Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Video: Jemputan BERSIH 4

Semua dijemput hadir BERSIH 4 -Pejabat YB Khalid Samad-

Gerakan Harapan Baru: Politik Islam Progresif [Video]

Video ihsan Astro Awani -Pejabat YB Khalid Samad-

Respon Kepada Kenyataan UMNO Shah Alam

Baru-baru ini dalam ucapan dasar Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam, Ketua Bahagian UMNO Shah Alam menggesa supaya saya ‘dinyahkan’ dari bumi Shah Alam. Saya ucapkan terima kasih kepada UMNO Shah Alam kerana begitu berminat memberikan tumpuan kepada diri saya ini. Namun, UMNO Shah Alam perlu sedar diri sendiri. Shah Alam bukan milik UMNO Shah Alam untuk “mennyahkan” sesiapa jua dari “bumi Shah Alam” ini. Kedua, adalah lebih baik untuk imej UMNO jika ditumpukan usaha dan kudrat untuk mennyahkan penerima derma RM 2.6 Billion dari UMNO, daripada cuba mennyahkan diri saya. “Yang kencingkan 3 juta ahli UMNO setiap hari” seperti yang dikatakan salah seorang wanita UMNO Langkawi adalah masalah utama UMNO, bukan saya.

Kes Mahkamah TSKI dan Keanehan Politik Malaysia

Baru-baru ini kes saman TSKI terhadap Saifuddin Nasution dan PKR hendak dibicarakan. DSAI disapina sebagai salah seorang saksi pembelaan. Apabila DSAI tiba dia telah berjaya memujuk kedua-dua pihak untuk menyelesaikan kes berkenaan dengan saling bermaafan. Melalui itu, ianya diharap kes berkenaan dapat diselesaikan dengan baik, isu berhubungnya tutup, selesai dan kedua-dua pihak boleh memberikan tumpuan kepada masalah semasa, bukan masalah yang telah berlalu. Namun, ini Malaysia , di mana segala kemungkinan boleh berlaku. Tindakan bermaaf-maafan yang seharusnya bermakna ‘seri-seri’, diperlihatkan sebagai kemenangan besar bagi pihak TSKI. Seterusnya diketengahkan pula dakwaan betapa ‘ketepatan’ pendirian TGHH terbukti semasa krisis MB berlaku dahulu. Oleh itu matlamat bermaafan itu tidak tercapai, malahan menjadi lagi parah apabila ianya dijaja dan dipolitikkan sebagai isu untuk kepentingan pihak berkenaan. Inilah dunia politik Malaysia, di mana bermaafan boleh dijadikan peluru per

Video: People Have The Right To Hire & Fire The Government

Video courtesy of Media Rakyat -The Office of MP for Shah Alam-

Political Funding Reform Pointless, BN Disrespects Democratic Principles

Speakers at a forum last night listed down reasons why Putrajaya's attempts at political funding reform will not be effective, and these lie in the fact that the ruling Barisan Nasional (BN) lacks certain basic democratic ideals. A big set back is the practice of patronage which drive politicians to seek money at the risk of compromising principles, said PKR's Kelana Jaya MP Wong Chen. Other examples of BN's lack of respect for democracy included discrimination in the disbursal of federal funds for opposition-held constituencies and use of government machinery during election campaigns, said PAS's Shah Alam MP Khalid Samad. Both were speakers at a forum titled, “Political Funding or Corruption: The RM2.6 billion Question” in Petaling Jaya last night, as the government starts work on a political funding reform plan following a fund transfer scandal that involved Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. Khalid, of PAS, said the clearest signs of how the BN does not

Public Forum: Political funding or corruption? – The RM 2.6 billion question [17 August 2015, PJ]

Date : 17 August 2015 Time : 8.30 pm Venue : Ilmu Hall, PJ Community Hall Speakers: YB Wong Chen, YB Khalid Samad, Cynthia Gabriel (C4), Wan Saiful Wan Jan (IDEAS), Maria Chin Abdullah (BERSIH) and Syed Ibrahim Syed Noh The scandal regarding the RM 2.6 billion in PM Najib Razak’s account has caused massive uproar among Malaysians. The way the government has handled this news especially with the sudden dismissal of the Attorney General and the Deputy Prime Minister, trust in the government is at an all time low. When the MACC stated that the money is from an anonymous donor, new questions were raised. Why did it take so long to emerge since the allegations were first made on July 2nd 2015. On behalf of the organizer -The Office of MP for Shah Alam-

Persoalan ‘Dominasi PAS dan Melayu Islam’

Dalam tulisan saya sebelum ini, saya telah rumuskan bahawa punca perbalahan dalaman PAS baru baru ini adalah ketidak-selesaan pimpinan utama terhadap keadaan PAS yang tidak dominan dalam PR . Akan tetapi saff pimpinan AJK PAS Pusat lama terlalu pro-PR dan tidak melihat persoalan ini sebagai masalah yang mewajarkan PAS keluar dari PR. Begitu juga sikap kebanyakan ahli pada ketika itu dilihat terlalu pro-PR. Maka suasana ini ditangani dengan diubah saff pimpinan dengan yang lain dan dikeruhkan hubungan PAS dan PR supaya ahli PAS turut mempertikaikan PR . Memandangkan persoalan ‘dominannya PAS’ begitu utama sehingga menyebabkan PAS berpecah, adalah amat penting untuk semua, lebih-lebih lagi ahli PAS, memahami persoalan ini dengan baik dan jelas. Jika tidak, maka ianya bakal mengundang perbalahan sekali lagi pada masa hadapan, lebih-lebih lagi sekiranya pembentukan kerajaan bersama PR di peringkat Pusat menjadi satu realiti.

