka untuk mendapat jawatan, All

Video: Zambry Muka Tak Malu

By SM Noor KUALA NERUS – Menteri Besar (MB) ‘haram’ Barisan Nasional (BN) Perak, Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir sepatutnya merasa malu kerana masih berlagak sebagai MB sedangkan mahkamah telah memutuskan beliau bukanlah Menteri Besar yang sah. “Orang yang tahu malu, dia akan berasa tersangat malu kerana dia telah menjawat jawatan Menteri Besar sejak bulan Februari sudah tiga bulan sedangkan dia tidak ada hak untuk menjawat jawatan itu, sepatutnya dia rasa malu,”kata Haji Khalid Samad ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penerangan di Kampung Kubang Jela disini semalam. Beliau berkata, sebaliknya Zambry telah pergi ke Mahkamah Rayuan dan mendapatkan perintah menangguhkan perlaksanaan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi. “Maknanya keputusan Mahkamah Tinggi diterima (oleh Zambry) tetapi beliau minta tangguh perlaksanaan, itu sahaja, “keputusan yang menyatakan Dato’ Seri Nizar tidak ditolak dan tidak diterbalikkan, tidak ditukar,”tergasnya. Katanya, Zambry kemudian pergi semula ke

PAS MP brushes aside reports of discontent with Khalid

By Asrul Hadi Abdullah Sani KUALA LUMPUR, May 16 — PAS’s Shah Alam MP Khalid Samad today defended Tan Sri Khalid Ibrahim’s administration in Selangor, and criticised his own party’s youth wing for expressing unhappiness with the mentri besar. “I don’t know what Selangor PAS Youth is referring to? What is the discontent about? I do not see it. “I don’t think it was a statement that would be of any value,” he told The Malaysian Insider. PAS Youth had criticised the Selangor mentri besar for not doing enough to address social problems in the state, citing Khalid's dual role of being the MB as well as holding the youth and sports portfolio. The youth wing of the PR party is demanding Khalid relinquish the youth and sports portfolio. It has proposed the post be given to Sijangkang PAS assemblyman Dr Ahmad Yunus Hairi. It has also nominated Batu Caves PKR assemblyman Amirudin Shari for the post but sources close to PKR said this move was made merely as a “political courtesy” when it is c

MB Muka Tak Malu

Ramai yang terkejut dengan apa yang telah berlaku awal minggu ini. Mula-mula DS Nizar diumumkan sebagai Menteri Besar yang sah di Mahkamah Tinggi. Tuan Hakim menyebut bahawa DS Nizar tidak pernah tidak menjadi Menteri Besar semenjak perlantikan beliau pada bulan Mac tahun lepas. Ini bermakna bahawa semenjak Februari tahun ini apabila rompakan kuasa dilakukan oleh BN, DS Zambri merupakan Menteri Besar Haram. Sijil haramnya disahkan oleh mahkamah tinggi! Zambri telah menjawat jawatan MB secara tidak sah, berlagak sebagai MB sedangkan beliau tidak mempunyai apa-apa hak untuk mengisi jawatan tersebut. Sepatutnya Zambri merasa malu dengan keputusan itu dan bersegera untuk meyerahkan balek jawatan yang dia tidak layak memegang itu. Malangnya sesuai dengan gelaran di atas, beliau bertindak untuk menyekat dan menangguh perlaksanaan keputusan mahkamah tersebut dengan mendapatkan ‘ stay order ’ dari mahkamah rayuan. ‘ Stay order ’ ini tidak bermakna bahawa keputusan Mahkamah Tinggi tersebut dito

Video: From 513 to 1Malaysia

Part 1 Part 2 Videos courtesy of NgYueShin (please visit the youtube page for the rest of the speakers that night). Picture courtesy of Wicked! (more pictures and coverage of the event on her blog). Many thanks to all. -Pejabat YB Khalid Samad- p/s: don't miss the one with " hantu tetek " by Dr. Azmi Sharom, its hilarious!

MB Haram Dibenarkan Jalankan Tugas MB Halal [Hanipa Maidin]

Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah? Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :- a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana : (i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak; (ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak; (iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan

Pengumuman: Ceramah Perdana Krisis Politik Perak (Stadium Malawati)

Shah Alam, 11 Mei - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini yang mengesahkan YAB Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin kekal sebagai Menteri Besar di Perak menjadikan seluruh rakyat Perak dan pencinta keadilan di Malaysia bersujud syukur seterusnya memanjatkan pengharapan hanya pada Allah agar situasi genting di Perak ini dapat dipulihkan sepenuhnya, dan Pakatan Rakyat dapat berperanan sebagai kerajaan yang berkhidmat sepenuhnya kepada penduduk negeri tersebut tanpa gangguan. Keputusan mahkamah hari ini juga telah menguraikan pelbagai persoalan pokok berkaitan rampasan kuasa oleh Kerajaan Barisan Nasional tersebut. Mahkamah juga telah menunjukkan pada rakyat betapa khianatnya BN terhadap rakyat Malaysia yang mana mereka telah sewenangnya mengenepikan sistem perundangan dan doktrin pengasingan kuasa yang didaulatkan di dalam Perlembagaan Malaysia. Justeru itu, Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN) Selangor mengambil kesempatan ini untuk memastikan rakyat jelata terutamanya pendu

