Thursday, January 21, 2010

Status Projek-Projek Awam Yang Sedang Berjalan di Shah Alam

Pada minggu yang lalu saya ada menyatakan untuk memaklumkan status terkini beberapa projek awam besar yang sedang berjalan di dalam kawasan Shah Alam kepada tuan-tuan semua, tetapi tidak berkesempatan hinggalah ke pagi ini.

Hospital Shah Alam
Nilai projek ini adalah sekitar RM400 Juta yang akan dapat memuatkan sebayak 300 katil pesakit, tetapi infra struktur yang sedang dibina cukup untuk menampung sehingga 500 katil. Projek ini dijangkakan siap pada Jun 2011, tetapi kontraktor yang terlibat akan berusaha menyelesaikannya sebelum 2011. Berdasarkan pemantauan yang dilakukan, projek yang bermula pada hujung 2008 dan yang telah berjaya mengatasi beberapa kerumitan ini sedang berjalan dengan lancar buat masa ini. Ini juga merupakan lawatan tapak yang pertama untuk saya bagi projek ini.



Bersama kontraktor di tapak binaan

Lebuhraya LKSA
Nilai projek Lebuhraya Kemuning-Shah Alam atau LKSA ini mencecah sebanyak RM350 Juta. Lebuhraya sepanjang 14.7km ini menghubungkan Persimpangan Kemuning Lebuhraya KESAS berdekatan Kota Kemuning sehingga Persimpangan Bulatan Darul Ehsan Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam. Saya dimaklumkan bahawa fasa pertama yang terletak di kawasan Shah Alam telah pun selesai kecuali beberapa ‘finishing touches’ seperti papan tanda dan tanda atas jalan. Fasa kedua berada di dalam Parlimen Kota Raja, DUN Seri Muda yang dijangka siap keseluruhannya pada Jun 2010. Projek ini bermula sebelum Mac 2008. Saya telah berkesempatan melawat ke tapak projek sebanyak 4 kali bagi mengikuti perkembangan.



Perbincangan di pejabat kontraktor LKSA

Jambatan Sg. Rasah
Projek ini bertujuan mengatasi masalah Banjir. Pada hujung Februari 2010 separuh dari jambatan baru akan siap dan sudah mula boleh digunakan. Jambatan lama akan seterusnya dirobohkan dan separuh kedua dari jambatan baru akan mula dibina. Projek ini dijangkakan siap pada bulan Julai 2010 yang akan menghasilkan jambatan yang lebih tinggi beserta sungai yang lebih luas bertujuan untuk mengatasi masalah banjir tersebut. Projek ini telah bermula semenjak bulan Julai 2009, bernilai lebih kurang RM 6 Juta dan saya telah berkesempat untuk melawat sebanyak 4 kali.



Perbincangan bersama pakar runding projek jambatan Sg. Rasah

Penambahbaikan Jalan Montfort
Projek ini bernilai sebanyak RM47 Juta yang telah bermula semenjak Mac 2008. Pada mulanya banyak masalah dan bantahan dari penduduk. Mesyuarat bersama JKR tidak kurang dari 3 kali semenjak mula hinggalah sekarang. Lawatan ke tapak juga begitu kerap. Projek ini melibatkan pembinaan jambatan yang lebih luas, lebar dan tinggi serta peninggian dan pelebaran jalan dari simpang Monfort ke TTDI Jaya. Projek ini turut melibatkan penaikan taraf beberapa simpang empat berlampu isyarat yang dijangkan siap sepenuhnya pada September 2010 dengan status semasa lebih kurang 80% siap.

