Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawas...
Comments
Pertama sekali, terima kasih kerana akan mengadakan rapat umum untuk Harapan Baru peringkat Shah Alam pada 16 Ogos 2015 nanti. Insyaalah saya akan hadir bersama ahli keluarga yang lain.
Kedua berkenaan pengumuman parti baru. Ini adalah pandangan sempit saya sebagai seorang warganegara Malaysia. Saya amat mengalu-alukan penubuhan parti baru ini yang saya kira cuba merebut peluang atas apa yang berlaku di Malaysia lewat ini. Kemurungan parti UMNO dan kesombongan PAS. Peluang ini amat baik dan amat cerah sekali sekiranya YB mengambil kira tentang latarbelakang demografik kaum di Malaysia. Utamanya, saya bukan bersifat rasis. Tidak sama sekali, cuma saya nampak peluang sebagai pembela 'melayu' amat lah di harapkan waktu ini.
Kaum keluarga saya khususnya yang masih di kampung/luar bandar, walaupun mereka berkelulusan tinggi (mereka berasa terhutang budi pada UMNO kerana mampu melanjutkan pelaran ke luar negara dsb) mereka masih tidak dapat menukarkan pandangan sempit mereka terhadap pakatan rakyat. Puas diberi penerangan dan hujah di dalam whatssapp group ahli keluarga. Adapun sekarang ini dengan kelemahan dan skandal dari PM Najib Tun Razak, ada juga sebilangan ahli yang memutuskan untuk keluar barisan, namun mereka tidak mahu juga mengundi pakatan rakyat kerana darah 'melayu' mereka memang pekat. Begitu juga dengan rakan2 saya yang lain. Agak pelik hidup di bandar dan berpendidikan tinggi pun masih jumud. Alasan mereka 'melayu'.
Pakatan Rakyat sudah ada DAP, sudah ada PKR sebagai sebuah parti yang berbilang kaum. Bolehkah YB mengambil kira untuk mewujudkan sebuah parti melayu yang pada asasnya mewakili kaum melayu..suara kaum melayu dan hak-hak orang melayu.? seperti apa yang saya katakan tadi, ini bukan soal rasis, tetapi ini adalah soal merebut peluang, soal menangguk dalam air keruh dan menahan jerat ditempat genting. Orang melayu kini sudah putus harap dengan UMNO, (jiran di depan rumah ketua cawangan UMNO pun sudah berubah hati..). Inilah masanya untuk kita menambat hati si 'ultra UMNO'… Mereka ini seolah2 kehilangan tempat bergantung harap, tempat yang boleh di banggakan…
Kehadiran Harapan Baru di harapkan dapat memberi keyakinan pada golongan tersebut untuk berani berubah. Meraka masih lagi mempunyai persepi yang negatif terhadap DAP. Mereka merasakan DAP akan mendominasi pakatan rakyat. Adalah diharapkan YB dan rakan2 boleh bermuafakat dengan parti lain di dalam Pakatan Rakyat untuk mengetengahkan isu ini dan menjadi parti yang oppurtunist. Bukan rasis, tetapi mengambil peluang. Saya kira Pakatan yang lain juga kalau kita fahamkan mereka tentang peri pentingnya isu ini mungkin akan bersetuju. Secara dasarnya ianya sebuah parti melayu islam (mungkin tidak perlu diterapkan di dalam manifesto parti perkataan 'melayu' itu, cukup sekadar keutamaan perlembagaan parti) - bergantung kepada kebijaksaan YB dan rakan-rakan.
Untuk pengetahuan YB, saya bukan ahli mana-mana parti. Tetapi sejak pemecatan Anwar tahun 1998, saya cenderong untuk bersama barisan alternatif dan seterusnya pakatan rakyat. Tidak berminat untuk menjadi ahli PAS kerana tidak yakin dan tidak bersama PKR kerana tidak dibukan hati lagi. Namun HB adalah harapan saya sebagai wadah untuk memanjangkan lagi idea, semangat dan harapan saya untuk Malaysia yang lebih baik.
Farawahida Hassan
Bukit Jelutong
penubuhan ghb adalah atas wadah islam..dimana islam mewakili semua manusia yg dicipta berbangsa-bangsa
gbh bukan lah wadah utk 'idea, semangat dan harapan saya untuk Malaysia yang lebih baik'. ghb adalah wadah memperjuangkan Islam.