Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Bersatulah Melayu

Semenjak selesai Pilihan Raya Sarawak di mana DAP telah menang di 12 kerusi DUN, DAP telah menjadi sasaran pencacai UMNO khususnya Utusan Malaysia dengan slogan ‘Bersatulah Melayu’ mereka. Ini dilakukan walaupun diketahui umum bahawa semua parti-parti komponen PR juga turut menunjukkan prestasi yang semakin meningkat. DAP dijadikan sasaran kerana mereka telah berjaya memperolehi kebanyakan undi dari masyarakat Cina dan dengan itu dikatakan bahawa Cina telah bersatu bawah DAP!

Beberapa Pengajaran dari Pilihanraya Sarawak

Ada di kalangan penyokong tegar UMNO/BN yang masih ingin menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa BN mencapai kemenangan cemerlang di Sarawak. Tidak mengapa, biarkan mereka dengan labu-labunya. Menipu diri mungkin di antara ‘hak asasi manusia’ mengikut kitab perjuangan mereka. Bagi PR, kita memahami bahawa keputusan Pilihan Raya Sarawak merupakan keputusan yang terburuk bagi BN selama 24 tahun. Selain menunjukkan peralihan sokongan dan kesedian masyarakat Sarawak menimbangkan alternatif selain dari BN, ianya telah juga menzahirkan perpecahan di antara BN Pusat dan BN Sarawak.

Parti Bukan Sendirian Berhad, Urus Secara Jamaah

Oleh: Ismail Hashim ( HarakahDaily ) SHAH ALAM, 24 April: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, parti hendaklah diurus secara jamaah dan bukannya seperti syarikat sendirian berhad apatah lagi sebagai syarikat anak beranak. Menurutnya, PAS telah mengisytiharkan matlamat perjuangannya kepada seluruh rakyat Malaysia dan mereka telah melihat dan meyakininya.

Umno does not represent all Malays or Islam

By Stephanie Sta Maria ( Free Malaysia Today ) KUCHING: PAS Shah Alam MP Khalid Samad today told the Christian community in Sarawak that Umno does not represent all Malays or even Islam. He said this during a joint session with the DAP to address the concerns of the community over the controversial Al-Kitab issue at a hotel here. “Umno is trying to make Islam look more Malay,” he said to shouts of agreement from the floor.

Persoalan Penyelusupan dan Jamaah Dalam Jamaah

Ada seorang pengunjung telah bertanya pandangan saya berhubung perkara di atas. Jawapan saya adalah begini:- Sememangnya persoalan penyelusupan dan ‘jamaah dalam jamaah’ merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh mana-mana jamaah. Apabila seseorang menyertai sebuah jamaah, semestinya ianya dilakukan secara ikhlas di mana kesetiannya terhadap jamaah tersebut merupakan satu perkara yang dituntut oleh jamaah berkenaan. Dia tidak boleh menjadi ahli dengan tujuan menggunakan jamaah berkenaan untuk matlamat yang ditentukan oleh sebuah jamaah atau persatuan yang lain. Tindakan sedemikian yang merupakan tindakan kepura-puraan adalah dikutuk dan sudah pasti ditolak oleh jamaah yang diselusupi sekiranya diketahui oleh ahli dan pimpinannya.

Video: Dato T & Anwar Conspiracy [Hitler version]

Kecoh dalam akhbar mengatakan 'video' itu tulen. Tetapi sebenarnya tiada siapa yang cuba menafikan yang video itu tulen, cuma siapakah pelakon yang tulen itu? Siapakah penerbitnya? Walau apa pun, tahniah kepada penerbit video Dato T & Anwar Conspiracy [Hitler version] ini yang ternyata jauh lebih berbakat. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD