Skip to main content

Bersatulah Melayu

Semenjak selesai Pilihan Raya Sarawak di mana DAP telah menang di 12 kerusi DUN, DAP telah menjadi sasaran pencacai UMNO khususnya Utusan Malaysia dengan slogan ‘Bersatulah Melayu’ mereka. Ini dilakukan walaupun diketahui umum bahawa semua parti-parti komponen PR juga turut menunjukkan prestasi yang semakin meningkat. DAP dijadikan sasaran kerana mereka telah berjaya memperolehi kebanyakan undi dari masyarakat Cina dan dengan itu dikatakan bahawa Cina telah bersatu bawah DAP!

Dengan gaya pemikiran perkauman sempit yang menguasai minda UMNO, maka tidak pelik bagi kita apabila kejayaan DAP untuk meraih undi Cina ditafsirkan sebagai penyatuan Cina untuk ‘menentang Melayu’. Pemikiran perkauman yang menguasai minda UMNO, yang diluahkan melalui lidah tidak rasmi mereka, iaitu Utusan Malaysia, tidak berkemampuan memikirkan sebab dan alasan yang lain mengapa masyarakat Cina secara padu menyokong DAP. Mata mereka dikaburi perkauman dan telinga mereka didendangkan dengan sorakan-sorakan perkauman. Tiada yang mereka mampu lihat dan tiada yang mereka mahu dengar melainkan perkauman.

Hakikatnya, masyarakat Cina telah menyokong calon DAP dan menolak calon SUPP. Kedua-duanya adalah berbangsa Cina. Persoalannya, mengapa masyarakat Cina menyokong seorang calon Cina dan menolak calon Cina yang satu lagi? Ianya tidak boleh dijawab dengan alasan perkauman kerana pada hakikatnya dua-dua calon adalah berbangsa Cina. Yang berbeza adalah seorang calon (SUPP) berdiri bersama BN dan seorang lagi (DAP) berdiri bersam PR. BN melambangkan kerajaan yang tenggelam dengan rausah dan kronisma sambil PR pula melambangkan kerajaan yang bebas rasuah, telus dan berkebajikan. Keadaan Taib Mahmood sebagai pemimpin yang kaya raya hasil rasuah jelas terukir dipemikiran masyarakat Sarawak dan oleh itu masyarakat Cina menolak BN dan sekutu-sekutunya!

Kita seharusnya mengucapkan tahniah kepada DAP dan kumpulan NGO Cina yang telah berjaya mendidik masyarakat Cina untuk menolak pemimpin Cina yang rasuah ataupun yang bersubahat dengan kerajaan yang mengamalkan rasuah. Penolakan menyeluruh oleh masyarakat Cina terhadap amalan rasuah adalah berdasarkan kefahaman yang telah dibina bertahun-tahun melalui proses pendidikan formal dan tidak formal yang menyakinkan mereka bahawa rasuah ini akan memusnahkan Negara.

Oleh itu, saya sememangnya bersetuju bahawa masyarakat Cina telah bersatu, tetapi bukan untuk menentang Melayu, mereka bersatu untuk menentang rasuah dan penyelewengan. Mereka telah berjaya membuktikan di Sarawak bahawa mereka akan menolak mana pemimpin Cina, walau ‘BESAR’ mana sekalipun, walaupun Presiden pada sebuah parti, sekiranya pemimpin itu mengamal atau bersubahat dengan rasuah.

Sememangnya, orang Melayu juga wajib bersatu seperti mereka! Tetapi bukan bersatu di atas dasar perkauman seperti seruan Utusan Malaysia dan PERKASA. Orang Melayu harus bersatu di atas prinsip menolak pemimpin yang rasuah. Lebih-lebih lagi apabila diambil kira bahawa orang Melayu beragama Islam dan Rasulullah (SAW) telah menyatakan dengan jelas bahawa “pemberi dan penerima rasuah berada di dalam api Neraka”. Sepatutnya, kita yang menunjukkan penolakan dan penentangan terhadap rasuah dan pemerintahan yang menyeleweng ini jauh lebih awal dari masyarakat lain. Sepatutnya kita yang berada di depan mendahalui yang lain, menjadi ummat yang boleh dicontohi, tetapi malangnya kita tetap berada ditahap lama, ditinggalkan masyarakat lain, khususnya masyarakat Cina pada ketika ini.

Ini berlaku kerana malangnya, orang Melayu Islam di bawah pengaruh UMNO; dan UMNO di atas sebab kejahilan mereka, telah mengharuskan rasuah di dalam alam politik dengan menganggap pengampunan Allah akan terjamin apabila dilakukan umrah sekali sekala! UMNO yang menakut-nakutkan masyarakat Melayu sehingga terus menyokong perasuah dan perompak rakyat dari UMNO kerana sekiranya tidak, maka Cina akan mengambil-alih kuasa. UMNO yang memperbodohkan masyarakat Melayu sehingga mereka terus tidak sedar bahawa pada hakikatnya bila UMNO kalah yang menang bukan DAP; tetapi PAS atau calon Melayu dari PKR.