Penambahbaikan Jalan Berhadapan Proton
Projek bernila RM 43 Juta ini dijangkakan siap pada awalnya pada 30 Jun 2010. Bagaimanapun ia telah dilanjutkan sebanyak 361 hari kepada 26 Jun 2011. Saya difahamkan bahawa kerja-kerja banyak tergendala disebabkan saluran utilities yang perlu dipindahkan yang melibatkan banyak pihak termasuk TNB, Gas Malaysia dan SYABAS. Kerja-kerja pemindahan ini dijangka tamat pada 23 Jun 2010 dan kerja-kerja melibatkan pelebaran jalan, penaikan taraf jalan ke ciri yang lebih urban, penambahan lampu isyarat di Persiaran Hulu Selangor, pengubahsuaian simpang sedia ada, penyediaan tempat pusingan-U yang baru dan jejantas pejalan kaki akan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar selepas dari tarikh itu.

Susun atur perancangan kerja adalah seperti mana plan yang dilampirkan di bawah.


Masalah Slab Konkrit Terbongkah di ICT
Pada bulan Nobember 2009 banjir agak besar telah berlaku di Seksyen 7 Shah Alam yang disebabkan tersekatnya aliran Sungai di pinggiran ICT. Sungai tersebut tersekat oleh kerana kerja-kerja pemampatan tanah yang telah menyebabkan slab konkrit di dasar Sungai terbongkah sehingga pecah dan menjadi sekatan di beberapa lokasi sepanjang kawasan berkenaan. Halangan tersebut telah dipunggah pada keesokan hari tetapi kerja-kerja pemampatan tanah dan pemasangan slab baru in perlu dipantau dari masa ke semasa.


Kerja-kerja pembaikan yang sedang dijalankan

Masalah Tanah Perkuburan Islam Batu 3
Terdapat juga yang masih bertanya berhubung status isu tanah perkuburan Islam di Batu 3. Saya telah pun memaklumkan sebelum ini bahawa persetujuan sudah pun diperolehi dari semua pihak dan JAIS telah menyatakan bahawa mereka sedang berusaha mewartakan tanah perkuburan tersebut. Maka saya kena ‘kejar’ JAIS bagi mendapatkan status terbaru berkenaan perkara ini.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

33 comments:

Ampatuan Jr said...

YB Khalid,
Betul ke kat Selangor ni kalau nak bina satu mesjid kena juga bina 1 kuil, 1 tokong dan 1 gereja? Harap dapat YB sahkan.

Salam

ikhlasi said...

Yang pasal kuil tu tak nak masukkan ke?
Yang saya tau banyak yang YB pantau tu dah pun sebenarnya dirancangkan oleh kerajaan sebelumnya atau kerajaan pusat.
Mungkin lepas ni YB bolehlah tulis pasal projek kuil YB.
Lgi satu apasal pasal tanah perkuburan tu tak tau status?Tak tau tak payah nak tulislah......

Cencaluk said...

YB kalau asyik nak mengira projek orang aja buat apa cuba YB senaraikan dan beritahu Rakyat apa projek yang PR sendiri dah dapat jalankan selama 2 tahun memerintah.

Saya cabar YB jangan selindung atau berseloka kerana Rakyat sekarang BIJAK bukan BODOH jadi jangan mencari nama atas kerja orang lain.

Hamba said...

Ok YB,

Ini baru betul dengan kepakaran YB, bukan komen hal-hal ugama yang bukan kepakaran YB, kerana semakin YB banyak komen hal-hal agama, semakin ramai orang tahu yang YB banyak tak tahu. Jadi elok le YB bina keyakinan kepimpinan YB di dalam bidang YB sendiri untuk para pengundi YB.Semoga dengan baki tempoh yang ada dapat YB pulihkan kepercayaan pengundi YB.

Anonymous said...

kejar sungguh2 YB JAIS tuh,,... biasa dia.. main2

Anonymous said...

kpd "Ampatuan Jr said... 3.10am"

i think this is nonsense. are u of right frame of mind? who told u so? umngok fella??

if yes, how?

if no, how?

4RAKYAT

Anonymous said...

Auto lebih! Aku semakin meluat bukan sahaja bila tengok gambar kau, dengar nama kau pun aku dah mcm nak termuntah.

Anonymous said...

