Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

Keputusan JK Displin

Jawatan Kuasa Disiplin PAS telah mengambil keputusan untuk mengantung jawatan-jawatan dalam parti yang sedang saya sandang selama 6 bulan. Jawatan berkenaan adalah sebagai YDP kawasan Shah Alam dan sebagai ahli Lujnah Politik PAS Pusat. Sebenarnya, saya sememangnya tidak pernah mementingkan jawatan. Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang 'Jeneral', maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?

Ada juga yang bertanya tidakkah saya merasa kecewa? Mengapa pula saya perlu merasa kecewa? Keputusan sudah dibuat dan insyaAllah saya terima dengan hati terbuka. Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minima saya telah pun tercapai. Tindakan Dato PJ selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar SALAH dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejas PR …

The Sultan and I

Salaam dari Timur Tengah,

Pada asalnya saya tidak bercadang untuk membicarakan persoalan kunjungan saya selaku ahli Parlimen Shah Alam menghadap Baginda Sultan Selangor. Ianya sebenarnya merupakan satu kunjungan hormat yang sememangnya patut dilakukan oleh sesiapa sahaja yang dipilih rakyat untuk menjadi Ahli Parlimen Shah Alam. Di atas dasar itulah maka saya menulis pada 20 November 2009 untuk diperkenankan mengadap. Oleh kerana kesibukan Baginda, maka pada tarikh 22 Januari 2010 barulah permintaan saya itu diperkenankan. Oleh kerana tidak mahu menghebohkannya atau mempolitikkannya, maka apabila ditanya wartawan mengenainya pada hari berkenaan maka saya hanya menjawab, “Tiada komen, sila dapatkan penjelasan dari pihak Istana”.

Malangnya respon yang bersahaja itu telah disalah ertikan. Akhirnya, beberapa akhbar telah menyiarkan berita saya mengadap Sultan di muka surat depannya, “Khalid dititah mengadap Sultan” seolah-olah saya telah diperintah menghadirkan diri atas sebab DYMM Sultan…

Khalid Scoffs at Zul Noordin’s Police Report

By Syed Jaymal Zahiid (The Malaysian Insider)

KUALA LUMPUR, Jan 24 – Shah Alam MP Khalid Samad says he is not worried about a police report lodged against him by PKR’s Zulkifli Noordin over the “Allah” issue, and accused the Kulim MP of inconsistency.

Zulkifli, known for his hardline Islamic views, had lodged a police report against the PAS man’s statement that a Selangor enactment which prohibited non-Muslims from using the word “Allah” and other Islamic terms was “outdated”.

“I think the police report lodged by 60 over (Islamist) NGOs should suffice,” said the Shah Alam MP in an apparent swipe at Zulkifli.

“I believe he should be more consistent. Why not lodge a police report against PAS or Pakatan Rakyat as I believe that their stand on the issue are similar to mine,” he told The Malaysian Insider in a phone interview.

Khalid, widely regarded as being the opposite of Zulkifli, is known for his “progressive” views on Islamic matters.

The two have never been able to see eye to eye on…

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan(Sinar Harian)
Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini)
Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider)
-Pejabat YB Khalid Samad-

Respon Pengunjung: Isu Kalimah Allah dan Kata Penutup

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab beberapa soalan yang ditimbulkan oleh para pengunjung berkaitan isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam. Namun disebabkan kesuntukan masa, jawapan saya akan merupakan jawapan secara ringkas dan ‘straight to the point’.

SOALAN :- “Adakah Yb bersetuju dengan konsep Trinity?”
Semestinya tidak. Tetapi itulah kepercayaan agama Christian dari zaman sebelum datangnya Rasulullah (SAW) sehingga sekarang. Mereka menyatakan “Allah adalah sepertiga dari Tiga” dan ini diabadikan dalam Al-Quran (Al-Maidah ayat 73). Itu Aqeedah mereka dan walaupun kita tidak setuju, kerana kita berpegang teguh kepada konsep Tauhid, kita tidak boleh menghalang mereka dari berpegang kepadanya dan menyatakan kepercayaan mereka. Itulah kebebasan beragama yang diajar Islam kepada kita.