Punca Sebenar Perpecahan Dalaman PAS (Bahagian II)

Dalam Punca Sebenar Perpecahan Dalaman PAS (Bahagian I) saya telah menceritakan latar belakang bermulanya perpecahan dalam PAS dan sebab-sebab mengapa ianya berlaku. Seterusnya saya telah mendedahkan keinginan pimpinan utama untuk mengubah hala-tuju PAS atas sebab ketidak selesaannya berada di dalam PR. Akhirnya saya telah menyatakan bahawa untuk keinginan itu terlaksana, maka dua perkara perlu dilakukan. Pertama, saff pimpinan yang terlalu pro-PR perlu diganti dan kedua, sokongan ahli terhadap PR perlu dilunturkan. Kaedah bagaimana saff pimpinan dijatuhkan telah saya dedahkan secara terperinci dalam Bahagian I. Dalam Bahagian II ini, saya ingin menjelaskan bagaimana sokongan ahli terhadap PR dilunturkan.

Punca Sebenar Perpecahan Dalaman PAS (Bahagian I)

Perkembangan mutakhir ini, dengan kemunculan gerakan Harapan Baru (HB) telah menyebabkan ramai ahli PAS berada dalam keadaan kebingungan. Mereka tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku? Mengapa PAS yang selama ini kelihatan kukuh bersatu dan sedang berada dalam kedudukan yang antara paling berjaya sepanjang sejarahnya, tiba-tiba bagaikan berpecah dua? Bagi sebahagian ahli, soalan yang timbul dijawab secara mudah dan dengan kaedah menghukum seperti, “tiadanya keikhlasan”, “proses pembersihan”, “sifat munafik”, “kecewa” dan sebagainya. Namun dijawab pula sebahagian yang lain bahawa, “mereka yang terlibat adalah orang-orang lama, lebih 30 tahun bersama PAS dan telah berkali-kali diuji dan terbukti keikhlasan mereka. Sekiranya sebab-sebab seperti itu adalah puncanya, sudah pasti sudah lama mereka meninggalkan perjuangan ini”. Oleh itu ramai dari kalangan ahli biasa menolak penjelasan yang mudah seperti itu. “Semestinya wujud sebab yang lain”, kata sebahagian mereka lagi. Maka

Suatu Hari Di Hari Raya

Pada hari Sabtu lepas saya telah ke majlis hari raya di Seksyen 3 Shah Alam. Sambil saya berbual dengan tuan rumah, tiba-tiba datang seorang ke arah saya. Tanpa banyak bicara, beliau terus menegur saya dan bertanya, “kamu nak tubuhkan parti baru kan?” Saya sekadar mengangguk tanpa mengatakan apa-apa. Terus beliau menambah lagi, “berdasarkan pengalaman saya selama 37 tahun, saya nak beritahu kamu bahawa kamu sedang melakukan apa yang DAP ingin kamu lakukan! You are doing what the DAP wants! ”

Fastabiqul Khairat

Saya telah menerima email kiriman seorang hamba Allah yang kandungannya adalah seperti di bawah. Balasan kepada email tersebut saya kongsikan disini agar dapat dimanafaatkan oleh mereka yang berpandangan sama. Fikirlah dgn bijaksana sesuai dgn ilmu sdr. Sejauh mna parti baru mampu menggugat? Jika sekadar kecewa maka sama seperti S46 dulu mmg dpt sambutan ahli2 umno pro ku li tetapi akhirnya mati. Mrk masih berjiwa umno dan semangat yg sama. Rasanya HB pun sama menjiwai perjuangan pas. Bertahun bersama tapi alangkah malunya bertindak begini. Ahli2 pas yg istiqomah dlm perjuangan marah dgn sdr sbb cara adab sdr, kami tak nafikan ilmu dan ketokohan sdr dan lain2 tetapi ahli2 pas tak rela prinsip perjuangan dan pimpinan ulama dihina. Klau kami marah dan nyahkan sdr pun bkn tanda kami membuang terus. . nama sebijik khalid alwalid tetapi sikap sdr jauh sekali. Adakah hasrat nk ke Putrajaya tercapai jika berlaku pertembungan? Ahli2 pas tidak akan biarkan pengkhianat dan munafik mengha

Video: Jangan Kita Kompromi Dengan Pemimpin Yang Membohongi Rakyat

Video ihsan MediaRakyat -Pejabat YB Khalid Samad-

Video: Seminar Fiqh Implikasi

Video ihsan AkademiIbnuAbbas -Pejabat YB Khalid Samad-