Semua perancangan kerjaan BN dulu YB..drp Hospital Shah Alam, Lebuhraya LKSA, Jambatan Sg. Rasah, Penambahbaikan Jalan Montfort & Penambahbaikan Jalan Berhadapan Proton adalah drp BN bukan PR..YB cuma memantau je..tak perlu tulis panjang lebar & letak dlm resume YB..takut nanti YB claim pulok semua PR buat..hahaha..

jgn marah ya tuan YB..
nanti kena jual...

pssstt..isu kalimah Allah dah selesai ke??..kami masih hot lagi ni dgn YB ni..

Anonymous said...

Sekadar ingin berkongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia . Saya tidak berniat memburukkan Indonesia .. They have my respect, dan saya tahu orang-orang Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that's a fact!)
Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya.

Aku ingat satu hari aku buka TV perdana di Indonesia,untuk menonton satu program. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar-kobar. Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal-pasal dia sambung Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam! Aku langsung tergolek. Astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku di Indonesia, kalau baca surat khabar , nanti ada slot obituaries: Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX. Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah.� Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black" tergolek lagi aku..

Satu lagi cerita ketika di Indonesia, satu hari aku bermusafir lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya! Aku pun pergilah dekat.. tup-tup... aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah...gereja Kristian rupenye..

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah Usha buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang macam ini. Memantapkan Iman Anda Kepada Allah� bila buka, tinjau helai demi helai , aku jadi keliru, lain macam saja ayat-ayat dan hadis ni. Aku tengok balik lah.. ayat-ayat kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.

Risau juga kalau Malaysia jadi macam ini. Di tengah-tengah bandar Bandung juga terdapat sebuah gereja yg dinamakan Rumah Allah. Qeba (emel dari rakan)
qeba = bala
Posted by Anak Seberang

Anonymous said...

uNTUK Anak tentang issue penngunaan nama Allah.

Sila rujuk Quran dulu sebelum buat kesimpulan. BACA SURAH Asy-Syura Ayat 15 !!!!!!!!!!!!!!!!!!! !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Untuk Anak Seberang tentang nama Allah.

Orang Islam patut rujuk Quran sebelum buat keputusan lah. Cuba BACA SURAH Asy-sura ayat 15 .. terang terang ayat tu dah explain. Apa nak keliru lagi

Abuzar said...

Macam mana pendekatan & tindakan nak jadikan Shah Alam sebagai bandaraya yang lebih Islamic & kota orang2 soleh?

harunn said...

setakat melawat buat apa

tak ada menda

Anonymous said...

Hebat betul YB, ye!; Baru sepenggal kat Shah Alam , dah banyak projek YB usahakan ye?.

kalau itu projek BN , nasihat saya tak perlu nak "hijack' kerana nakkan nama. Kalau YB tak pantau pun, projek tu akan berjalan macam projek-projek yang lain.

Tok sahlah jek diri sendiri; dari jauh orang Shah Alam dah kenal yang mana satu intan dan yang mana satu permata.Dulu mungkin kami silap dan terpukau dengan kilauan YB, kami sangkakan intan, tapi kali ni macam mana gilap YB sekalipun, kami dah anggap YB ni gelas yang tak ada nilai sesenpun.

Anonymous said...

A well done job YB....you really show the right way to be Yang Berkhidmat...not just like the typical BN-YBs' & UMNOputra morons...they just looking for the %commission of those projects...

I am very sure, many of those UMNO gengs 'dah kebas' all their part/commission long time ago, well beforemac2008..now ALLAH has chosen you to ensure that those project really serve & benefit the people...forget about what BN/UMNO said about you..they have every right to say that's their ideas/BN project initially, BUT what about the money/cost for the project ? Itsnot their money!!. ALL THE MONEY CAME FROM THE PEOPLE / VOTERS & MORE IMPORTANTLY THE TAX-PAYERS. EVERY SINGLE CENT CAME FROM THE TAX-PAYERS POCKETS NOT THEIR POCKETS!!!!!