Pendekatan Rasulullah (SAW) ialah untuk berhujjah dengan mereka dan meberitahu mereka bahawa kepercayaan tersebut adalah salah dan oleh itu agama mereka dan ibadah mereka dit…

Nafi Tidak Hormati Sultan Selangor

Oleh: Jimadie Shah Othman (Malaysiakini)

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menafikan bahawa beliau tidak menghormati Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan mengheret instutusi di bawah naungan baginda, ke kancah politik.

"Saya ingin menafikan tuduhan tersebut, dengan sekeras-kerasnya. Pada hakikatnya ucapan saya bertujuan untuk menghalang golongan yang berkepentingan daripada menggunakan institusi di bawah naungan DYMM Sultan Selangor untuk tujuan politik mereka.

"Peringatan dan teguran saya bertujuan untuk menghalang nama baik baginda Sultan dari tercemar atas perbuatan yang tidak bertanggngjawab ini.

"Usaha untuk mengheret institusi di bawah naungan Sultan Selangor, dilakukan oleh golongan ini, bukan saya," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya.

Khalid begita demikian ketika mengulas laporan polis yang dibuat terhadapnya pada 18 Januari lalu oleh 16 NGO di Shah Alam yang menuduhnya tidak menghormati Sultan Selangor sebagai pemerintah dan…

Status Projek-Projek Awam Yang Sedang Berjalan di Shah Alam

Pada minggu yang lalu saya ada menyatakan untuk memaklumkan status terkini beberapa projek awam besar yang sedang berjalan di dalam kawasan Shah Alam kepada tuan-tuan semua, tetapi tidak berkesempatan hinggalah ke pagi ini.

Hospital Shah Alam
Nilai projek ini adalah sekitar RM400 Juta yang akan dapat memuatkan sebayak 300 katil pesakit, tetapi infra struktur yang sedang dibina cukup untuk menampung sehingga 500 katil. Projek ini dijangkakan siap pada Jun 2011, tetapi kontraktor yang terlibat akan berusaha menyelesaikannya sebelum 2011. Berdasarkan pemantauan yang dilakukan, projek yang bermula pada hujung 2008 dan yang telah berjaya mengatasi beberapa kerumitan ini sedang berjalan dengan lancar buat masa ini. Ini juga merupakan lawatan tapak yang pertama untuk saya bagi projek ini.



Bersama kontraktor di tapak binaan
Lebuhraya LKSA
Nilai projek Lebuhraya Kemuning-Shah Alam atau LKSA ini mencecah sebanyak RM350 Juta. Lebuhraya sepanjang 14.7km ini menghubungkan Persimpangan Kemuning Lebu…

Video Al Jazeera: Whose God?

Religious tensions are rising in Malaysia following a High Court ruling which declared non-Muslims could use the Arabic word "Allah" when referring to God.

Christian churches have been attacked across the country and protests have been held in major mosques against the decision.

The issue has highlighted the tensions between minority ethnic and religious groups and the Malay Muslim majority.

The ruling came after a recent petition by Malaysia's Roman-Catholic Church, whose main publication, the Herald, uses the word "Allah" in its Bahasa Malayu-language edition.

Rev Lawrence Andrew, editor of the Herald, has said there is no other appropriate term for God in Malay.

The word "Allah" has been used by Malay-speaking Christians for centuries, as well as by Christians in Arabic-speaking countries and in Indonesia.

On this edition of 101 East, we look at the current debate raging in Malaysia over the ownership of the word 'Allah.'

101 East presenter…

Mengapa MAIS, JAIS Sertai Protes?

