Skip to main content

Antara Aedes dan Arak [TGHH]

Oleh: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sumber: Malaysiakini

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

armouris said…
info tentang minum arak kat sini - Penyalahgunaan Arak
S.L. Chan said…
Tuan Hadi gave a reasonable commment that drinking of alcohol is forbidden among Muslims which we all know and respect.

However he also made a wise remark that we should not rush into things especially in meting out punishments.
I strongly suggest that he gives the same advise to people such as Dr Hassan and also his Youth Chief.

Dr. Hassan is of course well known for being the poster boy of "PAS IS NOT FOR ALL" and PAS Youth is well known for banning concerts.

A lot of people argue in Dr. Hassan's case his call would only affect Muslims and non-Muslims can always go a bit further to get their alcohol. Because of his acttions, 7 Eleven has withdraw the sale of alcohol in THE WHOLE OF SELANGOR, Muslims area or not.

In the case of PAS Youth, their stupidity is in plain sight to see as they wants all form of concerts to be ban. This holy month is just an excuse as other concerts which is not held in the holy month, they also wants it banned.

In this 2 latest examples, we can see the implication. These people and their like choose not to see that we live in a multi racial society and while there may be groups that may not consume alcohol or attend concerts, there are others who do and they wish to must be respected just as how non-muslims respects the believes and rights of non-muslims.

Their hasty actions and tunnel visions had surely cause Pakatan and PAS to lose support which was a shame as PAS was moving forward.

Maybe Tuan Hadi can enlighten us why people such as them must take such extreme measures just to stay relevant in PAS? Is this what PAS is all about after all? Tuan Hadi has to make a stand, is PAS For ALL or PAS IS JUST ABOUT US?
Anonymous said…
I am non muslim and I say "Go ahead and sebat". If Islamic laws say 'sebat', then sebat. But pls be consistent with application of law. The syariah court cannot 'sebat' commoner but let all the rich people off.

Google Malaysian law minister womaniser and see who drank beer. Pls 'sebat' him too. Also, pls cut off the hands and penis of many ministers and ex chief ministers too for stealing and adultery.
ajip said…
YB



selepas ini BN akan serang PAS dengan menganjurkan lebih banyak lagi konsert di Malaysia

http://chunwai08.********.com/2009/08/black-eyed-peas-concert-only-for-non.html

percayalah, kalau PAS masuk dalam perangkap ini, kemungkinan perubahan pada PRU ke 13 tidak akan berlaku

harap dato dapat buat sesuatu
Anonymous said…
Saya adalah penyokong Pas tetapi saya bukan muslim. Saya setuju sepenuhnya muslim tak boleh minum arak. Tetapi arak sendiri tidak bersalah, yang bersalah adalah orang muslim yang minum arak.
Maka saya sokong sebat, tetapi tidak sokong kurungkan arak.

Saya juga berpendapat arak bukan punca utama orang mabuk, tetapi perangai peminum itu yang menyebabkan dia mabuk. Jadi jangan salahkan arak! salahkan manusia.
Anonymous said…
Nyamuk aedes gigit tanpa kebenaran, arak tak masuk badan kalau badan tak izinkan. Maka mana boleh samakan aedes dengan arak.

Haramkan arak adalah satu antara cara-cara. Dalam dunia ini semua benda ada, baik ataupun buruk, kita hidup sekali. Virus H1N1 pun kita duduk sekali, itu cabaran hidup. Kalau anak-ank kita dapat bezakan yang betul dan salah bukan itu lebih besar rahmat daripada mengasingkan yang salah daripada mereka.

Untuk melindungi anak kita daripada lemas air. Kita boleh pilih; 1)Asingkan mereka daripada tasik, laut dan sungai atau 2) Biarlah mereka bergaul dengan air, ajarlah mereka berenang.

Mahluk hidup ada nafsu, kurang mungkin kita boleh halang pengodaan nafsu tetapi kita harus mengajar anak-ank mengurus nafsu. Mengasingkan mereka daripada pengodaan nafsu, tanpa pengajaran yang betul akan melemahkan mereka membezakan baik daripada buruk.

Alasan arak tak baik untuk kesihatan bukan point disini. Rokok pun bukannya baik untuk kesihatan tapi ramai juga yang merokok.

Arak tak bersalah, jangan kurungkan arak.
Anonymous said…
Kalau beer dan arak adalah haram,kita jangan makan roti,sebab beer tu adalah liquid roti.:-).

Yb,
Pas President bercakap pasal "harga diri" di Permatang Pasir.Sekarang sy mulai faham,kenapa berlakunya rundingan dgn UMNO.TGHH dihormati oleh semua orang,termasuk org bukan melayu.Sy berharap,PAS dapat menawan semula Terengganu,and redeems his self esteem.
ylwong said…
Beer dan arak tu haram sebab ia memabukkan. Roti tu tak haram sebab tidak memabukkan. Faham tak, anon?