THE GOVERMENT IS JUST THE ELECTED PEOPLE BY THE VOTERS/TAX PAYERS TO MANAGE RESPONSIBLY & WITH FULL ACCOUNTABILITY TO ALL STAKE HOLDERS BE FROM BN/PR!!!!!

KEEP-UP THE GOOD WORK YB - Show to these people that you really there "to take care & protect" the interest of the voters/tax-payers !!!!

Anonymous said...

Salam,

Yang pelik ialah org luar dtg tp xterfikirkah anda untuk bertanya kepada rakyat indonesia dan rakyat mesir (sekadar menyebut beberapa nama negara) apa yg mereka rasa mengenai kalimah Allah yg digunakan oleh agama lain?

Orang kristian guna kalimah Allah di Mesir dan indonesia dah puluhan/ratusan tahun tp adakah umat islam disana terpesong , huru-hara dan negara tersebut jadi negara majoriti kristian?bodoh sangatkah orang malaysia yang kadar celik hurufnya lebih tinggi dari negara2 tersebut sampai senang2 dipesongkan dengan kalimah Allah?kalau senang dipesongkan bermakna ada masalahlah dalam sistem pendidikan kita yg mmg diketahui memang lemah dan sekular.

Di Malaysia, kristian mengambil Bible versi terjemahan indonesia sebab di Malaysia undang2 melarang bible diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia!! (itu yang perlu tahu dan faham sejarah bukan melolong2 mcm budak sekolah darjah 2) Berbalik kepada isu, kalau mereka sudah lama guna istilah itu, wajarkah ditukar kerana ia sudah jadi pegangan mereka semenjak puluhan tahun. Sebagai contoh 'bodoh', kalau anda guna tangan nak makan sejak dari kecik selepas itu ditegah dan dipaksa makan pakai kaki, kamu rasa apa? macam nak sepak dan terajang kan siapa yang bagi larangan itu?

Isu kalimah perlu dipandang dari sudut kita sebagai orang Islam bukan dari pandangan sempit sebagai org Melayu shj. Lihatlah pandangan ulama Muktabar seperti Sheikh Yusuf Qardhawi dan ulama lain mengenai isu ini dan aku rasa pandangan Khalid Samad tidak salah kerana dia merujuk kepada dalil Al-Quran dan Sunnah. Pandangan Khalid Samad juga adalah sealiran dengan pandangan ulama yg membenarkan. Nik Aziz juga senada tp kenapa Khalid Samad sahaja diserang. Adakah sebab dia orang melayu dan tidak memiliki kelulusan dalam bidang agama?

Sheikh,

Islam tertegak atas dalil bukan atas siapa yg bagi padangan tersebut.Kalau ada ulama yg alim tp bagi maklumat yg salah maka perlu dtentang dan perbetulkan. dan wlaupun org itu bukan lulusan agama tp dalil yg diberikan benar dan shahih maka dalilnya diterima. Itulah kemuliaan Islam menjaga kesucian ilmu.

Berkenaan isu projek siapa punya. Come on la kawan, projek tu bukan bapak BN atau PR punya tp projek kerajaan yang wajib dijalankan untuk keselesaan rakyat. Takperlulah nak tunjuk juara projek itu siapa punya. Duit itu bukan keluar bapak dia tp dari duit kita juga yg membayar cukai saban tahun. Tugas YB (tak kiralah BN atau PR) adalah untuk memantau dan pastikan projek itu siap dan selamat untuk kegunaan org awam.

Kita sekarang hidup pada akhir zaman dan berada dalam zaman kepesatan ilmu dan teknologi dimana maklumat boleh dicapai dengan mudah. Perlukah kita bersikap rasis dengan hanya membaca kenyataan pandangan beberapa pemimpin shj?Isu kuil? ,minta maaf ckp, fahamilah isu sebenar dan jgn jadik seperti Lembu disebabkan kebodohan kita sendiri.