Oleh: Yoong Pui Shen (Malaysiakini)

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menganjurkan protes Jumaat lalu, membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat mengenai isu-isu semasa di Kota Damansara malam tadi, beliau mengecam Mais dan Jais kerana mengarahkan wakil mereka menyertai protes tersebut di Shah Alam.

Menurutnya, nama Mais dan Jais tertulis pada kain rentang yang mengecam penggunaan kaliman Allah oleh bukan Islam dan mereka yang menyertai protes itu turut memijak gambarnya (Khalid).

Khalid berkata, sekiranya pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi mahu terbabit dalam politik, maka beliau hendaklah menubuhkan sebuah parti dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Khalid turut membidas pemimpin BN yang menurutnya mengamalkan 'double standard' dengan membenarkan protes tersebut, dengan syarat pesertanya berada dalam halaman ma…

Video: Forum Allah Siapa Yang Punya?

Dzulfikar MashoorHarakahDaily
KUALA LUMPUR, 12 Jan: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menegaskan bahawa bukan isu kalimah Allah yang sepatutnya menjadi perebutan antara orang Islam dan bukan Islam, sebaliknya semua pihak diseru mendalami pengertian sebenar Allah itu sendiri.

"Bukan isunya kalimah (Allah), tapi maksud (sebenar) pada (kalimah) 'Allah' itu sendiri yang berbeza-beza," jelas beliau dalam Forum 'Allah: Siapa Yang Punya?' semalam.

Jelas beliau, Rasulullah s.a.w menggunakan nama Allah dalam surat-suratnya kepada pemerintah bukan Islam di sekitar kerajaan Madinah al-Munawwarah.

"Kalau Nabi melarang orang bukan Islam dari menggunakan nama Allah, mengapa Nabi menulis nama Allah di setiap surat Baginda s.a.w (yang diutuskan) kepada raja-raja bukan Islam," jelasnya.

Mengambil pengajaran dari dakwah Islamiyyah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, beliau yang juga Ahli Lajnah Politik PAS Pusat mengajak hadirin yang hadir supaya melihat isu …

Pengumuman: Ceramah Isu Semasa

“PAS sedia berdialog dan menghadiri sebarang majlis untuk memberi kefahaman ini kepada rakyat dan kita mengharapkan supaya ruang diberi kepada PAS melalui media supaya kita menjelaskan hakikat ajaran Islam yang sebenar kerana selama ini ajaran Islam sendiri telah ditutup dan dikongkong oleh undang-undang yang ada dalam negara kita” petikan ucapan TGHH.

Semua dijemput hadir. Bagi pihak penganjur program.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Where is Allah In UMNO's Administration [Hanipa Maidin]

By : Mohamed Hanipa Maidin (Peguampas)

The issue of Allah’s name in the Herald has been manipulated by Umno leaders to the hilt.

The way Umno reacted to the issue seems to suggest that Allah is held dearly by Umno leaders. But is Allah really loved by Umno as He is supposed to be loved?

Umno is a great manifestation of those whose actions do not match their verbal expression of loving Allah.

How to express our love to Allah, the Most Exalted? How to gain His love in order to turn it into a mutual one; to ensure that we love Him and He loves us?

Allah says in the Quran: "If you love Allah, then follow me (i.e the Prophet ), Allah will love you and forgive you your faults, and Allah is Forgiving, Merciful." (3:31)

This verse indicates that the pious person should express his love to Allah by believing in His Prophet and following the Message, and through obeying the Prophet, abiding by his orders, leaving what he prohibits and obeying all what Allah has revealed to him, becaus…

Isu Kalimah Allah: PAS Memperlihatkan Kesederhanaan

oleh: Lim Hong Siang (Merdeka Review)