Dalam suasana kejahilan, ketakutan dan kebodohan ini UMNO meraih kemenangan demi kemenangan dengan sokongan Melayu. Oleh itu, UMNO ingin suasana sebegini terus kekal di kalangan masyarakat Melayu, supaya mereka akan terus berkuasa. Dan inilah cabaran yang perlu diharungi PAS, khususnya. Untuk membebaskan masyarakat Melayu yang beragama Islam dari belenggu kejahilan, ketakutan dan kebodohan yang dipasang oleh UMNO ke atas mereka. Sehingga, satu hari kelak, masyarakat Melayu Islam akan bersatu, bukan untuk menentang Cina, tetapi untuk menentang rasuah dan menolak pemimpin yang rasuah dan parti yang membudayakan rasuah.

Kalau DAP boleh berjaya dengan masyarakat Cina, mengapa tidak kita, masyarakat Melayu yang beragama Islam? Sekiranya tidak maka kita akan ketinggalan dan masyarakat lain akan menjadi jauh lebih maju dari kita. Bukan sekadar lebih maju dari sudut material, tetapi lebih maju dari sudut nilai ketamadunan juga. Maka akhirnya apa yang akan ada dengan masyarakat Melayu Islam? Seperti yang dikatakan TGNA, "sudahlah tiada wang, tiada ilmu, tiada akhlak pula!". Naudzubillah-himin dzalik.

Pada hakikatnya, UMNO mahu menutup kelemahan dan kegagalan mereka dengan melaungkan kembali laungan zaman jahiliyyah. Korupnya mereka, tidak cekapnya mereka, menyelewengnya mereka, semua ini ingin mereka tutupi dengan laungan jahiliyyah perkauman. Supaya Melayu terus sokong mereka walaupun mereka telah gagal dalam semua aspek. Semoga kita tidak tertipu dengan laungan ini dan kita ingat kembali saranan Rasulullah (SAW);
“Tidak dariku, mereka yang menyeru atas dasar assobiyyah, tidak dariku mereka yang berperang atas dasar assobiyyah, tidak dariku mereka yang mati atas dasar assobiyyah”.
Maka apabila ditanya oleh sahabat Baginda apa itu assobiyyah, maka dijawabnya “menyokong kaummu atas dasar yang zalim”. Rasuah itu zalim, penyelewengan itu zalim, pemborosan wang rakyat itu zalim dan perkauman itu zalim. Yang dizalimi adalah rakyat yang akhirnya dinafikan hak mereka dan diadu-domba atas dasar perkauman sehingga persoalan kebenaran dan keadilan menjadi kabur dan tidak diutamakan.

Semoga kita dibebaskan dari belenggu UMNO dan masyarakat Melayu juga akan turut bersatu menolak calon dari UMNO dan BN yang merupakan lambang pemerintahan rasuah dan penyelewengan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
saya sokong...sepaptutnya MCA bergabung denan DAP...tak timbul MCA nak ngaku kalah ker apa....tapi...nampak sgt..MCA asik kena jer ngan UMNO...dah ler tinggalkan jer....
Anonymous said…
Allahu Akbar!
Teruskan perjuanganmu sdraku YB, tentanglah kezaliman UMNO/BN hingga mereka hancur dan dihapuskan dari bumi Allah ini. Kami rakyat Malaysia terus menyokong dan sentiasa mendoakan perjuanganmu dan sahabat2 PAS semua. Bersatulah menentang KEZALIMAN!
Anonymous said…
bagus pandangan YB.
InsyaAllah selepas PRU13 nnti Malaysia akan dikuasai org Cina.
Tahniah dan syabas!!!
Anonymous said…
Tn, pandangan tn salah sama sekali. Sejak bila Cina bersatu utk menentang rasuah sedangkan tukang yg bagi rasuah paling banyak adalah kaum cina (90% lebih). Di Selangor habis kontrak yg diperuntukkan kepada kontrakor bumiputra disapu oleh Cina sanjungan tn iaitu DAP. Apa yg tn buat sebagai pemerintah. Org kafir tidak akan sama sekali bertimbang rasa kepada Muslim bila dia orang dapat memerintah nanti. Nak harapkan PKR tak boleh, sebab mereka akan hapuskan hak istimewa bumiputra, Islam sebagai agama rasmi, Sultan dan lain-lain keistimewaan yg ada dlm Perlembagaan. Nak hrpkan parti tn (PAS) pun tak boleh sebab ianya pak turut saja. Nak berjuang atas nama Islam (dah hancur), nak tegakkan fakta (menikus bila di tegur oleh DAP atau PKR - Nik Aziz berani dgn UMNO Islam sahaja tapi dgn DAP, PKR lebih teruk dari tikus, begitu juga ahli PAS yg lain). PAS nak ganti UMNO memang boleh dan dipersetujui dgn syarat PAS mesti jadi DOMINAN (ingat ni DOMINAN) dlm Pakatan Rakyat, bukan jadi BUDAK SURUHAN macam sekarang. Kita mau Perdana Menteri dari PAS bukan dari DAP atau PKR. Anwar Ibrahim sepatutnya join PAS bukan buat PKR tapi sebab ketamakannya dia tak mau join PAS kerana dia tau jika dia join PAS dia payah nak naik. Dia tu tak sabar nak berkuasa. Cuba ingat kenapa dia tak join PAS ketika mula nak berpolitik dulu, dia tamak dan hancurkan hati semua kawannya termasuk yg dlm PAS ketika itu. PAS boleh ganti UMNO dgn syarat mesti jadi DOMINAN/LEADER dalam Pakatan Rakyat. INGAT TU....
hurricanemax said…
...Rasuah itu zalim, penyelewengan itu zalim, pemborosan wang rakyat itu zalim dan perkauman itu zalim. ...

