Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2016

AMANAH Ulangi Pendirian Tak Berbangkit Isu Penggabungan Parti

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengulangi lagi pendirian parti itu bahawa isu penggabungan Amanah dengan PKR tidak berbangkit sama sekali pada masa ini. Tegasnya dalam satu kenyataan, beliau berkata, Amanah tampil bagi mengisi posisi serta melanjutkan perjuangan lslam yang mengambil pendekatan inklusif dan progresif untuk bersama mensejahterakan rakyat dan dalam rangka kebangunan semula negara (nation-rebuilding). Bersama-sama rakan-rakan Keadilan dan DAP tegas beliau, Amanah menubuhkan Pakatan Harapan (PH). “Sekarang ini dengan kehadiran Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama PH telah menjadikan peranan Amanah dan semua parti-parti dalam PH dan PPBM semakin penting dalam usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional,” tegas beliau. Bagaimanapun, Salahudin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan sejawatnya, Timbalan Presiden PKR, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang melahirkan pandangan mengenai idea perlunya pergabungan antara Amanah dengan PKR.