Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Peta Lokasi Berhubung Kuil Seksyen 19

Memandangkan persoalan kuil Seksyen 19 yang ingin dipindahkan telah menjadi isu Nasional, saya sertakan di sini peta-peta yang menunjukkan kedudukan lokasi-lokasi yang relevan berhubung persoalan ini. Oleh yang demikian, tuan-tuan boleh menilai sendiri samada tapak cadangan di Seksyen 23 adalah wajar atau sebaliknya.

[PETA 1 - Seksyen 19,20,22 dan 23]

Peta pertama menunjukkan kedudukan Seksyen 19, 20, 22 dan 23 serta kedudukan kuil di Seksyen 19, tapak cadangankan asal oleh BN di Seksyen 22 dan tapak yang dicadangkan di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa Seksyen 22 merupakan kawasan Industri berat (berwarna gelap) tanpa adanya rumah berhampiran sepertimana peta yang kedua. Dakwaan Seksyen 22 adalah kawasan majoriti masyarakat India adalah dakwaan palsu.

[PETA 2 - Seksyen 22]

Peta ketiga menunjukkan ‘close-up’ Seksyen 19 dan bagaimana Kuil berkenaan dikelilingi rumah. Jarak di antara rumah terdekat dan Kuil adalah lebih kurang 20 kaki iaitu selebar jalan.

[PETA 3 - Seksyen 19]


View La…

Kepala Lembu PAS?

Saya diberitahu ada pihak yang menyatakan bahawa Ibrahim dan Mahyudin, dua watak utama demo kepala lembu tempohari telah mengaku diri mereka sebagai ahli/penyokong PAS. Oleh itu ada yang bertanya kepada saya samada ianya benar.

Maka saya pun menjawab, “biasalah, pada masa ini siapa sanggup mengaku dirinya ahli UMNO?”

Saya berikan contoh seperti penyokong Manchester United. Kalau datang ke Malaysia dan dibelasah teruk hingga 7 – 0, semua penyokong MU Malaysia tidak akan mengaku menyokong (kecualilah MU tok tok) dan akan mengaku dirinya penyokong setia pasukan bola sepak Malaysia! Betul tak?

Maaf ya penyokong MU, sekadar contoh sahaja... Tapi dengar-dengar khabar mereka menang semalam.

Maka jika kita kembali kepada kisah mereka berdua ini, jika benar mereka ini ahli PAS, maka wajar mereka ini disingkirkan atas sebab tindakan mereka yang BERCANGGAH dengan ajaran Islam. Tindakan mereka menjatuhkan imej Islam yang tidak selari dengan prinsip parti Islam.

Tetapi saya yakin mereka BUKAN ahli PAS.…

1Malaysia Video: Residents March With Cow's Head

Some 50 residents enraged with the proposed relocation of a Hindu temple to their area staged a noisy protest with a severed cow's head this afternoon. The residents - from Section 23 in Shah Alam - who gathered after the Friday prayers, placed the head outside the gates of the state secretariat building for a short period before removing it. "Where is Xavier? This head is for him," shouted one of the protesters in reference to Selangor executive councillor Dr Xavier Jeyakumar.

Video news courtesy of Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-

UMNO Perlu Basuh Dinding Yang Diconteng

SHAH ALAM – “Kalau UMNO tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng,” demikian kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang mengecam tindakan pihak yang menconteng dinding dan saluran paip dengan perkataan ‘Khalid Rodziah Pengkhianat Bangsa’ di sekitar kawasan pejabat Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail di Seksyen 23, semalam.

Menurut beliau, ini menunjukkan sikap yang tidak menghormati undang-undang, menghormati hak orang lain malah perbuatan tersebut menzahirkan kebodohan serta keburukan keperibadian pemimpin UMNO di bahagian Shah Alam.

Kata Khalid, beliau percaya UMNO adalah dalang utama dalam kegiatan ini walaupun ada juga orang Pas yang terbabit kerana diapi-apikan UMNO.

“Walaupun mereka (UMNO) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik UMNO.

“Kalau mereka memahami soal undang-undang, sistem demokrasi dan sebagainya mereka tidak akan bertindak sedemikian. Saya juga meminta MBSA dan PKNS biarkan sahaja tulisan itu di situ keran…

Antara Aedes dan Arak [TGHH]

Oleh: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan …

Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir – Hendak ke Mana BN?

Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir kini telah pun diketahui semua. Ianya sedang dijaja sebagai ‘kemenangan’ bagi BN kerana mengikut mereka, majoriti kemenangan PR berjaya dikurangkan. Itu buat sedap cakap sahaja, tetapi saya pasti mereka sudah ‘mati kutu’ menangani kebuntuan sokongan rakyat terhadap PR.