100% sokong!

Thank you fro a fair assessment.
Anonymous said…
TERIMA KASIH PAS KERANA MENJADI WAKIL " BISU " DALAM KERAJAAN NEGERI YANG DIKUASAI PR.
Anonymous said…
cina DAP bersatu tuk tentang rasuah sedangkan Cina MCA pemberi rasuah..dan melayu-melayu UMNO yang paling banyak mengambil rasuah....kalau tiada pengambiL (melayu UMNO)..takkan lah pemberi (Cina MCA) akan memberi...bodo punya stetment anonymous..
zool said…
anon 12:33pm ni tak tahu keperluan 2/3 majoriti dewan untuk pinda perlembagaan.

sila belajar lagi...
Anonymous said…
sokong yb 100%
Anonymous said…
sebenarnya siapa yang menjadi pemimpin tu tak penting, asalkan pemimpin tu bawakan kemajuan, hindari penyelewengan dan rasuah... cukuplah dengan tu...
alam sentral said…
I nak cari secretary.
Kerja tulis surat.
I nak cari orang TTDI Jaya.

Khabarnya orang2 situ rajin tulis surat.
Untung2 dia tulis surat kat perdana menteri
Anonymous said…
"zool said...
anon 12:33pm ni tak tahu keperluan 2/3 majoriti dewan untuk pinda perlembagaan.

sila belajar lagi..."

Peluang org2 Cina utk kuasai Parlimen adalah sangat cerah..walaupun ada beberapa negeri akan dikuasai oleh UMNO atau PAS..tapi Parlimen akan dikuasai oleh org2 Cina khususnya DAP.

Di bandar2 peratus org2 Cina adalah tinggi..kebanyakan 40 % keatas..jika 40 % mereka perlukan 11 % je lagi dari pengundi2 Melayu dan lain2.

Kawasan parlimen yg pengundi Cinanya 51 % keatas, tanpa pengundi Melayu pun tarak hal.

So jika dah dikuasai oleh DAP..tak leh tukar perlembagaan?
Dan jika tak kuasai 2/3 pun..kerusi2 parlimen yg dimenangi oleh PAS dan PKR mampu ke cakap tidak pada DAP?
Anonymous said…
tulis surat pada PM sesapa leh tulis ma..tak de sekatan apa2 pun.

e-mail pun boleh..Fb pun boleh.
Anonymous said…
Rasuah, seks, dan judi..adalah darah daging org2 Cina..

Mana baik brsekongkol ngan UMNO atau bersekongkol ngan org2 kapir yg rasuah, seks, dan judi menjadi darah daging mereka? Org2 kapir yg zalim yakni mensyarikatkan Allah swt, apakah ada kezaliman yg lebih zalim dari perbuatan trsebut!!

Jika UMNO yg pelopori rasuah dan kezaliman..dah lama Hj Hadi, Nik Aziz, kamu, Lim Guan eng, lim kit siang dah "ghaib"..dah ramai org2 PAS mati kebulur..

Hari ni..ramai org2 PAS ada penyakit2 org2 kaya..darah tinggi, kencing manis, sakit jantung..akibat makan terlebih!!
Free Malaysia said…
YB,

I am chinese. And I have nothing against malays. i only have issues with our corrupted leaders in BN, regardless of race. I am voting for PR for the next coming GE.