Di Malaysia masalah Melayu ialah menjadikan Islam hak milik ekslusif mereka, memang patutlah xbyk orng bukan islam memeluk dan faham islam sebab kita sendiri yang jauh dari pemahaman Al-quran yang sebenarnya disebabkan mengaji Al Quran sebab nak khatam shj tanpa faham maksud sebenar yang hendak disampaikan oleh Allah.

fikir2lah sahabat!

ANTI BODEK said...

YB,SYABAS DIUCAPKAN. TERUSKAN USAHA YB DALAM MEMPERKASA PENTADBIRAN KERAJAAN N.SELANGOR INI DALAM APA JUA KEADAAN . JANGAN TAKUT DENGAN TOYOL-TOYOL INI. TUHAN AKAN BALAS SEGALA USAHA MURNI MEREKA ITU.RAKYAT N.SELANGOR TIDAK AKAN MEMBUAT KESILAPAN SEPERTI MANA 52 TAHUN YANG LEPAS.

lan said...

jangan takut YB dengan pecisan2 orang yg tak berpuas hati dgn YB, baik dlm issue apa2 pun..

Saya yakin ramai lagi di belakang YB!

Ahmad Syafiq said...

Saya boleh nampak persamaan antara blog YB Khalid dengan blog Tulang Besi, iaitu dari segi ramai orang UMNO yang suka menyerang blog YB, seperti mana mereka suka menyerang blog Tulang Besi.

Tapi saya kagum dengan sikap YB yang membenarkan kritikan terhadap YB walaupun kritikan itu mungkin tidak masuk akal ataupun pedas. Mungkin diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

Anonymous said...

YB..

nyata dari jawapan2 yang diberikan, puak2 UMNo makin tidak ada modal untuk menyerang YB. Apa pon YB berhati2..bawak lah isteri sekali ketempat kerja, sebab juak2 UMNO boleh 'produce' seorang lagi saifool bontot bila2 masa sahaja untuk menjatuhkan YB.

apa lagi modal mereka?

asyik jaja bontot ja..


anyway..tahniah dan syabas!

Bangsa Cina Malaysia said...

Asalamualaikum kepada YB khalid,


keep up the good work and make sure all project BN or Pakatan
are completed as schedule.

we know who to vote in the next general election.

Salam sejahtera and may Allah bless you and your family
with good health forever.

Amen.

Anonymous said...

Syabas YB kerana berjaya menusukkan jarum yang halus kristianisi..semoga Allah membalas perbuatan YB

Anonymous said...

Syabas YB,

Biar apa org kata, jika bpegang dengan agama, kita berada di landasan sebenar.

Tabah dan teruskan perjuangan.
Isu kalimah Allah, stand dan hujah YB ada benarnya.

Dok diam dan tak bprinsip bahaya juga. Kalau dok marah2, baik jumpa dan bdialog. Ni dok hentam2. Bangsa juga rugi!

Pasal ziarah projek2, rasanya ok. At least btggjwb sbg Ahli Parlimen. Tak kira projek sapa, yg penting duit rakyat bukan duit parti!

Kalau zaman parti 'dulu', dah lah tak bgtau langsung. Malahan projek2nya, siap ada ruang dan peluang pasti nak mYAPU!

Anonymous said...

Anonymous said...
Hebat betul YB, ye!; Baru sepenggal kat Shah Alam , dah banyak projek YB usahakan ye?.

kalau itu projek BN , nasihat saya tak perlu nak "hijack' kerana nakkan nama. Kalau YB tak pantau pun, projek tu akan berjalan macam projek-projek yang lain.

Tok sahlah jek diri sendiri; dari jauh orang Shah Alam dah kenal yang mana satu intan dan yang mana satu permata.Dulu mungkin kami silap dan terpukau dengan kilauan YB, kami sangkakan intan, tapi kali ni macam mana gilap YB sekalipun, kami dah anggap YB ni gelas yang tak ada nilai sesenpun.

Memanglah Projek BN, tapi duit siapa? duit UMNO ke? Itu duit rakyat, duit aku juga.

azfur zeemann said...

syabaz

Anonymous said...