PAS berjaya menampilkan imej yang "sederhana" ketika berdepan dengan kontroversi penggunaan kalimah Allah, berbanding dengan UMNO yang dianggap semakin "ekstrem" posisinya. Malah, pendirian yang diumumkan pada malam 4 Januari, selepas mesyuarat lajnah biro politik PAS itu menerima pujian daripada masyarakat bukan Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa "penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi", tetapi mengingatkan bahawa "penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan", malah "dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat". 【Kenyataan media PAS

Pendirian sedemikian bukan sahaja meletakkan satu garis untuk membezakan antara PAS dengan UMNO, malah meletakkan parti komponen Barisan Nasio…

Beberapa Isu Semasa

Ada beberapa isu semasa yang saya rasa perlu diberi sedikit penjelasan di sini. Isu-isu ini berhubung perkara-perkara yang melibatkan diri saya secara peribadi dan juga yang berhubung perjuangan rakyat negara ini secara keseluruhan.

Yang melibatkan saya secara peribadi terlebih dahulu adalah seperti berikut:

Jawatankuasa Disiplin
Saya menerima surat tunjuk sebab dari jawatan kuasa disiplin hasil dari aduan yang dibuat oleh Dewan Harian PAS Selangor terhadap diri saya. Saya telah menjawab surat berkenaan dan meminta supaya diberi peluang bertemu untuk menjelaskan isu-isu yang ditimbulkan dengan lebih lanjut lagi. Maklumlah, apa sangat yang boleh diceritakan melalui surat. Pada masa yang sama, saya telah menjelaskan bahawa insyaAllah dari 8 ke 11 saya akan ke Kuching, Sarawak dan dari 25 Januari ke 12 Februari saya akan berada di Timur Tengah. Oleh itu saya telah dipanggil untuk mengadap pada 7 Januari.

Dalam pertemuan berkenaan saya bercadang untuk menjelaskan sebab mengapa saya telah …

Kenyataan Penuh Presiden PAS

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tida…

Isu Kalimah

Isu kalimah ‘Allah’ kembali mendapat perhatian umum semenjak keputusan mahkamah untuk membenarkan majalah ‘The Christian Herald’ menggunakannya. Ada yang menyatakan saya menyokong malah menggalakkan penggunaan perkataan Allah oleh masyarakat Kristian. Sebenarnya kenyataan tersebut tidak benar. Saya tidak menyokong ataupun menggalakkannya. Saya sekadar menyatakan bahawa penggunaan kalimah tersebut oleh masyarakat bukan Islam merupakan satu perkara yang diharuskan berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan kebiasaan masyarakat antarabangsa, khususnya masyarakat Arab.

Kenyataan saya sebelum ini merupakan ‘a statement of fact’ atau satu kenyataan fakta dan soal saya menyokong atau menggalakkannya tidak timbul sama sekali. Ianya dipohon bukan oleh saya tetapi oleh sebahagian masyarakat Kristian tanpa apa-apa dorongan dari saya. Namun, apabila saya ditanya, saya menyatakan fakta bahawa pada dasarnya tiada halangan untuk orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana sudahpun digunakan di banya…

Ismu Allah (Siar Ulang)

YB Khalid Samad telah menerima banyak maklumbalas berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang telah memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menyiar kembali pendirian YB Khalid berhubung perkara ini yang telah disiarkan di dalam blog ini pada bulan Mac 2009 yang bertajuk: Ismu Allah.

-Pejabat YB Khalid Samad-

*************************************
Isu ini sebenarnya telah banyak dikupas oleh beberapa pihak. Namun begitu, saya ingin menyentuhnya secara ringkas supaya umum memahami pendirian saya berhubung isu ini.

1. Al-Quran sendiri mempunyai banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam, samada golongan musyrikin, Yahudi mahupun Nasrani menggunakan perkataan ‘Allah’ apabila mereka memaksudkan Tuhan semesta alam. Maka, sekiranya kita ingin menentukan hukum berhubung persoalan ini, Al-Quran adalah rujukan pertama. Sekiranya Al-Quran sendir…