Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Pengumuman: Rumah Terbuka Aidil Fitri Ahli Parlimen & PAS Shah Alam

Tarikh: 2 Oktober 2010 / 23 Syawal 1431H (Sabtu) Masa: 2.00 - 6.00 petang Tempat: Jalan Timun E 24/E, Seksyen 24, Shah Alam (Kawasan Parkir Bersebelahan 7 Eleven) Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis -Pejabat YB Khalid Samad-

The Road to Reform: Wealth of Selangor is for all its Citizens

Below is an excerpt from The Road to Reform: Pakatan Rakyat in Selangor . The book that was launched on Sept 27, is a collation of articles written by 22 authors on the achievements and difficulties of the Pakatan state government since taking power 18 months ago.

Gunting Penyatuan

Alhamdulillah, ini merupakan kali ke 3 saya berpeluang menunaikan umrah pada tahun ini. Bak kata orang, sambil menyelam meminum air. Sepertimana yang telah dimaklumkan, saya kerap ke Saudi kerana isteri saya sedang bertugas di sebuah Universiti di Saudi dan setiap kali saya menziarahinya, walaupun untuk tempoh lawatan singkat yang hanya 10 hari, kami tidak melepaskan peluang untuk ke Masjidil Haram. Malah, isteri saya lebih gembira kerana hampir setiap hujung minggu dia berpeluang ke Makkah.

MAIS, JAIS dan Konsistensi

Jikalau ada yang masih tidak dapat 'menangkap' isu sebenar yang dibawa dalam posting saya yang bertajuk: UMNO, Kura-Kura dan Perahu , di sini saya ingin menjelaskannya. Sebenarnya kedua-dua YB BN bukanlah menjadi sasaran saya dalam isu ini. Tetapi mereka pula yang respon. Dato' Idris respon dengan meletakkan linknya ke dalam Blog saya dan Kamalanathan pula melalui responnya dalam Utusan. Apa yang dilakukan oleh kedua-dua YB BN adalah apa yang SEPATUTNYA dilakukan oleh seseorang YB; dimana mereka berusaha berdamping dengan masyarakat termasuk dalam memakmurkan Masjid dan Surau. Saya syorkan mereka berdua teruskan aktiviti mereka yang baik ini, kerana setahu saya tiada sebarang kesalahan yang dilakukan.

Shah Alam MP Wants MAIS to be Consistent

KUALA LUMPUR, Sept 21 — Shah Alam MP Khalid Samad challenged the Selangor Islamic Religious Council (MAIS) to be consistent in enforcing its directive regarding non-Muslims entering mosques and suraus in the state.. He said religious institutions should act fairly and not be confused between religion and politics when enforcing directives. “I really do not care if Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam assemblyman) gives sermons in the mosque or if P. Kamalanathan (Hulu Selangor MP) wants to give donations to mosques. The problem now is MAIS, because they are not consistent and fair.

Berada di Jazan Sehingga 30 September

Salaam dari Timur Tengah, Saya ingin memaklumkan bahawa saya akan berada di Saudi sehingga 30 September kerana menemani Isteri saya yang kembali ke Jazan yang mengajar di sebuah Universiti di sini dan bagi menunaikan ibadah umrah sekiranya berkesempatan. Sehubungan dengan itu, jika terdapat pihak yang ingin berhubung dengan saya, maka harap maklum akan perbezaan waktunya yang berbeza sebanyak 5 jam ke belakang. Ini bermakna, jika 10 pagi di Malaysia, maka ianya pukul 5 pagi di sini. Nombor telefon saya masih boleh digunakan secara ‘roaming’ dan dalam masa yang sama, nombor telefon saya di Saudi ialah +966591575927. Harap dapat SMS atau e-mail sahaja, kecuali teramat penting dan perlu bercakap secara ‘direct’. Sebagai alternatif, boleh berhubung juga dengan PA saya, En. Jamil, di pejabat Shah Alam melalaui nombor-nombor berikut . Sekian, terima kasih dan sehingga berjumpa lagi insyaAllah. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

UMNO, Kura-Kura dan Perahu

Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadhan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan Masjid dan Surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran PR. Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya. Menurut mereka lagi, ini dilakukan demi memperolehi undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri. Iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana Surau dan Masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.

Program Hi-Tea PERAWAN (Persatuan Anak Melaka di Perantauan)

Bagi pihak penganjur program -Pejabat YB Khalid Samad-

Video: Forum Ramadhan

FORUM RAMADHAN LEADERS MAGAZINE Tarikh : 25 Ogos 2010 / 15 Ramadhan 1431 Hijrah Tempat : Berjaya Times Square Convention Center Ahli Panel: YB. Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO / Ahli Parlimen Rembau YB. Tuan Hj. Khalid Abd Samad, YDP PAS Kawasan Shah Alam / Ahli Parlimen Shah Alam

Nazir Tolak Majlis 'politik' PM

Alasan bahawa orang bukan Islam berada dalam keadaan hadas besar adalah "tidak masuk akal." Katanya, hanya orang Islam yang diwajibkan mandi hadas. "Masalahnya bila ada pengarah JAIS yang ada agenda politik dan tak ada ilmu, memberi alasan memalukan sehingga orang bukan Islam hilang minat untuk berdamping dengan Islam," katanya.

‘Duit Raya’ Wipes out Subsidy Cuts

By Melissa Chi ( The Malaysian Insider ) SHAH ALAM, Sept 1 – Shah Alam MP Khalid Samad said today that he SUPPORTS the federal government’s decision to give out “duit raya” for civil servants BUT pointed out that the payment would COST MORE than RM900 million, which is more than the RM750 million the Najib administration had saved by cutting subsidies this year.