Saya setuju dengan ungkapan saudara anon: "Nyamuk aedes gigit tanpa kebenaran, arak tak masuk badan kalau badan tak izinkan." Boleh dijadikan pepatah Melayu moden!
Anonymous said…
Orang cina taroh rice wine dlm maskan nasi goreng,lepas makan tak mabuk pun?Banyak hidangan eropah dimasak dgn wine,lepas makan tak mabok pun?if we count all the "harams" and "halal" of every religion,the total figure will reveal that ALMOST EVERYTHING IS HARAM.Btw,muslims are not suppose to eat kerangs,right?
Anonymous said…
Air nipah nirah haram or halal?Cough mixture also makes a person "tipsy",groggy,so must we ban that too?Let's be honest for once.The arak issue has a hidden agenda and we are aware of it.Btw,our Gov has approved warga asing from Pakistan..umm..I wonder why this time,it's only Pakistan..
YB Saudara Khalid,

Komen saya bukan terhadap hukum sebat atas Kartini, tetapi terhadap isu alkohol.
Alkohol adalah salah satu ketagihan yang boleh membawa sengsara kepada masyarakat. Saya sekarang berada di UK, disini ada banyak larangan terhadap pembelian, penjualan & meminum alkohol.
Di England, Majlis Perundang/Perbadaran tempatan menguruskan hal hal jualan alkohol mengikut peraturan .

1. Penjualan alkohol termasuk bir mesti mepunyai lesen. DiMalaysia penjualan bir tidak memerlukan lesen.

2. Penjualan/Pembelian alkohol kepada mereka yang berumur 21 tahun dibawah dilarang melalui undang undang berkanun. Di Malaysia bir boleh dibeli oleh kanak kanak sekolah.

3. Penjualan alkohol adalah ditentukan oleh tempoh masa.Di Malaysia bila bila pun boleh jual/beli.

4. Alkohol tidah boleh dijual/beli dikawasan perumahan/sekolah/tempat awam.Di Malaysia kat kanteen sekolah pun boleh.

5. Alkohol tidak boleh diminum dikebanyakan tempat awam.Tindakan undang undang boleh dikenakan atau dihalau daripada tempat awam.

Kalau negara bukan Islam boleh membuat peraturan jual/beli/meminum alkohol, kenapa tidak Malaysia yang menjadi Islam agama persekutuan.
abolove said…
Yes that's the way you do it mate. Rotan the pussy the way you like it. Of course alcohol rates poorly when you weigh against its benefit but you see my friend, repentance should be from the heart. Dont stop the booz just bcoz of the cane. That's even worse because you repent due to the cane and not God. So carry on until you develop some liver disease or because your heart said so.

I am begining to be suspect of this man Hassan. What is he doing? He can't even control the Malay youth and daughter raping menace he now wants to prohibit the sale of alcohol. In addition he wants to prohibit concerts etc. Apa ni Hassan? Buatlah petition to local stations to stop all that singing competition crap yang buat budak-budak Islam tak sembahyang.If you want to do something do it good but forewarn the public. Nak rotan orang tapi prosedur pun tak ada. So you meludah ke langit kena muka sendirilah. In a related scenario, why dont you tasked your people to shut all the breweries in selangor?State pun collect revenue sana kan?

Pasal gopoh dah datang banyak implication. Non muslims bertambah keliru dengan agama Islam. Depa kata keras dan kejam. Amiklah approach yang halus tuan. Kalau negara ni 100 % muslim kita boleh implement syariah tapi in reality kita tak ada dan tak akan ada common race. Kita berbilang kaum so kena saksamalah. Tak ada ibu bapa yang kata arak itu baik walau apa agama pun so bagilah penerangan luas-luas. Naik kan cukai arak 1000% baru tangkap. La ni banyak sangat grey area dan loop hole sampai orang keliru.

Undi selangor bukan Melayu saja. Dah dapat buatlah baik-baik dan seadilnya.
Anonymous said…
Actually....the Islamic law implementation in Malaysia umpama hidup segan mati tak mau. Ada dua sistem itu yang datang keliru. Satu common law satu islamic law. Bila kena tangkap basah ngan orang bukan islam yang islam kantoi tapi yang bukan islam pakai kasut jalan keluar. So jangan tangkaplah. Kalau nak yang sahih kena ada empat saksi. Yang empat tu apa dia buat kat situ?

Pas tu badan-badan macam jais, jaip sume tu buat kije secara selective. VIP dia tak tangkap. Kalau tangkap pun dia bebaskan. So jawablah nanti di akhirat.

Di Malaysia ni apa actually dia orang nak buat? Nak implement Islamic law? Undang-undang tu memang bagus tapi bagilah kefahaman dulu. Orang non-muslim kena faham betul-betul baru implement.

Hassan Ali ni nak buat apa? Nak tangkap orang Islam minum arak? Kalau nak buat so buatlah betul-betul redah rumah awam dan tangkap saudagar-saudagar menjual arak termasuk pengurusan Malaysia Airports kerana memberi lesen menjual arak di lapangan terbang. Kan sepang tu dalam Selangor.

Kalau belum sedia jangan buat. Kes di Pahang dah jadi kalut. Lepas kompaun RM5,000 kena rotan lagi. sekarang pesalah mintak dirotan tapi tak boleh rotan. Undang-undang Islam jadi malu lagi pilu. Bagilah kaunseling pas tu amaran. suruh taubat ikhlas-ikhlas. Tapi sudah kompaun beri rotan lagi. Malulah non-muslim semua perlekeh.

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…