Saya telah berada di Permatang Pasir untuk penamaan calon dan semenjak mula puasa sehingga hari pengundian. Saya telah melihat betapa bersungguhnya BN dalam usaha mereka untuk merampas kembali kerusi DUN Permatang Pasir. Menteri dan Timbalan Menteri turun bertalu-talu dengan out-riders mereka, ke sana dan ke sini. Hampir setiap tempat kelihatan markas mereka. Hampir semua masjid kelihatan khemah-khemah buka puasa tajaan ‛Kementerian’ mereka. Ada yang mampu sehingga menjadi imam dan memberi tazkirah. Mereka bercakap mengenai perpaduan Melayu dan ummat Islam. Mereka memberi ‛sumbangan’ dan ‛sedekah’ jariah sempena Ramadhan. Mereka cuba menzahirkan wajah BN yang sebaik mungkin.

Ke…

Sedih Jika ada Konspirasi PAS Selangor

Oleh: Jimadie Shah Othman & Rahmah Ghazali (Malaysiakini)

Menyedihkan jika benar wujud konspirasi dalam PAS bagi menyingkirkan wakil-wakil rakyatnya yang pro-Pakatan Rakyat di Selangor, kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Kalau betul, saya sedih. Kita harus ada (semangat) silaturrahim dengan mengetepikan perbezaan," katanya.

Beliau diminta mengulas usaha terancang bagi memastikan beberapa wakil rakyat PAS – termasuk dirinya – supaya tidak dicalonkan semula dalam pilihan raya umum akan datang kerana dianggap tidak sehaluan dengan Datuk Dr Hasan Ali, pesuruhjaya PAS negeri.

Menurut blog Malaysia Waves, ADUN dan ahli parlimen yang bakal disingkirkan termasuklah Saari Sungib (Hulu Kelang), Dr Halimah Ali (Selat Kelang) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Khalid dan Saari masing-masing dipecat daripada timbalan pesuruhjaya II dan ketua penerangan PAS negeri hujung tahun lalu akibat berbeza pandangan dengan Dr Hasan, juga exco hal-ehwal Islam Selangor.

Dihubungi Malays…

Perayaan Phor Thor Sekyen 24 Dipindah Ke Kawasan Lebih Sesuai

Masalah perayaan Phor Thor yang diraikan di kawasan penduduk Blok 19,20,21 Flat PKNS, Seksyen 24 kini telah diselesaikan dengan memindahkan lokasi ke kawasan tanah lapang berhadapan kilang Cadbury.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Perayaan Phor Thor yang dirayakan selama 3 hari setiap tahun mengikut kalender Luna pada asalnya dilakukan di kawasan perumahan Blok 19,20,21, Seksyen 24 dan telah menganggu ketenteraman penduduk dikawasan tersebut.

Katanya, masalah yang dihadapi sejak 13 tahun lalu diselesaikan dengan cara berhemah dengan berbincang dan mendapat satu jalan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua pihak.

“Inilah apa yang kita capai untuk tahun ini, satu penyelesaian dimana tapak untuk menyambut perayaan perayaan phot thor itu di mana persatuan Phor Thor setuju dan penduduk di Blok PKNS pun seronok kerana mereka tidak lagi terpaksa berhadapan, sekarang ini dapat kita selesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Pas Parlimen Shah Alam, …

Ramadhan Kareem

Saya ingin mengucapkan "Ramadhan Kareem" kepada semua dan selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga kita mendapat Rahmat serta pengampunan Illahi di bulan yang penuh berkat ini. Semoga perjuangan kita untuk menundukkan hawa nafsu dan meningkatkan tahap keimanan ke peringkat Taqwa akan mencapai kejayaan.

KHALID SAMAD
Ramadhan 1430

Respon Pengunjung: Persoalan Kuil Seksyen 23

Terima kasih diucapkan atas komen-komen yang terima, termasuk yang menolak dan mempertikaikan tulisan saya. Isu yang dibincang memang ‛sensitif’, kerana dijadikan sensitif. Lebih-lebih lagi bila ada tukang perhangat. Namun perbincangan rasional perlu untuk menyelesaikan masalah yang diwarisi.