Salam sejahtera YB,

'When the people are wrong... the day I'm afraid to right the wrong, that's the day I'm not longer fit to lead' from Nelson Mandela (Invictus movie).

YB, you have done the right thing. You are a great leaader. Syabas.

Those projects are not bn's project nor PR's project. It's the rakyat's project and taken from the rakyat's money. As the YB, you have the duty to ensure its' proper completion according to schedule. I'm counting on you.

Anonymous said...

Selaku seorang Islam dan ahli Parti Pas, hang patut tahu ugama hang dengan betui. Hang dan abang hang 2x2 sahaja. Cakap besar. Aku tengok hang ni tak ada pendirian, cakap macam budak kecik. Patutlah Zul hantam hang. Nama Allah SWT hang tak dapat mempertahankan daripada di perlekehkan oleh bukan Islam. Hang juga tak dapat baca tujuan depa nak guna Kalimah Allah dalam tulisan mereka. Macam mana jadi orang politik. PU ke-12 haritu kalau kambing atau keldai bertanding pun menang. Pasai tulah kot hang menang. Aku berharap hang bertaubat dan jaga nama Allah tu baik2 dan jangan bagi depa perlekehkannya, barulah hang orang Islam betui. Pi jumpa Tok Gur hang Datuk Nik Aziz dan dapat sikit pelajaran yang boleh betuikan pemikiran yang sonsang tu.

Anonymous said...

Tuan tuan sekalian,

Saya rasa perkara penggunaan nama Allah telah selesai, Tok Guru Haji Hadi jawab lama doh. Mudah saja. YB Khalid Samad boleh buat kerja seperti biasa. Tak ada apa nak runsing. Habis.

Anonymous said...

Good job YB. You allow both positive and negative comments in your blog which is way different from some blogs that only showed positive comments. =)

I'm sure you'll be elected as MP of Shah Alam again in the future.

Anonymous said...

My dear YB, I just can't believe your HQ punished you more severe than the other guy who did all the damages to Pas/PR image.I may not vote pas again for this.It's just not right!I can vote for you any time, but not Pas anymore.God bless you YB for our country badly needs men of honour like you to get us out of this self-destruction mess.

ninGrat said...

salam YB,
biarlah orang kata nak apa pun..pantau ker..projek BN ker..terpulang kat depa

Yb dah laksanakan tugas sebagai YB..yerlah..kan dah polisi kerajaan sekarang nak teruskan projek yang dulu..itu pun negatif ker..apa lah diaorang ni..minda bebudak..

Sepatutnya depa tanya YB, projek yang BN buat dulu tuh..ada rasuah ke idak..lebih dari bajet sebenar ke idak..itu baru soalan yang membina..bukan menjatuhkan status Yb

Kalaupun itu semua projek BN dulu, sama2lah kita nikmati bila dah siap nanti.. Ni ada yang nak termuntah tengok gambar Yb..apa dehal..tak perlah.. Ada 3 Khalid yang sedang berkuasa kat selangor ni..

Bila dah projek jasmani dah siap, kita pertingkatkan pulak projek rohani pulak..banyak2kan pengajian di masjid2 dan surau sekitar parlimen Yb.. Akhlak bebudak ni pun dah tak betul..gi masjid solat jumaat kat masjid negeri, yang banyak bising pun bebudak seluar hijau baju putih kat belakang..tak caya Yb bleh tengok dan lihat.. Saya dah ajar bebudak saya jgn bercakap ketika dengar khutbah, itu kat sekolah laa..

Apa pun..teruskan keje Yb..semoga ada pertolongan dari Allah Subhanahu wataala...aminn

Hisam Sumiry said...

Salam.

Thank you for your updates, YB. Sebagai sebahagian dari warga Shah Alam, saya puji ketelusan dan sifat tanggungjawab yang ditunjukkan oleh YB sebagai wakil rakyat Shah Alam. Semoga Allah memberkati usaha YB dan kita semua,

Anonymous said...

Projek BN? ... Guna duit BN ke duit kerajaan? ... Akal ada ke? ...