Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam , saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.
Comments
Cuba teliti statement TGNA dalam sidang media 4.42 minit ni , dengar elok2. Saat ke 45 hingga minit 1:37; TGNA sokong Husam Musa sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru!. Insyaallah ia akan menjadi kenyataan. PAS milik semua.
Org buat program nak sambut 25 tahun kepimpinan ulama, dia dok cerita pasal Dewan Ulama.
kesian tengok TGNA dah semakin uzur...
aku juga sedih bila banyak kes2 buang anak
aku juga sedih pasal crime rate tinggi
aku juga sedih sebab berbillion skandal kat PKFZ
aku juga sedih sebab rasuah dah jadi makanan ruji dalam perkhidmatan awam
aku juga sedih sebab tiada kepimpinan ulama dalam UMNO
aku juga sedih sebab tiada majlis syura dalam UMNO
aku masih sedih tapi nak wat camne aku masih ahli umno..