[Update 21/8/09 Peta Seksyen 23 Shah Alam, ihsan anak_perelih]

Ada beberapa point yang perlu saya respon dan jelaskan di sini seperti berikut:-

1. Public Hearing / Pertemuan dengan penduduk
Seperti yang dijelaskan, pertemuan dengan penduduk akan diadakan. Status isu ini buat masa ini masih merupakan cadangan. Namun cadangan ini merupakan cadangan yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk dikemukakan. Ini adalah seperti yang saya jelaskan kepada penduduk di Surau Seksyen 23 beberapa bulan dahulu. Ya, saya pernah berjumpa dengan mereka. Pada masa itu cadangan lokasi baru hendak disampaikan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan. Saya telah nyatakan bahawa sekiranya ianya diluluskan, maka saya akan berte…

Pengumuman: Ceramah Kisah-Kisah Rahsia

Semua dijemput hadir, Beritahu semua orang!! jangan dirahsiakan.
Bagi pihak penganjur program.
-Pejabat YB Khalid Samad-

DAP Berkuasa Sepenuhnya Di Selangor?

Apabila berlakunya peristiwa berhubung pengawalan penjualan arak di Selangor, yang bermula di Shah Alam, tiba-tiba UMNO/BN cuba menonjolkan diri mereka sebagai juara Islam! Pelik bin Ajaib, bukankah mereka yang memerintah selama 52 tahun sebelum naiknya PR? Mungkin mereka terlupa. Melayu UMNO sememangnya mudah lupa.

Semasa BN memerintah, penduduk Seksyen 8 Shah Alam sudah pun meminta supaya kedai 7-Eleven di tempat mereka tidak menjual minuman keras. Jawapan UMNO ialah menguncikan Surau Seksyen 8 kerana penduduk Seksyen 8 dianggap ‘melampau’. Walaupun hubungan kedua peristiwa ini tidaklah begitu ‘direct’, tetapi lebih kurang begitulah ceritanya. Kisah ini pun mungkin mereka lupa kerana Melayu UMNO mudah lupa.

Sekarang UMNO yang sama ini ingin mengherdik DAP dan memomokkan rakyat dengan ‘ancaman’ kekuasaan DAP. Ada yang sampai berkata, “tunggulah apabila DAP berkuasa sepenuhnya, mereka akan tunjuk belang mereka dan menindas ummat Islam!” Hmmm, setahu saya, UMNO/BN yang menindas ummat Isl…

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan…

Respon Kepada Pengunjung Ogos

Harap maaf kerana tidak menulis respon lebih awal. Tetapi sememangnya, semenjak balik dari Kelate, program datang berturut-turut. Mungkin tuan-tuan sendiri telah dapat bersama mengikuti sebahagian daripadanya, tetapi bagi yang tidak, saya senaraikan secara ringkas aktiviti saya beberapa hari kebelakang ini.

Saya sertakan kegiatan saya seperti di atas bukannya apa, tetapi kerana ada juga yang bertanya kemana perginya, lama senyap dan tidak memberikan sebarang respon kepada apa yang berlaku, terutamanya apa yang berlaku di Shah Alam. Saya hanya mampu memohon maaf kepada para pengunjung kerana tidak sempat menulis. Walaubagaimanapun kali ini saya hanya akan sentuh dalam bentuk isu yang telah dibangkitkan dan tidak dapat menjawab komen/pertanyaan tuan-tuan satu persatu.

1.Isu Kawalan Jualan Arak di Shah Alam
Ada pihak yang bertanya pendirian saya. Eh, macam tak baca pula bahawa ianya bermula di Shah Alam. Hanya kaedah kami di Shah Alam membawa pendekatan yang berbeza. Kami mulakan dari bawa…

Laporan Polis Menafikan Tuduhan dan Penipuan Yang Tidak Berasas [Loke Siew Fook]

YB Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Rasah) telah mengemukakan satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi menafikan segala tuduhan dan penipuan yang tidak berasas yang telah tersebar di beberapa laman blog dan SMS yang menyatakan bahawa beliau telah menghina Islam dan DYMM Sultan Perak.

Beliau ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa DAPSY mahupun beliau sendiri pernah membuat kenyataan yang menghina Islam ataupun institusi DiRaja. Perkara tersebut merupakan satu penipuan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab yang cuba menjejaskan imej DAP dengan menggambarkan DAP sebagai anti-Islam dan anti-Melayu. YB Loke yang ditemani oleh ADUN Teratai Jenice Lee, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan beberapa orang penyokong telah hadir di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sekitar jam 2 petang tadi bagi membuat laporan.

Berikut merupakan laporan polis beliau:
-Pejabat YB Khalid Samad-

LAMPIRAN LAPORAN POLIS

Saya datang ke Balai Polis IPD Dang Wangi pada hari ini 10 Ogos 2009 untuk membuat sa…

Video: Melaka diminta Contohi Selangor

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad membidas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang mencabar PAS Selangor supaya keluar Pakatan Rakyat (PR) jika benar parti itu memperjuangkan Islam.