I believe in PAS and I think PAS can lead and form a new government.
dukuhead said…
Great Fear in some comments posted here. "What if (horrors) the Cina takes over Putrajaya?!" Some people are so blinded, so baited by race that they cannot see beyond the color of their skin - they ignore the Corruption, incompetence and abuse of the government that drives people to vote for the Opposition. How can you look but not see, hear but not listen, touch but not feel, like but not love?
Anonymous said…
memang betol lah species PAS ni cakap jer lebih.. tapi buat x pula.. pas cakap jer nk hindar rasuah.. kalau pakatan (dap) rasuah.. dia xde lah nk buat apa2.. diam jer.. tapi kalau kerajaan.. riuh sekampong.. cakap pun talak guna.. ini lh fikiran melayu bodoh..
joehan said…
di sarawak mmg dap n supp tu dua2 parti cina..tp dap menggunakan kempen yang mengatakan bahawa undi supp samalah seperti undi taib mahmud dan umno...so org cine akn merasakan bhwa jika undi supp bermakna mereka mngundi umno..strategi perkauman mcmtula yg digunakan oleh dap di srwak dan ianya mndapat sambutan di kalangan cina yg diketahui mempunyai semngat perkauman yg tebal..
GIMBooL said…
salam...
sokong
melayu kene bersatu supaya x tergadai khazanah melayu YG DIKENCING BANGSA SENDIRI

cina kene bersatu supaya tarak rasuah & jenayah RM utk pegawai & pemerintah & RAKYAT

india kene bersatu lawan gengter2 tamil...

ISLAM kene bersatu tegakkan hukum QURAN & HADIS....

SUMER bangsa ada major prob. tersendiri...YG LAIN2 TU PON KENE BERSATU DLM 1mALAYSIA UTK ZERO JENAYAH.....
Abu Razeen 2 said…
well put, Free Malaysia.

And tq bro YB for ur thoughtful post.

Pls get Harakah to publish it.
Scenic Malaysia said…
Betul lah tuan, mungkin kita patut pakat bersatu sokong DAP, mungkin depa lebih bersih dan effisyen dari BN, PAS dan PKR. Tak semestinya PKR lead sebab PKR pun tak sebersih mana. Tak semestinya PAS sebab PAS pun pandai setakat cerita munakahat saja. Tak kan BN sebab BN dah jadi musuh paling besar dan kotor. Elok juga sokong DAP. Mungkin juga negara kita akan maju macam Singapork based on merit. Why not give a try?
Selangor said…
Kenapa orang Melayu takut negara dikuasai cina? Kerana sudah ada sejarah tersendiri. Mmg DAP ada menggunakan isu Malaysian Malaysia, tapi berapa jauh seorang dari agama atau bangsa lain sanggup bantu bangsa yg lain. Cuba tgk Singapore? org melayu ada dibantu ke? Cuba tgk di Penang ngan selangor? melayu dibantu ke? Saya tidak la rasis. Tapi selagi orang melayu, india,cina tidak integrasi sepenuhnya melalui perkahwinan, sistem satu sekolah, asimilasi kebudayaan dan kaum selagi itu semangat perkauman itu ada. And we need to watch our back! Saya tak tau la YB ni dah dibasuh ke apa. Saya dlu penyokong tegar PAS tapi bile bab bersekongkol dgn DAP saya mmg pantang. Mungkin data tak ingat peristiwa 13 Mei, Tapi ayah saya dan seluruh keluarga saya masih igt lagi. Jika sayang PAS, keluarkan PAS dari PR. Jika sayang melayu islam, keluarkan PAS dari PR. PAS mungkin lemah selepas tu, tapi PAS akan dapat menidakkan sesetengah kerusi BN, percayalah!
Anonymous said…
Dear Khalid, as a person stayed in Kelantan for 3 years, and at the moment PAS took over BN in 1990. I would say: This is a beautiful and country, we should fuly utilize our beauty to fight for better life - quality of life. The high cost of living and inflation is the critical issue that suffering our life.

I watched the east 101 and I observed how mature and open minded in present your case incomparative with other scholar graduated with Doctorate degree.

Your are truly Malaysian, liberal
and progressive minded.
Anonymous said…
Pandangan YB bernas
Anonymous said…
oh yeke Rasuah memang zalim ttp adakh UMNO ambl tindkan UMNO rasua dikata tidk btl??? sprti UMNO lain 2 diambil tindkan dr SPRM..Kalo UMNO tdak ambk tindkn UMNO Rasuah tidak btl jgk wow memng tk adil lansng???Tp UMNO merinth Malysia Ape zalim nya terhdp IslaM? masjid ade,khusus rncngan agama ade,sya leh smbhyng Jumaat,tudung tdk dihrm,Azan msh dgr.kalo tmpat Maksiat knpe PKR Selangor dan PAS Kedah ade disco,hiburan,wayang, tmpat gaul bersma dan Judi knpe kerjaan persekutuan halang ??? Kelantan knpe leh.. smpi isu judi di kelantan pun kena ikut Fatwa DAP?? (aku tk mengaku)pelik2

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-