Skip to main content

Kenyataan Media: Fatwa Liberalisma Dan Pluralisma [Video]


Kami mengambil berat fatwa Liberalisma dan Pluralisma yang difatwakan dan digazetkan oleh MAIS untuk memelihara kemurnian makna Islam yang sebenar. Kami juga meyakini bahawa niat murni pembuat fatwa telah mengambil kira dan telah membuat pertimbangan yang sewajarnya kepada cabaran yang dihadapi oleh umat Islam hari ini.

Namun demikan, kami ada beberapa perkara yang perlu kepada penjelasan dari fatwa ini;

1. Takrifan Liberalisma dan Pluralisma tidak dijelaskan, adakah ia merujuk kepada menyatakan semua agama adalah sama ataukah merujuk kepada kepercayaan bahawa kebenaran itu adalah kebenaran relatif dalam membuat perbandingan antara agama.

2. Adakah Liberalisma dan Pluralisma merujuk kepada kepercayaan semua aspek agama bersifat inklusif dalam hubungan antara agama ataukah inklusif dari sudut moral tetapi eksklusif dari sudut aqidah masing-masing?

3. Adakah pihak MAIS telah berdialog dengan pihak yang dikatakan mengamalkan Pluralisma dan Liberalisma sebelum sesuatu tindakan diambil ke atas mereka?

4. Apakah implikasi fatwa ini kepada pandangan-pandangan berbagai dalam memahami hubungan antara agama boleh disalahertikan sebagai Pluralisma dan Liberalisma tanpa satu pentakrifan yang mantap dan membuka ruang untuk berbeza pandangan dalam lingkungan yang diizinkan.

Kami memohon pihak pembuat fatwa tidak terburu-buru tanpa satu muzakarah dengan pihak yang dikatakan mengamalkan Pluralisma dan Liberalisma supaya ada ruang untuk dibetulkan salah faham mereka (jika ada) melalui dialog dan persefahaman. Kami turut bersedia untuk membantu dan menyokong proses dialog dijalankan dengan pihak terlibat berpandu kepada firman Allah:

“Dan serulah kamu ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dia mengetahui siapakah yang tergolong di kalangan yang mendapat petunjuk” ( An Nahl: 125)
Sekian Terima Kasih.

YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa

YB Sdr Hanipa Maidin

YB Tuan Haji Khalid Samad

4 November 2014

Comments

nonbal said…
Yang tersurat adalah seperti yang diperkatakan oleh Mujahid... tapi yang tersirat ialah untuk meringankan tuduhan dan hukuman keatas SIS dan lain2 yang terlibat. Supaya lepas tekanan ini diberikan kepada MAIS dan Jakim, maka SIS akan terus boleh berkarya menjahanamkan fahaman ummah terhadap kesyumulan islam.
Tahniah diatas kebijakkan dan putar belit MP bertiga... semoga Allah yang tidak pernah lupa dan mengetahui isi hati manusia dan makhluknya memutuskan tindakannya.
Anonymous said…
YB lupa yang suruh fatwakan sesat SIS tu PAS jugak. Malah dalam muktamar mereka lagi.

Selective memori nampaknya
zarra said…
Syabas! Kita harus konsisten baik perkataan mahupun tindakan. Sptmana kita mahukan keadilan diberi kepada kita bilamana Pas dituduh sesat juga Memali dan Amanat Hadi begitu jugalah sepatutnya kita berikan kepada SIS. Janganlah disebabkan kebencian kamu kepada seseorang dan puak itu menyebabkan kamu berlaku zalim, al-Maidah: 8.

Popular posts from this blog

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak seba

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadan

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kaw