Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Usaha Mewajibkan Kehadiran TGHH Di Mesyuarat Majlis Presiden PR

Kebelakangan ini media telah memberikan liputan yang begitu meluas berhubung usaha DAP mewajibkan TGHH di mesyuarat majlis Presiden PR. Perkara ini telah DAP usahakan melalui satu resolusi yang telah diluluskan dalam mesyuarat Pusat mereka dengan menyatakan bahawa mesyuarat majlis Presiden PR akan hanya dijalankan dengan kehadiran TGHH.

Kontroversi Berhubung Istilah 'Anak-Anak Allah': Pendirian Saya

Kebelakangan ini saya dicemuh, sekali lagi, atas penjelasan saya berhubung penggunaan ungkapan ‘We are all Allah’s children’ oleh Zainah Anuar  salah seorang ahli Sisters in Islam atau SIS. Mereka mendakwa bahawa ungkapan tersebut bermaksud ‘Kita semua adalah anak-anak Allah’ secara literalnya dan dengan itu dikatakan ianya kata-kata syirik dan menyebabkan yang menyatakannya terkeluar dari Islam.  

Apa PAS Boleh Pelajari Dari Fatwa Ke Atas SIS?

Oleh: SHEIKH OMAR ALI ( Malaysiakini ) "PAS sudah tersasar dan sesat!" Itulah antara tanggapan mudah bagi sesetengah orang PAS dan rakyat Malaysia berstatus Melayu-Islam khususnya apabila tiga ahli Parlimen merangkap AJK PAS Pusat menyuarakan pertikaian berhubung warta ke atas pertubuhan berfahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng.

Saya dan Sisters In Islam

Ramai telah memberi komen dan teguran terhadap pendirian saya dan beberapa pimpinan PAS dalam persoalaan fatwa yang mengharamkan Sisters in Islam (SIS) dan menuduh mereka pelopor fahaman Liberalisme dan Pluralisme. Sebahagian menyokong dan sebahagian lain menolak. Dari golongan yang menolak tindakan saya, ramai yang tidak faham mengapa saya dan beberapa rakan bersuara berhubung isu ini. Saya jelaskan sebabnya di sini.

Ulasan Muktamar PAS Ke-60: Bahagian III

Hari ini saya akan menulis berhubung Muktamar PAS Pusat itu sendiri. Walaupun saya sudah menyentuh beberapa isu yang timbul di dalam Muktamar PAS Pusat dalam Bahagian Kedua dan Bahagian Pertama , iaitu semasa menyentuh Muktamar Dewan Pemuda, namun kali ini tulisan saya ditumpukan kepada isu yang timbul semasa Muktamar PAS Pusat semata-mata. Sememangnya ianya merupakan persoalan yang agak sukar untuk ditulis kerana terlalu banyak yang berlaku yang amat mendukacitakan. Saya tidak akan ceritakan mengikut berlakunya peristiwa tetapi sebaliknya dari sudut isu yang dibangkitkan. Semestinya pandangan dan kesimpulan saya tidak akan dipersetujui oleh semua pihak. Malahan saya yakin akan ada yang akan menolaknya sambil menemplak saya tetapi sebagai salah seorang pimpinan Pusat, saya berkewajipan menyatakan pandangan saya dan menegur mana yang saya anggap tersalah. Dan sekiranya pandangan saya dianggap tidak betul, tidak wajar dan keterlaluan, maka semua tahu apa yang perlu dilakukan semasa pe

Kenyataan Media: Fatwa Liberalisma Dan Pluralisma [Video]

Kami mengambil berat fatwa Liberalisma dan Pluralisma yang difatwakan dan digazetkan oleh MAIS untuk memelihara kemurnian makna Islam yang sebenar. Kami juga meyakini bahawa niat murni pembuat fatwa telah mengambil kira dan telah membuat pertimbangan yang sewajarnya kepada cabaran yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Namun demikan, kami ada beberapa perkara yang perlu kepada penjelasan dari fatwa ini; 1. Takrifan Liberalisma dan Pluralisma tidak dijelaskan, adakah ia merujuk kepada menyatakan semua agama adalah sama ataukah merujuk kepada kepercayaan bahawa kebenaran itu adalah kebenaran relatif dalam membuat perbandingan antara agama. 2. Adakah Liberalisma dan Pluralisma merujuk kepada kepercayaan semua aspek agama bersifat inklusif dalam hubungan antara agama ataukah inklusif dari sudut moral tetapi eksklusif dari sudut aqidah masing-masing? 3. Adakah pihak MAIS telah berdialog dengan pihak yang dikatakan mengamalkan Pluralisma dan Liberalisma sebelum sesuatu tindakan di