Pengumuman: From 513 to 1Malaysia

Sempena memperingati ulang tahun ke 40 puluh peristiwa 13 Mei, pejabat YB Lau Weng San (ADUN Kampung Tunku) akan menganjurkan sebuah forum yang bertajuk “From 513 to 1Malaysia – The Future of Malaysian Nation Building”. Tarikh: 13 Mei 2009 (Rabu), 8.00 malam Tempat: Dewan Sivik, MBPJ, Petaling Jaya, Selangor. Speaker pada malam tersebut adalah terdiri daripada: ( kemaskini 12/5 ) YB Nizar Jamaluddin (MB Perak, Bukit Gantang), YB Lim Kit Siang (Ipoh Timur), YB Khalid Samad (Shah Alam), Ragunath Kesavan (Presiden Bar Council Malaysia), Chan Nyan Hoi (Bekas Hakim Mahkamah Rayuan), Dr Azmi bin Sharom (Pensyarah Undang-Undang UM) Tricia Yeoh Su-Wern (Pegawai Penyelidik Pejabat MB Selangor) Y. Bhg Tan Sri Abdullah Ahmad (Bekas Setiausaha Politik Allahyarham Tun Abdul Razak) Semua dijemput hadir. Bagi pihak penganjur program. -Pejabat YB Khalid Samad-

The Case of Indira Gandhi & Rizuan Abdullah

Much has been said about this case. I have been quoted twice. The first quote agrees with the shariah court’s decision, the second does not. Confusion? Most definitely, but not on my part, I hope! Given the intricacies of the case, the confusion is quite understandable. However first I need to clarify, the shariah court’s judgement or decision was never discussed. When I was first quoted saying I agreed, I objected. I was then quoted as having said I disagreed! I objected as it was never specifically discussed or referred to. As such agreement or disagreement was never the issue. Anyway, the problem runs deeper than that. The problem lies in a situation where the two court systems do not talk to one another as though they exist in two different worlds. Problems involving a Muslim and a non-Muslim are then heard separately and two pronouncements are achieved, each then vying for supremacy. Is there a problem for these two institutions to talk to one another and coordinate in the interes

Persoalan Kepimpinan Ulama’

Baru baru ini telah kedengaran pandangan yang menyatakan bahawa kedua-dua jawatan Presiden dan Timbalan Presiden perlu disandang oleh golongan Ulama’. Pandangan ini dikemukakan atas kekhuatiran bahawa sekiranya sebaliknya, maka PAS akan tersasar dari dasar perjuangannya sepertimana telah berlaku terhadap ummat Islam dahulu dengan naiknya Muawwiyyah sebagai Khalifah. Sebenarnya kekhuatiran ini tidak lagi perlu dilayani oleh mana-mana pihak. Ini adalah kerana peranan ulama’ dan kepimpinannya telahpun diinstitusikan di dalam PAS melalui pembentukan Majlis Syura Ulama’ pada tahun akhir 80an. Satu pindaan perlembagaan telah dilakukan dan melaluinya tertubuh Majlis Syura Ulama’ yang berperanan memantau perjalanan parti pada setiap masa. Melalui pindaan ini, boleh dikatakan peranan ‘Eksekutif’ atau perlaksana dan kuasa ‘Judiciary’ atau kehakiman dipisahkan. Ini akan menyebabkan pihak Eksekutif, iaitu Presiden dan saf kepimpinan Pusat, tidak bebas sepenuhnya menentukan apa-apa dasar atau pen

PAS Shah Alam Mencalonkan Gandingan 2H

PAS Kawasan Shah Alam telah mencalonkan pimpinan pusat seperti berikut:- i) Presiden – Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. TGHH telah menerima sokongan penuh dan sebulat suara di mana tiada calon lain telah dicadangkan. ii) Timbalan Presiden – Dato’ Husam Musa. Beberapa nama telah dikemukakan dan setelah dilakukan perbincangan, akhirnya hanya dua nama tinggal iaitu Ust. Nasharuddin Mat Isa dan Dato’ Husam Musa. Proses pengundian telah dilakukan. Dato’ Husam Musa telah muncul sebagai pilihan terbanyak. iii) 3 Naib Presiden – Ust. Ahmad Awang, Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin. Beberapa nama telah dikemukakan dan melalui proses pengundian, 3 nama tersebut telah muncul sebagai yang mendapat undi terbanyak. Di dalam perbahasan yang telah dijalankan, mereka-mereka yang mencadangkan seseorang calon dan mendapat sokongan telah dibenarkan membentang hujjahnya mengapa calon yang dicadangkan perlu disokong. Setelah mendengar hujjah, proses pengundian dijalankan melal