Menurut Khalid, tidak ada sebab PAS untuk keluar dari PR dan cabaran yang dibuat Ali Rustam tidak kena pada tempatnya.

Malah, Melaka patut contohi segala usaha Selangor yang hendak meningkatkan kesedaran dikalnngan masyarakat berhubung keburukan dan kerosakan yang berlaku hasil daripada budaya minuman keras.



“Cabaran Ali yang dulunya pernah dihalang dam pemilihan Umno kerana didapati bersalah diatas rasuah politik supaya cermin dirinya terlebih dahulu sebelum memberi komen.

“Dan kalau Umno suruh kita keluar supaya kita bersatu dengan dia, saya rujuk kata-kata Tok Guru Nik Aziz ‘jangan jadi Majnun gilakan Laila,” kata Khalid yang juga YDP PAS Shah Alam.

Usaha Kerajaan Negeri mendapat sambutan positif kerana akan menguatkuasa peraturan berhubung penjualan arak.

Berita ihsan Jiwokelate, Video ihsa…

Pendapat: Fight Against Alcohol and Gambling

We received a couple of emails regarding the call to ban alcohol sales in certain quarters in Selangor and we would like to know what you think. InsyaAllah YB Khalid Samad will write on this issue as soon as he fully recovers from the recent "Kembara Royalti" trip.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Email 1
Thank you very much for your e-mail and also your effort to post my comments. I am very interested to see what other people think of my comment (good and bad) and actually tried to do so by going to YB Khalid's web site but can't find it. As you must have realize by now, i am not so tech savvy after all and would most appreciate it if you could assist me on how to do it. My thanks in advance.

On another matter, if the recent reports in the papers are dependable, the Chief of Selangor PAS Dr. Hassan had openly called for the removal of YB Liu on the beer matter, which i personally opine is most regrettable in 2 point of view ;

1) In a plural society like ours, there must be some…

Kembara Royalti: Misi ke Pelantar Cakerawala

Misi kembara ke pelantar Cakerawala – JDA Malaysia dan Thailand bermula pada malam 3 Ogos dari Subang dengan menaiki penerbangan bersama sahabat berlepas ke Kota Baru. Penerbangan tergendala sebentar di Subang dan kami hanya berlepas pada jam 9.55 malam, tiba di Kota Baru jam 10.55 malam. Kami terus dibawa ke tempat ceramah di Tumpat yang telah diatur bersama dengan saudara YB Dato’ Mahfuz Omar, YB Sallahuddin Ayub dan YB Dato’ Kamaruddin Jaafar dalam majlis tersebut.

Walaubagaimanapun, tidak sempat berceramah bersama kerana apabila sampai penceramah terakhir, YB Sallahuddin sedang menggulung. Bila kami tiba jam sudah pun pukul 11.30 malam.

Kami kemudiannya telah dibawa ke tempat penginapan, Sri Tujuh tidak jauh dari situ. Makan terlebih dahulu kerana tidak sempat makan sebelum itu. Apabila tidur, jam sudah pun pukul 2 pagi 4 Ogos. Esok paginya bagun sekitar jam 6, solat Subuh dan sempat ‘curi’ sejam lagi selepas itu kerana terlalu penat.

Jam 9 pagi, kami mula bertolak ke tapak pelancara…

MBSA Lebih Awal Putus Arak Tidak Boleh Dijual Secara Terbuka

Oleh: Saidah Hairan (HarakahDaily)

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) - Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) telah memutuskan arak tidak boleh dijual di semua kedai biasa termasuk 7-eleven dan kedai runcit serta mana-mana kedai yang mudah dimasuki orang awam.

Demikian penjelasan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung larangan penjualan arak khususnya di kawasan majoriti penduduk Melayu yang telah diputuskan dalam mesyuarat penuh MBSA pada bulan Ogos 2008.

Beliau berkata, Majlis Perbandaraan Klang (MPK) mahu membuat perkara yang sama tetapi disebabkan ada bantahan akhirnya perkara itu dirujuk kepada exco.

"Dalam mesyuarat exco yang dipengerusikan YB Ronnie Liu isu tersebut disimpan untuk perhatian (KIV) kerana pihak kerajaan negeri mahu membuat dasar dahulu," jelasnya.

Bagaimanapun kata beliau, perkara itu dimaklumkan melalui media tetapi tidak kepada pihak MBSA dan menganggap mereka tidak terikat dengan keputusan tersebut.

Disebabkan permintaan daripada penduduk maka pihak MBSA t…